Ahad, 14 Mac 2010

BIODATA PENGARANG



BIODATA PENGARANG



SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM




SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM atau nama penanya SMAHADZIR dan SMSI dilahirkan pada 22 Januari 1961 di Sungai Tawar, Kedah. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan Universiti Putera Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Linguistik.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini merupakan Pengurus Pentadbiran Pujangga Gemilang Resources dan Ketua Fasilitator PPSB/PLKN, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Beliau sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan, bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei, fiksyen misteri, berita, puisi, skrip drama tv, skrip drama radio, skrip drama pentas dan novel. Sehingga kini beliau beliau telah menghasilkan lebih dari seratus buah buku dalam pelbagai genre. Antara hasil karya beliau yang telah dibukukan ialah Tiga Saudara (Makruf Publisher 1997), Di Bawah Lembayung (Fajar Bakti 1997), Shaufik Nabillah (Aneka Publications 1997), Sundang Hikmat (Makruf Publisher 1997), Puteri Intan Baizuri (Makruf Publisher 1997), Lukisan Cinta (Aneka Publications 1997), Sayang Sufi (Utusan Melayu Publication 1997), Antologi Cerpen Belia Madani (Yayasan Kobena 1997), Hartini Farah (Fajar Bakti 1998), Unting Kasih (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah 1998), Korban Kasih (Fajar Bakti 1998), Kemelut (Edusystem 1998), Mengelamun (Aneka Publications 1998), Jejak (Aneka Publications 1998), Misteri Hatun (Aneka Publications 1998), Melarik Cinta Di Pinggir Musim (Creative Enterperise 1998), Jelaing, Geruh, Meredah Tekad, Di Alun Samudera, Pintu Hidayah, Ritma Seorang Ekspatriat (Penerbitan PCT 2000), Diburu Cinta Terlarang (Penerbitan PCT 2000), Anak Muda Desa Ziung Sha, Putera Tikus Dan Anak Gadis Pak Mulah, Seri Kencana Dewi, Sinbard Muo Albito, Nyanyian Cenderawasih, Princes Nagila Vious, Laing Jelita Ananda, Kancan Sateria Dan Cempaka Sari (Pustaka Segar 2002), Putera Dari Sahara, Jihad, Anak Kuala Sedeli, Genta Rasa Dari London, Pertemuan Di Raudhah, Liku-liku Pertemuan, Villa Madona, Biasan, Putera Dari Sahara (Pustaka Cita Tinggi, 2003), The ComradesThe Goblin's Mallet, When The Twins Went To War, Kotura Kotura, Lord Of The Winds, The Millionaire Miser, The Adventures Of Prince Camaralzaman And Princess BadouraThe Goblin's Mallet , Akanidi The Bright Sunbeam, Chang And The Dragon Visitors (Pustaka Segar, 2004), I Am The Grass, A Little Cloud, Deaf Orchestras Play In Silence, When The Clock Got Sick, One Last Goodbye, Winter Shadows, A Wager With Death, The Boarded Window, When The Twins Went To War  (Pustaka Buana, 2004), Di Sinikah Langkasuka (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 2004), 365 Hari Dalam Sejarah (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd, 2006), 163 Tokoh Terkenal Islam (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006), Labuhan Cinta Terakhir, Safari Cinta Seorang Ekspatriat, Cinta Nadim & Mimpi Bush (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006), Menjana Patriotisme Remaja (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2006), 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2008), Hadirnya Antara KitaKita Umpama Sehelai Daun, Memoir Suatu Ketika, Paya Sengketa, Erti Kemerdekaan, Senja Pinggir Musim (Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 2007), Himpunan Herba Tradisi Terpilih Malaysia (Warisan INKED Sdn Bhd 2008), Gadis Dari Gunung, Rantai Emas Berloket Nilam, Meminta Bulan Purnama, Keputusan Maulana (Star Trading 2008), Lestari Bukit Menghijau, (Penerbitan Gema Insan 2008), Harta Tiada Ternilai, Balada Malam Minggu, (Penerbitan Generasi Baru 2008), Jutawan Bongkak, (Pustaka Sukses 2009), Permainan Rakyat Malaysia, Permainan Tradisi Rakyat, Tarian Tradisi Rakyat, Adat Resam Dan Makanan Masyarakat Melayu, Alat Muzik Tradisi Rakyat, Busana & Seni Bina Melayu (E1 Publications Sdn Bhd, 2009), Penyelidikan Seni Budaya - Dabus Daerah Kuala Selangor (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2009), 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 1 & Jilid 2 (Penerbitan Ilmu Sdn Bhd 2010), Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Warisan INKED Sdn Bhd 2010), Penyelidikan Seni Budaya – Kompang Jawa (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2010), Penyelidikan Seni Budaya – Dabus (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2011), Penyelidikan Seni Budaya – Kesenian Tarian Poja (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2012), Penyelidikan Seni Budaya – Kompang Tiga Kuala Langat (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2012), Demi Putat Unggai (DBP 2012), Penyelidikan Seni Budaya – Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Selangor (Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2013), dan pelbagai lagi.

Selama bergiat di dalam bidang penulisan, beliau telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti:

  1. Anugerah Pertama Pertandingan Mengarang Program Pelancongan Rantau Lipur anjuran Hong Kong Tourist Association (HKTA)/Berita Minggu 1995 (Hong Kong Syurga Membeli Belah)
  2. Anugerah Pertandingan Mengarang Temu Sastera ASEAN 1995 (ASEAN Literature Meet) anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI)/Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 1995 (Kuala Langat Daerah Sejahtera Dan Penuh Sejarah)
  3. Anugerah Pertandingan Cerpen Belia Madani 1996 anjuran Yayasan Kobena/Berita Harian (Sehijau Bumiku, Mencanai Citra Baru, Darah Pejuang)
  4. Anugerah Utama Sayembara Puisi Ulang Tahun UMNO 50/Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) 1996 (Gurindam Jasamu Gemilang, Di Sini Segalanya, Semangat Yang      Menjulang, Cita Anak Bangsa)
  5. Anugerah Cerpen Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank 1996 (Cinta Kak Ngah Beralih Arah)
  6. Anugerah Utama Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan PNB 1999 (Syair Anak Bertuah Bentala Merdeka)
  7. Anugerah Mengarang Cerpen Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999 (Puncak AMEBO)
  8. Anugerah Mengarang Esei Peraduan Formula Malaysia Peringkat Umum 1999 (Evolusi      Pembinaan Negara – Katalis Kecemerlangan Sejak Merdeka)
  9. Anugerah Sayembara Cerpen Berunsur Sejarah Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah 1999 (Darah Bapa Masih Mengalir)
  10. Anugerah Utama Sayembara Cerpen Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) - (Bintang Kemerlap Di Puncak Grande Bibliotheque)
  11. Anugerah Sayembara Esei Jubli Emas 50 Tahun RIDA/MARA (2000) (Kewujudan MARA Dalam Pembangunan Ekonomi Masyarakat Malaysia Sejak Merdeka)
  12. Anugerah Pertandingan Mengarang Cerpen Kanak-Kanak Bertemakan Alam Sekitar anjuran Kementerian Teknologi Dan Alam Sekitar 2000 (Taman Hijau)
  13. Anugerah Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan Minggu Saham Amanah Malaysia 2001 (Kategori Penulisan Umum) anjuran Permodalan Nasional Berhad (Peranan Saham Dalam Pembangunan Ekonomi)
  14. Anugerah Utama Karya Kreatif Almanak (Puisi) 2001 anjuran Net Space Learning Sdn Bhd/Utusan Melayu (M) Bhd (Di Sini Kita Berdiri)
  15. Anugerah Pertandingan Mengarang Esei Citra Wangsa Malaysia 2005 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) (Merdeka Adalah Aksara Keramat, Agung Dan Terindah)
  16. Anugerah Sayembara Puisi Dan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2006 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), PUSPITA cawangan KPDNHEP dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) – (Seloka Gula Manis)
  17. Anugerah Utama Pertandingan Penulisan Bahan-bahan Bacaan Remaja anjuran Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. (2008) - Lestari Bukit Menghijau, Gadis Dari Gunung, Rantai Emas Berloket Nilam, Balada Malam Minggu, Meminta Bulan Purnama, Keputusan Maulana Arif, Harta Tidak Ternilai
  18. Anugerah Pertandingan Mengarang Esei 2009 (Kategori A), anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (Pencemaran Alam Mempengaruhi Tahap Kesihatan Rakyat)
  19. Sajak berjudul DIARI LAMA telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kegunaan tahun 2010 dan dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung.
  20. Anugerah Ketiga Pertandingan Menulis Artikel Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 10 Pengisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam 2010. (Shah Alam – Destinasi Ziarah Penuh Memorabilia)
  21. Novel Lestari Bukit Menghijau telah terpilih untuk Edisi Pelajar Antologi bagi Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia kegunaan tahun 2011 bagi para Pelajar Tingkatan Dua Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Zon Timur (Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan)
  22. Anugerah Pertandingan Mengarang Seloka Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. (Seloka Pengantin Baharu)
  23. Anugerah Ketiga Sayembara Menulis Novel & Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja 2011 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kategori Novel Kanak-Kanak - Demi Putat Unggai)
  24. Anugerah Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia: 1Keluarga, 1Esei anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2011 (Fahami Prinsip Penerimaan Dalam Gagasan 1Malaysia)
  25. Anugerah Pertama Pertandingan Mengarang Cerpen Maulidur Rasul anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Pancang Isbat)
  26. Anugerah Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat Bertemakan Nilai-nilai Murni anjuran Klasik Nasional, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia 2012. (Pantun Nilai Murni)
  27. Anugerah Ketiga Pertandingan Mengarang Puisi Maulidur Rasul anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 2012 - (Engkau Kekasih Mewangi Kasturi)
  28. Anugerah Pertama Pertandingan Mengarang Esei Seni Kraf Malaysia, 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia. (Keunggulan Kraf Malaysia Menjana Ekonomi Dan Menjadi Lambang Budaya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA