Ahad, 14 Mac 2010

Manfaat Puasa Menurut Ilmu Perubatan

Artikel ini telah tersiar dalam laman sesawang Yayasan Dakwah Islamiah Islam (YADIM) pada 13 Oktober 2005

Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa sebagaimana juga telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.’ (surah Al-Baqarah: 183)

Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud: ‘Dan jika kamu memilih puasa tentulah itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.’ (surah Al-Baqarah: 184). Apakah ilmu pengetahuan kontemporari sudah mampu mengungkap rahsia daripada firman Allah s.w.t, ‘Dan jika kamu berpuasa maka itu lebih baik bagi kamu?’

Sesungguhnya ilmu pengetahuan perubatan moden belum mampu mengungkap hakikat puasa, melainkan hanya menyatakan bahawa puasa adalah keinginan yang boleh bagi manusia untuk melakukannya atau tidak. Itu saja.

Sesungguhnya puasa, setelah melalui pelbagai penyelidikan dan penelitian ilmiah serta terperinci terhadap organ tubuh manusia dan aktiviti fisiologinya, menemukan bahawa puasa secara jelas adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh tubuh manusia sehingga ia mampu terus melakukan aktivitinya dengan baik.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Nasaa´i daripada sahabat Abu Umamah: ‘Wahai Rasulullah s.a.w, perintahkanlah kepadaku satu amalan yang Allah s.w.t akan memberikan rahmat-Nya kepadaku dengan sebab amalan itu.’ Maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘Berpuasalah, sebab tidak ada satu amalan pun yang setara dengan puasa.’

Faktor pentingnya puasa bagi tubuh adalah kerana puasa mampu membantu badan dalam membuang sel-sel yang sudah rosak, sekali gus sel-sel atau hormon ataupun zat-zat yang melebihi jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Dan puasa, sebagaimana dituntutkan oleh Islam adalah lebih kurang 14 jam, kemudian baru makan untuk pusingan waktu beberapa jam.

Ini adalah kaedah yang baik dan berkesan untuk sistem pembuangan sel-sel atau hormon yang rosak dan membangun atau membina kembali tubuh badan dengan sel-sel baru. Hal demikian ini sangat berbeza daripada apa yang difahami kebanyakan orang bahawa puasa menyebabkan orang menjadi lemah dan lesu.

Puasa yang baik bagi badan adalah dengan syarat dilakukan selama sebulan secara berturut-turut dalam setahun, dan boleh ditambahkan tiga hari pada setiap bulan. Hal ini sesuai dengan anjuran Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: ‘Sesiapa yang berpuasa tiga hari setiap bulan, maka itu adalah sama dengan puasa dahr (puasa sepanjang tahun).’

Dan Allah s.a.w pun membenarkan kata-kata Nabi s.a.w ini dengan firman-Nya yang bermaksud: ‘Barangsiapa yang beramal dengan satu perbuatan baik, maka Allah memberikan kepadanya sepuluh kali ganda daripada amalan itu.’ Satu hari dihargai sepuluh hari oleh Allah, maka tiga hari dihargai 30 hari, dan apabila setiap hari bagi setiap bulan, maka menjadi 36 hari. Dan ini bersamaan dengan 360 hari atau satu tahun dalam ´penghargaan´ Allah s.w.t.

Tom Branch, daripada Columbia Press mengatakan: ‘Saya menganggap puasa adalah pengalaman rohani yang sangat luar biasa, lebih besar daripada pengalaman biologi/badan semata. Maka kerana keinginan itu, saya mulai berpuasa dengan tujuan membersihkan diriku daripada berat badan yang berlebihan.

‘Bagaimanapun, ternyata saya mendapati bahawa puasa tersebut amat bermanfaat bagi kejernihan fikiran. Puasa amat membantu pandangan mata sehingga pandangan menjadi amat jelas. Demikian juga amat membantu dalam menganalisis idea-idea baru ataupun persepsi. Dan aktiviti puasa saya belum berlalu beberapa hari, namun saya mendapati pengaruh kejiwaan yang begitu besar.

‘Saya telah berpuasa beberapa kali hingga sekarang. Dan saya biasanya memilih waktu antara satu sehingga enam hari. Dan pada awalnya tujuan saya adalah untuk menghilangkan kesan negatif daripada makanan yang saya makan, juga untuk membersihkan jiwa saya daripada hal-hal yang saya alami sepanjang hidupku, khususnya setelah memerhatikan dunia dalam beberapa bulan terakhir, dan saya melihat banyak kezaliman dan kebiadaban yang dilakukan oleh manusia yang hidup di dalamnya. Sungguh saya merasa bertangungjawab terhadap keadaan mereka, maka saya pun berpuasa untuk menghilangkan fikiran-fikiran itu.

‘Setiap kali berpuasa perasaan saya yang tertarik pada makanan benar-benar hilang, dan saya merasakan badan saya sangat rileks dan segar. Dan saya merasakan diri saya berpaling daripada fantasi-fantasi, emosi-emosi negatif seperti dengki, cemburu, suka mengumpat, juga hilang perasaan takut, perasaan tidak enak, dan bosan. Semua perasaan ini hilang dengan sendirinya ketika saya berpuasa. Dan sungguh saya merasa dengan pengalaman yang begitu mengesankan bersama dengan ramai manusia lain ketika berpuasa. Dan mungkin semua yang saya katakan ini adalah sebab yang menjadikan Muslimin - sebagaimana saya melihat mereka di Turki, Syria, dan Quds - dengan puasa selama sebulan penuh menjadikan jiwa-jiwa mereka begitu mengesankan - yang tidak pernah sya temukan di mana-mana pun di penjuru dunia ini.’

MENCEGAH DARIPADA TUMOR

Puasa juga berfungsi sebagai ´doktor bedah´ yang menghilangkan sel-sel yang rosak dan lemah di dalam tubuh. Maka, rasa lapar yang dirasakan oleh orang yang sedang berpuasa akan mampu menggerakkan organ-organ dalaman di dalam tubuh untuk menghancurkan atau memakan sel-sel yang rosak atau lemah tersebut untuk menutupi rasa laparnya.

Maka hal itu merupakan waktu yang baik bagi badan untuk menggantikan sel-selnya dengan sel-sel baru sehingga mampu kembali berfungsi dan beraktiviti.

Puasa juga berfungsi menjaga badan daripada pelbagai penambahan zat-zat berbahaya, seperti lebihan kalsium, lebihan daging, dan lemak, juga mampu mencegah terjadinya tumor ketika awal pembentukannya.

MENJAGA KADAR GULA DALAM DARAH

Puasa amat baik bagi menurunkan kadar gula di dalam darah hingga mencapai kadar seimbang. Berdasarkan hal ini, maka sesungguhnya puasa memberikan kesempatan kepada kelenjar pankreas untuk berehat. Maka, pankreas pun mengeluarkan insulin yang meneutralkan gula menjadi zat tepung dan lemak dikumpulkan di dalam pankreas.

Apabila makanan mengandungi insulin yang berlebihan, maka pankreas akan mengalami tekanan dan menjadi lemah hingga akhirnya pankreas tidak mampu menjalankan fungsinya. Maka, kadar darah pun akan mendadak naik dan terus meningkat hingga akhirnya muncul penyakit diabetis. Dan sudah banyak dilakukan usaha pengubatan terhadap diabetis ini di seluruh dunia dengan mengikuti ´sistem puasa´ selama lebih daripada 10 jam dan kurang daripada 20 jam.


PUASA ADALAH DOKTOR YANG PALING MURAH

Sesungguhnya puasa merupakan ´doktor´ yang paling murah secara mutlak kerana ia mampu menurunkan berat badan secara signifikan, dengan syarat ketika berbuka puasa kita memakan makanan dengan menu seimbang. Rasulullah s.a.w ketika memulakan ifthar daripada puasa adalah dengan memakan beberapa biji kurma dan bukan bahan makanan yang lain, atau seteguk air putih lalu solat. Inilah satu petunjuk daripada baginda.

Dan ini sebaik-baik petunjuk bagi orang yang berpuasa daripada menikmati makanan dan minuman untuk waktu yang lama. Kurma mengandungi gula dan orang akan berasa kenyang ketika memakan kurma kerana ia sangat mudah dicerna ke dalam darah, dan pada waktu yang sama ia memberikan tenaga atau kekuatan kepada tubuh badan.

Jika kita terus makan daging, sayuran dan roti setelah lapar kerana puasa, maka tubuh memerlukan waktu yang agak lama untuk mampu mencerna dan menyerap sari makanan dan barulah kemudiannya kita merasa kenyang. Pada waktu seperti ini, ketika awal-awal berbuka, kita akan tetap merasa lapar.

Dan akhirnya, orang yang berpuasa itu kurang mampu memperoleh manfaat secara langsung daripada puasanya, iaitu memperoleh kesihatan yang baik, bahkan ia akan tetap kelebihan lemak dan mengalami kegemukan. Dan ini tentu bukanlah tujuan Allah s.w.t mensyariatkan bagi hamba-Nya untuk berpuasa.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ‘Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan atas petunjuk itu. Maka sesiapa yang menemui bulan Ramadan ini, maka hendaklah dia berpuasa. Dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka hendaklah dia menggantikan puasa tersebut pada bulan-bulan lain. Allah menginginkan untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan bagi kamu dalam kesulitan.’ (Surah Al-Baqarah: 175)

MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT KULIT

Sesungguhnya puasa memberikan manfaat bagi mengubati pelbagaipenyakit kulit. Hal ini disebabkan kerana dengan puasa kandungan air di dalam darah menjadi berkurangan. Ini bermakna berkurang juga kandungan air yang ada pada kulit. Hal ini pada gilirannya akan berpengaruh pada:

1. Menambah kekuatan kulit dalam melawan mikrob dan penyakit-penyakit mikrob dalam perut.
2. Meminimumkan kemungkinan penyakit-penyakit kulit yang menyebar pada sekujur tubuh badan seperti sakit psoriasis (sakit kulit kronis).
3. Meminimumkan alergi kulit dan mengatasi masalah kulit berlemak.

Ilham Husain, seorang warga Mesir mengatakan: ‘Ketika saya berusia 10 tahun, saya menderita penyakit kulit yang kronik. Penyakit ini muncul dengan warna merah, dan saya tidak menemui suatu pun jenis ubat. Dan setelah para doktor dan pakar kulit terkenal di Mesir berkata kepada ayah saya, ´Kamu perlu membiasakan ini dan kamu hidup dengan penyakit ini. Penyakit ini adalah tetamu yang amat menggangu lagi memakan waktu lama.´

‘Dan ketika usia saya mencecah akhir 20-an, dan hampir dengan waktu pernikahan saya, saya semakin berduka dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Dada saya benar-benar berasa sesak. Dan akhirnya, salah seorang sahabat ayah saya yang selalu membiasakan diri melakukan puasa memberi nasihat kepadaku, ´Cubalah wahai puteriku, engkau berpuasa sehari, kemudian engkau berbuka (makan) sehari, sebab perkara itulah yang juga menjadi sebab kesembuhan suami saya daripada penyakit yang sehingga sekarang tidak diketahui ubatnya oleh doktor. Bagaimanapun, yakinilah bahawa yang menyembuhkannya adalah Allah s.w.t dan sesungguhnya segala-galanya ada di tangan-Nya. Maka, mohonlah kesembuhan terlebih dahulu kepada-Nya daripada penyakit yang kamu derita ini, lalu berpuasalah.´

‘Maka, aku pun melakukan puasa, dan aku mula meneliti hal-hal yang mengeluarkan saya daripada derita yang menyelimuti saya. Dan sayamembiasakan diri ketika berbuka puasa mengambil pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan, kemudian setelah tiga jam barulah saya makan makanan berat. Dan saya makan (tidak puasa) pada hari kedua, lalu berpuasa pada hari ketiga, dan demikianlah seterusnya. Dan mulai terjadi hal yang menghairankan semua orang, iaitu penyakit yang saya derita itu mula beransur sembuh setelah melewati waktu dua bulan sejak saya berpuasa. Saya seolah-olah tidak percaya pada diri saya sendiri, dan saya memulakannya seperti biasa, dan saya melihat bekas sakit saya itu sedikit demi sedikit mulai hilang dan sehingga akhirnya benar-benar sembuh. Akhirnya, saya pun tidak pernah dihinggapi penyakit kulit tersebut.’

PUASA MENCEGAH ´PENYAKIT ORANG KAYA´

Penyakit ini sering juga disebut dengan nama ´penyakit nacreous´, iaitu penyakit yang disebabkan oleh makanan yang berlebihan dan sering makan daging. Dan akhirnya tubuh tidak mampu menghindarkan pelbagai protein yang terkandung di dalam daging yang akan menyebabkan urine berlebihan di dalam sendi-sendi, khususnya pada sendi jari-jari besar di kaki.

Dan ketika sendi-sendi terkena penyakit nacreous, ia akan membengkak dan memerah disertai rasa ngilu yang amat sangat yang kadangkala menyebabkan kadar kandungan garam di dalam air kencing berlebihan dalam darah, kemudian ia mendap di ginjal dan akhirnya menjadi kristal atau ´batu´ di dalam ginjal.

MENGHINDAR PEMBEKUAN JANTUNG DAN OTAK

Para pakar yang melakukan penelitian perubatan ilmiah ini - majoritinya adalah bukan Islam - menegaskan tentang kebenaran dan ´kehebatan´ puasa kerana puasa mampu menjadi penyebab berkurangnya kandungan minyak dalam tubuh dan akan menyebabkan berkurangnya kolesterol.

Tahukah anda apa ´mal-kolesterol´ itu? Mal-kolesterol adalah zat yang tertimbun dalam tubuh. Oleh kerana itu benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan jika kamu mahu berpuasa tentu itu lebih bagus bagi kamu jika kamu mengetahui.’

Jadi, berapa ribu manusia yang diliputi kebiasaan makan dan minum secara terus menerus tanpa ilmu ataupun bukan kerana keinginan? Dan jika mereka mengikuti kaedah yang digariskanoleh Allah s.w.t dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang tidak berlebihan dalam hal makan dan minum serta puasa tiga kali (tiga hari) setiap bulan, tentu mereka akan mengetahui bahawa pelbagai penyakit yang mereka alami akan berakhir serta akan berlakunya penurunan berat badan mereka beberapa puluh kilogram.

MENGELAK SAKIT SENDI TULANG

Sakit sendi tulang adalah penyakit yang muncul dalamjangka waktu panjang. Organ-organ tubuh mulai terasa sakit (sengal, ngilu).

Penyakit ini kadang-kadang menimpa manusia pada fasa-fasa akhir usianya. Bagaimanapun, lebih khusus pada usia antara 30-50 tahun. Sesungguhnya perubatan moden belum mampu menemukan ubat untuk penyakit ini sehingga sekarang.

Bagaimanapun, penyelidikan ilmiah yang dilakukan di Rusia menegaskan bahawa puasa mampu menjadi ´ubat´ penyembuhan penyakit ini. Dan puasa mampu mengembalikan atau membersihkan tubuh daripada hal-hal yang membahayakan. Puasa ini dilakukan selama tiga minggu berturut-turut.

Pada kedudukan ini, mikrob ataupun bakteria penyebab penyakit ini menjadi zat yang dibersihkan pada badan selama kita puasa. Penyelidikan ini dilakukan terhadap sejumlah penderita penyakit tersebut dan ternyata memperoleh hasil yang menakjubkan.

Sulaiman Rogerz dari New York pula menegaskan, ‘Saya pernah mengalami penyakit sendi tulang yang amat kronik selama tiga tahun yang lalu, padahal penyakit ini tidak terlalu serius ketika itu kecuali saya tidak mampu berjalan jauh, dan tidak mampu duduk lebih daripada setengah jam. Saya sudah mencari pekbagai jenis ubat, namun semuanya gagal. Kemudian saya berkenalan dengan seorang kawan bernama Zanji Irfani di sebatang jalan yang menuju masjid dan dia mengajak saya memeluk Islam, dan kami waktu itu sedang berada di bulan Ramadan. Saya sangat hairan dengan kaedah puasa, namun saya terus mengikuti aturan atau ajaran Islam ini kerana saya merasa ajaran itu lebih menyejukkan hati – ajaran itu mampu mencegah munculnya zat-zat yang berbahaya dan menyeimbangkan hal-hal yang tidak stabil di dalam tubuh saya. Dua hal inilah yang merupakan masalah yang paling susah yang aku alami di New York.

‘Dan saya mencuba untuk berpuasa sehari sebelum memeluk Islam. Saya hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan dan kurma saja ketika berbuka puasa. Dan saya tidak makan apa-apa pun selepas itu kecuali ketika sahur, dan kini saya mampu berjalan jauh dan alhamdulillah saya mampu berjalan dengan cepat.

‘Dan akhirnya, hilang semua rasa ngilu yang saya alami selama ini. Puasa merupakan satu-satunya cara yang saya temui yang mampu mengubati penyakit saya ini. Maka saya pun mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t atas limpahan nikmat-Nya terhadap saya untuk memeluk Islam setelah saya benar-benar berasa amat mencinta-Nya.’

Akhirnya, Sulaiman berkata: ‘Sesungguhnya puasa memiliki keutamaan besar bagi diri saya. Jika anda melihat bagaimana saya menyambut bulan Ramadan setiap tahun, tentu anda akan mengatakan, ´Ah, layaknya seperti anak kecil saja, tidak seperti orang yang berusia 40 atau 50 tahun.´ Saya benar-benar berasa aman dan damai apabila tiba Ramadan.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA