MELUKIS HIDUP
Lukisan telah mengalir dalam
tubuh,
sebagai darah,
helaan nafas,
larian jemari,
menuju yang satu: Allah,
di sebalik kata ada hikmah,
asam garam kehidupan,
juga kenangan pada:
nenek, ibu, ayah dan guru,
ada seorang melukis lukisan,
ia melukis hidupnya dengan warna-warna.
Banting,
Selangor
MELUKIS LUKISAN MERDEKA
Dengan
akrilik anakku melukis di dinding rumah,
goresan
yang dia pilih dari buku sejarah sekolah rendahnya,
warna
merah yang melukiskan masa lampau pekikan,
ada luka
parah, ada khianat, ada timbunan tentera, petani...
peperangan
akan selalu direncanakan dari fikiran sebuah rumah,
maka dia
mengecatnya,
‘merdeka
atau mati’
lalu
rakan-rakannya pun menambahkan beberapa kata-kata,
‘viva
iwan fals!’
dari
sebuah dinding rumah, sejuta senjata dan calon korban dicatat,
bahkan
ada pula berani menggoreskannya dengan cat merah,
jari-jari
anakku,
apakah
beza kemerdekaan ini dengan ketulusan tentang mati,
apalah
erti letusan di benua dengan lebih 500 tahun menggilas kita,
tanah ini
adalah sebuah peta yang pernah diperdaya oleh ranjau duri,
darah dan
air mata,
‘merdeka
atau mati’.
Lalu akupun
menyisipkan kata-kata juga,
‘hidup
ibu hidup bapa hidup adik hidup abang
malampun
menyisakan bauan tinner dan huruf melotot,
biarlah.
Kemerdekaan
yang kami syukuri dalam rumah sederhana ini,
hanya goresan,
huruf, kalimat dan bahasa akrilik,
dan
jari-jari anakku yang mengutip ingatan buku tulis sejarahnya,
esok dia
akan membacanya nyaring-nyaring,
hello
tanah air!
hello
kemerdekaan ini untuk siapa?
Taman Damai, Banting, Selangor
KEMBALI KE GUNUNG JERAI
Kedua
tepi sungai bening,
terbayang
hamparan rumput digenangi air,
kereta
yang kutumpangi,
melaju
tenang, santai dan nyaman,
oh,
aliran air, seakan membersitkan rasa cinta dalam,
burung-burung
senja,
berbondong-bondong,
satu per satu,
pulang ke
sarang.
Benteng
tandus dan sunyi,
tepat di
hadapan dermaga purba,
sisa
cahaya mentari senja,
penuh
sinaran gugusan gunung musim kemarau,
perjalanan
panjang tidak kunjung henti,
akhirnya
aku kembali ke kaki Gunung Jerai,
sekali
kembali,
takkan
kuterima tetamu,
sering
pula kututup pintu ini.
Taman Damai, Banting, Selangor
DI TEPI SUNGAI KECIL
Sejak
lama,
aku
terbelenggu di sini,
kini
bersyukur,
dibuang
ke selatan, negeri luas dan liar.
Waktu
senggang aku ikut para petani,
hidup berjiran
dengan mereka,
kadang-kadang
mirip petapa dari hutan dan gunung,
yang
sedang bertamu.
Pagi hari
menggarap tanah,
mata
bajak menggali rumput bertitisan embun,
malam
hari belayar,
dayung
perahu membentur batu kersani di dasar sungai,
hilir
mudik ke sana ke mari sesuka hati,
namun
takkan berjumpa pejalan kaki,
lepas
suara bernyanyi,
muka
tengadah ke langit negeri aman yang luas,
ya langit
maha biru sejauh mata memandang.
Taman Damai, Banting, Selangor
HADAPAN
KERTAS KERJA
Bersedia
membentangkan apa yang kufikirkan:
mulai
dari akar sejarah sebuah kesabaran,
seorang
manusia mendakap cermin kemurnian,
pencanang
kekusutan ilham,
bersedia
menerima pisau kuasah,
menyiat
akal yang mengilhamkan percubaan,
memilih
suatu kebenaran,
meletakkan
dacing penelitian,
atas
kertas kubentangkan,
dengan
halus kubicarakan mendalam,
kualihkan
batil cagun kebenaran,
bukan
ketakutan atau kepengecutan,
yang
menggetarkan,
tetapi
tikaman lebih nikmat,
dari
sebuah perdebatan berbalutkan dendam,
keluar
dari semak rimba,
getar
suara dilemahkan bara silam,
atas
meja ini ilmu akal tersantai,
tanpa
kata-kata indah,
bukan
kepalsuan menjerat kandil diri,
aku
belajar dari kehidupan kerdil,
harus
kusaringkan pendakian ilmu,
dari
lupa dan kuhidupkan semula,
dari
akar ilmu yang dikupas,
dari
semua kejatidirian yang waras.
Banting, Selangor
SUARA
Suara itu masih menyergah,
menggugah tidurmu,
dengan kasar,
yang mungkin menggetarkan rumahmu,
tetapi tidak hatimu,
kerana kekuasaan manusia,
bukan untuk ditakutkan,
kerana suara yang menerjah dari
lidah,
hanya gema menggetarkan,
pada jalanan,
tetapi tidak hatimu,
ada kawanku,
dengan keberanian,
meyakini itu.
Taman Damai, Banting, Selangor
KAMPUNGKU WAKTU SENJA
i
Senja di sini menterjemahkan
harmonis,
makna kedamaian menafaskan
getaran fikiran,
kocak alun lautan memaut
gelombang impi,
sebagai rakyat menghuni sebuah
daerah sepi,
di tengah-tengah riak dan alur
ombak badai kesempurnaan,
melerai kemelut warga, minda dan
pembangunan,
warnanya telah dikaburkan,
santun berkubur dalam liuk-lenggang
para pendatang,
pedagang yang tidak kenal malu
silu,
rapat ke tepian selepas subuh,
dan pulang tika senja berlabuh,
tidak terasa datang dan
menghilang,
sebenarnya menghimpun lara yang
panjang,
dan telah pun berpeta di bumi
bertuah ini,
(atau sebenarnya malang?)
ii
Selaut makna yang tersirat
membenarkan kemelut,
disimpul ikat dipersempit
keasyikan,
mempersalahkan sesama warga
sebangsa,
mengocak alpa akhirnya kini
memuncak,
menggelombang resah dan bimbang:
siapakah yang menang,
siapakah yang malang,
siapakah yang mewah,
siapakah pula yang kalah,
kerana beralah?
iii
Waktu senja sebenarnya menghimbau
bau siang hari,
sambil memerhati kocak air laut
di sini,
adakalanya mengocak ketenangan,
mengombak berjuta pertanyaan
tentang bimbang,
mengakhiri kemelut bangsaku,
bahawa tanah air ini harus
disentosai bukan diperjaja,
diulang-laung dalam tingkah
pilihan raya semata-mata!
Taman Damai, Banting, Selangor
GELORA
LAUT KALBU
Seperti
ingin kujangkau saujana lamunan,
menyambung
semula warna hijau kutinggalkan,
daripada
kelopak daun hari,
kulepaskan
ketika terasa cuba turut melangkah,
seperti
sekarang,
aku
sedang berhadapan,
dengan
penjaga taman bunga,
halaman
wangian,
di
situlah duri berliku,
memenjarakan
nafsu,
menghadang
langkah tua kembali kugerakkan tanpa silu,
sekarang
kupetik bunga,
warna
putih berduri tetapi mesra,
ketika
luka hatiku berpindah kepada minda,
berdarah
tanpa warna darah,
bersinar
memancar arah,
di situ
mindaku diburu dan berlari,
meluru
seluruh penjuru,
laut
biru, laut kalbuku,
mulai
bergelora gemuruh.
Banting, Selangor
SENGAP
PENGUNJUNG TAMAN
Siapakah
yang berdiri di hadapan pintu kalbu,
jika
bukan bayangan rindu,
sering
menyapa dan memburu,
melayangkan
sayap senyap,
kusambut
dengan sentuhan harap.
Goyah
langkah,
tanpa
siulan kudengar dari pohon kebenaran,
pandang
hayatku menjengah,
lewat
kilau yang belum sempat,
kufahami
makna tersirat.
Di
manakah ceriaku?
ketika
ketukan tidak kedengaran.
Di mata
panahmu,
sebentar
saja membolosi,
senyapnya
sunyi,
tanpa
kusedari darah biru memercik,
membuak
laksana gelombang lautan,
menggulung
citra kebenaran,
ingin
aku tegakkan.
Kujengah
berkali-kali,
lewat
jendela,
kiranya
ada kunjungan,
selain
sunyi.
Banting, Selangor
SEWAKTU
KITA TELAH TAHU
Katakanlah
malam kesedihan,
bermula
di hujung lidah,
menelaah
sukma kami,
yang
hilang punca percaya,
kemudian
mendengar tohmahan,
segala
prasangka gila.
Jangan lagi
berkata jika tidak bermukim,
di
kampung ikhlas,
ketika
menyusun abjad dan makna,
kata-kata
belum jelas,
kau
mabuk, saudara, ketika malam,
membebat
luka silapmu.
Tidak
ada kesumat tersemat,
memapah
kepercayaan kami,
dari
perkebunan muhasabah,
menyulam
semula damai,
membangunkan
cita-cita perkasa.
Pulanglah
kepada rumahmu yang hilang,
kembalilah
saudara menyapa pintu diri,
atau
menanti suara yang enggan berbisik.
Di
celah-celah tanda tanya inilah sudahnya,
meskipun
apimu kami balas dengan embun,
menganjur
landas belas.
Bukan
kerana beralah, megah ini demi kebenaran,
perahu
sabar membawa perjalanan tanda tanya,
kepada dermaga
kepastian.
Sambil
mengunci kemas kekuatan pintu kebenaran,
ketika
kita telah tahu robohnya rumah persahabatan,
namun
rumah kepercayaan harus bangun,
dan
tidak mungkin hilang.
Taman Damai, Banting, Selangor
RINDU KEMBALI KE RUMAH
Oh,
rumput musim kemarau tanah utara,
baru
hijau tua seperti sutera,
sementara
pohon padi di dusun pusaka,
terlebih
dahulu merunduk berat,
tangkai
lunaknya hijau muda,
ketika
hari-hari engkau rindu kembali ke rumah,
hari-hariku
juga,
rindu
dendam padamu.
Oh,
engkau angin musim kemarau yang mengusik,
engkau
dan aku tidak saling kenal,
mengapa
tanpa sebab musabab,
menyelinap
memasuki tirai dan kelambuku?
Taman Damai, Banting, Selangor
MENATAP BENDERA DALAM GERIMIS
Kelembutan
waktu yang melahirkan seribu musim dan sejarah,
masa lalu
dicucuri airmata segala orang,
sewaktu
penjajahan, darah mudah dilupakan, bahkan kematian,
lalu
tiba-tiba kami memandang pembinaan bangunan;
hotel,
padang golf...
sejarah
ternyata tidak mudah menangis,
walau
dikelilingi nasib malang dan pengkhianatan,
kami
menatap langit luas dengan lambaian bendera,
bersama
gerimis,
yang
dijelmakan oleh celoteh burung camar,
tempatku
bersuara kadang-kadang di tengah malam gelintin,
tanpa
kalimat panjang apalagi bahasa benar.
Orang
merdeka, menghubungiku melalui telefon bimbit dan fax:
surat
khabar dicetak dengan huruf-huruf; laba,
maka
seratus bangunan sekolah tadika di pelosok kampung,
roboh,
diruntuhkan
oleh kenyataan dan tipu daya kebenaran,
menatap
bendera dalam gerimis dua mata anak isteri,
dan orang
yang hidup sebagai diriku,
sebagai
mancis api seakan-akan diyakini,
segera
menjelma kebakaran di kampung halaman,
merdeka!
aku
terlakar dalam ketakfahaman fikiran sendiri,
ada
sia-sia harus dituliskan oleh sebatang besi.
Banting, Selangor
KITA MUNGKIN TELAH KEHILANGAN
Mungkin pada anak-anak,
kau temui harapan,
embun kedamaian terangkum,
tangkup tangan-tangan mungil,
mata bening menghibur,
hatimu duka,
tetapi anak-anakmu,
tersesat di chanel televisyen 24 jam,
yang mengajar mereka,
cara membunuh,
belajar pada dentum,
headline yang tebal,
pada desing, tusukan,
rudapaksa,
api siapa mengaduh?
Kita mungkin telah kehilangan,
harap pada dunia,
tetapi dapatkah lari dari
kehancuran,
begitulah kita bermimpi,
seperti kuharungi matamu.
Banting,
Selangor
HUJAN YANG TURUN SENJA HARI
Mungkin engkau,
menangis kekasih,
di hujung senja,
aku tahu mengapa,
tidak usah lagi dikata,
kerana derita manusia,
datang sebagai cuba,
mari,
kita tatapi senja yang turun,
bersama pelangi, langit jingga,
mungkin doa,
hanya doa yang wajar kita
bacakan,
begitu lindap warna-warna
yang ada dalam benak kita,
nuansa sebagai bayang-bayang
samar,
sebuah kesaksian,
sebuah impian,
mungkin hanya itu milik kita.
Banting,
Selangor
LUKISAN
Wajah bangsa dilukis,
mungkin redup,
tetapi wajah kita sendiri,
menyeringai,
mungkin malu,
atau kesakitan,
sungguh, teramat sukar,
untuk berkata jujur,
ketika ketakutan mengepung,
di mana-mana,
ada seorang pelukis,
dengan jemarinya,
mungkin wajah kita di situ.
Banting,
Selangor
LELAKI YANG MENATAP MALAM
Lelaki yang menatap malam:
kesunyian, warna hitam,
pada peluit panorama,
negeri yang menangis,
orang sendiri membaca diri,
lelaki pemimpi:
eksistensi!
lalu wajah-wajah menari-nari:
marx, darwin, hegel,
nietszche, jesper, camus,
heideger,
foucoult, walter benyamin,
adorno,
obituari?
pengkebumian segala kenangan
requiem sepi,
begitu lengang rumah sakit jiwa,
ini juga perkuburan!
Taman Damai, Banting, Selangor
AKU MATI
Aku mati; mati
tanpa rasa,
rasa telah lama
hilang ditelan senja,
cerita senja yang
aku rangkum hingga aku tiada.
Aku mati; mati
menjauhi jalan suci,
ada yang merendamku
dalam genangan kenangan,
kau, ya itu kau,
ketika kau tawarkan
getaran itu,
getaran itu memecah
samudera yang ada di dadaku,
kemudian kering,
pudar tak berwarna,
kau menikamku
dengan rasamu,
tepat di dada
kiriku,
lalu kau berdiri
dan melihatku,
terkulai dan mati.
Temerloh, Pahang
PEJUANG TAK DIKENALI
i
Dia mati
sebelum negara merdeka,
di sisi soldadu
Portugis di bumi Melaka,
beberapa butir
peluru senapang menembusi kepala,
darah mengalir
ke Sungai Melaka,
mengalir terus
ke Selat Melaka,
lalu bergenang
di pangkalan Sungai Linggi,
anak-anak
bermandi-manda,
membawa
jenazahnya ke puncak bukit,
dijulang bagai
seorang pejuang,
yang nesannya
tidak bernama,
pusara entah di
mana.
ii
Dahulu dia
terbaring kaku tidak bermaya,
bukan tidur
tetapi lenyap nyawa,
sebuah lubang
peluru bundar dada melopong menganga,
senyum bungkam
mahu berkata, aku telah diserang,
komunis
menerjang mahu berperang,
mati di kebun
getah kala fajar menyingsing,
hasil kerja
dirampas dan dibayar nyawa melayang,
sebelum mati
dia menentang,
tangan ini akan
menghadang semua petualang,
jenazah ditemui
kala malam menjelang,
oleh harimau
berkeliaran,
dibaham sampai
ke tulang,
dia perwira
tidak pernah dikenang,
walau mati
kerana berjuang,
menentang
komunis berhati binatang.
iii
Beberapa bulan
lepas dia ditemui bungkam,
mayat hampir
reput di sebuah belantara tebal,
siapa pun tidak
tahu kenapa dia datang,
kedua tangan
memeluk sebilah parang,
yang tahu hanya
anak dan isteri malang,
sudah seminggu
meratap sebuah kehilangan,
terbaring
setelah jatuh dari puncak tualang,
kerana mencari
rezeki halal untuk anak isteri,
di sisi
Azzawajalla dia perwira sejati,
mati kerana
menunaikan tanggungjawab hakiki,
di pusara
hujung kampung jenazah disemadi,
tanpa kalungan
bunga tanpa panji-panji,
dan tanpa
dikenali.
iv
Hari ini
seorang penulis ditemui mati,
sisi puluhan
buku karya peribadi,
sarat nasihat,
kaya pedoman,
soneta dan
puisi pengobar semangat juang,
cerpen-cerpen
pengubah corak peribadi,
novel-novel
peninggi akhlak,
kajian-kajian
budaya langka dan pupus,
untuk tatapan
generasi mendatang,
mati kala
sedang menulis sebuah sajak,
menghurai makna
merdeka tanah pusaka,
mengajak
generasi remaja kembali ke pangkuan nusa,
cinta tanah
merdeka, kasih bentala kencana,
tinggalan
leluhur berhati waja,
mati tanpa
dikenali, tanpa anugerah di sisi,
mati tanpa
pingat jasa bakti,
dan dikuburkan
di pusara sepi,
bersama
mimpi-mimpi tersendiri.
Kampung
Kanchong Darat,
Banting,
Selangor.
SEBUTIR
TELUR PENYU MENETAS DI PANTAI HATIMU
Sebelum pantai kerontang,
seekor penyu akan pulang bertandang,
menyuburkan telur di pasir gersang,
katanya: malam ini kubenamkan butir-butir puisiku di pantai hatimu,
sebentar lagi aku akan kembali ke laut,
untuk hidup bersama pelaut,
yang tabah diarak gelombang laut.
Telur-telur penyu, mungkin akan menetas,
menjadi penyu-penyu perkasa,
berenang beribu batu merentas benua,
mungkin juga mati pecah berkecai,
terinjak kaki makhluk-makhluk dajal.
Sebutir telur penyu menetas di pantai hatimu,
anak penyu juga kembali ke laut,
seperti penyair mudik ke gunung ilham,
melalui desa dan bandar, gunung dan belantara,
yang menghabiskan usianya,
kalau ombak menyambutku kembali,
akan kusebut namamu pantai kasih abadi,
tempat kubenamkan kata-kataku,
yang dulu melahirkan aku,
berkurun lalu.
Penyu itu tidak pernah datang lagi ke pantai kerontang,
sebab pasir membahang gersang,
hanya menyelam dan berenang riang,
menuju laut jauh di hujung horizon,
di pulau cakerawala abadi.
Bangi, Selangor
KENYATAAN
Katamu: dunia ini begitu gesit berputar,
lantas hati jadi gundah dan gusar,
kuhitung angka yang melekat di usia,
kucabut seratus uban yang tumbuh di kepala,
aku ajak bersenandung segala cerita,
kisah ceria orang muda,
namun tetap berhujung di pintu senja.
Katamu lagi: senja sering dipeluk penyair muda,
dalam puisi cinta juga balada,
namun aku kata itu hanya canda,
senja bukanlah sebuah cerita tetapi usia,
tanpa nafsu atau syahwat menggebu,
kerana senja sering menutup pintu,
untuk semua perilaku tidak menentu,
aku bukanlah penyair muda remaja,
yang mengharap hidup seribu tahun lamanya,
ketika sengsara jadi bahasa yang sukar diterka.
Kenyataannya: aku seorang yang tidak boleh kalah,
apalagi terus menyerah,
aku juga tak perlu terus berhati gundah,
warna senja bakal menutup malam,
akan dihadap dengan doa dalam khali,
senja akan terus berlabuh,
malam akan terus berinsut,
dan aku bakal diam.
Masjid Putrajaya
SERULING
MALAM
Seharusnya kutiup kau malam itu,
dengan tembang semangat,
yang liriknya panggilan jihad,
mendayu ke puncak awan,
agar orang-orang yang terbunuh,
bangkit semula dari kematian,
untuk meneruskan perjuangan,
yang sekian lama diam,
dan bungkam.
Seharusnya kutiup kau malam itu,
dengan nyanyian syahdu,
yang senikatanya aksara rindu,
agar mayat-mayat yang dikubur tanpa nisan,
menguak tanah merah hitam,
lalu keluar menerjah alam,
dan merangkak perlahan ke rumah syaitan,
yang sekian lama memuja kekasihnya,
setiap malam.
Seharusnya kutiup kau malam itu,
supaya mereka yang cedera mampu berjalan,
lalu ke masjid dengan tubuh berlubang,
berdoa dengan darah di mulut,
sehingga tidak ada suara terluah,
selain bunyi kebencian meruah,
yang sekian lama mendidih dalam darah,
kerana penjajah.
Seharusnya kutiup kau malam itu,
dengan senandung mimpi,
yang liriknya belaian bidadari,
bercumbu rayu hingga ke pagi,
agar orang-orang yang merindu,
terus segar semula dari layu,
untuk meneruskan bulan madu,
yang sekian lama membara,
dalam mesra.
Shah Alam
KAU DATANG MENGAJAKKU TERBANG
Suara cengkerik
yang menyebut namamu kini,
mengkrik-krik
sepanjang malam tanpa henti,
tatkala itulah aku
tersedar,
semua ruang beku
mengenangmu,
aku cuba mengeja
setiap bait perjalanan kasih kita,
suara riang, suara
sumbang, datang,
tiba-tiba
mengejang,
duduk sambil
kipas-kipas, kucuba menenang,
tibalah aku
memandang balang kaca,
berisi seekor
kunang-kunang,
yang dalam mimpi
diceritakan,
itu wujudmu sekarang,
aku terpana merana,
telah terbujur kaku
tubuhmu,
dalam raga sisa
tanpa sayap melekat,
aku tercekat,
seharusnya, aku
melepasmu semalam,
sebelum nyawamu
kehabisan udara,
kukira kau akan
bertahan duduk di pinggiran,
dan dapat
menemaniku tidur,
sambil mendengar
aku bercerita tentang bidadari,
namun kau tak dapat
bertahan lebih lama,
tidak ada airmata,
tidak ada rasa sesal,
tidak ada, aku tahu
besok kau akan datang,
dengan rupamu yang
lebih rupawan,
seekor burung.
Kuala Pegang, Kedah
DALAM RENGKUH BUMI
Bumi tersedar dari tidur
sementara,
hari ini sebelum waktu zuhur tiba ia akan mendapatkan makanan,
sambil membayangkan,
perutnya bergemerincing seperti gelang sepuhan,
sungguh lazat seperti dahulu,
bumi menepuk-nepuk ususnya,
agar sisa-sisa kelmarin menggelungsur,
keluar bersama cacing dan belatung berpesta.
Udara masih pagi,
kabus menyelimuti kesenyapan,
kesenyapan merengkuh kegalauan,
kegalauan merambah hati-hati dirundung rasa tak menentu,
sebab hari ini,
antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat saling terpaku,
menanti, menanti demi detik-detik prosesi.
Hari ini,
kuintai melati masih tak gerbak harum,
kalah dek aroma airmata menjuntai ke dalam tanah,
bumi tersentak,
mengharap makanan tak kunjung datang,
melainkan airmata mengalir deras ke kerongkong bumi,
bumi bertanya dalam kebisuan,
kenapa bukan tubuh lazat yang datang.
Sewaktu suria melenggang tepat di tengah,
sekeping mutiara berbalut kain putih mulai merambah ke liang bumi,
diiring airmata menjuntai ke paru-paru tanah,
dan antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat saling terharu.
Bumi mulai bingung,
bukannya khabar telah membisik,
hari ini sebelum waktu zuhur tiba ia akan mendapatkan makanan,
sambil membayangkan,
perutnya bergemerincing seperti gelang sepuhan,
sungguh lazat seperti dahulu,
bumi menepuk-nepuk ususnya,
agar sisa-sisa kelmarin menggelungsur,
keluar bersama cacing dan belatung berpesta.
Udara masih pagi,
kabus menyelimuti kesenyapan,
kesenyapan merengkuh kegalauan,
kegalauan merambah hati-hati dirundung rasa tak menentu,
sebab hari ini,
antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat saling terpaku,
menanti, menanti demi detik-detik prosesi.
Hari ini,
kuintai melati masih tak gerbak harum,
kalah dek aroma airmata menjuntai ke dalam tanah,
bumi tersentak,
mengharap makanan tak kunjung datang,
melainkan airmata mengalir deras ke kerongkong bumi,
bumi bertanya dalam kebisuan,
kenapa bukan tubuh lazat yang datang.
Sewaktu suria melenggang tepat di tengah,
sekeping mutiara berbalut kain putih mulai merambah ke liang bumi,
diiring airmata menjuntai ke paru-paru tanah,
dan antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat saling terharu.
Bumi mulai bingung,
bukannya khabar telah membisik,
bahawa dia akan mendapat
kekenyangan,
kenapa mutiara berbalut kafan yang dikirim?
kenapa airmata seluruh alam diminum?
kenapa?
Antara kebingungan,
bumi tetap mampu menerima,
kenapa mutiara berbalut kafan yang dikirim?
kenapa airmata seluruh alam diminum?
kenapa?
Antara kebingungan,
bumi tetap mampu menerima,
menerima sebagai teman yang
tertidur panjang,
amat panjang untuk dikenang.
Sedangkan,
antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat,
saling terlupa dalam sekejap.
(selamat jalan sahabat-sahabatku yang telah pergi)
amat panjang untuk dikenang.
Sedangkan,
antara duka meratap,
antara suka berpesta,
dan antara muslihat menjilat,
saling terlupa dalam sekejap.
(selamat jalan sahabat-sahabatku yang telah pergi)
Sg. Petani, Kedah
AKU DIKAMBUS HARI INI
Tubuhku mulai
dikambus tanah,
semua meninggalkan,
jelas langkah-langkah
terakhir,
sendirian gelap tidak
terbayang,
menunggu keputusan.
Tuhanku (entah dari
mana kekuatan itu datang,
setelah sekian lama
aku tidak menyebut nama-Nya),
beri satu lagi
kesempatan,
aku akan merayau
serata ceruk pelosok,
memohon maaf,
selama ini merasakan
kezaliman,
sengsara, tertindas
dalam kuasa, disakiti hati,
dibohongi, aku akan
kembalikan,
semua harta kotor
terkumpul,
dengan hati ikhlas
redha,
digarap dari sumber
tidak jelas, dimakan ditelan,
aku akan tuntaskan
janji palsu, sering terluah.
Tuhan; beri aku
beberapa hari,
untuk ayah ibu
tercinta pohonan ampun,
kata-kata kasar keras
menyakitkan hati,
maafkan aku ayah dan
ibu,
mengapa tidak kusedar
betapa besar kasih sayangmu,
beri juga waktu;
untuk berkumpul dengan isteri anak-anak,
sungguh beramal
soleh, bersujud di hadapan-Mu,
bersama mereka.
Begitu sesal; hari-hari
berlalu tanpa makna,
kesia-siaan,
kesenangan diraih tiada erti,
nihil belaka, hidup
hanya sekali,
andai mampu diputar
ulang waktu.
Aku dikambus hari
ini,
semua tidak
termaafkan, terlambat,
harus sendiri, untuk
waktu tidak terbayangkan.
Taman Damai,
Banting, Selangor
SUNGGUHKAH
AKSARA ITU YANG KAU TEMUI
Memasuki lif, keraguanku
menggumpal:
sungguhkah aksara itu yang
kau temui?
Terusung ke tingkat sembilan belas,
Terusung ke tingkat sembilan belas,
tak kurasakan getar,
tapi di hati,
tapi di hati,
ada siluet gempa yang nyaris
pecah,
segala ketenteraman begitu jauh dari jangkauan,
para pemberi petitih,
segala ketenteraman begitu jauh dari jangkauan,
para pemberi petitih,
entah di mana ia dakap hangatnya.
Aku membaca angka-angka setiap tingkat,
dengan hati yang aneh,
Aku membaca angka-angka setiap tingkat,
dengan hati yang aneh,
dan sembilan kepala yang
menyesaki lif menterjemahkannya,
dengan tubuh mengarca.
Pagi ini segalanya memang kelihatan berbeza dan asing,
keluar dari lif,
dengan tubuh mengarca.
Pagi ini segalanya memang kelihatan berbeza dan asing,
keluar dari lif,
gigil telah merambati ulu hati,
sungguhkah aksara itu yang kau
temui?
Kodiang, Kedah
MEMOHON KEPADA TUHAN;
BERILAH REZEKI PADA HARI
INI
Kenapa rembulan di jendela makin lama makin redup
sinarnya?
kenapa mentari di halaman kian membahang panasnya?
kenapa sungai semakin sempit dan alirannya kian
lesu?
kenapa udara di bumantara kian menipis?
nafas semakin sesak,
mimpi semakin mahal,
hari esok semakin tak mampu dibeli,
di tepi sungai lesu kanak-kanak itu sedang nazak
belajar mengira,
dia menangis tanpa suara;
butiran nanah meleleh dari kelopak matanya,
bapa belum dapat duit buat beli baju sekolah,
ibu terbaring sakit di rumah,
malu pada guru dan rakan-rakan,
cuba dia serahkan tubuhnya ke bongkah harapan,
berharap busut kemiskinan berubah menjadi bukit,
emas kemerlap.
Kanak-kanak itu bangkit dari nazaknya,
dia memohon kepada Tuhan; berilah rezeki pada hari
ini,
dan redamkanlah gelora kemiskinan,
damaikanlah gelombang kesempitan,
biarkan gemintang cerlang bercahaya,
memberi sedikit sinar untuk rembulan,
mentari dan sungai terus hidup,
dalam kecerahan.
Kupang, Baling,
Kedah
SEPERTI PERAHU, DENGAN WARNA MALAM DI LINGKARAN LEHERMU
Kuekori seribu laku,
yang menjelma pertaubatan burung-burung,
kebisuan merupa retakan tanah,
yang mengekal pada batu,
kerinduan adalah bahasa lain,
yang menjelma bentuk-bentuk guratan pada perdu,
bayang-bayangku jatuh,
yang menjelma pertaubatan burung-burung,
kebisuan merupa retakan tanah,
yang mengekal pada batu,
kerinduan adalah bahasa lain,
yang menjelma bentuk-bentuk guratan pada perdu,
bayang-bayangku jatuh,
melindap dan beku,
tak ada cahaya,
bahkan kegelapan menjelma suara-suara ghaib,
yang diluncurkan kabus,
tak ada cahaya,
bahkan kegelapan menjelma suara-suara ghaib,
yang diluncurkan kabus,
keperihan,
gerimis yang pemurah mengelus leherku,
lalu lidahnya yang hangat mencercap jasadku,
seperti orang-orang yang berciuman sebalik gerumbul,
kesunyian merayapi makamku,
oh betapa kegamangan telah menjadi,
begitu mengerikan serupa,
gerak tanganmu.
gerimis yang pemurah mengelus leherku,
lalu lidahnya yang hangat mencercap jasadku,
seperti orang-orang yang berciuman sebalik gerumbul,
kesunyian merayapi makamku,
oh betapa kegamangan telah menjadi,
begitu mengerikan serupa,
gerak tanganmu.
Tidurlah bersama
burung-burung,
sebab setelah aroma angin senyap itu,
seribu musim telah berlalu.
sebab setelah aroma angin senyap itu,
seribu musim telah berlalu.
Seperti perahu, dengan
warna malam di lingkaran lehermu,
kegalauan yang pemurah membunuh mayatku.
kegalauan yang pemurah membunuh mayatku.
Kuala Ketil, Kedah
SAYEMBARA POLITIK
Sayembara sudah selesai,
perseteruan tak pernah usai,
bendera, sepanduk bertebaran di pinggir gelanggang,
ribuan penonton telah pulang meninggalkan
majlis,
pemain yang kalah dan menang bertukar baju,
maafkan kami yang tak faham bahasa politik.
Di tengah padang politik,
para pemain masih ghairah menari canggung,
jaringan nasib selembut doa harap,
lelehan nanah membalut kerusi kuasa,
hujan perubahan membasahi gedung harapan,
dan kami anak-anak penyair,
sentiasa mengarang puisi kemiskinan,
menyusun aksara-aksara keperitan,
menjadi kamus kesenangan.
Serasa kami ingin masuk ke dalam padang,
bersama menamatkan sayembara,
kerana penonton sudah lama pulang,
membiarkan kerusi-kerusi menjadi kosong.
Taman Damai, Banting,
Selangor
KUTAHU
RASANYA JADI MERDEKA DAN BAHAGIA
Ingatkah kau petang itu?
gerimis berirama kemudian jadi hujan merejam bumi,
mengguyur seperti gadis datang dari syurga,
lenggang-lenggoknya menggelitik dan genit,
lalu kita jadi penonton tak tahu malu,
tak mampu menahan diri,
seperti kanak-kanak di warung gula-gula.
Ingatkah kau hujan itu?
istimewa seperti pasar malam penuh atraksi,
kita basah sampai ke tulang,
namun dingin tak buat kita biru, apalagi kelu,
baru kali itu aku percaya dunia penuh keajaiban,
air tumpah dari cangkir raksasa yang tak kasat mata,
kita berputar-putar dan menari diiring irama hujan.
Ingatkah kau bagaimana kita tertawa?
lepas tak terbeban dosa apalagi usia,
hingga air penuhi mulut dan hidung,
kita rentangkan tangan dan dongakkan kepala,
menutup mata dan nikmati ritma manjakan indera,
kemewahan dibayar dengan influenza,
tak seberapa kerana kutahu rasanya jadi merdeka dan bahagia.
gerimis berirama kemudian jadi hujan merejam bumi,
mengguyur seperti gadis datang dari syurga,
lenggang-lenggoknya menggelitik dan genit,
lalu kita jadi penonton tak tahu malu,
tak mampu menahan diri,
seperti kanak-kanak di warung gula-gula.
Ingatkah kau hujan itu?
istimewa seperti pasar malam penuh atraksi,
kita basah sampai ke tulang,
namun dingin tak buat kita biru, apalagi kelu,
baru kali itu aku percaya dunia penuh keajaiban,
air tumpah dari cangkir raksasa yang tak kasat mata,
kita berputar-putar dan menari diiring irama hujan.
Ingatkah kau bagaimana kita tertawa?
lepas tak terbeban dosa apalagi usia,
hingga air penuhi mulut dan hidung,
kita rentangkan tangan dan dongakkan kepala,
menutup mata dan nikmati ritma manjakan indera,
kemewahan dibayar dengan influenza,
tak seberapa kerana kutahu rasanya jadi merdeka dan bahagia.
Tangkak, Johor
AKU
DAN BANGAU
Air danau nan tenang,
hampir beku oleh sejuk musim,
kala bangau menari di atasnya,
menari untuk kekasihnya,
aku berdiri di tepi danau itu,
menikmati indahnya salji yang turun,
lalu aku berteduh di sebuah pavilion,
duduk dan minum teh hangat,
bangau-bagau itu terus menari,
kemudian bangau itu terbang dan mendarat semula,
sebahagian lagi kelihatan cemas dan bimbang,
seperti ada sesuatu akan terjadi,
aku berfikir sejenak sambil memandang mereka,
apakah mereka bangau yang kebal udara sejuk,
rasanya aku ingin berbahagi tehku dengan mereka,
tapi mereka terus menari.
Kg Sungai Baru, Melaka
NOSTALGIA
NEGERI SAMPAH
Aku tak lagi hairan,
negeri ini dipenuhi lautan sampah,
di sana-sini sering aku melihatnya,
kotoran-kotoran manusia yang sejak lama telah ada,
untunglah,
masih ada mereka,
mereka sudi memilih dan memilah kotoran-kotoran itu,
biarkan saja,
isi perut mereka adalah hasil jerih payahnya.
Pantai Pasir Balak, Melaka
PENYAPU SAMPAH
TUA DAN BULAN DI JENDELA
Penyapu
sampah tua menjemput bulan di jendela,
merangkai
sejuta mimpi dalam air mata,
ketika
cinta mendakap dan memudar,
di
taman kembang-kembang plastik,
di
bawah siraman-siraman remang lampu-lampu antik,
segelas
hempedu mencair semanis madu,
disapu
sampah-sampah impian ke longkang harap,
diraih
butir-butir kencana impian ke karung hasrat,
citanya
terdampar di hujung malam,
malam
gelap, tiada purnama kemerlap,
di
langit malap.
Penyapu
sampah tua merangkul bulan di jendela,
mengirimkan
pawana senja,
di
batas pengembangan hujung buana,
dengan
hati kosong mata hampa,
tertatih
menuju mahligai Azzawajalla,
dia
pasrah pada remang-remang cahaya,
bersinar
laksana fatamorgana,
pada
malam-malam dalam lena,
bermimpikan
bulan purnama jatuh ke riba,
istana
dan singgahsana permata,
di
puncak bukit pesona.
Penyapu
sampah tua melambai bulan di jendela,
tanpa
kekasih membisikkan janji setia,
tanpa
cinta asyik bermanja senda,
hanya
pada bintang langit terbuka,
diserahkan
sisa-sisa kasih yang masih ada,
hatinya
telah robek terluka,
berdarah
bernanah bersalut jelu hiba,
istana
bahagianya telah roboh dilanda bencana.
Taman
Damai,
Simpang
Morib, Banting, Selangor
SAYAP-SAYAP PATAH
Hati yang terjatuh dan terluka,
merobek malam menoreh seribu duka,
kukepakkan sayap-sayap patahku,
mengekor hembusan angin berlalu,
menancapkan rindu.
merobek malam menoreh seribu duka,
kukepakkan sayap-sayap patahku,
mengekor hembusan angin berlalu,
menancapkan rindu.
Di sudut hati beku,
ia retak,
hancur bak serpihan cermin,
berselerakan,
ia retak,
hancur bak serpihan cermin,
berselerakan,
sebelum hilang diterpa angin,
sambil terduduk lemah,
kucuba kembali mengais sisa hati,
bercampur baur dengan debu,
sambil terduduk lemah,
kucuba kembali mengais sisa hati,
bercampur baur dengan debu,
ingin kurengkuh,
kugapai kepingan di sudut hati,
hanya bayang dan samar,
lantas ia menghilang,
sewaktu mentari turun dari peraduan.
kugapai kepingan di sudut hati,
hanya bayang dan samar,
lantas ia menghilang,
sewaktu mentari turun dari peraduan.
Tak sanggup kukepakkan kembali
sayap ini,
ia telah patah,
tertusuk duri-duri tajam,
hanya mampu meratap,
meringis,
cuba menggapai sebuah pegangan.
ia telah patah,
tertusuk duri-duri tajam,
hanya mampu meratap,
meringis,
cuba menggapai sebuah pegangan.
UKM, Bangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan