Isnin, 22 Mac 2010

Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia: Budaya India

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

MASYARAKAT di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Bajau, Murut dan sebagainya. Masyarakat India merupakan kaum yang ketiga terbesar. Mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi turun-temurun. Mereka dikenali sebagai ‘kling’ di kalangan masyarakat tempatan.

Setelah menetap di negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang tersendiri di kalangan mereka.

Dalam pada itu, mereka bebas mengamalkan adat istiadat mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di samping itu mereka juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain. Ketika ini jumlah mereka dianggarkan lebih 2.5 juta orang.

Kedatangan Masyarakat India Ke Malaysia

Sejarah telah mencatatkan bahawa, orang-orang India telah datang ke Tanah Melayu lebih kurang 2,000 tahun yang lalu dan mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu pendatang awal dan pendatang moden. Pendatang awal merupakan golongan elit kerana mereka datang sebagai saudagar dan mereka menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suverarnabhumi atau Tanah Emas.

Manakala pendatang moden pula adalah kalangan mereka yang datang pada zaman penjajahan British dan bekerja sebagai buruh kasar dan mereka dibayar dengan kadar bayaran yang rendah untuk bekerja di sektor-sektor perladangan dan pembinaan. Pada peringkat awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu, kebanyakan mereka bekerja di ladang tebu dan kopi dan hanya pada abad ke-19, barulah mereka beralih pula kepada perusahaan getah yang sebelum ini dikuasai oleh kaum Melayu.

Sistem Kasta Masyarakat India

Secara umumnya, pembahagian kasta dalam masyarakat India terbahagi kepada empat pecahan yang besar iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sundra.

BRAHMIN

Brahmin adalah golongan pertama atau golongan yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki sistem kasta. Golongan ini merupakan golongan pemimpin rohani dan pendeta. Mereka ini dikatakan mempunyai kemampuan untuk memiliki suatu penguasaan naluri yang tajam terhadap nilai-nilai hidup yang terpenting kerana amalan yang tinggi dari sudut kerohanian.

Malah lebih jauh daripada itu, mereka juga merupakan pemimpin yang bersifat intelektual. Golongan ini adalah golongan pendeta-pendeta agama iaitu lapisan yang tertinggi dan golongan ini adalah vegetarian. Mereka sangat dihormati oleh masyarakat dan disanjung tinggi serta mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesuatu komuniti mereka dan daripada merekalah terbentuknya sami-sami dan guru agama. Di samping bertugas sebagai guru, mereka juga bakal menjadi hakim dan bakal menjadi perdana menteri atau ketua dalam sesuatu pemerintahan dalam sesebuah negara.

KSHATRIYA

Golongan ini menduduki hierarki yang kedua dan mereka memiliki keberanian, bercita-cita tinggi, suka bergaduh dan menimbulkan sedikit kesusahan. Mereka mempunyai bakat sejak lahir sebagai administers dengan kemahiran untuk memperjuangkan masalah-masalah manusia sehingga dapat membawa hasil terbaik.

Tanggungjawab puak ini ialah menjaga keselamatan dan keamanan dan daripada golongan inilah juga lahirnya pahlawan-pahlawan. Secara lebih khususnya tugas lapisan kedua ini adalah belajar dan memikul senjata untuk mempertahankan negara dan rakyat.

VAISYA

Merupakan golongan yang ketiga tingkat kasta dalam masyarakat India. Mereka lazimnya sebagai tukang atau penghasil barang untuk keperluan manusia. Sebilangan kecil daripada mereka bekerja sebagai tukang kayu, batu, dan petani. Mereka juga seperti Brahmin dari segi kesucian, perbuatan dan pertapaan tetapi tidak termasuk dalam golongan Brahmin.

Golongan ini secara khusus melibatkan diri dengan perniagaan. Di samping itu, golongan ini turut bercucuk tanam, berusaha mengumpulkan kekayaan sedaya mungkin dan menghulurkan perbelanjaan dan bantuan untuk kepentingan agama.

SUNDRA

Golongan ini merupakan para pengikut yang terdiri daripada buruh kasar yang terdidik. Jika mereka ingin memperolehi sesuatu pekerjaan, mereka harus mengikuti suatu masa latihan yang panjang. Mereka harus bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam kehidupan. Golongan ini jarang-jarang memegang jawatan sebagai ketua atau penjaga kumpulan. Walau bagaimanapun mereka ini berupaya meningkat naik atau berjaya dalam kehidupan jika ada kesungguhan.

Adat Kelahiran Masyarakat India

Dalam masyarakat India, adat dan pantang larang ketika mengandung dan melahirkan bayi mesti dijalani oleh wanita yang beranak sulung sahaja. Anak yang berikutnya, cukup sekadar amalan-amalan tertentu sahaja. Antara pantang larang bagi ibu mengandung ialah:

1. Seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir.
2. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat (makhluk halus) lebih aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan kandungannya.
3. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dia juga tidak seharusnya berjaga hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut.
4. Suami dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung.
5. Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh binatang.
6. Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan minum arak dan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu

Adat Perkahwinan Masyarakat India


1. Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupan masyarakat India. Mengikut adat orang-orang Hindu, cadangan perkahwinan (melamar) akan dibuat oleh pihak perempuan.
2. Perkongsian perbelanjaan juga biasa diamalkan antara kedua-dua pihak dan biasanya majlis perkahwinan akan diadakan dirumah pengantin perempuan, kuil atau dewan khas.
3. Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki yang berpakaian pengantin tiba rumah pengantin perempuan yang akan diiringi oleh seorang pengapit khas, ibu, bapa, dan saudara-mara. Selepas upacara arathi (menghalau roh-roh jahat), pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

Perayaan Masyarakat India


Orang-orang India mempunyai beberapa perayaan dalam setahun mengikut kalendar mereka iaitu:

DEPAVAALI

Menurut kalendar tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippasi. Hari tersebut dikenali sebagai Chaturdasu dalam kalendar Tamil. Depavaali dikenali juga sebagai Neraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim bernama Narakasura.

Perkataan Deepavali adalah suatu istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Deepam dan Vali. Depam bererti pelita, manakala Vali bererti barisan atau deretan. Sebenarnya, perayaan ini memberi ingatan kepada penganut Hindu supaya mengelakkan diri daripada segala kejahatan dan pemikiran negatif dalam kehidupan mereka.

THAIPUSAM

Perayaan ini disambut pada malam hari bulan purnama iaitu dalam bulan Thai (januari-februari) menurut kalendar tamil iaitu sewaktu bulan purnama melintasi bintang bersinar yang bernama pusam. Perayaan ini disambut oleh orang-orang Hindu yang tidak memakan daging atau vegetarian dan ia disambut juga oleh golongan lain.

Perarakan membawa kavadi ini merupakan kemuncak perayaan Thaipusam. Pada masa ini orang-orang yang membawa kavadi akan mencucuk badannya dengan jarum dan benda-benda yang tajam. Perbuatan menyeksa diri ini membawa makna membersihkan diri daripada dosa dan kesusahan.

THAIPONGGAL


Perayaan ini merupakan yang berkaitan dengan masyarakat tani. Sambutan perayaan ini boleh disifatkan sebagai pesta menuai. Perayaan ini lebih bersifat sosial dan dirayakan di rumah-rumah kediaman serta kuil. Thaiponggal membawa maksud Thai iaitu bulan Januari hingga Februari dan ponggal bererti meruap. Ponggal bermaksud nasi manis yang dimasak bersama susu. Perayaan ini juga dikenali sebagai perayaan makara sankranti di seluruh India. Perayaan ini disambut selama 4 hari.

Biasanya pada hari perayaan, satu tapak disediakan di halaman rumah untuk mengadakan ponggal (menanak nasi dengan campuran susu). Tempat ini dibersihkan dan dihias dengan koolam iaitu lakaran pelbagai corak dengan menggunakan tepung beras. Koolam dicorakkan oleh kaum wanita.

Nasi yang dimasak juga dikenali sebagai ponggal, pukkai, atau trincoru yang bererti manis. Nasi dihidangkan atas daun pisang bersama-sama kuih-muih seperti vaadai, buah-buahan untuk disajikan kepada Dewa Surai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA