DULU, ketika kampung kami belum bernama, belum tercatat dalam peta, dan ruas-ruas jalan belum tergilas roda, leluhur kami pernah diresahkan kerana peristiwa aneh perihal kelahiran seorang bayi. Mestinya kelahiran bayi disambut senyum ramah dan tawa girang sebagai tanda rasa syukur pada anugerah Tuhan, bukan? Ya, tetapi tidak bagi bayi yang lahir tanpa tali pusat! Setelah menyembul, bayi itu meluncus dan menerobos keluar dari rahim perempuan yang mengejan melahirkannya. Bidan beranak tidak perlu bersusah-payah memutuskan tali pusatnya.
“Eh, bagaimana saya nak memotong tali pusatnya? Pusatnya tak ada,”
Begitulah! Kelahirannya tidak disambut dengan sukacita dan ucapan selamat. Tetapi, disembur dengan gunjing, cela, dan umpat.
“Jangan-jangan kerana waktu mudanya, perempuan ini suka dedah pusat!!”
“Kalau gemar dedah pusat, mestinya bayi itu ada banyak pusat, bukan?”
“Iya, harusnya ada pusat di hidung, pipi atau dahi...”
“Tapi tak ada pusat pula?”
Tetapi untunglah, bayi tidak berpusat itu tidak hidup lama. Tidak lama setelah kelahirannya, bayi yang belum sempat diberi nama itu meninggal dunia. Hingga, musnahlah segala gunjing, cela dan sumpah serapah warga kampung.
Kini, kampung kami sudah bernama. Kami menyebutnya Kampung Murni. Sudah tercatat dalam peta dan ruas-ruas jalan pun sudah tergilas roda. Namun, keluarga, sanak-saudara, ipar-duai dan seluruh warga Kampung Murni, kembali tidak tenteram, resah dan mulai diancam rasa was-was. Terutamanya sejak tersiar khabar tentang hantu-hantu bergentayangan yang selalu mengganas dan mengusik ketenangan orang ramai di kampung kami.
* * *
Kini, kampung kami sudah bernama. Kami menyebutnya Kampung Murni. Sudah tercatat dalam peta dan ruas-ruas jalan pun sudah tergilas roda. Namun, keluarga, sanak-saudara, ipar-duai dan seluruh warga Kampung Murni, kembali tidak tenteram, resah dan mulai diancam rasa was-was. Terutamanya sejak tersiar khabar tentang hantu-hantu bergentayangan yang selalu mengganas dan mengusik ketenangan orang ramai di kampung kami.
Bukan pontianak, pelesit, jenglot, toyol, pocong atau sundel bolong seperti yang sering kami tonton di layar televisyen atau yang dipamerkan di Muzium Shah Alam. Tetapi, hantu-hantu yang telah merubah keadaan mereka menjadi perempuan-perempuan cantik.
Rata-rata fizikal mereka tinggi langsing. Pinggang ramping. Kulit kuning langsat. Betis putih mulus. Dada penuh berisi. Pinggul sintal dan bulat. Kecuali kami, tidak akan ada yang menyangka bahawa perempuan-perempuan liar yang genit dan kemayu itu adalah hantu-hantu celaka penyebar dosa.
Meski kelihatan seperti gadis-gadis perawan, mereka tidak tertarik menggoda lelaki-lelaki bujang. Mereka lebih berselera pada lelaki-lelaki yang sudah menikah, yang berwang, yang berpangkat dan bergelaran. Gemar memikat suami orang dengan segala macam jurus rayuannya. Merosak rumah tangga orang. Membuat pasangan-pasangan muda di Kampung Murni menjadi tidak berghairah kepada isteri masing-masing lalu memendam hasrat diam-diam untuk mencari perempuan idaman lain. Berselingkuh.
Inilah khabar paling menakutkan bagi ibu-ibu di kampung kami, Kampung Murni.
Siang benderang, mereka selalu mundar-mandir, keluar-masuk pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat syarikat swasta. Berkedok sebagai agen-agen insurans atau jurujual aneka produk kecantikan. Awalnya sekadar melenggang-lenggok dengan gaun singkat dan kasut tumit tinggi sambil tersengih-sengih di hadapan mata para lelaki yang asyik mengekori mereka. Sekadar mempertontonkan ranum tubuh yang bikin jakun naik turun. Aih, mana tahan? Lelaki mana yang tidak terpukau melihat paha yang asyik tersingkap oleh kesiur kipas angin?
Siang benderang, mereka selalu mundar-mandir, keluar-masuk pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat syarikat swasta. Berkedok sebagai agen-agen insurans atau jurujual aneka produk kecantikan. Awalnya sekadar melenggang-lenggok dengan gaun singkat dan kasut tumit tinggi sambil tersengih-sengih di hadapan mata para lelaki yang asyik mengekori mereka. Sekadar mempertontonkan ranum tubuh yang bikin jakun naik turun. Aih, mana tahan? Lelaki mana yang tidak terpukau melihat paha yang asyik tersingkap oleh kesiur kipas angin?
Siapa pula yang tidak ingin makan makanan yang sudah terhidang? Lambat-laun, boleh jadi tergoda juga dan mengajak mereka makan angin ke luar kampung.
“Jangan mudah percaya sama lelaki! Aku tak percaya lagi pada Baharin. Dia mengaku, baru saja keluar dengan perempuan lain. Untung tak sampai tidur bersama,” gerutu Jenab menceritakan perangai suaminya. Miang keladi.
“Dari mana kamu tahu?” tanya Sabariah. Hairan
“Temannya yang bagi tau. Terus aku desak, akhirnya mengaku juga.”
“Sekarang aku kunci abang Baharin dalam bilik. Sebal aku. Berani dia berbohong dengan aku...”
“Hati-hati Nab! Hantu-hantu itu makin bermaharajalela. Jangan sampai laki kamu terpikat pada kecantikan tubuhnya,”
Ghazali, termasuk lelaki setia. Sejak menjadi suami Sabariah, tidak pernah berbohong. Setidak-tidaknya, mereka belum pernah bergaduh kerana Ghazali memang belum pernah keluar malam. Pulang dari pejabat, Ghazali terus duduk di rumah. Waktu lapangnya dihabiskan di rumah, bersama isteri dan dua anak yang masih kecil. Namun, akhir-akhir ini dia mulai pulang lewat malam, sesekali pulang awal subuh.
“Ada meeting di pejabat,” kilahnya.
Mulanya Sabariah percaya saja pada alasan suaminya, tetapi setelah tersebar berita tentang hantu-hantu bertubuh perempuan cantik bergentayangan di Kampung Murni, Sabariah pun mulai curiga.
Sejak mendengar cerita Jenab soal perangai Baharin, Sabariah kian gundah, tidurnya mulai tidak nyenyak. Kecurigaannya makin menjadi-jadi. Alhasil, Sabariah bernasib sama dengan Jenab. Perempuan beranak dua itu bergaduh habis-habisan dengan suaminya.
Betapa tidak? Tidak sengaja dia tercium wangi parfum perempuan di kemeja yang dipakai Ghazali. Entah kenapa, lelaki setia seperti Ghazali tiba-tiba berubah menjadi mata keranjang.
“Abang kata ada meeting. Ternyata meeting itu dengan perempuan, ye? Dasar jantan miang!! Dasar lelaki hidung belang. Tak sedar dek untung.. dah ada anak dua pun nak menggatal lagi!!!”
Tidak berselang lama, warga Kampung Murni lebih gempar. Hassan tertangkap basah dengan seorang perempuan bernama Seriwani di sebuah hotel penginapan kelas menengah. Sebelum keduanya beraksi seperti syaitan.
Hamidah, isteri Hassan naik berang, meronta-ronta hendak memotong alat kelamin Hassan dengan pisau belati yang digenggamnya. Atau mungkin hendak mencabik-cabik perut Seriwani yang telah tidur dengan suaminya, menggorok lehernya hingga mati terjungkal bersimbah darah.
“Kau kata cuma pergi memancing, ternyata memancing perempuan. Kubunuh kau, laki mianggggg!!!!!!”
“Aku akan tamatkan hidupmu, perempuan sundal!” gertak Hamidah. “Awas kalian!”
Pihak mahkamah mulai mencium fenomena panik di kalangan warga perempuan akibat kegilaan suami-suami mereka dengan perempuan-perempuan nakal yang datang entah dari negeri mana itu. Bukan hanya Jenab, Sabariah dan Hamidah yang sedang tidak bahagia dengan suami masing-masing.
* * *
Pihak mahkamah mulai mencium fenomena panik di kalangan warga perempuan akibat kegilaan suami-suami mereka dengan perempuan-perempuan nakal yang datang entah dari negeri mana itu. Bukan hanya Jenab, Sabariah dan Hamidah yang sedang tidak bahagia dengan suami masing-masing.
Petaka juga menimpa Jamilah, Zaharah, Zaleha, Kamariah, Latipah dan hampir semua perempuan bersuami di Kampung Murni. Nasib mereka sama; Dikhianati suami. Sejak hantu-hantu bertubuh perempuan cantik bergentayangan, suami-suami mereka tidak betah di rumah. Kehilangan selera. Gemar keluar malam. Pulang pagi, bahkan ada yang pulang cuma tiga hari sekali. Celaka, sungguh celaka!
“Hantu-hantu keparat. Ayuh, kita cari mereka dan kita gantung ramai-ramai! Tunggu apa lagi? Ayuh, kita mulakannnnn!!!!” laung Jamilah memprovokasi teman-temannya.
“Kalau tangkap tak usah digantung, terus kita rejam saja!” balas Zaleha, bersemangat.
“Jangan jadi bodoh! Hantu mana boleh mati? Selepas ditangkap kurung saja! Buatkan kandang! Agar mereka tak berkeliaran lagi! Lepas tu kita buat pameran di muzium!”
Maka, disebut-sebutlah hantu-hantu genit itu sebagai biang kekacauan. Secara resmi mereka dinyatakan sebagai penjenayah yang sedang diburu pihak berkuasa. Awalnya, polis agak kesukaran membezakan antara hantu-hantu berwajah perempuan sintal dengan gadis-gadis genit Kampung Murni. Tidak ada ciri khusus yang boleh membezakan pada tubuh montok hantu-hantu itu. Hampir tidak berbeza dengan perempuan-perempuan lain.
Tetapi, berkat bantuan Haji Lokman, ustaz terkenal di kampung kami, akhirnya terungkap juga sejarah tentang peristiwa janggal yang pernah terjadi. Dulu, ketika kampung kami belum bernama, belum tercatat dalam peta dan ruas-ruas jalan belum tergilas roda, leluhur kami pernah resah oleh kelahiran ganjil seorang bayi. Mestinya kelahiran bayi itu disambut dengan senyum ramah dan tawa girang sebagai pertanda rasa syukur pada anugerah Tuhan, bukan? Ya, tetapi tidak bagi bayi yang lahir tanpa tali pusat!
Setelah menyembul, bayi itu meluncus dan menerobos keluar dari rahim perempuan yang mengejan melahirkannya. Bidan beranak tidak perlu bersusah-payah memutuskan tali pusatnya. Tetapi untunglah, bayi tidak berpusat itu tidak hidup lama. Tidak lama setelah kelahirannya, bayi yang belum sempat diberi nama itu meninggal dunia. Hingga, musnahlah segala gunjing, cela dan sumpah serapah warga kampung.
“Jadi, hantu itu jelmaan dari bayi perempuan tidak bertali pusat itu? Berkembang biak, beranak-pinak dan buat kacau di kampung ini?” tanya seorang anggota polis kepada Haji Lokman.
“Ya!” jawab Haji Lokman.
“Jadi, kalau begitu ciri fizikalnya sudah jelas. Hantu-hantu perempuan-perempuan cantik itu tidak berpusat. Kita hanya periksa saja bahagian perutnya sebaik ditangkap,” tegas polis tersebut.
Puas Haji Lokman mengangguk-angguk sambil tersenyum.
Hingga kini, hantu-hantu perempuan muda dan genit yang mengundang syahwat itu terus diburu. Malangnya, operasi penangkapan telah menimbulkan masalah baru iaitu kerisauan dan rasa cemas di kalangan gadis-gadis Kampung Murni bila mana pihak berkuasa tersalah tangkap, dan akan memeriksa perut mereka hanya kerana tuduhan jadi hantu.
* * *
Hingga kini, hantu-hantu perempuan muda dan genit yang mengundang syahwat itu terus diburu. Malangnya, operasi penangkapan telah menimbulkan masalah baru iaitu kerisauan dan rasa cemas di kalangan gadis-gadis Kampung Murni bila mana pihak berkuasa tersalah tangkap, dan akan memeriksa perut mereka hanya kerana tuduhan jadi hantu.
Maka, kerana itulah gadis-gadis genit kampung kami selalu memakai busana pendek yang menyingkapkan bahagian perut dan memperlihatkan pusat. Ya, mereka terpaksa mempamerkan pusat mereka untuk memberi tanda agar mereka tidak dicurigai sebagai hantu-hantu gentayangan yang sedang diburu.
Di pinggir jalan, jambatan penyeberangan, hentian-hentian bas kampung, kampus-kampus, pasar-pasar, stesen bas, stesen LRT dan pusat-pusat membeli-belah, jangan hairan apabila anda menyaksikan gadis-gadis genit mundar-mandir, melenggang-lenggok dengan seluar jeans ketat dan baju serba singkat sambil mempertontonkan pusat!
Ada pusat yang ditindik dan dipasang anting-anting dari berbagai model dan ukuran. Sekali lagi, jangan hairan... ada pusat yang sengaja dihiasi tato kala jengking di sekelilingnya. Eii, geli biji mata melihatnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan