SMAHADZIR
THABIT IBNU QURRA merupakan
pendiri Ilmu Keseimbangan berkat buku penting yang ditulisnya bertajuk, Fi’l-Qarastun
(Keseimbangan Balok). Inilah karyanya yang monumental dalam bidang Ilmu
Mekanik. Ilmuwan Islam tersohor zaman ke kuasaan Dinasti Abbasiyah ini dikenali
sebagai pakar matematik. Menurut JJ O’Connor dan EF Robertson, pakar matematik Islam
dari abad ke 9 Masehi itu telah berjasa dalam meletakkan dasar-dasar matematik
moden. Beliau memainkan peranan penting dalam penemuan hitungan integral,
geometri analitik, dalil trigonometri lingkaran, serta konsep angka-angka real.
‘Dalam ilmu mekanik, dia adalah
seorang pendiri ilmu statik (ilmu keseimbangan),’ ujar O’Connor dan Robertson
dalam tulisannya tentang biografi ilmuwan ini. Ilmuan Islam dari Harran,
Mesopotamia (Turki), itu juga menguasai ilmu pakar astronomi. Dalam bidang luar
angkasa ini, sejarah telah mencatatnya sebagai salah seorang pembaharu pertama
terhadap sistem ptolemeus.
Nama lengkapnya, Thabit Ibn
Qurra Ibn Marwan Al-Sabi’Al-Harrani. Beliau dilahirkan pada 836 Masehi di
Harran, Mesopotamia - sekarang Turki. Awalnya, dia adalah anggota kelompok
Sabian - kelompok penyembah bintang. Lantaran menuhankan bintang, anggota
kelompok ini sangat termotivasi untuk mempelajari astronomi. Pada zamannya,
kelompok ini telah melahirkan sederet pakar astronomi dan pakar matematik
berkualiti.
‘Kelompok ini memiliki hubungan
yang kuat dengan Peradaban Yunani, sehingga mengadopsi kebudayaannya,’ ujar
O’Connor dan Robertson. Ketika Islam berkembang makin meluas, kelompok Sabian
yang awalnya berbahasa Yunani akhirnya berada dalam kekuasaan Dinasti
Abbasiyah. Perlahan namun pasti, anggota kelompok Sabian juga mulai memeluk
Islam. Mereka mulai menggunakan bahasa Arab menggantikan bahasa Yunani.
Sejumlah dokumen menyebutkan, pada usia muda, Thabit berprofesyen sebagai
pedagang penukaran mata wang. Ini menunjukkan bahawa Thabit berasal dari
keluarga berada dan berpengaruh di komunitinya.
Sejak muda, Thabit sangat
bijak. Beliau menguasai bahasa Arab, Yunani, dan Syriac. Suatu hari, seorang
ilmuwan terkemuda dari Baghdad, Muhammad Ibnu Musa ibnu Shakir, berkunjung ke
Harran. Beliau sungguh kagum dengan pengetahuan bahasa yang dikuasai oleh
Thabit. ‘Sungguh seorang anak muda yang sangat berpotensi,’ ujar Ibnu Musa.
Thabit Ibnu Qurra kemudiannya
berhijrah ke Baghdad, kota metropolis intelektual. Ibnu Musa memintanya agar
belajar matematik darinya dan dari saudaranya. Tawaran itu tidak disia-siakan
oleh Thabit. Beliau pun berhijrah meninggalkan tanah kelahirannya untuk menimba
ilmu matematik dan belajar ilmu kedoktoran di Baghdad.
Setelah menamatkan
pendidikannya, dia kembali ke kota kelahirannya, Harran. Sayangnya, dia harus
berhadapan dengan pengadilan lantaran pemikirannya yang dianggap berbahaya.
Bagi menghindari hukuman, Thabit pun lari ke Baghdad. Di pusat pemerintahan
Abbasiyah itu, dia mengabdikan dirinya sebagai pakar astronomi istana. Thabit
juga berada dalam lindungan Khalifah Al-Mu’tadid, salah seorang khalifah
Abbasiyah yang terkemuka.
Kemampuan Thabit dalam bahasa
Arab dan Yunani dimanfaatkan oleh khalifah. Thabit diminta untuk menterjemahkan
teks-teks berbahasa Yunani ke dalam bahasa Arab. Sebagai pakar matematik,
Thabit pun menterjemahkan karya-karya besar yang ditulis Peradaban Yunani.
Meski bertugas untuk menterjemahkan karya-karya besar, bukan bererti Thabit
hanya menciplak pengetahuan dari Yunani. Berbekalkan kepintaran mindanya, ilmuwan
Islam yang briliant ini telah menemui sederet penemuan yang sangat
penting bagi perkembangan ilmu matematik.
Selain itu, Thabit juga berjasa
dalam mengembangkan ilmu astronomi. Karya Thabit dalam astronomi yang terkenal
berjudul, Concerning the Motion of the Eighth Sphere. Selain itu, beliau
juga menerbitkan hasil pengamatannya tentang matahari. Hingga kini, tidak
kurang dari lapan risalah yang ditulisnya pada abad ke-9 Masehi tentang
astronomi masih digunakan. Thabit juga telah memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjadikan astronomi sebagai ilmu eksak. Beliau telah meneorisasi
hubungan observasi dan teori, mematematisasi astronomi, serta fokus pada
penentangan hubungan antara astronomi matematik dengan astronomi fizikal.
Salah sebuah karya besar Thabit
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Tidak
hairanlah, jika karya Thabit itu menjadi sangat populer di dunia Barat. Melalui
karyanya itu, Thabit mampu membuktikan asas-asas keseimbangan pengungkit. Dalam
bidang falsafah, Thabit juga banyak melahirkan risalah. Salah satu risalahnya
yang masih digunakan adalah hasil perbualannya dengan Abu Musa Isa ibnu Usayyid
- muridnya yang beragam Kristian. Kepada Thabit Ibnu Usayyid, Abu Musa banyak
bertanya tentang berbagai hal dan semuanya dijawab oleh Thabit. Risalah
perbualan antara Thabit dengan muridnya itu hingga kini masih ada. Risalah itu
masih jadi bahan diskusi dan perdebatan.
Meski terpengaruh dengan Plato
dan Aristoteles, namun Thabit juga kerap mengkritik idea-idea ilmuwan asal
Yunani itu. Thabit banyak membetulkan pemikiran Plato dan Aristoteles,
khususnya mengenai gerakan (motion). Hal itu kelihatan pada idea-ideanya
yang didasarkan pada penerimaan penggunaan pendapat mengenai gerakan dalam
argumen-argumen geometriknya.
Semasa hidupnya, Thabit juga
menulis risalah tentang logika, psikologi, etika, klasifikasi ilmu, tatabahasa
Syriac, politik, agama, serta kebudayaan Sabian. Jejaknya dalam mengembangkan
ilmu pengetahuan dilanjutkan oleh puteranya, Sinan ibnu Thabit, dan cucunya,
Ibrahim ibnu Sinan ibnu Thabit. Kedua-dua lelaki itu juga menjelma sebagai
ilmuwan besar yang juga berperanan dalam mengembangkan ilmu matematik.
Thabit meninggal dunia pada 18
Februari 901 Masehi di Baghdad. Meski begitu, jasa dan sumbangannya dalam
beragam ilmu hingga kini masih dikenang. Jasanya dalam mengembangkan ilmu
pengetahuan layak dijadikan contoh oleh generasi muda Islam di era globalisasi
ini. ‘Hanya dengan menguasai ilmu pengetahuanlah, Islam akan bangkit dan
menguasai dunia,’ ujar Dr Youssef Chebli Phd, ketua World Islamic Mission
Association.
Pencetus Teori
Bilangan Bersahabat
Salah satu penemuan penting
yang diwariskan oleh Thabit Ibnu Qurra bagi peradaban manusia moden adalah
teori bilangan bersahabat (amicable number). Yakni, pasangan bilangan
yang mempunyai sifat unik; dua bilangan yang masing-masingnya adalah jumlah
dari pembahagi sejati bilangan lainnya. Thabit berjaya mencipta rumus bilangan
bersahabat sebagai berikut:
p = 3 x 2n11
q = 3 x 2n1
r = 9 x 22n11
Penjelasannya: n > 1 adalah
sebuah bilangan bulat. p, qr, dan r adalah bilangan prima. Sedangkan, 2npq dan
2nr adalah sepasang bilangan bersahabat. Rumus ini menghasilkan pasangan
bersahabat (220; 284), sama seperti pasangan (17296, 18416) dan pasangan
(9363584; 9437056). Pasangan (6232; 6368) juga bersahabat, namun tidak
dihasilkan dari rumus di atas.
Teori bilangan bersahabat yang
dikembangkan Thabit juga telah menarik perhatian pakar matematik sesudahnya.
Abu Mansur Tahir Al-Baghdadi (980 Masehi-1037 Masehi) juga turut mengembangkan
teori bilangan ini. Selain itu, pakar matematik Al Madshritti (meninggal dunia
1007 Masehi) juga tertarik mengembangkannya. Ilmuwan Islam lainnya yang
mengembangkan teori itu adalah Al-Farisi (1260 Masehi-1320 Masehi).
Tidak hanya pakar matematik Islam
yang tertarik dengan teori bilangan bersahabat. Ilmuwan yang diagung-agungkan
peradaban Barat, Rene Descartes (1596 Masehi- 1650 Masehi), juga
mengembangkannya. Peradaban Barat kerap mendakwa teori bilangan bersahabat
berasal dari Descartes. Selain itu, pakar matematik lain yang mengembangkan
teori ini adalah C Rudolphus.
Pasangan bilangan bersahabat
dikembangkan lagi oleh Euler. Jika Thabit hanya menyebut tiga pasang bilangan
bersahabat, Euler menambahnya menjadi lebih dari 59 bilangan bersahabat.
Akibatnya, sejarah matematik pun seakan-akan menutupi jasa Thabit Ibnu Qurra
sebagai penemu pertama bilangan bersahabat.
Peradaban Barat memang pandai
memanupulasi fakta sejarah. Hal itu terbukti pada klaim yang menyatakan
pasangan (9363584; 9437056) ditemui oleh Descartes. Hakikatnya, pasangan
bilangan bersahabat itu pertama kali ditemui oleh Muhammad Baqir Yazdi di Iran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan