SMAHADZIR
KAMAL AL-DIN AL-FARISI adalah
seorang pakar fizik Islam terkemuka dari Parsi. Beliau dilahirkan di kota
Tabriz, Parsi sekarang Iran - pada 1267 Masehi dan meninggal dunia pada 1319
Masehi. Nama penuh ilmuwan ini ialah Kamal Al-Din Abu’l-Hasan Muhammad
Al-Farisi dan terkenal dengan sumbangannya tentang optik serta teori angka.
Beliau merupakan murid kepada
seorang pakar astronomi dan pakar matematik terkenal, Qutb Al-Din Al-Shirazi
(1236-1311), yang juga murid kepada Nasiruddin Al-Tusi. Dalam bidang optik,
Al-Farisi berjaya membetulkan semula teori pembiasan cahaya yang dicetuskan
para pakar fizik sebelumnya. Gurunya, Shirazi memberi saranan agar Al-Farisi
membedah teori pembiasan cahaya yang telah ditulis pakar fizik Islam tersohor
Ibnu Al-Haytham (965-1039).
Secara mendalam, Al-Farisi
melakukan kajian secara mendalam mengenai risalah optik yang ditulis
pendahuluannya itu. Gurunya juga telah menyarankannya agar melakukan pembetulan
semula terhadap karya Ibnu Haytham. Buku hasil pembetulan semula pemikiran
Al-Hacen – nama panggilan Ibnu Haytham di Barat - tersebut kemudiannya menjadi
sebuah karya besar, yakni Tanqih Al-Manazir (Pembetulan Semula
Tentang Optik).
Tanqih
Al-Manazir merupakan pendapat dan pandangan Al-Farisi terhadap
karya Ibnu Haytham. Dalam pandangannya, tidak semua teori optik yang diajukan
oleh Ibnu Haytham menemui kebenaran. Bagi menutup kelemahan teori Ibnu Haytham,
Al-Farisi telah mengusulkan teori alternatif. Sehingga, kelemahan dalam teori
optik Ibnu Haytham dapat disempurnakan.
Salah satu bahagian yang paling
penting dalam karya Al-Farisi adalah komentarnya tentang teori pelangi. Ibnu
Haytham sesungguhnya mengusulkan sebuah teori, tetapi Al-Farisi
mempertimbangkan dua teori yakni teori Ibnu Haytham dan teori Ibnu Sina
(Avicenna) sebelum mencetuskan teori baru. Teori yang diusulkan Al-Farisi
sungguh luar biasa. Beliau mampu menjelaskan fenomena alam bernama pelangi
menggunakan matematik.
Menurut Ibnu Haytham, pelangi
merupakan cahaya matahari dipantulkan awan sebelum sampai ke mata. Teori yang
dicetuskan oleh Ibnu Haytham itu dinilainya mengandungi kelemahan, kerana tidak
melalui sebuah penelitian yang terlalu baik. Al-Farisi kemudiannya mengusulkan
sebuah teori baru tentang pelangi. Menurut beliau, pelangi terjadi kerana sinar
cahaya matahari dibiaskan dua kali dengan air yang turun. Satu atau lebih
pemantulan cahaya terjadi di antara dua pembiasan.
‘Al-Farisi telah membuktikan
teori tentang pelanginya melalui eksperimen yang luas menggunakan sebuah
lapisan transparan diisi dengan air dan sebuah kamera obscura,’ kata J. J
O’Connor, dan E.F. Robertson dalam karya yang bertajuk Kamal Al-Din Abu’l
Hasan Muhammad Al-Farisi. Al-Farisi juga diakui telah memperkenalkan dua
tambahan sumber pembiasan, iaitu di permukaan antara bejana kaca dan air. Dalam
karyanya, Al-Farisi juga telah menjelaskan tentang warna pelangi. Beliau telah
memberi inspirasi bagi masyarakat fizik moden tentang cara membentuk warna.
Para pakar sebelum Al-Farisi
berpendapat bahawai warna merupakan hasil sebuah pencampuran antara gelap
dengan terang. Secara khusus, beliau juga melakukan penelitian yang mendalam
soal warna. Beliau melakukan penelitian dengan lapisan atau bola transparan.
Hasilnya, Al-Farisi mencetuskan bahawa warna-warna terjadi kerana superimposition perbezaan
bentuk gambar dalam latar belakang gelap.
‘Jika gambar menembusi di
dalam, cahaya diperkuatkan lagi dan menghasilkan sebuah warna kuning bercahaya.
Selanjutnya mencampur gambar yang dikurangi dan kemudian sebuah warna gelap dan
merah gelap sehingga hilang ketika matahari berada di luar kerucut pembiasan
sinar setelah satu kali pemantulan,’ tegas Al-Farisi.
Penelitiannya itu juga
berkaitan dengan dasar investigasi teori dalam dioptik yang disebut al-kura
al-muhriqa yang sebelumnya juga telah dilakukan oleh pakar optik Islam
terdahulu yakni, Ibnu Sahl (1000 Masehi) dan Ibnu Al-Haytham (1041 Masehi).
Dalam buku Tanqih Al-Manazir, Al-Farisi menggunakan bejana kaca
besar yang bersih dalam bentuk sebuah bola, yang diisi dengan air, untuk
mendapatkan percubaan model skala besar tentang titisan air hujan.
Dia kemudiannya menempatkan
model ini dengan sebuah kamera obscura yang berfungsi untuk mengawal lubang
bidik kamera untuk pengenalan cahaya. Dia memprojeksikan cahaya ke dalam bentuk
bola dan akhirnya dikurangi dengan beberapa percubaan dan penelitian yang
lengkap untuk pemantulan dan pembiasan cahaya bahawa warna pelangi adalah
sebuah fenomena dekomposis cahaya.
Hasil penelitiannya itu hampir
sama dengan Theodoric of Freiberg. Keduanya berpijak pada teori yang
diwariskan oleh Ibnu Haytham serta penelitian Descartes dan Newton dalam
dioptik (contohnya, Newton melakukan sebuah penelitian serupa di Trinity
College, dengan menggunakan sebuah prisma berbentuk bola). Hal itu dijelaskan
oleh Nader El-Bizri, dalam beberapa buah karyanya seperti Ibn
Al-Haytham, in Medieval Science, Technology, and Medicine: An
Encyclopedia, Optics’, in Medieval Islamic Civilization: An
Encyclopediaserta ’Al-Farisi, Kamal Al-Din, in The Biographical
Encyclopaedia of Islamic Philosoph serta buku ‘Ibn Al-Haytham, Al-Hasan,
in The Biographical Encyclopaedia of Islamic Philosophy.
Di kalangan sarjana moden
terjadi perbezaan pendapat mengenai teori pelangi yang dicetuskan Al-Farisi.
Ada yang meyakini itu sebagai karya Al-Farisi, selain itu ada juga yang
menganggap teori itu dicetuskan oleh gurunya Al-Shirazi. ‘Penemuan tentang
teori itu seharusnya berasal dari Al-Shirazi, kemudian diperluaskan oleh
Al-Farisi,’ papar Boyer.
Al-Farisi telah memberikan
sumbangan yang begitu besar bagi pengembangan ilmu optik. Pemikiran dan teori
yang dicetuskannya begitu bermanfaat dalam menguak rahsia alam, salah satunya
pelangi.
Teori Angka
Al-Farisi
Dalam bidang matematik,
Al-Farisi memberikan sumbangan yang penting mengenai angka yakni teori angka.
Karyanya yang paling mengesankan dalam teori angka adalah amicable
numbers (angka yang bersahabat). Al-Farisi telah mencatat
ketidakmungkinan memberikan sebuah cara pemecahan persamaan bilangan bulat.
Dalam buku Tadhkira
Al-Ahbab Fi Bayan Al-Tahabb atau Memorandum For Friends On The Proof Of
Amicability, Al-Farisi telah memberikan bukti baru mengikuti teori Thabit
Ibnu Qurra dalam angka bersahabat (amicable numbers). Amicable
numbers merupakan pasangan bilangan yang mempunyai sifat unik; dua
bilangan yang masing-masingnya adalah jumlah dari pembagi sejati bilangan
lainnya. Thabit, telah berjaya mencipta rumus bilangan bersahabat seperti
berikut:
p = 3 x 2n11
q = 3 x 2n1
r = 9 x 22n11
Penjelasannya: n > 1 adalah
sebuah bilangan bulat. p, qr, dan r adalah bilangan prima. Sedangkan, 2npq dan
2nr adalah sepasang bilangan bersahabat. Rumus ini menghasilkan pasangan
bersahabat (220; 284), sama seperti pasangan (17296, 18416) dan pasangan
(9363584; 9437056). Pasangan (6232; 6368) juga bersahabat, namun tidak
dihasilkan dari rumus di atas.
Teori bilangan bersahabat yang
dikembangkan Thabit juga telah menarik perhatian pakar matematik sesudahnya.
Selain Abu Mansur Tahir Al-Baghdadi (980 Masehi-1037 Masehi) dan al-Madshritti
(meninggal dunia 1007 Masehi), Al-Farisi juga tertarik mengembangkan teori itu.
Dalam bukunya Tadhkira Al-Ahbab Fi Bayan Al-Tahabb, Al-Farisi
juga telah memperkenalkan sebuah karya besar yakni pendekatan terbaru meliputi
idea mengenai faktorisasi dan kaedah gabungan. Pada kenyataannya pendekatan
Al-Farisi menjadi asas dalam faktorisasi khusus bilangan bulat ke dalam
kuasa-kuasa angka utama.
Di akhir risalahnya, Al-Farisi
memberikan pasangan-pasangan angka bersahabat (amicable numbers) 220,
284 dan 17296, 18416, diperoleh dari peraturan Thabit dengan n = 2 dan n = 4
berturut-turut. Pasangan angka bersahabat 17296, 18416 diketahui pasangan angka
bersahabat Euler.
Sehingga tidak diragukan lagi
bahawa Al-Farisi mampu menemui angka bersahabat sebelum Euler. Tidak cuma pakar
matematik Islam yang tertarik dengan teori bilangan bersahabat. Ilmuwan yang
diagung-agungkan peradaban Barat, Rene Descartes (1596 Masehi- 1650 Masehi),
juga mengembangkannya. Peradaban Barat kerap mendakwa bahawa teori bilangan
bersahabat berasal dari Descartes. Selain itu, pakar matematik lain yang
mengembangkan teori ini adalah C Rudolphus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan