Khamis, 4 Julai 2013

Al-Amidi (Pelopor Penulisan Orang Buta Sebelum Braille)


SMAHADZIR

DUNIA moden hanya mengenali Louis Braille (1809-1852) sebagai satu-satunya penemu sistem penulisan bagi kalangan orang buta. Padahal, 600 tahun sebelum Braille, peradaban Islam telah mempelopori lahirnya sistem tulisan bagi orang buta. Sayangnya, hakikat yang diciptakan ilmuan Islam di abad ke 13 Masehi itu seakan lenyap ditelan zaman. Ali Ibnu Ahmed Ibnu Yusuf Ibnu Al-Khizr Al-Amidi yang telah merintis penciptaaan sistem penulisan bagi orang buta itu adalah seorang profesor Islam yang terkenal. Sejak dilahirkan ke dunia, Al-Amidi sudah dalam keadaan buta. Keterbatasan penglihatan itu tidak menyurutkan semangatnya untuk belajar dan terus menggali ilmu. Ilmuan asal Suriah itu juga termasyhur sebagai pakar hukum dan pakar bahasa asing.

Untuk menggali ilmu dan pengetahuan, Al-Amidi berjaya mencipta sebuah sistem penulisan untuk orang buta. Dengan sistem penulisan yang diciptakannya, ilmuan itu mampu membaca dan menulis buku. Orang buta memang dikenali memiliki kemampuan meraba yang sangat luar biasa. Berkah itu mampu dimanfaatkan Al-Amidi untuk menggali ilmu. Dengan kemampuan meraba dan menyentuh, dia tidak hanya mampu menempat dan menyimpan buku di atas rak, tetapi Al-Amidi juga mampu menentukan jumlah halaman sesebuah buku. Selain itu, beliau juga mampu mengetahui harga buku dengan menetapkan jarak baris buku.

Sayangnya, jasa dan dedikasi Al-Amidi dalam mencipta sistem penulisan untuk orang buta itu seperti hilang ditelan zaman. Sejarah juga seakan-akan melupakan sumbangan tidak ternilai yang telah diberikan ilmuan Islam itu. Tidak hanya karya besarnya yang terkubur, nama Al-Amidi juga hampir tidak pernah disebut-sebut dalam sejarah peradaban Islam. Sungguh ironis. Bahkan dalam hampir semua buku sejarah, jejaknya sangat sukar untuk ditemui. Tidak hairanlah jika warga dunia hanya mengenali Braille yang berbangsa Perancis sebagai penemu huruf Braille. Pada 1824, Braille mencipta sejenis sistem tulisan sentuh yang khusus digunakan oleh orang buta. Awalnya, sistem penulisan itu dirancang Braille ketika berusia 15 tahun untuk memudahkan tentera membaca di tempat gelap.

Sistem tulisan yang terdiri atas sel yang mempunyai enam titik timbul itu mulai populer dua tahun setelah Braille meninggal dunia. Sejak itulah, orang buta di seantero Perancis mulai menggunakan huruf Braille untuk membaca dan menulis. Huruf Braille terdiri daripada 63 karakter. Setiap karakter atau sel terdiri dari enam titik - dua titik mendatar dan tiga titik lainnya menurun.

Titik-titik yang terdapat dalam sel itulah yang kemudiannya dapat dibaca oleh orang buta dengan menggunakan rabaan jari. Pada awalnya, huruf Braille tidak mengenali huruf W. Setelah diadopsi sebagai sistem tulisan bagi orang buta yang universal dalam bahasa Inggeris di London pada 1932, huruf Braille terus disempurnakan. Kini, huruf Braille telah diperkaya dan boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Bahkan, Al-Quran Braille juga sudah tersedia sejak lama. Kian kayanya fungsi huruf Braille terjadi setelah sistem penulisan itu ditambah dua titik lagi. Sehingga, setiap selnya terdiri daripada lapan titik.

Dengan penambahan titik tersebut, orang buta boleh membezakan huruf kecil dengan huruf besar. Kombinasi lapan titik yang terdapat dalam setiap karakter huruf Braille itu, kini telah disusun dalam standard Unicode. Huruf Braille untuk bahasa Malaysia hampir sama dengan kode huruf Braille Inggeris. Sejarah Barat mencatatkan bahawa sistem Braille pada mulanya dikembangkan oleh Charles Barbier sebagai kaedah komunikasi. Maharaja Napoleon Bonaparte yang memerintahkan Barbier untuk membuat kode bagi para tenteranya untuk berkomunikasi dalam keadaan gelap gelita yang disebut tulisan malam. Namun, sistem yang dikembangkan Barbier itu terlalu kompleks untuk dipelajari tentera.

Sistem tulisan yang dikembangkan Barbier itu akhirnya ditolak tentera. Hingga akhirnya pada tahun 1824, Napoleon berkunjung ke Institut Nasional bagi orang orang buta di Paris, Perancis, dan bertemu dengan Louis Braille. Lalu, Braille diminta untuk memodifikasi serta merancang sistem tulisan malam yang baru. Beliau lalu memodifikasi tulisan yang dibuat Barbier dengan menggunakan sistem sel yang terdiri daripada enam titik. Dunia moden juga menganggap sistem tulisan Braille telah melahirkan semacam revolusi komunikasi bagi kalangan orang buta.

Kesedaran untuk menghidupkan kembali sejarah dan sumbangan Al-Amidi mulai muncul di Arab Saudi pada 1975 serta 1981 dan di Mesir pada 1961. Sejak tanggal 31 Mac 1975 dirayakan sebagai hari orang buta dan pada 1981 dideklarasikan sebagai tahun antarabangsa orang-orang cacat. Tidak jelas apa yang menyebabkan para sejarawan Islam tidak mencatat kejayaan Al-Amidi yang begitu fenomenal. Boleh jadi, sistem tulisan yang dikembangkan Al-Amidi untuk orang buta serta tulisan tentang sejarah hidupnya musnah dalam huru-hara yang melanda wilayah Iraq. Al-Amidi menetap di wilayah itu.

Pada 9 Julai 1401 Masehi, kota Baghdad dan wilayah Iraq lainnya dihancurkan oleh pasukan Timur Lenk - penguasa Dinasti Timurid yang berpusat di Asia Tengah. Selain menghancurkan binaan serta gedung-gedung penting, tindakan invansi Timur Lenk yang berketurunan Hulagu Khan itu juga menimbulkan korban belasan ribu nyawa. Serangan Timur Lenk ke Baghdad merupakan invansi kedua yang dilakukan bangsa Mongol. Sebelumnya, pada 1258 Masehi, Baghdad dihancurleburkan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan. Bait Al-Hikmah yang menyimpan jutaan judul buku dibakar. Bahkan, sungai-sungai pun berubah warnanya menjadi hitam, akibat tinta yang meleleh dari buku yang dibuang ke sungai.

Peradaban Islam moden tentunya memiliki tugas penting untuk melacak jejak karya dan sejarah hidup Al-Amidi. Boleh jadi pula, risalah tentang sejarah Al-Amidi digondol peradaban Eropah ketika menjajah negara-negara Islam di Timur Tengah. Juga sangat mungkin, berkat karya Al-Amidi-lah Braille terinspirasi untuk mencipta tulisan bagi orang buta.


Selain Al-Amidi, peradaban Islam di era keemasan juga mencatat kiprah sederet ilmuan dan ulama Islam buta. Ada yang sejak lahir mengalami buta dan ada juga yang buta pada usia tua. Bahkan, ada pula yang ketika lahir buta, namun penglihatannya kembali normal seperti Imam Bukhari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA