Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Rushd (Pencetus Revolusi Di Benua Eropah)


SMAHADZIR

NAMA beliau yang sebenar ialah Abu Al-Walid Mohd Bin Ahmad Bin Mohd Bin Ahmad Bin Mohd. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Ibnu Rushd atau Averroes, merupakan seorang pakar falsafah, astronomi dan doktor. Beliau telah dilahirkan di Cardova, Sepanyol dan meninggal dunia di Maracas, Morocco.

Ayahnya seorang qadhi dan pakar falsafah terkenal di Cardova. Ibnu Rushd telah berguru dengan Ibnu Bajah di bidang, falsafah dan berguru dengan ulama-ulama Maliki di bidang agama. Beliau dilantik menjadi qadhi di Cordova dan Seville dan kemudianya bekerja dengan raja Yusof Bin Ya’akob sebagai doktor mengantikan Ibnu Bajah.

Setelah mendapat pandangan dari Ibnu Bajah, beliau telah mentafsirkan kitab-kitab Aristo dan mempermudahkan nya sehingga mendapat gelaran ‘Pentafsir Agung Aristo.’ Beliau telah dilantik menjawat jawatan tinggi di Cordova dan Maracas dan melaksanakan arahan dari pemerintah kedua-dua tempat tersebut. Tetapi disebabkan tekanan-tekanan, beliau beberapa kali telah dipenjarakan, kitab-kitabnya dilarang untuk dibaca dan dibakar. Umurnya ketika itu menjangkau ke angka 65.

Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rushd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.

Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibnu Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rushd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.

Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Kardova. Kehadirannya di Kardova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.

Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rushd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd termasuklah Kulliyah fit-Thibb yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari’a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku Kulliyah fit-Thibb telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua.

Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rushd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.

Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rushd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Pemikirannya memungkinkan masyarakat di sana keluar daripada zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Ibnu Rushd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul De Anima Aristoteles (Commentary on the Aristotle’s De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.

Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.

Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.

Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya. Apabila melihat keterampilan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Falsafah

Beliau sangat terpengaruh dengan pemikiran Aristo. Tafsiranya terhadapnya buku-buku Aristo mempunyai bentuk ringkas, sederhana dan panjang. Syarahan beliau yang berbentuk panjang merupakan yang pertama di kalangan orang-orang Islam. Beliau juga telah digelar dengan ‘Filosof Akal’ dan ‘Filosof Agung Barat Bangsa Arab ’

Buku beliau telah mendapat sanjungan yang tinggi di Eropah ketika mereka keluar dari zaman kegelapan, tetapi perkara sebaliknya berlaku di timur kerana mereka berada pada zaman penghujung. Sanjungan itu diterima semenjak kurun ke 8 Hijrah atau 14 Masehi lebih-lebih lagi di Padova, Itali dan bukunya telah diulang cetak beberapa kali di Venezia, Itali.

Di antara karya-karya beliau di bidang falsafah ialah Tahafut Al-Tahfut iaitu satu-satunya buku beliau berbahasa Arab yang melalui buku yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Paslu al Maqal fima baina al Hikmah wa al Syariah mina al Ittisal dan Bidayat al Mujtahid adalah di antara kitab feqah karangan beliau.

Beliau juga menghasilkan karya-karya di dalam bidang kedoktoran seperti ensklopedia Al-Kulliyyaat yang mana isi kandungannya antara lain mengkritik penulisan Ibnu Zahr dan Ibnu Sina. Ensklopedia ini telah diterjemah oleh Botakoza ke bahsa Latin di bawah nama Colliget pada tahun 653 Hijrah atau 1125 Masehi.


Di dalam bidang astronomi pula, beliau merupakan orang pertama menulis mengenai warna merah matahari ketika mana planet Utarid melintas di permunkaan matahari. Beliau telah melakukan pengintipan dan kajian ketika mana lintasan ini berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA