Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Al-Quff (Pelopor Embriologi Moden)


SMAHADZIR

‘PELOPOR Ilmu Embriologi Moden’, begitulah doktor Islam terkemuka di abad ke 13 itu dijuluki. Beliau memiliki nama lengkap sebagai Amin Al-Dawla Abu al Faraj ibnu Muwaffaq Al-Din Ya’qub ibnu Ishaq Ibnu Al-Quff. Beliau dilahirkan di Karak, sekitar 10 batu sebelah timur Laut Mati (sekarang Jordan) tahun 630 Hijrah atau 1233 Masehi. Ayahnya adalah seorang yang memegang kedudukan tinggi atau pejabat istana pada era kekuasaan kekhalifahan Islam di Karak dan Suriah. Ketika masih muda, Ibnu Al-Quff berhijrah bersama keluarganya dari Karak ke Sarkhad, di laut selatan Suriah, lalu ke Damaskus sewaktu kekuasaan Dinasti Ayyubiah yang didirikan oleh Salahudin Al-Ayubi.

‘Mungkin Ibnu Al-Quff berada di Damaskus pada 1260 Masehi, sewaktu Mongol menyerang kota itu,’ ujar Dr Sami K Hamarneh dalam karyanya The Physician, Therapist and Surgeon Ibn Al-Quff (1233-1286): An Introductory Survey of His Time, Life and Works. Ayahnya memiliki teman rapat seorang doktor dan sejarawan iaitu Ibnu Abi Usaibia. Ibnu Abi Usaibia menjadikan Ibnu Al-Quff sebagai muridnya dan mengajarnya ilmu kedoktoran. Ibnu Abi Usaibia memiliki risalah biografi yang tidak ternilai dan menjadi sumber maklumat utama tentang kehidupan Ibnu Al-Quff.

Selain itu, Ibnu Al-Quff juga berguru dengan Ibnu Nafis, seorang doktor Islam terkemuka. Menimba ilmu dari dua orang doktor hebat tersebut membuatkan Ibnu Al-Quff menjelma sebagai doktor yang masyhur. Beliau dikenali sebagai salah seorang doktor hebat pada abad ke 13 Masehi yang mendapat perlindungan penguasa Suriah. Menurut catatan sejarah, Ibnu Al-Quff memiliki wajah yang tampan, pendiam dan pintar. Beliau juga merupakan seorang anak yang giat belajar. Selain menguasai ilmu kedoktoran, dia juga pakar dalam bidang matematik, fizik dan falsafah. Setelah menyelesaikan pengajiannya, dia bekerja sebagai doktor bedah tentera.

Dia bekerja di benteng Ajlun di Jordan untuk beberapa tahun. Kemudian meneruskan kehidupannya di Damaskus sembari mengajar ilmu kedoktoran. Sebagai seorang doktor bedah tentera, dia melakukan pembedahan besar yang membuatkan dia menjadi pakar dalam beberapa jenis pembedahan. Dalam bukunya yang terkenal tentang ilmu kedoktoran, gurunya, Ibnu Abi Usaibia memberikan penjelasan pada karyanya yang terkemuka itu. Dia menyusun sejumlah risalah, meliputi sebuah risalah penting dalam bidang pembedahan dan sebuah komentar populer dalam Aphorisms karya Hippocrates. Ibnu Al-Quff meninggal dunia di Damaskus pada 685 Hijrah atau 1286 Masehi.

Sumbangan

Ibnu Al-Quff adalah seorang ilmuan Islam yang produktif. Beliau menulis sejumlah buku yang membahaskan beberapa aspek ilmu kedoktoran, falsafah dan ilmu alam. Di antara sederet karya yang ditulisnya, ada dua buku kedoktoran yang sangat berpengaruh, yakni buku Al-Umda fil Harahat, tentang pembedahan dan Jami Al-Gharadh fi Hifz Al-Sihha, tentang embriologi dan kesihatan. Buku Al-Umda fil Harahat adalah salah satu dari keseluruhan bukunya dalam bidang pembedahan. Buku itu menjelaskan masalah pembedahan dalam bentuk teori dan amalan. Pembahasannya begitu lengkap dan terperinci, kerana dibahas dalam 20 bab tersendiri.

Buku itu menunjukkan betapa Ibnu Al-Quff tidak hanya menguasai bidang anatomi, penyakit-penyakit, pengubatannya, dan beberapa jenis pembedahan. Ibnu Al-Quff juga memiliki taraf pengetahuan yang luar biasa dan menunjukkan tingkat penguasaannya sebagai doktor terkemuka pada abad ke 13 Masehi. Hampir 700 tahun lalu, Ibnu Al-Quff menulis secara bab lengkap mengenai ubat yang digunakan untuk meredakan rasa sakit sewaktu pembedahan dan menjelaskan cara penggunaan opium (afune), hyoscine dan atropine alkaloids (al-banj).

‘Dan anda harus tahu bahawa untuk membantu mengurangi rasa sakit itu ada dua jenis, benar atau tidak benar. Yang dahulu adalah menentang penyebab sakit... Berkaitan dengan jenis yang tidak benar seperti anestetik (yang menyebabkan matirasa), hal ini merupakan salah satu keperluan pakar bedah pada situasi itu. Pereda rasa sakit pertama, salah satu jenis yang benar adalah bermanfaat dengan konsekuensi yang baik. Berkaitan dengan pereda rasa sakit kedua, walaupun pereda rasa sakit terjadi, dan kemampuan untuk menyembuhkan dapat dilakukan, kerana banyak mengurangi rasa sakit, ia melemahkan kekuatan dan membekukan substansi yang menyebabkan rasa sakit dan perbaikan pada organ, sehingga pakar bedah seharusnya tidak menggunakannya kecuali dalam peristiwa yang besar,’ ujar Ibnu Al-Quff dalam bukunya Al-Umda fil Jarahat.

Tidak hanya itu, Ibnu Al-Quff merupakan salah seorang ilmuan Islam hebat dengan penemuan pentingnya tentang hubungan jantung dengan sistem vascular (pembuluh darah). Dia pertama kali membuktikan hubungan antara pembuluh darah arteri dan vena, untuk menjelaskan pembuluh kapiler dan membahas katup jantung dan fungsinya. ‘Ketika saya melihat pembahasan Ibnu Al-Quff pada bidang anatomi dan fisiologi dari pembuluh arteri dan vena, saya menemui pernyataan yang menunjukkan suatu pemerhatian baru dan spekulasi yang paling penting dalam sejarah fisiologi. Saya kagum membaca penjelasan tentang pori-pori yang unik, tidak boleh dilihat dengan mata biasa,’ ujar Hamraneh.

Menurut Hamraneh, ibnu Al-Quff tercatat sebagai doktor perintis yang mampu menghubungkan antara pembuluh darah arteri dan pembuluh darah vena di seluruh bahagian tubuh. Di abad ke 13 Masehi, beliau telah mampu menjelaskan kewujudan pembuluh-pembuluh yang sangat kecil yang menghubungkan pembuluh arteri dan pembuluh vena dan membentuk jaringan. Fakta dan kebenaran yang ditemui Ibnu Al-Quff itu baru diketahui doktor di Eropah empat abad kemudian. ‘Anatomis asal Itali, Marcello Malpighi (1628-1694) yang menemui kembali pencapaian Ibnu Al-Quff dengan bantuan mikroskop,’ jelas Dr Hamraneh.

Ibnu Al-Quff merupakan orang pertama yang menjelaskan hubungan pembuluh darah arteri dan vena dengan aliran darah dari awal ke akhir pada pembuluh kapiler tipis yang ‘tidak boleh dilihat dengan mata biasa’. Arteri mengalirkan darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh pada sebuah jaringan berakhir pada arteri kecil dari awal pembuluh vena. Dia juga tercatat sebagai doktor yang pertama kali menjelaskan fisiologi katup jantung, jumlahnya dan petunjuk di mana sewaktu katup tersebut terbuka dan tertutup. Katup jantung tertentu terbuka ke dalam untuk membolehkan masuk dan mencegah keluar aliran darah, dan lainnya terbuka keluar untuk membolehkan keluar dan mencegah masuknya aliran darah.

Embriologi Moden

Ibnu Al-Quff tidak hanya berjaya membuktikan adanya hubungan antara pembuluh darah arteri dan vena, serta proses sirkulasi darah. Ibnu Al-Quff juga menjelaskan masalah embrilogi moden sesuai dengan yang tercantum dalam Al-Quran. Ezzat Abouleish dalam karyanya Contributions of Islam to Medicine, menjelaskan Ibnu Al-Quff mengembangkan embriologi. Menurut Abouleish, penjelasan Al-Quff tentang embriologi dan perinatologi dalam karyanya berjudul Al-Jami terbukti lebih lengkap.

‘Pembentukan awal adalah buih yang merupakan tahap enam sehingga tujuh hari pertama, pada hari ke- 3 hingga 16 secara bertahap membentuk gumpalan dan pada hari ke-28 sampai 30 menjadi sebuah gumpalan kecil daging. Pada hari ke-38 sampai 40, kepala muncul terpisah dari bahu dan lengan. Otak dan jantung yang diikuti dengan hati terbentuk sebelum organ lainnya,’ ujar Ibnu Al-Quff seperti dikutip Abouleish.

Al-Quff menambahkan bahawa janin mengambil makanan dari ibunya untuk membesar. Beliau menambahkan, ada tiga selaput yang menutupi dan melindungi janin. Pertama menghubungkan pembuluh darah arteri dan vena dengan sesuatu di rahim ibunya melalui tali pusar. ‘Melalui pembuluh vena, janin bayi mendapatkan makanan untuk keperluan nutrisinya. Sementara pembuluh arteri membawa udara,’ ujar Al-Quff. Pada akhir bulan ketujuh, jelas Al-Quff, semua organ telah selesai. Setelah kelahiran, tali pusat bayi dipotong pada jarak empat jari luasnya dari badan, dan terikat dengan baik, dengan benang yang lembut.


Wilayah yang dipotong ditutupi dengan filamen atau kawat pijar basah dalam minyak zaitun dengan sebuah ubat penahan darah untuk mencegah pendarahan yang menitis. ‘Setelah kelahiran, bayi dirawat oleh ibunya dengan air susu ibu yang merupakan nutrisi paling baik. Kemudian bidan meletakkan bayi tidur dalam bilik gelap yang tenang. Menyusui bayi dilakukan dua hingga tiga kali setiap hari. Sebelum menyusui, payudara ibu harus ditekan dua atau tiga kali untuk membuang susu yang ada di puting susu,’ ujar Al-Quff. Begitulah, sumbangan para doktor Islam dalam mengembangkan dan meletakan kajian embriologi moden.

1 ulasan:

  1. Maha Benar Allah dengan segala firmanNya.
    kebenaran al Qur'an dalam hal penjelasan tentang konsep embriologi memperjelas bahwa al Quran bukanlah buatan Nabi Muhammad SAW yang dikategorikan Nabiyyil Ummiyyi melainkan benar benar firman Allah SWT yang kebenarannya baru terungkap ratusan tahun setelah diturunkannya kepada Nabi Muhammad di abad ke 7 M.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA