Khamis, 4 Julai 2013

Nasiruddin Al-Tusi (Saintis Agung Abad Ke 13 Masehi)


SMAHADZIR

SEJARAWAN sains kerap mensejajarkan kemasyhuran Nasirudin Al-Tusi dengan Thomas Aquinas. Betapa tidak, Al-Tusi memang seorang saintis agung yang dilahirkan di dunia Islam pada abad ke 13 Masehi. Sumbangannya bagi perkembangan ilmu pengetahuan moden begitu luar biasa. Hidupnya didedikasikan untuk pengembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan peradaban Islam.

Al-Tusi juga dikenali sebagai ilmuan serba boleh. Beragam ilmu pengetahuan dikuasainya seperti astronomi, biologi, kimia, matematik, falsafah, kedoktoran hingga ilmu agama Islam. Ilmuan asal Parsi ini bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad ibn Muhammad ibnu Al-Hasan Nasiruddin Al-Tusi. Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1201 di kota Tus yang terletak dekat Meshed, Parsi – sekarang sebelah timur laut Iran.

Beliau begitu tersohor. Tidak hairanlah jika Al-Tusi memiliki banyak nama antara lain Muhaqqiq Al-Tusi, Khuwaja Tusi dan Khuwaja Nasir. Beliau dilahirkan awal abad ke 13 Masehi, ketika dunia Islam sedang mengalami masa-masa sukar. Pada era itu, kekuatan tentera Mongol yang begitu ganas terus menginvansi wilayah kekuasaan Islam. Satu demi satu, kota-kota Islam dihancurkan dan jatuh ke tangan bangsa Mongol.

‘Pada masa itu dunia diliputi kecemasan,’ ujar J J O’Connor dan E F Robertson. Hal itu membuatkan rasa selamat dan ketenangan para ilmuan terusik, sehingga sukar untuk mengembangkan pengetahuannya. Dihadapkan pada situasi sukar seperti itu, Al-Tusi juga tidak dapat mengelak. Al-Tusi tetap belajar dengan segala keterbatasan yang dihadapi. Ayahnya adalah guru pertama baginya. Sejak usia remaja, Al-Tusi digemblengkan ilmu agama oleh ayahnya yang berprofesyen sebagai seorang pakar hukum di Sekolah Imam Keduabelas. Selain digembleng ilmu agama di sekolah itu, Al-Tusi juga mempelajari beragam topik ilmu pengetahuan lainnya dari bapa saudaranya.

Menurut O’Connor dan Robertson, pengetahuan tambahan yang diperoleh dari bapa saudaranya itu begitu berpengaruh pada perkembangan intelektual Al-Tusi. Pengetahuan pertama yang diperolehinya dari bapa saudaranya itu antara lain ialah ilmu logika, fizik, dan metafizik. Beliau begitu tertarik pada aljabar dan geometri. Ketika menginjak usia 13 tahun, keadaan keamanan kian tidak menentu. Pasukan Mongol di bawah pimpinan Jengis Khan yang ganas dan kejam mulai bergerak dari China ke wilayah barat. Sebelum tentera Mongol menghancurkan kota kelahirannya, dia sudah mempelajari dan menguasai beragam ilmu pengetahuan.

Untuk menimba ilmu lebih banyak lagi, Al-Tusi berhijrah dari kota kelahirannya ke Nishapur – sebuah kota yang berjarak 75 km di sebelah barat Tus. Di kota itulah, beliau menyelesaikan pendidikan falsafah, kedoktoran dan matematik. Dia sungguh beruntung, kerana boleh belajar matematik dari Kamaluddin ibn Yunus. Kariernya mulai berkembang di Nishapur. Bakatnya kian berkilat, sehingga beliau mulai dikenali sebagai seorang sarjana yang hebat.

Pada tahun 1220, invasi tentera Mongol telah sampai ke Tus dan kota kelahiran Nasiruddin itu pun dihancurkan. Ketika situasi keamanan tidak menentu, penguasa Ismailiyah Nasiruddin Abdurrahim mengajak ilmuan ini untuk bergabung. Tawaran itu tidak disia-siakannya. Nasiruddin pun bergabung menjadi salah seorang pegawai di Istana Ismailiyah. Selama mengabdi di istana itu, beliau mengisi waktunya dengan menulis beragam karya yang penting tentang logika, falsafah, matematik serta astronomi. Karya pertamanya adalah buku Akhlag-i Nasiri yang ditulisnya pada tahun 1232.

Pasukan Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan cucu Jengis Khan pada tahun 1251 akhirnya menguasai istana Alamut dan menghancurleburkannya. Nyawa Al-Tusi selamat, kerana Hulagu ternyata sangat menaruh minat terhadap ilmu pengetahuan. Hulagu yang dikenali bengis dan kejam memperlakukannya dengan penuh hormat. Dia pun diangkat Hulagu menjadi penasihat di bidang ilmu pengetahuan.

Meski telah menjadi penasihat pasukan Mongol, sayangnya Al-Tusi tidak mampu menghentikan ulah dan kebiadaban Hulagu Khan yang membumihanguskan metropolis intelektual dunia, Baghdad pada tahun 1258. Lebih-lebih lagi, waktu itu Dinasti Abbasiyah berada dalam kekuasaan Khalifah Al-Musta’sim yang lemah. Terbukti, tentera Abbasiyah tidak mampu membendung gempuran pasukan Mongol.
Meski tidak mampu mencegah terjadinya serangan bangsa Mongol, paling tidak Nasiruddin boleh menyelamatkan dirinya dan masih berkesempatan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

‘Hulagu sangat bangga kerana berjaya menakluk Baghdad dan lebih bangga lagi kerana ilmuan terkemuka seperti Al-Tusi boleh bergabung bersamanya,’ ujar O’Connor dan Robertson dalam tulisannya tentang sejarah Al-Tusi.

Hulagu juga amat senang, ketika Nasirrudin mengungkapan rancangannya untuk membina sebuah observatorium di Malagha. Waktu itu, Hulagu telah menjadikan Malagha yang berada di wilayah Azerbaijan sebagai ibu kota pemerintahannya. Pada tahun 1259, Al-Tusi pun mulai membina observatorium yang megah. Jejak dan bekas binaan observatorium itu masih ada hingga sekarang.

Observatorium Malagha mulai beroperasi pada tahun 1262. Pembinaan dan operasi observatorium itu melibatkan sarjana dari Parsi dibantu pakar astronomi dari China. Tekonologi yang digunakan di observatorium itu terbilang canggih pada zamannya. Beberapa peralatan dan teknologi penguak luar angkasa yang digunakan di observatorium itu ternyata merupakan penemuan Nasiruddin, salah satunya adalah kuadran azimuth. Selain itu, dia juga membina sebuah perpustakaan di observatorium tersebut. Koleksi bukunya lengkap, terdiri dari beragam ilmu pengetahuan. Di tempat itu, Al-Tusi tidak hanya mengembangkan bidang astronomi saja. Dia turut mengembangkan ilmu matematik serta falsafah.

Di observatorium yang dipimpinnya itu, Al-Tusi berjaya membuat tabel pergerakan planet yang lengkap. Sumbangan lainnya yang amat penting bagi perkembangan astronomi adalah buku Zij-i Ilkhani yang ditulis dalam bahasa Parsi dan diterjemahkan dalam bahasa Arab. Buku itu disusun setelah 12 tahun memimpin obeservatorium Malagha. Selain itu, Al-Tusi juga berjaya menulis buku terkemuka lainnya berudul Al-Tadhkira fi’ilm Al-hay’a (Memoir Pakar Astronomi). Nasiruddin mampul memodifikasi model semesta episiklus Ptolomeus dengan prinsip-prinsip mekanik untuk menjaga keseragaman pusingan benda-benda langit. Beliau meninggal dunia pada 26 Jun 1274 di Baghdad. Meski begitu, jasa dan sumbangannya dalam pengembangan ilmu pengetahuan masih tetap dikenang.

Karya Dan Pencapaian Besar

Selama mendedikasikan hidupnya dalam pengembangan ilmu pengetahuan, Nasiruddin Al-Tusi telah menulis beragam buku yang mengupas bermacam ilmu pengetahuan. Di antara buku yang berjaya ditulisnya itu antara lain ialah buku Tajrid-Al-’Aqaid, sebuah kajian tentang Ilmu Kalam; serta Al-Tadhkirah fi’ilm Al-hay’ah, sebuah memoir tentang ilmu astronomi.

Buku tentang astronomi yang ditulis Nasiruddin itu banyak mendapat komentar dari para astronomi. Komentar-komentar itu dibukukan dalam sebuah buku yang berjudul Sharh Al-Tadhkirah (Sebuah Komentar atas Al-Tadhkirah) yang ditulis oleh Abd Al-Ali ibn Muhammad ibn Al-Husayn Al-Birjandi dan Nazzam Nishapuri. Selain itu, Nasiruddin juga menulis buku yang berjudul Akhlaq-i-Nasri yang mengupas tentang etika. Buku lainnya yang terbilang populer adalah Al-Risalah Al-Asturlabiyah (Risalah Astrolabe). Buku ini mengupas tentang peralatan yang digunakan dalam astronomi. Di bidang astronomi, Nasiruddin juga menulis risalah yang amat populer yakni Zij-i ilkhani (Ilkhanic Tables). Beliau juga menulis Sharh Al-Isharat, sebuah kritikan terhadap hasil kerja Ibnu Sina.

Selama tinggal di Nishapur, Nasiruddin memiliki reputasi yang cemerlang, sebagai ilmuan yang berbeza dari yang lain. Pencapaian mengagumkan yang berjaya ditorehkan Nasiruddin dalam bidang matematik adalah pembuatan rumusan sinus untuk segitiga, yakni; a atau sin A = b atau sin B = c atau sin C.

Sumbangan Bidang Sains

Beliau menulis beragam buku yang mengupas tentang astronomi. Al-Tusi juga membina sebuah observatorium yang mampu menghasilkan tabel pergerakan planet secara lengkap. Model sistem plenaterium yang dibuatnya diyakini paling maju pada zamannya. Dia juga berjaya menemui sebuah teknik geometrik yang dikenali sebagai Al-Tusi-couple. Sejarah juga mencatatkan, Al-Tusi sebagai pakar astronomi pertama yang mengungkapkan bukti observasi empiris tentang pusingan bumi.

Beliau juga turut memberi sumbangan dalam pengembangan ilmu hayat atau biologi. Beliau menulis secara luas tentang biologi. Al-Tusi menempatkan dirinya sebagai perintis awal dalam evolusi biologi. Dia memulai teorinya tentang evolusi dengan alam semesta yang terdiri dari elemen-eleman yang sama dan mirip. Menurutnya, kontradiksi internal mulai kelihatan dan sebagai sebuah hasil, beberapa zat mulai berkembang lebih cepat dan berbeza dengan zat lain. Dia menjelaskan bagaimana elemen-elemen berkembang menjadi mineral kemudian tanaman, kemudian haiwan dan kemudian manusia. Dia juga menjelaskan bagaimana variabiliti heriditi merupakan faktor penting dalam evolusi biologi makhluk hidup.

Al-Tusi turut mengungkapkan versi awal tentang hukum kekekalan massa. Inilah salah satu sumbangannya yang paling penting dalam ilmu kimia. ‘Zat dalam tubuh tidak boleh sepenuhnya menghilang. Zat itu hanya mengubah bentuk, kedudukan, komposisi, warna dan bentuk lainnya yang berbeza. Selain menghasilkan rumus sinus pada segitiga, Al-Tusi juga seorang pakar matematik pertama yang memisahkan trigonometri sebagai disiplin ilmu yang terpisah dari matematik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA