Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Al-Jazzar (Doktor Agung Dari Benua Afrika)


SMAHADZIR

ALGAZIR, begitulah dunia Barat mengenali doktor Islam tersohor dari Afrika Utara ini. Hakikatnya, nama penuh beliau ialah Abu Ja’far Ahmad ibnu Ibrahim ibnu Abi Khalid Ibnu Al-Jazzar Al-Qairawani atau akrab disapa sebagai Al-Jazzar. Beliau adalah doktor berpengaruh dan sangat populer di abad ke 10 Masehi.

Ibnu Al-Jazzar adalah doktor kelahiran Qairawan (sekarang Tunisia) pada tahun 898 Masehi. Beliau begitu terkenal berkat sederet karya yang ditulisnya mengenai pengubatan Islam. Dalam sejumlah literatur disebutkan bahawa Ibnu Al-Jazzar berasal dari keluarga yang juga berkecimpung di bidang kedoktoran.

Ibnu Juljul dalam karyanya Tabaqat Al-atibba’ dan Ibnu Abi Usaybi’a dalam karyanya ’Uyun Al-Anba’ mengungkapkan bahawa keluarga Al-Jazzar berkiprah dalam bidang pengubatan. Tidak hairanlah, jika sejak kecil Al-Jazzar juga sudah tertarik pada bidang perubatan. Jacquart-Micheau dalam karyanya La Medecine Arahe mengungkapkan bahawa Al-Jazzar merupakan murid seorang ahli falsafah dan doktor Yahudi yang terkenal bernama Ishaq bin Sulayman Al-Isra’ili (243 Hijrah atau 855 Masehi- 343 Hijrah atau 955 Masehi). Dari Al-Isra’ili inilah Al-Jazzar menimba ilmu kedoktoran. Ishaq bin Sulayman Al-Isra’ili juga sangat dikenali di dunia kedoktoran Barat. Karya-karya beliau telah diterjemahkan dalam bahasa Latin seperti Al-Hummayat (tentang Demam) and Al-Bawl (tentang Urine).

Ibnu Al-Jazzar memulai amalannya sebagai doktor di tanah kelahirannya Qairawan. Dengan penuh ketekunan dan kesungguhan, beliau mengubati penduduk asli di wilayah tersebut. Dia melalui kehidupan yang keras. Selama masa hidupnya, dia mengabdikan dirinya untuk mempelajari dan mempraktikkan ilmu pengubatan atau kedoktoran. Setiap musim panas, beliau melakukan perjalanan menjelajahi Al-Munastir, di pesisir pantai Mediteranian. Selama hidupnya, beliau dikenali sebagai seorang doktor yang memiliki sifat yang baik. Meski profesyennya sebagai seorang doktor begitu terhormat dan tersohor, namun dia tidak silau dengan kedudukan dan jawatan yang menjanjikan.

Berbeza dengan doktor lainnya yang berlumba-lumba mencari kedudukan sebagai doktor istana, beliau justeru lebih memilih melayani masyarakat biasa. Ibnu Al-Jazzar sangat menyedari kedudukannya sebagai doktor, dia melakukan pengubatan dengan profesional. Dia melakukan amalan perubatan dengan menerima dan memeriksa pesakitnya selama beberapa jam, khususnya menganalisis masalah urin pesakit.

Hebatnya, beliau melayani pesakitnya dengan penuh pengabdian. Setelah melakukan pemeriksaan, Ibn Al-Jazzar memberikan ubat-ubatan yang diperlukan bagi pesakitnya secara percuma. Sikap mulia ini yang membuatkan Al-Jazzar selalu dikenang. Sayangnya, jejak kehidupan Al-Jazzar tidak terakam sejarah dengan baik. Tidak ada catatan yang pasti mengenai tahun kelahiran dan meninggal dunianya doktor agung dari benua Afrika Utara itu. ‘Banyak kebingungan masalah tahun kelahirannya (Ibnu Al-Jazzar),’ ujar Hajji Khalifah dalam karyanya yang berjudul Kashf Al-Zunun II.

Hajji Khalifah menjelaskan bahawa ada tiga versi mengenai tahun yang sempat disebut sebagai tahun meninggal dunianya Ibnu Al-Jazzar ini. Pertama, sebelum tahun 400 Hijrah atau 1010 Masehi, kedua tahun 400 Hijrah atau 1010 Masehi, dan ketiga setelah tahun ini. Sementara itu, Brockelmann (GI, 238), menyebutkan, Al-Jazzar meninggal dunia pada tahun 395 Hijrah atau 1004 Masehi. Ilmuan lainnya, seperti Idris mengadopsi pendapat Brockelmann soal tahun meninggal dunianya Al-Jazzar.

Sedangkan Ibnu Juljul, merujuk pada karyanya yang berjudul Tabaqat Al-Atibba menyebutkan bahawa Ibnu Al-Jazzar meninggal dunia pada 987 Masehi. Sementara, Ibnu ‘Idhari dalam karyanya Al-Bayan Al-Mughrib I, mengatakan meninggal dunianya Ibnu Al-Jazzar sekitar tahun 369 Hijrah atau 979M-980 Masehi. Namun, baru-baru ini ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau meninggal dunia di kota kelahirannya di Qayrawan, sekitar tahun 979-980 Masehi (369 Hijrah).

Karya Ibnu Al-Jazzar

Ibnu Al-Jazzar merupakan seorang penulis yang produktif dalam bidang kedoktoran. Buku-buku yang ditulisnya begitu terkenal dan berpengaruh dalam dunia kedoktoran Barat di abad pertengahan. Bukunya Al-Adwiya Al-Mufrada atau Treatise on Simple Drugs telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani, Latin dan Ibrani dan dicetak beberapa kali.

Karyanya menjadi sangat populer setelah diterjemahkan oleh Constantine, seorang ilmuan asal Afrika, dengan judul Liber de Gradibus. Tidak hairanlah, jika buku karya Al-Jazzar itu menjadi begitu penting dalam dunia kedoktoran Barat. Sejak mengenali buku ini, dunia kedoktoran Barat mulai mengenali pharmacopeia.

Karyanya yang lain adalah Tibb Al-Fuqara’ wa Al-Masakin atau Medicine for the Poor. Buku itu telah dianalisis oleh Ed S Catahier dan JacquaI-Micheau dalam bentuk artikel ilmiah. Karya Ibnu Al-Jazzar itu, kata Catahier, menjadi sebuah literatur yang populer khususnya selama abad pertengahan.

Rocha Pereira dalam karyanya Obras Medicas de Pedro Hispanokarya, mengatakan, karya Ibnu Al-Jazzar ini juga dilirik oleh Petrus dari Sepanyol, seorang doktor dan ahli falsafah yang menjadi Paus dengan nama John XXI. Karya Ibnu Al-Jazzar lainnya yang berpengaruh adalah Zad Al-Musafir wa-Qut Al-Hadir atau Provisions for the Traveller and the Nourishment of the Settled. Buku Zad Al-Musafir merupakan karyanya yang terbesar. Yang waktu itu, sebahagian besar ditulis masih dalam bentuk manuskrip (naskhah).

Ullmann dalam karyanya Neues zu den diaetetischen Schriften des Rufus yon Ephesos, menjelaskan bahawa karya doktor Islam itu terdiri dari tujuh volume buku. Buku ini bukanlah merupakan buku panduan bagi wisatawan, tetapi merupakan buku panduan perubatan yang sistematik, membahas berbagai penyakit dan perawatan capite ad calcem (dari kepala ke hujung kaki) dalam tulisan yang begitu singkat.

Karyanya itu berisi banyak kutipan yang berharga dari doktor dan ahli falsafah Yunani terkenal seperti Hippocrates, Aristotle, Rufus, Galen, Paulus dari Aegina, Palladios dan sebagainya. Buku yang berpengaruh itu mulai diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani pada awal abad ke 11 Masehi. Buku ini diedarkan secara meluas. Buku kedoktoran yang ditulis Ibnu Al-Jazzar ini begitu popular di kalangan masyarakat Yahudi. Buktinya, buku itu diterjemahkan sebanyak tiga kali ke dalam bahasa Ibrani. Pertama dialihbahasakan oleh seorang penterjemah anonim dengan judul Ya’ir Nativ pada 1224 Masehi. Kedua, diterjemahkan oleh Musa Ibnu Tibbon pada 1254 Masehi berjudul Zedatha-Derakhim. Ketiga dialihbahasakan oleh Ben Abraham Ishak menjadi buku yang berjudul Zedah-la Orehim.

Seperti halnya buku Al-Adwiya Al-Mufrada, buku kedoktoran yang berjudul Zad Al-Musafir ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Constantine pada tahun 1124 Masehi, dengan judul Viaticum Peregrinantis. Tidak syak lagi, karya Ibnu Al-Jazzar juga menjadi salah sebuah buku rujukan kedoktoran yang sangat berpengaruh bagi peradaban Eropah di abad pertengahan.

Buku tentang demam dan penyakit seksual karya Ibnu Al-Jazzar juga telah diedit dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Karya tersebut diterjemahkan oleh Gerrit Bos dengan judul Ibn Al-Jazzar on Sexual Diseases: A Critical Edition of ‘Zad Al-Musafir wa-Qut Al-Hadir’: Provisions for the Traveller and Nourishment for the Sedentary. Buku tersebut juga sangat berpengaruh di Eropah. Pada abad ke 11 Masehi, buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani. Pada abad ke 12 Masehi, di Toledo, buku itu kemudian diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Latin oleh seorang penterjemah bernama Lumbard.

‘Setelah diterima ke dalam apa yang disebut Articella atau Ars medicinae, ringkasan yang dibuat dari buku perubatan karya Ibnu Al-Jazzar, telah banyak digunakan di sekolah-sekolah perubatan di Salerno, Montpellier, dan di institut perguruan tinggi yakni di Bologna, Paris dan Oxford,‘ jelas Dugat dalam karyanya yang berjudul Etudes sur le Traitc de Medecine d’ Abou Dja’far Ahmad, Intitule: Zad Al-Mozafir.

Ibnu Al-Jazzar juga menulis sebuah risalah dalam pengubatan sifat pelupa berjudul fi Al-Nisyan wa-’Ilajih dan panduan memperkuatkan daya ingatan melalui buku yang berjudul Al-Nisyan wa-Uruq Taqwiyat Al-Dhakira. Kedua buah karya Ibnu Al-Jazzar itu telah diedit dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Hal itu diungkapkan oleh Gerrit Bos dalam karyanya Ibn Al-Jazzar, Risala fi Alnisyan atau Treatise on Forgetfulness.

Selain itu, dia juga menulis buku tentang penyakit gangguan tidur (sleep disorder). Dia juga menyusun sebuah risalah dalam kes angka kematian. Dia juga menulis buku tentang pediatrik (ilmu kesihatan kanak-kanak), demam, penyakit seksual, pengubatan bagi si miskin. Risalah ini diringkaskan oleh Gerrit Bos menjadi ’Ibn Al-Jazzar on Medicine for the Poor and Destitute’, dalam Journal of the American Oriental Society.

Dia juga menulis tentang terapeutik (nilai pengubatan), vaticum, coryza, penyakit perut, penyakit kusta, ubat-ubatan terpisah, ubat-ubatan campuran dan ini ditambahkan dalam bukunya dalam wilayah keilmuan lain, misalnya sejarah binatang dan literatur. Ibnu Al-Jazzar juga memiliki beberapa buah buku tentang geriatric medicine atau ilmu kedoktoran yang mempelajari tentang orang tua dan kesihatan lansia (buku Tibb Al-Mashayikh). Dengan demikian, begitulah besarnya sumbangsih Al-Jazzar bagi pengembangan dunia kedoktoran moden.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA