Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Al-Shatir (Penemu Jam Astrolab)


SMAHADZIR

PERADABAN Barat kerap mendakwa Nicolaus Copernicus (1473 – 1543 Masehi) sebagai tokoh pencetus teori heliosentrisme Tata Suria. Sejarawan pakar astronomi menemui fakta, idea matematik antara buku Copernicus yang berjudul De Revolutionibus memiliki kesamaan dengan sebuah buku yang pernah ditulis seratus tahun sebelumnya oleh ilmuan Islam Arab, Ibnu Al-Shatir (1304-1375 Masehi).

Buku yang menjadi rujukan Copernicus itu berjudul Nihayat Al-Sul Fi Tashih Al-Usul. Itu bermakna, pemikiran Al-Shatir telah mempengaruhi Copernicus. Siapakah Al-Shatir sebenarnya? Ilmuan Islam itu namanya ialah Ala Al-Din Abu’l-Hasan Ali ibnu Ibrahim ibnu Al-Shatir. Beliau merupakan seorang pakar astronomi Islam Arab, pakar matematik, pakar enjin teknik dan pengkaji yang hebat. 

Ibnu Al-Shatir merombak secara menyeluruh Teori Geosentris yang dicetuskan oleh Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy (90 SM– 168 SM). Secara matematik, Al-Shatir memperkenalkan adanya epicycle yang rumit (sistem lingkaran dalam lingkaran). Al-Shatir cuba menjelaskan bagaimana gerakan merkurius jika bumi menjadi pusat alam semesta dan merkurius bergerak mengitari bumi.

Model bentuk merkurius Ibnu Al-Shatir menunjukkan penggandaan dari epicycle menggunakan Tusi-couple, sehingga menghilangkan eksentrik dan equant teori Ptolemaic. Menurut George Saliba dalam karyanya A History of Arabic Astronomiy: Planetary Theories During the Golden Age of Islam, buku Nihayat Al-Sul fi Tashih Al-Usul, merupakan risalah astronomi Ibnu Al-Shatir yang paling penting.

‘Dalam buku itu, secara drastik beliau mereformasi model matahari, bulan, dan planet Ptolemic. Dengan memperkenalkan sendiri model bukan Ptolemic yang menghapuskan epicycle pada model matahari, yang menghapuskan eksentrik dan equant. Dengan memperkenalkan epicycle ekstra pada model planet melalui model Tusi-couple, dan yang menghilangkan semua eksentrik atau eccentric, epicycle dan equant di model bulan,’ jelas Saliba.

Sebelumnya, aliran Maragha hanya berpatokan pada model yang sama dengan model Ptolemaic. Model geometris Ibnu Al-Shatir merupakan karya pertama yang benar-benar unggul daripada model Ptolemaic kerana modelnya ini lebih baik sesuai dengan pemerhatian empiris. Ibnu Al-Shatir juga berjaya melakukan pemisahan falsafah alam dari pakar astronomi dan menolak model empiris Ptolemic dibandingkan falsafah asas. Tidak seperti pakar astronomi sebelumnya, Ibnu Al-Shatir tidak peduli dengan mempertahankan teori prinsip kosmologi atau falsafah alam (atau fizik Aristoteles), melainkan untuk menghasilkan sebuah model yang lebih konsisten dengan pemerhatian empiris.

Modelnya menjadi lebih baik sesuai dengan pemerhatian empiris daripada model-model sebelumnya yang dihasilkan sebelum dia. Saliba menambahkan karyanya tersebut menjadi karya penting dalam pakar astronomi, yang dapat dianggap sebagai sebuah ‘Revolusi ilmiah sebelum Renaissance’.

Dalam membuat model baru tersebut, Ibnu Al-Shatir melakukan pengujian dengan melakukan pemerhatian empiris. Tidak seperti pakar astronomi sebelumnya, Ibnu Al-Shatir umumnya tidak keberatan terhadap falsafah pakar astronomi Ptolemaic, tetapi beliau ingin menguji seberapa jauh teori Ptolemy sesuai dengan pemerhatian empirisnya.

Dia menguji model Ptolemaic, dan jika ada yang tidak sesuai dengan pemerhatiannya, maka beliau akan merumuskan sendiri model bukan Ptolemaic pada bahagian yang tidak sesuai dengan pemerhatiannya. Pemerhatiannya yang lengkap membuatnya yakin untuk menghapus epicycle dalam model matahari Ptolemaic.

Ibnu Al-Shatir juga merupakan ahli astromi pertama yang memperkenalkan percubaan dalam teori planet untuk menguji model asas empiris Ptolemaic. Sewaktu menguji model matahari Ptolemaic, Ibnu Al-Shatir memaparkan ‘pengujian nilai Ptolemaic untuk bentuk dan ukuran matahari dengan menggunakan pemerhatian gerhana bulan.’

‘Karyanya tentang percubaan dan pemerhatiannya memang telah musnah, namun buku The Final Quest Concerning the Rectification of Principles adalah milik Al-Shatir,’ ujar Saliba.

Pengaruh Karya Ibnu Al-Shatir

‘Meskipun sistemnya merupakan geosentri yang kuat, dia telah menghapuskan equant dan accentric Ptolemaic dan perincian sistem matematiknya hampir serupa dengan karya Copernicus’ De revolutionibus,’ jelas V Roberts and E. S. Kennedy dalam buku mereka The Planetary Theory of Ibn Al-Shatir. Menurut Saliba, model bulan Copernicus juga tidak berbeza dengan model Ibnu Al-Shatir. Dengan demikian boleh percayai bahawa model Ibnu Al-Shatir telah diadaptasi oleh Copernicus dalam model heliocentric.

‘Walaupun masih belum jelas bagaimana ini boleh terjadi, diketahui bahawa manuskrip Byzantine Yunani yang berisi Tusi-couple tempat Ibnu Al-Shatir bekerja telah sampai ke Itali pada abad ke 15 Masehi,’ ujar AI-Sabra dalam karyanya Configuring the Universe: Aporetic, Problem Solving, and Kinematic Modeling as Themes of Arabic Astronomiy. Saliba menambah, ‘Diagram model heliocentric yang dikembangkan Copernicus, termasuk tanda-tanda dari poin, hampir sama dengan diagram dan tanda-tanda yang digunakan Ibnu Al-Shatir pada model geosentrisnya. Sehingga sangat mungkin bahawa Copernicus terpengaruh karya Ibnu Al-Shatir,’ ujarnya.

Faruqi dalam karyanya Contributions Of Islamic Scholars To The Scientific Enterprise, mengungkapkan, ‘Teori pergerakan bulan Ibnu Al-Shatir sangat mirip dengan yang dicetuskan Copernicus sekitar 150 tahun kemudian’. Begitulah Ilmuan Islam Al-Shatir mampu memberi pengaruh bagi dunia Barat.

Sumbangan Al-Shatir Dalam Bidang Teknik

Jam Astrolab

David A King dalam bukunya yang berjudul The Astronomiy of the Mamluks menjelaskan bahawa Ibnu Al-Shatir menemui jam astrolab pertama di awal abad ke 14 Masehi.

Jam Matahari

Menurut catatan sejarah, sundial atau jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini telah dikenali sejak tahun 3500 SM. Pembuatan jam matahari di dunia Islam dilakukan oleh Ibnu Al-Shatir, seorang astronomi Islam (1304-1375 Masehi). ‘Ibnu Al-Shatir mencipta jam matahari yang bagus sekali untuk menara Masjid Umayyah di Damaskus,’ ujar David A King dalam karyanya yang berjudul The Astronomiy of the Mamluks.

Berkat penemuannya itu, beliau kemudiannya dikenali sebagai muwaqqit (pengatur waktu ibadah) pada Masjid Umayyah di Damaskus, Suriah. Jam yang dibuat Ibnu Al-Shatir itu masih tergolong dalam jam matahari kuno yang diasaskan pada garis jam lurus. Ibnu Al-Shatir membahagi waktu dalam sehari dengan 12 jam, pada musim dingin waktu pendek, sedangkan pada musim panas waktu lebih panjang. Jam mataharinya itu merupakan polar-axis sundial paling tua yang masih tetap digunakan hingga kini.

‘Jam mataharinya merupakan jam tertua polar-axis sundial yang masih ada. Konsep jam matahari ini kemudiannya muncul di barat pada tahun 1446,’ ungkap Jones, Lawrence dalam karyanya The Sundial And Geometry.

Kompas

David A. King mengatakan Ibnu Al-Shatir juga menemui kompas, sebuah perangkat pengatur waktu yang menggabungkan jam matahari dan kompas magnetis pada awal abad ke 14 Masehi.

Instrumen Universal


Ibnu Al-Shatir menjelaskan instrumen pakar astronomi lainnya yang beliau disebut sebagai ‘instrumen universal’. Penemuan Al-Shatir ini kemudiannya dikembangkan seorang pakar astronomi dan pencipta tersohor di era kekhalifahan Turki Usmaniyah iaitu Taqi Al-Din. Instrumen itu digunakan di observatorium Al-Din Istanbul sekitar tahun 1577-1580 Masehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA