Gurindam Kelebihan Tidak Berdusta
SMAHADZIR
Tidak berbohong
bukti keikhlasan
Hidup sentiasa
dalam ehsan
Tidak berbohong
hati suci
Sepanjang hidup
tidak dibenci
Tidak berbohong
amalan mulia
Manusia suka
Allah redha
Tidak berbohong
bukti kejujuran
Kukuh keimanan
kekal persahabatan
Kalau bercakap tidak
menipu
Semua dibuat
akan direstu
Tutur kata tidak
berbohong
Kalau susah
akan ditolong
Bila bersembang
tidak berdusta
Sepanjang masa
semua orang suka
Kalau bicara suka
berbohong
Semua kata
dianggap kohong
Kalau diamal suka
berdusta
Hina peribadi
akhlak dicerca
Jangan
berbohong bila bercakap
Nanti hilang
orang yang rapat
Bohong menipu
hasutan syaitan
Elok dihindar elak
kebejatan
Kalau cakap
suka menipu
Tiada kawan
ramai seteru
Mahkota diri
baik pekerti
Sahabat taulan
senang dekati
Tutur kata
sarat kebenaran
Hilang musuh
akrab persahabatan
Kata diluah
orang percaya
Bersih hati
disirami cahaya
Jujur amanah
dalam berkata
Sepanjang hayat
semua suka
Tulus bicara
tidak berdusta
Tenangnya hidup
tanpa sengketa
Bercakap benar
disukai Allah
Sepanjang hidup
diliputi berkah
Tidak berbohong
dalam perhubungan
Suasana harmoni
kekal berpanjangan
Bercakap bohong
dengan keluarga
Hidup jadi
tidak bahagia
Tidak berbohong
bukti kejujuran
Tegak sentiasa
tiang kebenaran
Suka berbohong
menguasai diri
Orang untung
kita yang rugi
Tidak berbohong
sepanjang masa
Amalan
diperbaiki diampuni dosa
Jangan
berbohong bila bersuara
Disayangi kawan
dan sanak saudara
Tidak berbohong
sempurna iman
Insan bertakwa
hidupnya aman
Jangan
berbohong juga berdusta
Supaya hidup
dalam redha-Nya
Tidak berbohong
banyak kelebihan
Amal ibadah
diterima Tuhan
GURINDAM:
Gurindam Anak Orang Anak Sendiri
SMAHADZIR
Anak orang
dipuja dipuji
Anak sendiri
dicaci dimaki
Anak sendiri
hidup merempat
Anak orang
diberi tempat
Anak orang
disuap makan
Anak sendiri
mati kebuluran
Anak sendiri
dicerca dikeji
Anak orang
dipuji meninggi
Anak orang
dinilai dihargai
Anak sendiri
diinjak di kaki
Anak sendiri
diabai dibenci
Anak orang
dibelai disayangi
Anak orang
diyakini hati
Anak sendiri
dihasad dengki
Anak sendiri kuat
disangsi
Anak orang
kukuh diyakini
Anak orang
dianggap berguna
Anak sendiri
dipandang hina
Anak sendiri menangis
tersedu
Anak orang
ditandu-tandu
Anak orang
dinobat gembira
Anak sendiri
tak dipelihara
Anak sendiri
disekat didera
Anak orang
dipuji dipuja
Anak orang
dijunjung tinggi
Anak sendiri
dibiarkan mati
Anak sendiri
dirundung malang
Anak orang
dijulang-julang
Anak orang
digilap berkilat
Anak sendiri
dibiar malap
Anak sendiri
malap dan hilang
Anak orang
cerlang cemerlang
Anak orang
rajin disusui
Anak sendiri
mati menyendiri
GURINDAM:
Gurindam Rakyat Malaysia
SMAHADZIR
Rakyat Malaysia
hormati raja
Diberkati hidup
sepanjang masa
Rakyat Malaysia
kuat beragama
Sentiada redha
dengan fitrah-Nya
Rakyat Malaysia
penegak budaya
Berseri hidup
diterangi cahaya.
Rakyat Malaysia
bersopan santun
Dalam gelap tak
perlu bertuntun
Rakyat Malaysia
penjunjung warisan
Kukuh walau
hujan atau kepanasan.
Rakyat Malaysia
rajin berusaha
Sepanjang hidup
menikmati jaya
Rakyat Malaysia
kukuhkan muhibah
Berani berjuang
tak takut rebah
Rakyat Malaysia
pendaulat agama
Kebahagiaan
kekal tujuan bersama
Rakyat Malaysia
bersatu padu
Tidak dihenyak
isak dan sendu
Rakyat Malaysia
gagah perkasa
Sanggup mati
kerana nusa
Rakyat Malaysia
penyubur sikap
Kerja beretika
bertambah cekap.
Rakyat Malaysia
sayangi jiran
Hidup aman
tidak bercakaran
Rakyat Malaysia
raikan tetamu
Semua orang tak
berasa jemu
Rakyat Malaysia
penerus agenda
Gapai wawasan
usaha diganda.
Rakyat Malaysia
sabar dan tabah
Musuh ditentang
tidak gelabah
Rakyat Malaysia
tahan cabaran
Akur segala
nasihat dan saran
Rakyat Malaysia
pemelihara bahasa
Suara dipadu
mantap perkasa
Rakyat Malaysia
rajin bekerja
Menanti hidup
kebahagiaan waja
Rakyat Malaysia
ikhlas berusaha
Kejayaan
menanti lebih perkasa
Rakyat Malaysia
pembina jati diri
Generasi
mendatang kukuh berdiri
Rakyat Malaysia
jujur amanah
Semua kerja tak
banyak kerenah
Rakyat Malaysia
bencikan huru-hara
Sepanjang hidup
aman sejahtera
Rakyat Malaysia
pembenteng watan
Menentang musuh
tak gentar ugutan
Rakyat Malaysia
berani berjuang
Takut
menggelugut semua petualang
Rakyat Malaysia
tabah dan cekal
Kebahagiaan
hidup bertambah tekal
Rakyat Malaysia
pencinta damai
Berkat
perpaduan muafakat disemai
Rakyat Malaysia
hormati ketua
Sepanjang hayat
hidup sejahtera
Rakyat Malaysia
bersatu hati
Kuat tegas tak
mudah dibuli
Rakyat Malaysia
pembela bangsa
Tidak rela kemerdekaan
binasa
Rakyat Malaysia
kuat berpadu
Musuh melihat
hati terkedu
Rakyat Malaysia
bertoleransi
Semua kerja
mendapat puji
GURINDAM 4
Gurindam Guru Dan Murid
SMAHADZIR
Kalau guru
bersikap baik
Anak murid
mudah dididik
Kalau guru
orang yang cerdik
Anak murid
jangan diherdik
Kalau guru
bermuka ceria
Tentu murid
berasa gembira
Kalau guru
malas mengajar
Tentu murid
kuranglah ajar
Kalau guru
manis pekerti
Tentulah murid
senang hati
Kalau guru
sabar dan tabah
Tentu tugasan
diredhai Allah
Kalau guru asyik
bersenda
Murid nak
belajar pening kepala
Kalau guru sering
dalam lambat
Pelajaran murid
tentu terhambat
Kalau guru
selalu ponteng
Kepala murid
tentulah pening
Kalau guru tak
buat persiapan
Murid banyak
buat kesilapan
Kalau guru tak
ambil kisah
Murid nakal tak
tentu arah
Kalau guru
lambat ke sekolah
Murid malas
bertambah parah
Kalau guru
banyak bersembang
Murid mendengar
menjadi bimbang
Kalau guru banyak
celoteh
Murid mendengar
menjadi letih
Kalau guru
banyak masalah
Murid turut
mendapat susah
Kalau guru terlalu
garang
Tentu murid
takut nak datang
Kalau guru selalu
ketawa
Tentu ramai
murid suka
Kalau guru
mengajar lambat
Murid belajar menjadi
penat
Kalau guru pandai
ICT
Murid jadi
lebih bermotivasi
Kalau guru suka
mengumpat
Ilmu diajar
sukar didapat
Kalau guru
berbudi bahasa
Diingat murid
sepanjang masa
Kalau guru suka
berdamping
Tentu murid mudah
dibimbing
Kalau guru
banyak kaedah
Murid dapat
banyak faedah
Kalau guru
kencing berdiri
Tentu murid
kencing berlari
Kalau guru
bijak berkomunikasi
Tenang belajar
sepanjang hari
Kalau guru suka
berkawan
Tentu murid
sukar melawan
Kalau guru
mementingkan diri
Tentulah murid
akan lari
Dengan guru
hendaklah hormat
Supaya murid
hidup selamat
GURINDAM 5
Gurindam Cinta
SMAHADZIR
Bila cinta
sudah bersemi
Semua yang
hodoh cantik berkualiti
Cinta umpama
bintang kejora
Sinarnya
pancaran kasih yang mesra
Kalau cinta
semarak di dada
Rela merempuh
badai gelora
Cinta memberi
tak pernah meminta
Tidak ternilai
intan permata
Bila cinta
melekat di hati
Sanggup
berenang di lautan api
Bila bercinta
matanya buta
Hanya
pentingkan nafsu semata
Orang bercinta
macam orang gula
Sepanjang masa
senyum sentiasa
Cintanya ibu
sepanjang zaman
Cinta anak hanya
kenangan
Cinta Allah
cinta hakiki
Cinta yang
boleh bawa ke mati
Cinta ayah
tempat berteduh
Menjadi
petunjuk juga penyuluh
Bila bercinta
hatinya rawan
Tak kenal
saudara tak kenal kawan
Cinta kekasih
cinta bersemi
Jika setia
tetap abadi
Cinta meresap
ke dasar nubari
Wajah yang
buruk dilihat berseri
Cinta harta
cinta dunia
Tak dapat
dibawa ke alam sana
Cinta ilmu
sangat berguna
Bila mati
sangat bermakna
Carilah olehmu
cinta yang suci
Tiada luka
tiada benci di hati
Bila bercinta
bunga mengharum
Tidak terasa
dicucuk jarum
Carilah olehmu
cinta yang indah
Menjadi pengubat
segala gundah
Cinta itu
anugerah Allah
Saying bersemi
kasih pun menyerlah
Jangan tergoda
cinta yang buta
Mulut yang
manis penuh dusta
Bila bercinta
manis selalu
Tidak percaya
pahit hempedu
Jangan tertipu
cinta yang palsu
Kalbu menjadi
tuli dan bisu
Cinta Allah
cinta Muhammad
Insya-Allah
hidup mendapat rahmat
Dalam bercinta
jagalah adab
Jangan diikut syaitan biadap
Kalau bercinta
mesti bersyukur
Tegahan agama
perlu diakur
Dalam bercinta
hendaklah jujur
Supaya langkah
selalu mujur
GURINDAM 6
Gurindam Nasihat
SMAHADZIR
Apabila kita
banyak bercakap
Banyak berlaku
salah dan silap
Apabila banyak
berkata-kata
Di situlah
jalan berbuat dusta
Apabila banyak
menyalahkan orang
Diri sendiri
banyak yang kurang
Apabila kita kurang
siasat
Itulah tanda
pekerjaan nak sesat
Apabila anak
tidak dilatih
Jika besar
bapanya letih
Apabila banyak
mencela orang
Itulah tanda
dirinya kurang
Apabila banyak
mencaci orang
Tanda diri
banyak yang kurang
Apabila orang
banyak tidur
Segala keburukan
terserlah didengkur
Apabila banyak
memaki hamun
Tanda diri
seperti penyamun
Apabila
mendengar akan khabar
Menerimanya itu
hendaklah sabar
Apabila banyak
membuat maksiat
Tanda hati
kurang sihat
Apabila
perkataan lemah lembut
Janganlah mudah
jadi pengikut
Apabila bercakap
kurang berhati
Akan mengundang
umpat dan keji
Apabila
perkataan terluah kasar
Tandanya diri
berhati gusar
Apabila suka
bercakap sendiri
Tandanya keliru
di dalam hati
Apabila
pekerjaan dibuat benar
Tidak boleh
orang berbuat honar
Apabila selalu
bercakap busuk
Tanda hati
sudah dirasuk
Apabila mencela
nasihat orang
Tanda hati
terpalit arang
Apabila lupa
anak dan isteri
Tanda diri tak
kenang budi
Apabila cepat
mengaku kalah
Tanda hati
mudah menyerah
Apabila selalu
tinggal solat
Tanda diri
sudah diperalat
GURINDAM 7
Gurindam Raja Dan Rakyat
SMAHADZIR
Rakyat setia
kepada raja
Tanda hidup
harmoni sentiasa
Raja muafakat
dengan rakyat
Tanda negara di
dalam berkat
Benar hati
kepada raja
Tanda jadi
sebarang kerja
Kalau raja
berkata benar
Rakyat takut
membuat onar
Kalau rakyat
hidup melarat
Raja berusaha
menyerah kudrat
Hukum adil atas
rakyat
Tanda raja
beroleh inayat
Kalau raja
tidak berilmu
Rakyat hidup
tanpa lampu
Kasihkan raja
yang berilmu
Tanda rahmat
atas dirimu
Kalau rakyat
dalam kesusahan
Raja datang
dengan bantuan
Hormat akan raja
yang pandai
Tanda mengenal
kasa dan cindai
Kalau rakyat
tidak bersatu
Raja tidak
memberi restu
Raja adil raja
disembah
Rakyat tidak
dirundung gundah
Raja ingat
dirinya mati
Rakyat sanggup
berbuat bakti
Kuasa raja itu
terlalu nyata
Kepada rakyat
yang tidak buta
Kalau raja
senyum selalu
Itu tandanya
rakyat restu
Kalau raja
berbuat jasa
Hidup rakyat
selalu sejahtera
Kalau raja
sentiasa murka
Tandanya rakyat
harus waspada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan