Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Yunus (Pakar Astronomi Tersohor Dari Mesir)


SMAHADZIR

IBNU YUNUS (950 -1009 Masehi) adalah salah seorang ilmuan Islam yang namanya diabadikan pada sebuah kawah di permukaan bulan. Tentu bukan tanpa sebab mengapa International Astronomical Union (IAU) ini mengabadikan nama beliau di kawah bulan. Melalui karya besarnya yang berjudul Al-Zij Al-Hakimi Al-Kabir, Ibnu Yunus dipandang telah berjasa menyusun sebuah tabel yang sangat lengkap.

Hakikatnya, Ibnu Yunus atau Abu Al-Hasan Ali abi Said Abd Al-Rahman ibnu Ahmad ibnu Yunus Al-Sadafi Al-Misri ini adalah seorang pakar astronomi agung yang dilahirkan di Mesir. Sayangnya, sejarah kehidupan masa kecilnya hampir tidak ditemui. Para sejarawan terbahagi dalam dua pendapat soal tahun kelahiran ilmuan ini. Sebahagian kalangan meyakini Ibnu Yunus lahir pada tahun 950 Masehi dan ada pula yang berpendapat pada 952 Masehi. Ibnu Yunus dilahirkan di kota Fustat, Mesir. Sewaktu masih belia, beliau menjadi saksi jatuhnya Mesir ke genggaman Dinasti Fatimiyah. Kekhalifahan yang menganut aliran Syiah itu mendirikan pusat kekuasaannya di Kaherah pada 969 Masehi.

Ilmuan ini mengembangkan ilmu pengetahuan seperti astronomi, matematik dan astrologi di bawah lindungan Kekhalifahan Fatimiyah. Ibnu Yunus mengabdikan dirinya selama 26 tahun bagi pengembangan sains di era kepemimpinan Khalifah Al-Azis dan Al-Hakim, penguasa Dinasti Fatimiyah. Ibnu Yunus tercatat melakukan observasi astronomi selama 30 tahun dari 977 hingga 1003 Masehi yang didedikasikan untuk dua orang khalifah. Dengan menggunakan astrolabe yang besar, hingga berdiameter 1.4 meter, Ibnu Yunus telah membuat lebih dari 10 ribu catatan mengenai kedudukan matahari sepanjang tahun.

Secara khusus, beliau menulis Al-Zij Al-Hakimi Al-kabir bagi khalifah Al-Hakim. Meski sejarah masa kecilnya tidak terungkap, yang jelas Ibnu Yunus berasal dari sebuah keluarga tersohor di tanah kelahirannnya. Ayahnya adalah seorang sejarawan, penulis biografi, dan ulama hadis terkemuka. Ayah beliau dikenali sebagai salah seorang penulis sejarah Mesir pertama. Ada dua volume sejarah Mesir yang ditulis ayah oleh Ibnu Yunus, yakni tentang orang-orang Mesir, dan pendapat para pelancong tentang Mesir.

‘Ayah Ibnu Yunus merupakan seorang pengarang yang memiliki banyak karya. Salah sebuah karyanya menjelaskan tentang perayaan di Mesir. Ayahnya juga dikenali sebagai orang yang pertama kali menyusun kamus biografi yang dibuat khusus untuk orang-orang Mesir,’ ujar Dale F Eickelman dan James Piscatori dalam karyanya Muslim Travellers: Pilgrimage, Migration, and the Religious Imagination. Menurut Eickelman dan Piscatori, datuk Ibnu Yunus juga terkenal. Beliau merupakan sahabat ilmuan termasyhur Al-Shafi.

Sumbangan Dalam Bidang Astronomi

Ibnu Yunus sangat terkenal dengan karya besarnya berjudul Al-Zij Al-Hakimi Al-Kabir. Buku yang ditulisnya itu mengupas tentang tabel astronomi – sebuah hasil kajian yang sangat lengkap. NM Swerdlow dalam karyanya Montucla’s Legacy: The History of the Exact Sciences mengungkapkan, Al-Zij Al-Hakimi Al-Kabir merupakan salah sebuah karya astronomi yang sangat mashyur. Menurut Swerdlow, buku yang ditulis oleh Ibnu Yunus terbukti kebenarannya. Sayangnya, buku yang fenomenal itu, kini tidak lagi utuh, hanya tersisa sebahagian saja. Buku itu ditulisnya untuk dipersembahkan kepada Khalifah Al-Hakim. Buku yang dituliskannya itu begitu populer di era kejayaan peradaban Islam.

Tabel yang disusunnya itu digunakan untuk beragam keperluan astronomi. Salah satunya untuk kepentingan penanggalan yang digunakan masyarakat Islam di beberapa wilayah seperti Suriah. Selain itu, tabel itu juga mengupas tentang teori jam matahari serta mampu menentukan garis bujur dan lintang matahari, bulan dan planet. Tabel Ibnu Yunus juga digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Karya penting Ibnu Yunus dalam astronomi yang lainnya adalah Ghayat Al-Intifa. Buku itu berisi tabel bola astronomi yang digunakan untuk mengatur waktu di Kaherah, Mesir hingga abad ke 19 Masehi. Sebagai pakar astronomi tersohor, Ibnu Yunus melakukan kajian dan observasi astronomi secara hati-hati dan teliti. Tidak hairanlah, jika berbagai penemuannya berkaitan dengan astronomi selalu lengkap dan tepat.

Ibnu Yunus juga diyakini para sejarawan sebagai orang pertama yang menggunakan bandul untuk mengukur waktu pada abad ke 10 Masehi. Beliau menggunakan bandul untuk memastikan akurasi dan ketepatan waktu. Dengan begitu, Ibnu Yunus merupakan penemu pertama bandul waktu, bukan Edward Bernard dari England, seperti yang didakwa masyarakat Barat.

Tidak hanya itu, Ibnu Yunus juga telah mampu menjelaskan 40 planet pada abad ke 10 Masehi. Selain itu, beliau juga telah menyaksikan 30 gerhana bulan. Beliau mampu menjelaskan konjungsi planet secara lengkap yang terjadi pada abad itu. ‘Konjungsi Venus dan Merkuri pada Gemini. Waktu itu kira-kira lapan ekuinoksial jam selepas pertengahan hari, pada hari Ahad. Merkuri berada di utara Venus dan garis lintang mereka berbeza tiga darjah,’ ujar Ibnu Yunus.

Buah pemikiran Ibnu Yunus mampu mempengaruhi ilmuan Barat. ‘Pada abad ke 19 Masehi, Simon Newcomb menggunakan teori yang ditemui Ibnu Yunus untuk menentukan percepatan bulan,’ papar John J O’Connor, dan Edmund F Robertson, dalam karya yang berjudul Abul-Hasan Ali ibnu Abd Al-Rahman ibnu Yunus. Menurut Zaimeche dalam karyanya The Islam Pioneers of Astronomiy, kajian Ibnu Yunus yang lain juga telah menginspirasi Laplace berkaitan dengan arah miring matahari dan ketidaksamarataan Jupiter dan Saturn.

Ibnu Yunus memang fenomenal. Secara tekun dan penuh ketelitian, beliau telah melakukan pemerhatian lebih dari 10 ribu input untuk kedudukan matahari dengan memakai sebuah astrolable monumental yang besar berdiameter 1.4 meter. Ilmuan ini meninggal dunia pada 1009 Masehi. Meski, Ibnu Yunus telah meninggal dunia belasan abad yang lalu, namun nama besarnya masih abadi hingga kini.

Sumbangan Bagi Peradaban

Selain berjasa mengembangkan bidang astronomi, Ibnu Yunus juga turut membesarkan ilmu-ilmu lain yang penting, seperti matematik dan astrologi. Dalam bidang astrologi, beliau membuat berbagai prediksi dalam tulisan yang dirangkum dalam buku Bulugh Al-Umniyya. Sebagai seorang peramal, Ibnu Yunus sempat memprediksi hari kematiannya. Meski badannya segar bugar, pada tahun 1009, beliau meramal dirinya akan meninggal dunia tujuh hari lagi. Sejak itu, beliau membaca Al-Quran berulang-ulang. Hingga akhirnya, beliau meninggal dunia pada hari yang diprediksikannya.

Ibnu Yunus juga dikenali sebagai pakar matematik ulung. Beliau telah menguasai trigonometri yang sangat rumit pada abad ke 10 Masehi. Matematik yang dikuasainya itu dikembangkan untuk meneliti dan menguak rahsia benda-benda di langit. Beliau memadukan matematik untuk mengembangkan astronomi. Salah satu buktinya, buku Al-Jiz Al-Hakimi Al-Kabir yang ditulisnya berisi ratusan rumusan yang digunakan dalam spherical astronomiy.

Ilmuan ini telah memberi inspirasi dan pengaruh dalam bidang astronomi di dunia Islam mahupun Barat. Salah seorang pakar astronomi Islam terkemuka yang banyak menerapkan buah pemikiran Ibnu Yunus adalah Al-Tusi. Melalui Ilkhani zij yang ditulis Al-Tusi, hasil kajian Ibnu Yunus tentang bulan dan matahari masih tetap digunakan.

Banyak sumber mendakwa bahawa Ibnu Yunus menggunakan sebuah bandul untuk mengukur waktu. Hal itu dicatat oleh Gregory Good dalam Sciences of the Earth: An Encyclopedia of Events, People, and Phenomena. Penemuannya itu juga diakui oleh Roger G Newton dalam Galileo’s Pendulum: From the Rhythm of Time to the Making of Matter.

Ibnu Yunus juga telah membuat rumusan waktu. Beliau menggunakan nilai kemiringan sudut rotasi bumi terhadap bidang ekliptik sebesar 23.5 darjah. Tabel tersebut cukup lengkap, walaupun terdapat beberapa kesilapan untuk altitude yang besar. Ibnu Yunus juga menyusun tabel yang disebut as-Samt berupa azimuth matahari sebagai fungsi altitude dan longitude matahari untuk kota Kaherah. Selain itu, disusun pula tabel a(h) sewaktu equinox untuk h = 1, 2, …, 60 darjah.


Tabel untuk menghitung lama siang hari (length of daylight) juga disusun oleh Ibnu Yunus. Beliau juga menyusun tabel untuk menentukan azimuth matahari untuk kota Kaherah (latitude 30 darjah) dan Baghdad (latitude 33:25), tabel sinus untuk amplitude terbitnya matahari di Kaherah dan Baghdad. Ibnu Yunus juga disebut sebagai penyumbang utama untuk penyusunan jadual waktu di Kaherah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA