Khamis, 4 Julai 2013

Al-Razi (Ahli Falsafah Yang Rasional Dan Tulen)


SMAHADZIR

AL-RAZI merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, Al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah Islam yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, Al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah Al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.

Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi, lahir pada tahun 236 H bersamaan 850 M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya’ban 251 H bersamaan 865 M. Beliau anak kelahiran bumi Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban Al-Thabari (192 - 240 H bersamaan 808-855 M) dan belajar ilmu falsafah dengan Al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.

Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, Al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296 H bersamaan 902 – 908 M). Pada masa ini juga Al-Razi menulis buku Al-Thibb Al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian Al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah Al-Muktafi (289 – 295 H bersamaan 901 – 908 M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan Al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.

Kemasyhuran Al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah Al-Muktafi wafat, Al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313 H (Oktober 925 M).

Para sarjana berpendapat bahawa Al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman Al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.

Penentang Al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim Al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku Al-Razi, terutama buku ‘Ilm al’Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn Al-Husain Al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya Al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat Al-Na’s, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman Al-Mantiqi Al-Sajistani dalam Siwan Al-Hikmah.

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh Al-Razi dicatatkan para pengkaji.

Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, Al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, feqah dan usul feqah, geometri, dan sejarah. Kemasyhuran Al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya Al-Razi masih diguna.

Kitab Al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12 M lagi sehingga abad ke-17 M.

Penemuan Al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18 M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.

Kitab Al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung Al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor Al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.

Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya Al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.

Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan. Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya kitab Al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan Al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

Sumbangan Al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam Al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al’Thib Al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah Al-Sirah al’Falsafiyyah, Amarah Al-lqbal aI’Dawlah, Al-Ladzdzah, Al-llmi Al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al’Thabiiyah, dan Al-Syukuk ‘ala Proclus. Alt Sami Al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh Al-Razi yang merangkumi bidang-bidang Al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, falsafah 26 buah, bahasa Arab tujuh buah, feqah dan usul feqah lima buah, perubatan tujuh buah, geometri lima buah, dan sejarah dua buah.

Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya sejarah dua buah, feqah tiga buah, Quran tiga buah, dogmatics 13 buah, philosophy lapan buah, astrology satu buah, cheiromancy satu buah, rhetoric satu buah, encyclopedia satu buah, medicine satu buah, physionomy dua buah, alchemy satu buah, dan mineralogy satu buah.

Semenjak mula lagi beliau telah dipandang tinggi dan dihormati dengan kepentingan beliau mengeluarkan idea-idea baru yang tidak terputus dari pemikiranya yang luas dan sifatnya yang berani berterus-terang di dalam kebenaran.

Beliau dianggap sebagai doktor Islam yang paling terkemuka, bapa kedoktoran Arab, Galionus Arab, maha guru di bidang kedoktoran dan doktor genius di bidang klinik. Kerana itulah terdapat ungkapan yang menyatakan bahawa kedoktoran ini meninggal dunia dan dihidupkan oleh Galinous, ianya bercerai-berai sehinggalah dikumpulkan oleh Al-Razi dan ianya berada dalam kekurangan sehinggalah disempurnakan oleh Ibnu Sina. Sesungguhnya sehingga kurun ke 17 beliau masih dianggap sebagai ‘Hujjah al Tib’ di Eropah.

Beliau disifatkan oleh ulama-ulama dan doktor-doktor Eropah sebagai cendekiawan yang berpegang kepada penelitian yang mendalam dan ujikaji yang menyeluruh sehingga membolehkan sehingga sekarang ini setiap eksperimennya dianalisa dan diuji mengikut cara moden.

Diriwayatkan ketika mana Khalifah Harun Al-Rashid ingin membina Hospital Al-Mansuri di Baghdad, maka telah dicalunkan seramai 50 orang temasuk Al-Razi sebagai dokornya. Ketika ujian dijalankan untuk memilih 10 orang sahaja Al-Razi telah berjaya terpilih sebagai salah seorang darinya.

Ketika dipilih 3 orang beliau juga merupakan salah seorang darinya sehinggalah beliau merupakan calun tunggal yang berjaya dipilih. Diriwayatkan juga sebelum hospital tersebut dibina, beliau mengantungkan potongan daging di merata tempat di bandar dan ditinggalkan beberapa hari.

Akhirnya beliau telah memilih tempat daging yang paling kurang kesan busuknya untuk membina hospital Al-Mansur. Al-Razi tidak kekal lama di Baghdad. Beliau akhirnya kembali semula ke Rai untuk mengetuai hospitalnya sendiri. Beliau telah melantik Al-Mansur Bin Ishak untuk menggantikanya di Baghdad.

Majlis

Disifatkan bahawa beliau seorang yang bertubuh dan berkepala besar. Ketika berada di majlisnya beliau akan di kelilingi oleh pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid kepada anak murid pelajarnya.

Pergaulan

Beliau merupakan contoh di dalam pergaulan. Tidak pernah membezakan antara fakir dan kaya dan sentiasa menyumbangkan makanan-makanan terhadap yang memerlukannya.

Sumbangan Bidang Kedoktoran

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan pemikiran semasa lebih-lebih lagi di dalam bidang klinik kedoktoran. Beliau telah menjelaskan jenis tiap penyakit, puncanya, sifat-sifat, cara merawatnya dan mendatangkan beberapa andaian. Beliau telah menentukan penyakit demam panas dan taun.

Beliau merupakan orang pertama membezakan penyakit colitis dan memulas perut dan antara cacar dan campak. Beliau telah menulis sebuah risalah yang terbahagi kepada 14 bahagian dan dianggap sebagai tinggalan terbaik di dalam ilmu kedoktoran Islam.

Di dalam risalahnya itu beliau telah menjelaskan mengenai campak dan cacar dan menerangkan hubungan bintik-bintik merah dengan peningkatan suhu panas. Beliau meambah lagi bertapa perlunya pemeriksa dilakukan ke atas hati, denyutan jantung, proses pernafasan dan lain-lain.

Al-Razi merupakan orang pertama menggunakan sebatian plumbum di dalam memproses krim dan menggunakn usus binatang ketika menjahit luka-luka. Beliau telah menguji ubat yang telah siap diproses kepada binatang sebelum digunakan oleh pesakit. Beliau juga telah mensifatkan penggunaan simim plaster di dalam merawat penyakit patah.

Karya-karya

1.     Ensklopedia kedoktoran Al-Hawi yang ditulis di dalam 10 jilid dan mempunyai 24 rencana. Ianya dianggap sebagai rujukan terpenting di kurun pertengahan, buku ini telah sempurna diterjemahkan ke bahasa Latin selepas kematian beliau oleh seorang Yahudi, Faraj Bin Salim atas arahan Charles of Ango, raja Secili pada tahun 678 Hijrah atau 1279 Masehi. Buku terjemahan ini telah diterbitkan atas nama Ad Mansorum.
2.     Al-Fusul yang merupakan buku pandangan beliau secara individu. Ianya dipenuhi dengan kajian-kajian yang bermutu, nasihat yang bernilai dan teristimewa kerana ketelitian di sudut analisanya.
3.     Al-Majriyyat, merupakan buku karanganya di sudut kedoktoran di awal kehidupanya di Baghdad.
4.     Manafiu al Aghziyyah, buku yang telah ditulis di dalam 19 bab yang membahaskan kemudaratan dan kemanfaatan roti, air, minumam (mabuk dan tidak mabuk), daging, ikan, susu, buah-buahan, rempah ratus dan manisan.
5.     Al-Tib Al-Mansur, yang telah ditulis di dalam 10 jilid. Di dalamnya beliau telah mensifatkan pembahagian manusia di sudut pisiologi, penyakit di dalam dan kesihatan. Buku ini juga telah dihadiahkan kepada Al-Mansur Bin Ishak. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan nama Continens dan dicetak beberapa kali.

Kimia

Diriwayatkan beliau telah berjaya menguasai ilmu kimia dan membolehkan menukarkan sisa-sisa galian kepada emas, Ibnu Khalkan menceritakan bagaimana Al-Razi telah menulis buku besar menceritakan rahsia-rahsia ciptaan ilmu kimia dan dihadiahkan kepada Khalifah Al-Mansur. Khalifah telah menghadiahkan kepadanya 1000 dinar sambil menyumbangkan alat-alat dan kelengkapan agar melaksanakan apa yang telah beliau tulis.

Apabila usaha-usaha beliau tidak berjaya untuk menukar galian menjadi emas, khalifah telah memerintah agar beliau telah dipukul dengan kitabnya sehingga menyebabkan kitabnya itu hancur. Perubatan ini menyebabkan mata Al-Razi menjadi buta dan waktu tersebut telah dihabiskan dengan membuat pembetulan di dalam karya-karyanya.

Al-Razi telah menghasilkan karya-karya di dalam ilmu kimia seperti Khowasu al Asyak dan Sirru al Asrar, antara sumbangan beliau yang lain ialah menghasilkan alkohol, asid dan cuba menentukan timbangan beberapa jenis jirim.

Falsafah

Mengikut pendapat, beliau telah berguru dengan Al-Balkhi dan falsafahnya pula diambil dari pendapat Alplaton dan Aclidus. Beliau banyak terpengaruh dengan Socrate dan Galinous tetapi akhirnya beliau telah merasa syak dan menghasilkan buku Al-Syukuk’ ala Galinous.


Al-Razi juga menulis buku Al-Mabahis Al-Syarqiah fi llmi al llahiyyat wa al Tobi’iyyat yang mana membahaskan pendapat-pendapat di sudut kedoktoran dan falsafah yang wujud pada zamannya. Beliau telah menghasilkan 224 karya berbentuk buku dan risalah. Ulama-ulama telah melebihkan Al-Razi di bidang kedoktoran dari Ibnu Sina tetapi melebihkan pula Ibnu Sina di bidang falsafah. 

1 ulasan:

  1. assalamualaikum yer...maaf saya ingin mengetahui lebih lanjut yer....siapakah ank murid beliau yer??

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA