SMAHADZIR
SEWAKTU masih bersekolah di
bangku sekolah menengah, tentu anda pernah mempelajari istilah sinus dalam mata
pelajara matematik. Sinus adalah perbandingan sisi segitiga yang ada di depan
sudut dengan sisi miring. Hukum sinus itu ternyata dicetuskan oleh seorang
pakar matematik Islam pada awal abad ke-11 Masehi. Pakar matematik itu bernama
Abu Nasr Mansur ibnu Ali ibnu Iraq atau akrab disapa dengan panggilan Abu Nasr
Mansur (960 Masehi - 1036 Masehi). Bill Scheppler dalam karyanya yang
bertajuk Al-Biruni: Master Astronomier and Islam Scholar of the
Eleventh Century, mengungkapkan bahawa Abu Nasr Mansur merupakan
seorang pakar matematik Islam dari Parsi.
‘Dia dikenali sebagai penemuan
hukum sinus,’ ujar Scheppler. Pakar sejarah matematik John Joseph O’Connor dan
Edmund Frederick Robertson menjelaskan bahawa Abu Nasr Mansur dilahirkan di
kawasan Gilan, Parsi pada tahun 960 Masehi. Hal itu tercatat dalam The
Regions of the World, sebuah buku geografi Parsi bertarikh 982 Masehi.
Keluarganya ‘Banu Iraq’
menguasai wilayah Khawarizm (sekarang, Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan). Khawarizm
merupakan wilayah yang berdampingan dengan Laut Aral. ‘Dia menjadi seorang raja
dalam bidang politik,’ ujar O’Cornor dan Robertson. Di Khawarizm itu juga, Abu
Nasr Mansur menuntut ilmu dan berguru dengan seorang pakar astronomi dan pakar
matematik Islam terkenal iaitu Abu’l-Wafa (940 Masehi - 998 Masehi). Otaknya
yang pintar membuatkan Abu Nasr dengan mudah menguasai matematik dan astronomi.
Kehebatannya itu juga menurun pada muridnya yakni Al-Biruni (973 Masehi - 1048
Masehi).
Ketika itu, Al-Biruni tidak
hanya menjadi muridnya saja, tetapi juga menjadi koleganya yang sangat penting
dalam bidang matematik. Mereka bekerjasama menemui rumus-rumus serta
hukum-hukum yang sangat luar biasa dalam matematik. Kolaborasi dua ilmuwan itu
telah melahirkan sederet penemuan yang sangat hebat dan bermanfaat bagi
peradaban manusia.
Perjalanan kehidupan Abu Nasr
dipengaruhi oleh situasi politik yang kurang stabil. Akhir abad ke-10 Masehi
hingga awal abad ke-11 Masehi merupakan period rusuhan yang hebat di dunia
Islam. Waktu itu, terjadi perang saudara di kota beliau menetap. Pada era itu,
Khawarizm menjadi sebahagian dari wilayah kekuasaan Dinasti Samaniyah.
Perebutan kekuasaan di antara dinasti-dinasti kecil di wilayah Asia Tengah itu
membuatkan situasi politik menjadi kurang menentu.
Pada 995 Masehi, kekuasaan Banu
Iraq digulingkan. Waktu itu, Abu Nasr Mansur menjadi raja. Tidak jelas apa yang
terjadi pada Abu Nasr Mansur di negara itu, namun yang pasti muridnya Al-Biruni
berjaya melarikan diri dari ancaman perang saudara itu. Setelah peristiwa itu,
Abu Nasr Mansur bekerja di istana Ali ibnu Ma’mun dan menjadi penasihat Abu’l
Abbas Ma’mun. Kehadiran Abu Nasr membuatkan kedua penguasa itu berjaya.
Ali ibnu Ma’mun dan Abu’l Abbas
Ma’mun merupakan pendukung ilmu pengetahuan. Keduanya mendorong dan mendukung
Abu Nasr mengembangkan ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau menjadi
ilmuwan paling terkenal di istana itu. Karya-karyanya sangat dihormati dan
dikagumi.
Abu Nasr Mansur menghabiskan
sisa hidupnya di istana Mahmud di Ghazna. Beliau meninggal dunia pada tahun
1036 Masehi di Ghazni, sekarang Afghanistan. Meski begitu, karya dan
sumbangannya bagi pengembangan sains tetap dikenang sepanjang masa. Dunia Islam
moden tidak boleh melupakan ilmuwan Islam yang satu ini.
Sumbangan Abu
Nasr Mansur
Abu Nasr Mansur telah
memberikan sumbangan yang penting dalam dunia ilmu pengetahuan. Sebahagian
karya Abu Nasr berfokus pada bidang matematik, tetapi beberapa tulisannya juga
membahas masalah astronomi. Dalam bidang matematik, dia memiliki begitu banyak
karya yang sangat penting dalam trigonometri. Abu Nasr berjaya mengembangkan
karya-karya matematik, astronomi, geografi dan pakar astrologi Romawi bernama
Claudius Ptolemaeus (90 SM – 168 SM).
Dia juga mempelajari karya
pakar matematik dan pakar astronomi Yunani tersohor iaitu Menelaus of
Alexandria (70 SM – 140 SM). Abu Nasr mengkritik dan mengembangkan
teori-teori serta hukum-hukum yang telah dikembangkan ilmuwan Yunani itu.
Kolaborasi Abu Nasr dengan Al-Biruni begitu terkenal. Abu Nasr berjaya
menyelesaikan sekitar 25 karya besar bersama Al-Biruni. ‘Sekitar 17 karyanya
hingga kini masih bertahan. Ini menunjukkan bahawa Abu Nasr Mansur adalah
seorang pakar astronomi dan pakar matematik yang luar biasa,’ ujar pakar
sejarah matematik John Joseph O’Connor dan Edmund Frederick Robertson
Dalam bidang matematik, Abu
Nasr memiliki tujuh buah karya, sedangkan bakinya dalam bidang astronomi. Semua
karya yang masih bertahan telah diterbitkan, telah dialihbahasakan ke dalam
bahasa Eropah, dan ini memberikan beberapa indikasi betapa sangat pentingnya
karya ilmuwan Islam itu.
Secara khusus Abu Nasr mempersembahkan
sebanyak 20 buah karya kepada muridnya Al-Biruni. Salah satu karya besar
saintis Islam ini adalah komentarnya dalam The Spherics of Menelaus.
Peranannya sungguh besar dalam pengembangan trigonometri dari perhitungan
Ptolemy dengan penghubung dua titik fungsi trigonometri yang hingga kini masih
tetap digunakan. Selain itu, dia juga berjasa dalam mengembangkan dan
mengumpulkan tabel yang mampu memberi solusi angka yang mudah untuk
masalah khas spherical astronomiy (bentuk astronomi).
Abu Nasr juga mengembangkan The
Spherics of Menelaus yang merupakan sebahagian penting, sejak karya
asal Menelaus Yunani punah. Karya Menelaus berasal dari asas
solusi angka Ptolemy dalam masalah bentuk astronomi yang tercantum dalam
risalah Ptolemy bertajuk Almagest.
‘Karyanya di dalam tiga buku:
buku pertama mempelajari kandungan atau kekayaan bentuk segitiga, buku kedua
meneliti kandungan sistem paralel lingkaran dalam sebuah bola atau bentuk
mereka memotong lingkaran besar, buku ketiga memberikan bukti dalil Menelaus,’
jelas O’Cornor dan Robertson. Pada karya trigonometrinya, Abu Nasr Mansur
menemui hukum sinus sebagai berikut:
a atau sin A = b atau sin B = c
atau sin C.
‘Abu’l-Wafa mungkin menemui
hukum ini pertama dan Abu Nasr Mansur mungkin belajar dari dia. Pastinya
kedua-duanya memiliki prioriti kuat untuk menentukan dan akan hampir pasti
tidak pernah diketahui dengan kepastian,’ ungkap O’Cornor dan Robertson.
O’Cornor dan Robertson juga menyebutkan satu nama lain, yang disebut sebagai
orang ketiga yang kadang-kadang disebut sebagai penemu hukum yang sama, seorang
pakar astronomi dan pakar matematik Islam dari Parsi, Al-Khujandi (940 Masehi -
1000 Masehi).
Namun, kurang beralasan jika
Al-Khujandi disebut sebagai penemu hukum sinus, seperti yang ditulis oleh Samso
dalam bukunya Biography in Dictionary of Scientific Biography (New
York 1970-1990). ‘Dia adalah seorang pakar astronomi praktis yang paling utama,
yang tidak peduli dengan masalah teoritis,’ katanya. Risalah Abu Nasr membahas
lima fungsi trigonometri yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam
bentuk astronomi. Artikel menunjukkan perbaikan yang diperoleh Abu Nasr Mansur
dalam penggunan pertama sebagai nilai radius. Karya lain Abu Nasr Mansur dalam
bidang astronomi meliputi empat karya dalam menyusun dan mengaplikasi astrolab.
Al-Biruni,
Saksi Kehebatan Abu Nasr
Hakikatnya, dia adalah murid
sekaligus kawan bagi Abu Nasr Mansur. Namun, dia lebih terkenal dibandingkan
gurunya. Meski begitu, Al-Biruni tidak pernah melupakan jasa Abu Nasr dalam
mendidiknya. Kolaborasi kedua-dua ilmuwan dari abad ke-11 Masehi itu sangat
dihormati dan dikagumi.
Abu Nasr telah ‘melahirkan’
seorang ilmuwan yang sangat hebat. Sejarawan sains Barat, George Sarton begitu
mengagumi kiprah dan pencapaian Al-Biruni dalam beragam disiplin ilmu.
‘Semuanya pasti sepakat bahawa Al-Biruni adalah salah seorang ilmuwan yang
sangat hebat sepanjang zaman,’ ujar Sarton.
Bukan tanpa alasan bila Sarton
dan Sabra meletakkannya sebagai seorang ilmuwan yang agung. Hakikatnya,
Al-Biruni memang seorang saintis yang sangat fenomenal. Sejarah telah
mencatatkan bahawa Al-Biruni sebagai sarjana Islam pertama yang mengkaji dan
mempelajari tentang selok belok India dan tradisi Brahminical. Dia sangat intens
mempelajari bahasa, teks, sejarah, dan kebudayaan India.
Kerja keras dan keseriusannya
dalam mengkaji dan mengeksplorasi beragam aspek tentang India, Al-Biruni pun
dinobatkan sebagai ‘Bapa Indologi’ - kajian tentang India. Tidak hanya itu,
ilmuwan dari Khawarizm, Parsi itu juga telah dinobatkan sebagai ‘Bapa Geodesi’.
Di era keemasan Islam, Al-Biruni ternyata telah meletakkan dasar-dasar satu
cabang keilmuan tertua yang berhubungan dengan lingkungan fizikal bumi. Selain
itu, Al-Biruni juga telah dinobatkan sebagai ‘pakar antropologi pertama’ di
seantero jagat. Sebagai ilmuwan yang menguasai beragam ilmu, Al-Biruni juga
menjadi pelopor dalam berbagai kaedah pengembangan sains.
Sejarah sains telah mencatatkan
bahawa ilmuwan yang hidup di era kekuasaan Dinasti Samaniyah itu merupakan
salah seorang pencetus kaedah saintifik eksperimental. Al-Biruni juga tidak
hanya menguasai beragam ilmu seperti; fizik, antropologi, psikologi, kimia,
astrologi, sejarah, geografi, geodesi, matematik, farmasi, kedoktoran, serta
falsafah. Dia juga turut memberikan sumbangan yang begitu besar bagi setiap
ilmu yang dikuasainya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan