SMAHADZIR
Akhirat itu
pasti terjadi,
Inilah janji
yang hakiki,
Sebagai makhluk
ingatlah mati,
Amal ibadah
bekalan diri,
Jangan dilupa
sepanjang hari,
Sebelum kita
semua pergi,
Persiapan diri
perlu dicari,
Kerana mati tak
siapa peduli,
Dalam kubur
seorang diri.
Berpesan-pesanlah
dengan kebenaran,
Jalani hidup
penuh kesabaran,
Umpat dan cela
mesti dielakkan,
Sesama insan
eratkan persaudaraan,
Kukuhkan
muhibah eratkan ikatan,
Jangan dibuat
sebarang kerosakan,
Nanti
mengundang kesalan.
Ingatlah wahai
insan mulia,
Hidup di dunia
hanya sementara,
Ingatlah Allah
setiap masa,
Berbuat baik
sesama saudara,
Elakkan khianat
serta angkara,
Berilah
pandangan yang membina,
Jauhi mencaci
dan menghina,
Itulah tindakan
yang bijaksana,
Semoga kebaikan
untuk semua.
Masa berlalu
pantas sekali,
Sudahkan kita
mempersiapkan diri,
Ke negeri
akhirat yang kekal abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan