Ahad, 11 November 2012

Sejarah Pembentukan Dan Perubahan Sistem Tulisan Jawi


Sejak tahun 1303, iaitu tarikh batu bersurat terengganu dijumpai, tulisan Jawi telah banyak berkembang. walaupun telah melalui berbagai-bagai kesulitan sehingga sekarang, namun tulisan Jawi masih hidup bersama-sama kita. oleh itu kita boleh meramalkan bahawa tulisan Jawi akan terus digunakan oleh masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Penggunaan tulisan Jawi yang cemerlang ini telah merosok akibat penggunaan huruf rumi sejak pengaruh barat masuk ke tanah Melayu. tetapi kini kerajaan Malaysia terus menggalakkan penggunaan tulisan Jawi. berkat tindakan ini tulisan Jawi mulai berkembang semula sehingga sekolah rendah dan sekolah menengah pun menjadikannya mata pelajaran yang wajib. (Sila rujuk sukatan pelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah dan sekolah menengah untuk tingkatan 1, 2 dan 3).

Meskipun tulisan Jawi telah digunakan oleh khalayak ramai semenjak tujuh ratus tahun yang lalu namun belum banyak diselidiki dari segi sejarah perkembangannya, sistem tulisan dan lain-lain. Melalui kajian yang saya cuba mengesan perkembangan kata-kata tertentu walaupun saya menemui banyak halangan yang tidak terduga oleh kerana kebanyakan manuskrip yang lama tidak bertarikh. oleh kerana itu saya juga melompat-lompat diri semasa kesemasa supaya jejak perkembangan tulisan Jawi dapat dikesan dengan lebih tepat lagi.

Analisis Perkembanga Tulisan Jawi Dalam Pengejaan Perkataan

Untuk memudahkan kefahaman, Jawi mengemukakan contoh-contoh perkembangan perkataan tertentu.

Sebagaimana yang dapat dilihat daripada contoh diatas, sesuatu perkataan biasanya mempunyai beberapa bentuk asal yang hampir serupa dengan huruf Arab kerana dilengkapi dengan unsur-unsur Arab umpamanya tanda tasydid, baris dan lain-lain.Tetapi bentuk yang ketiganya boleh dianggap sebagai unsur yang sejati sebab ia tidak mempunyai tasydid atau apa-apa baris. Bentuk yang paling akhir itu adalah yang digunakan sekarang atau yang akan digunakan nanti, atau mungkin tidak akan digunakan langsung.

Tetapi bentuk yang pertama mesti sampai kepada bentuk yang terakhir walaupun masa yang diambil cukup panjang sekali untuk sampai kesan. Halangan utama adalah kata-kata yang baku misalnya a `maka`,`jika`dan `pada`. Alif yang sebenarnya ada di dalamnya enggan dinyatakan, sebaliknya ditinggalkan dengan bentuk yang telah dibakukan. Ini betul-betul melambatkan perkembangan tulisan Jawi kearah yang sangat cekap.

Tahap-Tahap Perkembangan

Kita sudah melihat urutan perkembangan dari awal hingga akhir seperti di atas. Sebagaimana yang ditunjukkan, bentuk yang pertama telah melalui beberapa langkah. Langkah yang pertama ialah untuk menghapuskan baris dan sukun yang ada pada bentuk asal. Langkah yang kedua ialah untuk menghilangkan tasydid yang masih ada pada alograf yang kedua.Tetapi kadang-kadang langkah yang pertama dan yang kedua ini sekaligus tercapai.

Selepas itu,jika sampai pada tahapyang ketika kita tidak lagi dapat melihat unsur-unsur Arab. Kita hanya menemui bentuk yang terdiri daripada sekadar dua atau tiga konsonan sahaja.Bentuk ini menerangkan bahawa tulisan Arab-Melayu itu susah terlepas daripada pengaruh Arab. Dengan demakian tulisan Jawi masih menggunakan cara tulisan Arab sejati.Walau bagaimanapun, langkah yang ketika ini bersambungan dengan langkah yang keempat, langkah yang keempat ini ialah untuk menyatakan vokal yang kedua dari belakang.


Tulisan berbentuk ini sebenarnya lebih mudah dibaca tetapi vokal akhir masih belum terang, sehingga dengan sendirinya langkah yang kelima itu memerlukan satu langkah untuk menambahkan satu baris di atas konsonan yang terakhir. Dengan demikian bolehlah dibezakan kata ‘kami’ dengan ‘kamu’. Selepas langkah ini tamat kita kita sampai pada alograf yang terakhir. Langkah yang memerlukan proses untuk menukarkan baris dengan vokal yang terakhir.

Yang terperlu disebutkan disini ialah bahawa beberapa perkataan telah berkembang dengan cepat sehingga telah sampai kepada alogrf yang terakhir, padahal proses perkataan lain masih terhenti pada langkah yang masih awalkerana terikut oleh hukum-hukum atau kaedah yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana yang ternama pada masa itu.

Kebanyakan perkataan itu sudah sampai kepada bentuk yang terakhir,oleh itu sekarang inilah masanya untuk menukarkan perkataan yang belum sampai kepada bentuk yang terakhir itu sesuai dengan contoh perkembangan yang telah dicapai oleh perkataan yang serupa jenis susunan vokal dan konsonannya.

Tulisan Jawi Pada Batu Bersurat Terengganu

Daripada batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 tahun Masehi itu kita mendapati bahawa tulisan itu agak berbeza sekali dengan yang kita gunakan sekarang ini. Contohnya:

merdeka agama hamba dua raja beg bicara
di dalam raya pertama paduka berebut laki laki

Senarai perkataan yang berumur lebih kurang tujuh ratus tahun itu menerangkan bahawa waktu itu belum ada angka dua. ini dapat dibuktikan dengan perkataan ‘ laki-laki ‘ yang semestinya ditulis ‘laki2’ menurut hukum yang ada pada masa ini. Dan dalam senarai itu ada perkataan yang sama bentuknya contohnya:

di dalam paduka dua raya

Tetapi tulisan ‘beg’ itu sangat jauh perbezaannya denagn bentuk yang terakhir dalam perkembangan iaitu bagi. Satu hal yang boleh menimbulkan masalah ialah alif yang terakhir yang biasanya tidak ditulis sekarang ini telah berani dinyatakan pada batu bersurat yang sedemikian lama. Dalam perkataan lain bentuk inilah merupakan langkah perkembangan yang terakhir setakat ini yang belum pernah digunakan oleh orang ramai, sehingga tarikh batu bersurat ini pun mempunyai banyak kemungkinan yang boleh disangsikan tentang tarikhnya yang sebenar.

Mengenai perkataan ‘agama’ boleh kita katakan bahawa bentuk asal ‘agam’ telah berkembang menjadi ‘agaam’ dengan mendapat satu vokal pada tempat vokal yang kedua dari belakang menggantikan baris atas pada bentuk asal. Selepas itu bentuk ini digabungkan dengan ‘nya’ sehingga menjadi ‘agamanya’. Dari bentuk hanya huruf ‘nya’ sahaja yang diceraikan, akhirnya kita boleh mendapat satu bentuk iaitu ‘agama’. Bentuk seperti ini telah kita temui dalam bahan-bahan daripada kurun yang ketujuh belas atau lapan belas. Selepas bentuk ini barulah kita temui bentuk ‘agaam’ semula kerana bentuk ‘agama’ itu sebenarnya dianggap tidak betul dan bentuk itu boleh digunakan apabila digabungkan dengan ‘nya’. Selepas bentuk ‘agama’ itu barulah datang bentuk ‘agama’ menurut langkah-langkah perkembangan tulisan Jawi.

Selain dengan ini boleh dikatakan bahawa kitra sama sekali tidak perlu melambatkan langkah kearah penggunaan alif yang terakhir pda perkataan umpamanya, ‘pertama’ ‘raja’ merdeka’ dan ‘hamaba’. sebab telah ada bukti penggunaan bentuk itu sejak dahulu.

Berkenaan dengan bentuk ‘laki’ itu saya tidak menyangsikan bahawa batu bersurat ini dibuat selepas kurun yang ketujuh belas kerana bentuk yang masih digunakan iaitu bentuk ‘lak’ tidak begitu banyak berkembang.

Tulisan Jawi Pada Surat Tahun 1602

Surat yang ditulis kepada kapitan Inggeris yang bertarikh 1602 yang pernah disebut oleh Hoykaas (1961) (seperti yang dipetik oleh Haji Hamdan Bin Abdul Rahman 29:  1983) mengandungi banyak perkataan yang agak berbeza bentuknya dengan bentuk yang ada sekarang. Dibawah ini ditulis kembali bentuk ejaan Jawi yang terkandung dalam surat itu.

Daripada perkataan yang tersebut diatas itu kita boleh perhatikan bahawa huruf  bertitik tiga dibawah huruf. Baris, tanda mati dan tasydid masih dipakai. Daripada bentuk  ‘kapitan’ itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa barisnya tidak lagi digunakan tetapi tasydid masih digunakan. Ini menunjukkan langkah yang pertama yang semestinya digunanakan barisnya telah berlalu dan telah sampai kepada langkah kedua.

Pada perkataan ‘nekeri’ kita dapati huruf ‘ga’ itu mempunyai tiga titik dibawah sedangkan pada batu bersurat terdapat satu titik sahaja diatas huruf. kedua-dua perkataan ‘sammudara’ dan ‘inglittir’ itu masih menggunakan baris, tasydid dan tanda mati kerana perkataan seperti ini agak susah dibaca. Kedua-dua perkataan itu teramasuk dalam langkah pertama. Kedua-dua bentuk ini sama dengan yang telah digunakan lebih tiga ratus tahun yang lalu iaitu kurun yang ke-14’ Kita dapat perhatikan perkataan’sakka’ Bentuk ini juga termasuk langkah yang ke-dua kerana barisnya sudah tidak ada lagi dan tasydidnya pula masih lagi dipakai.

Berkenaan dengan perkataan ‘dalam’ kita boleh membuat satu huraian tentang proses perkembangan seperti yang berikut:  Bentuk ‘dalam’ tanpa tasydid adalah langkah yang pertama atau yang kedua sahaja. Berhubung dengan perkataan ‘kerjaan’ boleh dibuat kesimpulan bahawa kata dasar yang berbentuk ‘raj’ itu menjadi bentuk ‘rja’, jika digabungkan dengan akhiran. Tetapi bentuk sekarangnya akan menjadi ‘raja’ sehingga sempurna menjadi bentuk ‘kerajaan’, walaupun bentuk kata dasarnya adalah sama.

Pada waktu itu telah ada hukum ejaan yang mengatakan bahawa bentuk ‘هات ‘ sebenarnya mesti ditulis ‘هاتي ‘. Apabila perkataan ini digabungkan dengan bentuk-bentuk misalnya -ku-, nya,-kan,- dan -lah dihilangkan alif dan dinyatakan vokal yang telah disembunyikan itu daripada bentuk ‘هتيث‘ dan ‘هتيك‘ menjadi ‘هاتيث ‘ dan ‘هاتيكو ‘.

Perkataan ‘كام ‘ itu sudah sampai kepada langkah yang keempat selepas bentuk Melayu yang pertama iaitu ‘كم ‘ telah dihapuskan baris dan tasydid. Bentuk ini sering mengelirukan kerana mungkin dibaca ‘كامي‘ atau ‘كامو‘. Akibat kekacauan ini maka terpaksa digunakan baris. ‘كام‘ menunjukkan ‘كامي ‘ dan bentuk ‘kamu’ menunjukkan ‘kamu’. Kita dapat mengetahui bahawa perkataan yang digunakan sekarang ‘كتهؤي ‘ atau ‘مغتهؤي ‘ berasal daripada bentuk ‘تاه‘.

Bentuk ‘تاه ‘ ini, jika digabungkan dengan akhiran ‘ءي‘ maka alif yang ada dihadapan itu dihilangkan dan vokal yang telah disembunyikan menjadi bentuk ‘tahui’ dan kalau ditambah awalan ‘ك‘ nescaya menajdi bentuk ‘ketahui’. Tambahan lagi, kalau ditambah awalan ‘-م‘ maka bentuknya yang sempuran ialah ‘mengetahui’ kalau mengikut pustaka dian, ditulis ‘mengetahui’ berkenaan dengan bentuk ‘lain’ itu saya berpendapat bahawa dalam perkataan itu ‘ء ‘ mesti ada, kalau tidak, perkataan itu akan menjadi bentuk yang agak berbeza.

Tulisan Jawi Dalam Kitab Siratol Mustaqim

Kitab Siratol Mustaqim yang bertarikh 1645 mengandungi banyak perkataan yang sedang berkembang seperti yang dapat ditunjukkan dalam bentuk yang ditulis kembali seperti yang berikut ini.Bentuk ‘tatkala’ telah berkembang dari bentuk yang digunakan sekarang iaitu ‘tatkala’ tetapi belum berkembang dengan sempurna sebab masih ada bentuk yang lebih maju iaitu ‘tatkala’.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah bentuk yang lebih maju itu telah kalah dalam saingan bentuk asal Melayu sejati yang kurang berkembang itu, pada hal bentuk ‘tatkala’ semestinya berkembang sehingga sampai kepada ‘tatkala’. Gejala seperti ini sering terdapat dalam perkembangan tulisan Jawi. Kita dapat perhatikan bentuk Melayu sejati seperti ‘bagi’. Perkataan seperti ini seperti ini semestinya berkembang kepada ‘bagi’. Dan seterusnya bagi tetapi masih tinggal pada bentuk itu sahaja. Daripada perkataan ‘tulis’ dan ‘lagu’ itu dapat kita fahami bahawa pada tahap ini belum dinyatakan vokal akhir yang dipakai sekarang seperti ‘aku’, ‘tulus’ dan ‘lagi’.

Dalam bentuk ‘sahabatku’ kita dapati bahawa perkataan ini telah berkembang dengan penuh kerana pada peringkat awal sudah digunakan bentuk yang belum berkembang iaitu ‘sahabatk’. Dan perkataan ‘barulah’ itu telah dihilangkan alif tetapi bentuk ini tidak betul kerana semestinya ditulis ‘beroleh’. Bentuk ‘beroleh’ inilah yang digunakan sekarang. Berkenaan dengan bentuk ‘dijadikannya’ dapat kita ketahui bahawa kata asal ‘jadi’ telah ditambahkan dengan akhiran -kan, vokal yang pertama dihapuskan dan vokal yang kedua dinyatakan.

Kesan semacam ini juga terdapat dalam hikayat maharaja Rawana yang bertarikh tahun 1633 (lihat Haji Hamdan Bin Abdul Rahman 30:  1983). Perlu disebutkan di sini bahawa tulisan dalam kitab siratol mustaqim ini tidak mempunyai baris atau tasydid yang telah lama digunakan itu. Tarikh kitab siratol mustaqim ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini sudah masuk ke tahap yang hanya mempunyai unsur-unsur Melayu sahaja dan unsur-unsur Arab telah ditinggalkan. Dan bentuik tulisan perkataan ‘penghulu’ sudah sampai kepada langkah yang paling akhir.

Bentuk ini adalah sama dengan bentuk yang digunakan sekarang ini. Urutan ini lebih singkat daripada urutan yang pertama itu. Ini boleh menunjukkan bahawa kekacauan lebih banyak berlaku dalam urutan pertama. Urutan perkembangan dalam kitab sirotol mustaqim itu adalah daripada langkah yang ketiga sampai kepada langkah yang kelima iaitu daripada bentuk yang tidak mempunyai baris serta tasydid sampai kepada bentuk yang telah dinyatakan vokal yang paling akhir.

Sebenarnya urutan ini pun terhad kepada tiga jenis langkah sahaja. Urutan yang ketiga ini telah banyak berkembang hingga sampai kepada langkah yang paling akhir. Tetapi langkah ini menghapuskan unsur-unsur Arab pada langkah yang pertama dan yang kedua. Untuk mengelakkan kekeliruan seperti ini kita mesti menggunakan langkah yang pertama dan yang kedua iaitu unsur-unsur Arab. Kekeliruan yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada masalah ini. Ini adalah kerana langkah yang lebih maju daripada langkah yang sekarang menggunakan bentuk itu kecuali satu atau dua sahaja yang belum. Dan yang lebih menyusahkan kita ialah langkah yang ketiga yang sama sekali tidak pun digunakan oleh ramai orang.

Langkah yang masih tinggal adalah untuk menyatakan kembali alif yang telah disembunyikan akibat daripada bunyi tertutup itu sehingga menjadi misalnya bentuk ‘kan’ seperti yang telah ditulis oleh Pustaka Dewan kebelakangan ini. Sebagaimana yang tersebut diatas, kita dapat fahami posisi atau keadaan tulisan Jawi yang makin lama semakin susah kerana bidang yang diterokai itu hampir pupus.

Dengan ini saya mencadangkan supaya urutan perkembangan tulisan Jawi mesti diluaskan, dengan kata lain, lebih elok jika dibolehkan unsur-unsur Arab iaitu baris dan sukuan digunakan jika perlu. Inilah cara yang bijaksana untuk mengelakkan kesamaran serta kekacauan yang terlalu banyak dilakukan itu. Sebenarnya huruf Jawi berasal daripada bahasa Arab sehingga kita tidak boleh mengabaikan unsur-unsur Arab.

Namun pada pihak lain pula tulisan Jawi agak berbeza daripada bahasa Arab sendiri hingga telah menjadi kepunyaan masyarakat Melayu. Jika dilihat dari sudut semacam ini kita juga tidak boleh mengabaikan unsur-unsur Melayu yang telah banyak diperkembangkan. Sebagai kesimpulan, saya berpendapat bahawa kita tidak boleh tidak menerima keistimewaan kedua-dua unsur bahasa itu supaya kekaburan yang ada pada masa ini jangan diulangi lagi dalam tulisan Jawi.

Berbalik kepada bentuk ‘segal’ dan ‘segala’, bentuk yang pertama termasuk langkah yang ketiga sementara bentuk yang kedua itu adalah langkah yang keempat. Penggunaan kedua-dua bentuk yang belum berkembang dan yang telah berkembang boleh memperlihat proses perkembangan tulisan Jawi yang sedang dilaksanakan.

Mengenai perkataan ‘adapun’, kaedah tulisan Jawi terbaharu melarang alif yang kedua dinyatakan. Sekarang kita akan menyelidiki pula dua perkataan iaitu ‘nama’ dan ‘namanya’. Menurut pandangan orang yang hidup pada kurun yang ketujuh belas, vokal yang paling akhir dalam suatu perkataan mesti disembunyikan dan kemungkinan vokal itu dinyatakan semula apabila digabungkan dengan akhirnya serta ditiadakan vokal yang sedia ada di hadapan. Misalnya perkataan ‘suka’ menjadi ‘sukakan’ jika disambungkan dengan akhiran ‘kan’. Sekiranya ada perkataan yang berbunyi ‘sika’ ejaannya pun akan menjadi bentuk yang sama iaitu ‘sikakan’ jika digabungkan dengan akhiran ‘kan’. Dan bentuk asal ‘seka’ pun akan menjadi ‘sekakan’ juga.

Kembali kepada perkataan ‘nama’ dan ‘namanya’ kita dapati senang untuk difahami seperti yang telah diterangkan tadi. Kaedah Za’ba yang masih digunakan tetapi mulai merosak menyatakan satu hal yang sangat penting. Perkara itu kadang-kadang disebut hukum wa, ra, da, la dan nga sahaja. Seperti yang diketahui dalam pula (pola) KVKV, jika konsonan yang dibelakang itu adalah termasuk wau, ro, dal, lam, dan nga. Selain daripada ini kesemua perkataan pasti tidak menggunakan alif yang akhir itu.

Tetapi hal ini menjadi amat susah apabila bentuk demikian digabungkan dengan akhiran -kan. Bentuk perkataan wa, ro, da la, dan nga itu senang digabungkan dengan -kan. Sehingga menjadi bentuk ‘ wakan, rokan, dakan, lakan, dan ngakan tetapi yang bukan wa, ro da, la dan nga susah dan kaedahnya boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, jika konsonan hadapannya termasuk ‘ro’ atau ‘dal’ ataupun kosong , maka bentuk ini baharu boleh digabungkan dengan -kan selepas alif yang telah disembunyikan itu dinyatakan semula terlebih dahulu.

Manakala perkataan-perkataan yang terkecuali daripada ini semuanya mesti dihilangkan alif hadapan serta dinyatakan alif dibelakang yang telah disembunyikan itu.

Untuk mengelakkan daripada peraturan-peraturan yang susah difahami semacam ini, Pustaka Dewan telah mengesyorkan satu sistem tulisan Jawi yang senagn diikuti iaitu menggalakkan kita semua menggunakan alif yang sudah lama disembunyikan atau yang belum dinyatakan itu. Misalnya, dahulu perkataan-perkataan seperti yang di bawah ini biasanya kita tulis seperti berikut:  ‘lame’, ‘rase’, daye’, ’ bace’, dan ‘raje’, digalakkan menulis seperti ‘kata’, ’lama’, ’rasa’, ‘daya’, ‘baca’ dan ‘raja’.

Pada masa dahulu pendita Za’ba pun tidak berani mengemukakan teori yang ganjil semacam ini. Kalau tidak silap saya, Za’ba mungkin belum pernah memikirkan penggunaan alif seperti yang disyorkan oleh Dian dengan semahunya sahaja. Tulisan ini betul-betul pernah digunakan dalam majalah dewan pada tahun 1972. Sebenarnya sistem baharu ini cuba menghapuskan hukum wa, ro, da, la, dan nga. Kalau kesemua alif dinyatakan, apa gunanya hukum atau kaedah itu?

Jika dibandingkan dengan kedaan dahulu, lebih cepat kita fahami masalah ini. Sekarang kita gunakan tulisan yang berbentuk ‘hati’ dan ‘hatinya’. Tetapi orang pada kurun ke-7 sudah menggunakan ‘hati’ menggantikan ‘hati’ dan ‘hatinya’. Apakah boleh difahami fikiran mereka yang telah menciptakan hukum yang menyatakan bahawa dalam satu perkataan vokal akhir mesti dihilangkan dan kemudian vokal itu mesti dinyatakan kembali apabila digabungkan dengan akhirannya?

Sebaliknya siapakah yang dapat menduga bahawa pada tahun 1986 ini ramai orang menggunakan bentuk ‘hati’ menggantikan ‘hati’ yang tidak mempunyai vokal akhir serta bentuk ‘hatinya’ menggantikan ‘hatinya’ yang belum terang bentuknya itu?

Siapa pun tidak dapat meramalkan bahawa generasi yang akan datang akan menggunakan tulisan yang sangat jauh bezanya dengan tulisan yang ada sekarang ini. Tetapi boleh dikatakan bahawa kemungkinan itu sudah semakin nyata. Jika dilihat dari segi ini say ingin mengemukakan pandangan saya iaitu bagaimana jika kita gunakan bentuk tulisan yang peringkay perkembangannya masih belum sampai tahap terakhir.

Tulisan Jawi Dalam Majalah Dewan

Majalah Dewan yang bertarikh 1972 mengandungi bentuk perkataan yang jarang terdapat dalam tulisan Jawi kerana bentuk ini banyak melampaui batasan yang telah lama digariskan oleh kaedah yang sedia ada. Misalnya, dalam pola ‘K1V1K2V2’ alif yang paling akhir, biasanya tidak dinyatakan kalai k2 tidak termasuk wau, ro, dal, lam, dan nga, sekiranya kedua-dua vokal alif sahaja. Di bawah ini ditulis kembali bermacam-macam bentuk perkataan yang telah digunakan dalam majalah dewan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA