Ahad, 11 November 2012

Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu


Tulisan Jawi ini asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh orang Melayu. Oleh sebab huruf-huruf Arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang-lambang untuk fonem Melayu, maka orang-orang Melayu telah meminjam beberapa huruf Arab yang telah di-Parsikan. Dengan itu bertambahlah jumlah huruf Jawi. Huruf-huruf tambahan ini ialah ݢ , ڤ, ڽ, چ, dan ڠ untuk (g, p, ny, c) dan ng secara satu persatu yang tidak ada pada bahasa Arab. Selain daripada ini terdapat juga beberapa huruf lain yang digunakan di alam Melayu ini seperti tha, nya tanda ~ (untuk dal), serta yang lain-lain. Ini boleh kita dapati daripada kitab-kitab agama berbaris Jawa yang ditulis dengan huruf Arab atau bahasa disebut tulisan pegoa.

Tulisan dan ejaan Jawi sekalipun telah lama dipelajari oleh orang-orang Melayu, tetapi tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa ada orang Melayu yang mengkajinya kecuali pada zaman abad terakhir ini terutama oleh pendeta Za’ba. Beliau telah mengkaji ejaan Jawi dengan mendalam sehingga beliau berjaya menyusun satu pedoman ejaan Jawi. Selain beliau sebenarnya ada orang lain yang tidak kurang gigihnya dalam menggarap sistem ejaan Jawi serta menyusunnya dalam sebuah karangan, tetapi penyebaran tulisannya hanya berkisar di negeri Johor sahaja iaitu tempat beliau tinggal dan bertugas. Beliau ialah Mejar Datuk Haji Muhammad Sa’id bin haji Sulaiman, orang kuat, PBMPB diraja Johor (Pertubuhan Bahasa Melayu yang mula ditubuhkan pada tahun 1888 Masehi).

Pengkaji ejaan Jawi yang paling ramai jumlahnya ialah dari barat. Mereka telah mempelajari dan mengkaji tulisan Jawi dengan bersungguh-sungguh. Usaha mereka itu dibuat dengan gigih kerana ada kepentingan-kepentingan tertentu. Tetapi yang penting sekali ialah untuk mengetahui bahasa Melayu dan hasil karya sasteranya. Antara peminat dan atau pengkaji tulisan Jawi ialah Worandly, William Mursedan, Klinkar, Rafles, Shellabear, Winston dan lain-lain. Diantara mereka ini ada yang mengkaji tulisan Jawi hanya bertujuan untuk digunakan bagi terjemahan kitab injil (Baibel) kedalam bahasa Melayu. Contohnya Ladyker telah menerbitkan injil (Baibel) dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi pada tahun 1731-33, begitu juga Kalenkrah pada tahun 1870. Contoh injil (Baibel) yang diterjemahkan ialah Kisah Perbuatan Rasul-Rasul (Acts of the Apostles) yang penulis sendiri ada memiliki naskhah Jawinya.

Selepas Za’ba tidak ada orang yang mengkaji secara mendalam tentang sistem ejaan Jawi. Kalau ada pun hanya penerbitan buku untuk kegunaan, mengajar, menulis, dan membaca Jawi seperti yang diusahakan. Oleh cikgu Haji Abdul Razak Hamid. Pada tahun 1983 dewan bahasa dan pustaka baru bergerak kuat dan memandang serius tentang sistem ejaan Jawi. Pihak dewan bahasa dan pustaka telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji sistem ejaan Jawi. Walaupun begitu pedoman ejaan Jawi yang dibuat oleh Za’ba masih menjadi pedoman utama. Satu kertas kerja tentang sistem ejaan Jawi baru dengan beberapa tambahan dan pindaan telah dibentangkan dalam konvensen ejaan Jawi yang diadakan di Kuala Terengganu pada tahun 1984. Pada tahun 1986 diterbitkan pedoman ejaan Jawi yang disenpurnakan dan pada tahun 1988 diterbitkan daftar ejaan rumi-Jawi oleh dewan bahasa dan pustaka.

Kajian Kang Keung Seuk

Dalam masa keghairahan untuk meningkatkan semula penggunaan tulisan Jawi maka muncullah seorang pengkaji yang datang dari luar. Kali ini bukan dari barat tetapi dari timur. Secara kebetulan sesuai dengan dasar negara sekarang yang memandang ketimur. Pengkaji ini tidak lain daripada Encik Kang Keung Seuk seorang sarjana bahasa Melayu dari Korea. Beliau telah membuat kajian tentang Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kajian ini merupakan tesis beliau untuk memenuhi keperluan ijazah sarjana sastera di Universiti Malaya.

Beliau telah mengkaji tentang perkembangan tulisan Jawi sejak ia diperkenalkan dalam masyarakat Melayu hingga ke masa kajian ini dijalankan. Dalam kajian itu beliau telah merujuk kepada kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Shellabear (lihat bab III), selain daripada penelitian beliau sendiri yang berdasarkan bahan-bahan yang beliau pilih dan temui.
Satu hal yang menarik dalam tulisan saudara Kang ini ialah beliau telah mengemukakan satu teori tentang perkembangan sistem ejaan Jawi dari dahulu hingga sekarang iaitu dari tarikh kira-kira 1200 Masehi hingga 1986 (halaman: 29).

Beliau telah membahagikan perkembangan tadi kepada dua bahagian besar iaitu pengaruh Arab dan unsur Melayu. Bahagian pengaruh Arab dibahagikan kepada dua pecahan lagi iaitu ejaan yang menggunakan baris dan ejaan yang menggunakan shaddah atau sabdu. Sedangkan bahagian unsur juga Melayu dibahagikan kepada dua iaitu penambahan vokal depan dan penambahan vokal belakang. Beliau telah menganalisis perkembangan dan perubahan sistem Jawi itu secara gemilang dan mudah difahami. Sebagai contoh ialah ejaan perkataan ’ ترلالو’ (halaman: 29). Beliau telah mencabarkan perkembangannya begini:
ترلال ترلالو ترلالو ترللّ ترلل

Tetapi di sini saudara Kang tidak menyebutkan dan memperincikan tentang kekeliruan-kekeliruan yang banyak timbul dari sebab sistem ejaan yang bertukar dan digunakan itu. Di peringkat ini sebenarnya timbul banyak masalah iaitu sukarnya membaca Jawi dengan betul seperti perkataan رنچڠ (sejenis aksara atau tulisan orang-orang Melayu pada suatu masa dahulu):  ada yang menyebutnya sebagai (rencang) dan ada yang menyebutnya rencong (A. Samad). (Ahmad, 1957) اوتس :  (utus) atau (utas), بوسر (busar) atau (busur) dan lain-lain. Kesukaran-kesukaran diatas hanya dapat diatasi dengan membubuh huruf-huruf vokal.

Dengan itu berlaku perubahan dari pengaruh Arab kepada sistem yang berunsurkan Melayu iaitu dengan menggunakan huruf saksi atau vokal. Namun demikian penambahan vokal itu tidak dilakukan sepenuhnya seperti بوم untuk (bumi), لاك untuk (laki), لاݢ (lagi) dan lain-lain. Oleh itu kesamaran masih tetap wujud. Oleh itu berlakulah penambahan vokal belakang sehingga proses itu menjadi lengkap, dan dengan itu sekaligus hilanglah segala kesamaran. (Bumi) menjadi بومي dan bukan بوم lagi dan بوم sudah menjadi (bom).

Sebenarnya sebelum ejaan Jawi menjadi sempurna banyak kekeliruan timbul. Contohnya nama tempat Muar itu berasal dari muara (iaitu kuala sungai) tetapi ejaan pada masa itu ialah موار , maka orang menyebutnya sebagai muara. Begitu juga perkataan سرو sepatutnya (sarwa) tetapi sekarang disebut seru. Seterusnya perkataan تلادن ada yang menyebut (teladan) dan ada yang kata (tauladan). Etimologi bagi kata ini ialah تولادا (tulada) apabila di beri akhiran (an) menjadi تولادن . Pada ejaan Jawi lama di tulis تلادن bunyinya (tuladan) dan kemudian ada yang mengejanya تولادن sesuai dengan penggunaan vokal depan dengan bunyinya تولادن.

Namun demikian berlaku pula perubahan dari segi sebutan:  تلادن menjadi (teladan) dan تولادن menjadi (tauladan). Kedua-duanya sebenarnya salah, (yang benar ialah تولادن ) tetapi akhirnya dimenangkan juga تلادن , walaupun masih ada orang menyebutnya تولادن , kerana pada ejaan Jawi masih banyak yang ditulis تولادن , تو hanya boleh berbunyi (tu) atau bunyi (tau) sahaja dan تأ mungkin menjadi (ta) seperti تولن, ia tetap (taulan) bukannya (telan).
Saudara Kang juga telah memberi contoh tentang perkembangan ejaan bagi perkataan (kuda) كودا.

Contoh yang di beri itu amat menarik (halaman 31) sehingga kita dapat menelurusi perkembangan sistem ejaan yang dilalui oleh tulisan Jawi dalam bahasa Melayu. Saudara Kang begitu yakin dengan penemuannya ini sehingga berdasarkan teorinya itu beliau telah meragui tarikh prasisti Kuala Berang, Terengganu. 702 Hijrah atau bersamaan 1303 Masehi). Kononnya prasisti itu berkemungkinan wujud atau dibina pada zaman yang lebih kemudian. Tetapi dalam hal ini kita lebih yakin dengan hasil penyelidikan Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengatakan bahawa prasisti itu bertarikh 702 hijrah/1303 Masehi.

Sehingga kini hasil penyelidikan Profesor Naquib belum ada ahli sejarah yang dapat membantah atau menyanggahnya. Selain daripada kekurangan di atas sebenarnya masih banyak terdapat kekurangan dan kelemahan lain sama ada dari segi penganalisisan atau kekurangan fakta. Sebagai contoh pada halaman yang 83 dikatakan terdapat tiga buah badan sahaja iaitu Utusan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, dan Pustaka Dian yang masih menggunakan dan memperkembangkan tulisan Jawi.

Kenyataan ini tidak tepat kerana ada banyak lagi badan yang masih tepat menggunakan dan memperkembangkan tulisan Jawi seperti pustaka aman, penerbit sulaiman marai, jabatan agama islam johor, jabatan agama islam kelantan, kerajaan terengganu dan lain-lain. Badan-badan dan jabatan-jabatan ini menerbitkan buku dan risalah serta majalah-majalah dengan menggunakan tulisan Jawi. Contohnya warak jabatan agama johor dan majalah al-Ihsan. Semua kitab untuk sekolah-sekolah agama johor adalah menggunakan tulisan Jawi dan penerbitnya adalah jabatan agama isalam johor.

Jika kita meninjau lebih jauh kerajaan Brunei Darul Salam yang mempunyai masyarakat Melayu yang masih kuat dan kental tetap mempertahankan tulisan Jawi. Disana di tetapkan bahawa setiap tulisan Jawi mesti ditulis dengan keadaan yang lebih besar daripada tulisan rumi seperti nama-nama kedai; dan kedai-kedai mesti menggunakan tulisan Jawi bagi nama kedai atau syarikatnya. Saya kira Brunei darul Salam tidak boleh di keluarkan daripada kajian saudara Kang kerana ia tetap masih dalam lingkungan masyarakat Melayu walaupun di luar Malaysia.

Kekurangan atau kelemahan yang terdapat dalam kajian saudara Kang ini disebabkan antara lain:

i. Bahan-bahan kajian yang dijadikan asas dalam kajian ini masih banyak yang tidak di masukkan. Oleh sebab itu penganalisisan bahan serta hasil penganalisisan menjadi terbatas. Kalaulah pada waktu beliau mengumpul bahan-bahan kajian dibuat dengan teliti dan tuntas saya kira tidak akan timbul kekurangan-kekurangan ini. Sebagai contoh buku katan yang di susun oleh Mejar Datuk haji Muhammad Said Sulaiman tidak ada dalam bibiliografinya.

Begitu juga dengan kaedah mengeja yang di susun oleh orang yang sama – di situ beliau ada menyebut huruf (dal) (د) bergaris di bawah sebagai ganti kepada (dal) bertitik tiga di bawah. Ia merupakan satu lambang puning dalam bahasa Melayu yang sekarang tidak digunakan. Tulisan-tulisan Mejar Datuk Hj Muhammad Said adalah penting kerana beliau adalah ahli bahasa bahkan pendita bahasa Melayu yang gigih dan menghasilkan karya tulisan yang prolifik. Saudara Kang juga tidak memasukkan manuskrip buku aka’id nasafi yang ditulis pada 998 Hijrah / 1590 Masehi yang merupakan manuskrip Melayu yang tua. Kalau manuskrip ini beliau baca saya fikir hasil kajiannya akan menjadi berlainan. Contoh ialah dalam manuskrip tersebut ‘hingga’ dieja hingga; dihinggakan dieja dihinggakan, sedangkan dalam manuskrip wilkinas (1903) kata (hingga) di eja hingga sahaja.

Ejaan dalam kitab ako’id an-nasafi untuk (kehidupan) ialah kehidupan, (memfardukan) (memfardukan), perbuatan (perbuatan), (celaka) celaka, (membahagiakan) (membahagiakan) dan lain-lain. Pada saya ejaan pada manuskrip ako’id an-nasafi lebih maju pada beberapa bahagian yang terdapat pada kamus wilkinis yang mula terbit pada tahun 1903. Dalam kamus Wilkinis di eja hidup hidup. Kemudian sumbat di gunakan untuk ejaan bagi lima perkataan iaitu, (sumbat), (simbat), (sembat), (sambat), dan (sambut). Ini sungguh teruk sekali.

Oleh sebab tidak tuntas bahan yang di jadikan sandaran maka terdapat kelemahan pada teori. Contohnya teori perkembangan tulisan Jawi (halaman 29). Di situ dikatakan penambahan vokal depan di buat dahulu, kemudian baru ditambah vokal belakang. Tetapi dalam manuskrip ako’id an-nasafi terdapat ejaan budi sebagai badi. Ini jelas menunjukkan vokal belakang telah dinyatakan tetapi vokal depan belum lagi. Ini bermakna bertentangan dengan teori yang di sebutkan di atas tadi.

Buku Rancang Melayu yang disusun oleh Raja Hj Muhammad Tahir bin Marhum Murshad juga tidak ada dalam senarai bibiliografi tesis saudara Kang. Buku ini penting kerana kerana dalam buku itu (terkarang pada 24 April tahun 1915 tetapi baru di cetak pada tahun 1928) terdapat satu huruf baru yang diciptakan pada masa itu iaitu bagi panduan huruf V dalam tulisan rumi. Dalam buku ini di cadangkan huruf بiaitu huruf ب Jawi dan di atasnya di bubuh huruf (V) rumi yang kecil. Pembentukan huruf ini adalah penting tetapi orang tidak tahu. Oleh sebab itu pada kenuwisan tulisan Jawi terkandung pada tahun 1984 diputuskan untuk membentuk huruf (V) iaitu huruf w (wau) dengan jawatankuasa penyemak sistem ejaan Jawi dewan bahasa dan pustaka (saya sendiri terlibat) telah di cadangkan huruf f tetapi dengan titik dibawah menjadi f sebagai padanan huruf rumi (V).

Saudara Kang juga, walaupun telah membaca dan meneliti pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan yang di terbitkan oleh dewan bahasa dan pustaka tetapi nampaknya beliau tidak memanafaatkan sistem ejaan baru yang di cadangkan umpamanya ejaan bagi kata ganda hendaklah diulang dengan membubuh sempang. Ini bukan bermakna ingin meniru sistem yang digunakan pada pra asasi Melayu dahulu (pra asasi) Kuala Berang, Terengganu misalnya, melainkan ia ingin meniru sistem yang digunakan pada tulisan rumi.

Cadangan ini asalnya di utarakan oleh seorang ustazah (guru agama) yang saya yakin beliau tidak mungkin mengetahui tentang sistem ejaan Jawi pada zaman dahulu. Dalam pedoman ejaan Jawi yang di sempurnakan (PETYD) banyak cadangan yang dibuat. Bahkan apa yang dicadangkan oleh saudara Kang sudah pun banyak yang disebut dan digarap dalam buku tersebut. Hanya saudara Kang tidak mahu menjelaskan lagi dalam tesis.

Kedua ialah saudara Kang, walaupun telah memahami tentang peria kuatnya pengaruh Arab – Islam dalam kebuadayaan Melayu, tetapi ada hal-hal yang jelas yang beliau belum dapat menyelaminya dengan mendalam. Satu perkara yang nyata sekali ialah tentang ejaan kata-kata agama yang di pinjam daripada bahasa Arab. Di sini orang Melayu sukar untuk mengubahnya kerana ada hukum agama yang di tetapkan padanya. Secara yang lebih tepat lagi mentartilkan bacaan kata-kata Al-Quran adalah wajib dalam Islam. Kalau tidak tartil bacaan kan membawa kepada senkasi iaitu berdosa.

Itu sebabnya ejaan kata-kata Arab (istilah agama) tidak atau jarang diubah, kerana ejaan di ubah akan mengubah sebutannya. Mungkin akan ada orang yang menyatakan kalau tidak diberi huruf seperti (alif, wau, ya) sebutan akan salah. Tetapi kalau dibubuh huruf saksi mungkin boleh mengubah makna. Itu adalah nahu Arab. Seperti ahad atau ahad. Kedua-duanya berbeza maknanya, kerana berbeza panjang pendek sebutannya. Lagipun dalam sistem pendidikan Islam setiap pengajian bukan hanya bergantung kepada ejaan atau tulisa, Tetapi hendaklah di terima juga daripada sebutan guru iaitu di terima daripada mulut kuar. Itulah sebabnya timbul kaedah menghafal bagi membaca sesuatu perkataan. Sistem ejaan rumi sekarang pun perlu dipelajari sebutannya bukan hanya terkandung kepada tulisan seperti sebutan rai, mengetahui, ditandai, iklan, tidak dan lain-lain. Ia bukan ray, mengetahuy, ditanday, ditanda’i, i’lan, tida’.

Kesimpulan

Walau apa pun kekurangan bahan penyelidikan tempatan yang di jadikan rujukan tetapi bukan saudara Kang yang merupakan tesis master beliau ini telah berjaya menerokai satu arena baru dalam kajian tentang perkembangan sistem ejaan Jawi hingga ke masa kini. Banyak pendapat yang dikemukakannya dan pendapat-pendapat itu memberi faedah kita bersama.

Bibiliografi

  1. Raja Hj Muhamad Tahir Bin Almarhum Murshad riyar (1928) rancang Melayu, Singapore:  al-ahmadiah.
  2. Za’ba (1949) difatur ejaan Melayu:  Jawi-rumi, Kuala Lumpur:  Jabatan Perseketuan Tanah Melayu.
  3. Mejar Datuk Hj Muhammad Said Sulaiman (1936) buku katan pi. Bi. Im pi. Bi. Diraj (kamus Melayu) Singapura:  al-Ahmadiah.
  4. _____ (1936) panduan bagi ejaan pi. Bi. Im pi. Bi. Diraj, Singapura:  al-Ahmadiah.
  5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) diftur ejaan rumi – Jawi, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  6. Syed Muhammad Najib al-Athosi (1988) The Oldest known A 16th Century Malay Translation:  Malay Manuscript of the ‘Aqaid of Al-Nasafi Kuala Lumpur:  Universiti Malaya.
  7. ____ (1972) Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur:  Universiti Kebangsaan Malaysia.
  8. _____ (1970) The Correct Date Of the Terengganu Inscriptions. Kuala Lumpur:  Mezium Negara Malaysia.
  9. ______ (1969) Preliminary Statement on the General Theory of the Islamization of the Malay – Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  10. Ayat. Hasmi (1981) Sejarah masuk dan berkembang Islam di Indonesia, Bandung:  fi. Ti. Al-makruf.
  11. Ayat. Samad ahmad (1951) Sejarah kesusasteraan Melayu, jilid I-III, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  12. Ar. Jih. Wilkinsan (1963) kamu Jawi- Melayu- inggeris, cetakan 1985, Melaka:  Penerbit Baharudin Nasuhi. Profesor Madya Doktor Ahmad Johari Muin, Julai, 1988.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA