Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Bersyukur apabila mendapat nikmat. Sabar apabila mendapat
kesulitan. Tawakal apabila mempunyai rancangan atau program. Ikhlas dalam
segala amal perbuatan. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan. Jangan
menyesal atas sesuatu kegagalan. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan. Jangan
usil dengan kekayaan orang.
Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang.
Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan. Jangan tamak kepada harta. Jangan
terlalu keterlaluan dalam cita-cita akan sesuatu kedudukan. Jangan hancur
kerana kezaliman. Jangan goyah kerana fitnah. Jangan berkeinginan terlalu
tinggi yang melebihi kemampuan diri. Jangan campuri harta dengan harta yang
haram.
Jangan sakiti ayah dan ibu. Jangan usir orang
yang meminta-minta. Jangan sakiti anak yatim. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang
besar. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil. Banyak berkunjung ke
rumah Allah s.w.t (masjid). Lakukan sembahyang dengan ikhlas dan khusyu.
Lakukan sembahyang fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid. Biasakan
sembahyang malam. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah s.w.t. Lakukan puasa
wajib dan puasa sunat. Sayangi dan santuni fakir miskin.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
Allah s.w.t. Jangan marah berlebih-lebihan. Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-lebihan. Bersatulah kerana Allah s.w.t dan berpisahlah kerana Allah s.w.t.
Berlatihlah konsentrasi fikiran. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.
Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis
atau syaitan. Jangan percaya ramalan manusia. Jangan terlampau takut miskin.
Hormatilah setiap orang. Jangan terlampau takut kepada manusia. Jangan sombong,
takabur dan besar kepala. Berlakulah adil dalam segala urusan. Biasakan
istighfar dan taubat kepada Allah s.w.t. Bersihkan rumah dari patung-patung
berhala. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran. Perbanyakkan silaturrahim. Tutup
aurat sesuai dengan petunjuk Islam. Bicaralah secukupnya.
Beristeri atau bersuami kalau sudah sedia
segala-galanya. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu. Biasakan
hidup bersih, tertib dan teratur. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin.
Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga. Makanlah secukupnya tidak
kekurangan dan tidak berlebihan. Hormatilah kepada guru dan ulama.
Sering-sering berselawat kepada nabi. Cintai
keluarga Rasulullah s.a.w. Jangan terlalu banyak hutang. Jangan terlampau mudah
berjanji. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti berborak (membebel) yang tidak berguna. Bergaullah dengan
orang-orang soleh.
Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu. Maafkan orang
lain yang berbuat salah kepada kita. Jangan dendam dan jangan ada keinginan
membalas kejahatan dengan kejahatan lagi. Jangan membenci seseorang kerana
fahaman dan pendiriannya. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapatkan kesulitan. Jangan melukai hati orang lain. Jangan
membiasakan berkata dusta. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab. Laksanakan
segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Hormati orang lain yang
lebih tua dari kita. Jangan membuka aib orang lain.
Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita. Ambilah pelajaran dari
pengalaman orang-orang arif dan bijaksana. Sediakan waktu untuk merenung
apa-apa yang sudah dilakukan. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
kerana kaya. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan
negara. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain. Jangan
membuat orang lain menderita dan sengsara.
Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa. Hargai prestasi dan pemberian orang. Jangan habiskan waktu untuk
sekedar hiburan dan kesenangan. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan. Sediakan waktu untuk bersenam yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kedudukan diri kita. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu.
Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan orang lain terganggu dan jangan
berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina. Jangan cepat
percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya. Jangan menunda-nunda
pelaksanaan tugas dan kewajiban.
Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan
penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan
diri. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari
dari kenyataan kehidupan. Yakinlah bahwa
setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan. Jangan
gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
Laluan Menuju Ke Kubur
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas atau perak
d. Sucikan qadha’ hajat dengan istibra
(berak atau kencing)
Laluan Untuk Berjumpa Izrail
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mukmin
c. Bayar semula kadha’ yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah s.w.t
Laluan Untuk Bertemu Mungkar Nangkir
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
Laluan Untuk Memberatkan Timbangan
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah s.w.t
Laluan Memantapkan Amalan
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada Allah s.w.t
d. Banyakkan sedekah dan khairat
Laluan Melalui Titian Sirat Al-Mustakim
a. Kasihilah aulia Allah s.w.t
b. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syarak
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
Laluan Menjauhkan Diri Dari Neraka
a. Banyakkan membaca Al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
Laluan Untuk Memasuki Syurga
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan Allah s.w.t
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah s.w.t
Laluan Berjumpa Dengan Rasulullah s.a.w
a. Kasihilah Nabi Allah s.w.t
b. Kasihilah Rasulullah s.a.w
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah s.w.t
d. Banyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
Laluan Untuk Bertemu Allah s.w.t
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah s.w.t
c. Betulkan dan baikkan iktikad kepada Allah s.w.t
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan