Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana
setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika
sedang bertarung dengan maut, Rasulullah s.a.w menjelaskan dalam hadis-hadisnya
bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali
dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika
hidup-hidup.
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia
mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan
sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.
Tentang tanda-tanda sama ada seseorang itu
akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah s.a.w dari Salman
Al Farisi yang bermaksud: ‘Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah
hampir mati itu: Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya. Kedua: berlenang air
matanya dan. Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis. Itu adalah tanda bahawa
rahmat Allah s.w.t sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu.
Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan
keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah s.w.t sedang menimpa
dia.’ (Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)
Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin
yang ketika hampir mati, masih terdapat
sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam
keadaan khusnul khatimah dan
mengampuni segala dosa-dosanya itu.
Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad
manusia secara beransur, dari hujung
kaki ke paha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu
gembira dan kegembiraaan itu terlahir
dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.
Air mata yang keluar dan hidung yang kembang
kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah s.w.t terhadap
sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya
akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa
Allah s.w.t sentiasa memerhatikannya.
itu, sewaktu kematiannya, Allah s.w.t melimpahkan rahmat-Nya dengan
mengampunkan dosa-dosanya.
Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa
malu pada Allah s.w.t. itu apabila
nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh
seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang
diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.
Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: ‘Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari
jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan
direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor
khimar.’
Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan
Allah s.w.t menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya. itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya
telahpun terhapus.
Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin
yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan.
Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu
merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah s.w.t dalam
keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.
Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula,
mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan
terhadapnya kerana janji Allah s.w.t bahawa setiap kebajikan akan dibalas.
Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan
kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.
itu,
kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar
terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah s.w.t dalam
keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunan-Nya.
Sakitnya Mati
Allah s.w.t merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk
melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita
dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya
sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan
kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah s.w.t.
Manusia begini sentiasa merasai setiap
tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah s.w.t. Dan ia juga mengetahui setiap
tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah s.w.t
di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul
maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w
mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: ‘Iaitulah
sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.’
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul
dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah
tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus
tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan.
Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup,
dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,
malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
itu,
untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya, sebelum
tidur:
1. Bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali
2. Selawat ke atas Nabi
3. Membaca tasbih
Amalan harian:
1. Sentiasa membaca Al-Quran
2. Memelihara solat terutama solat fardu
3. Menghormati (jangan bercakap) waktu azan
diperdengarkan
4. Membaca tasbih
5. Membanyakkan sedekah
6. Sentiasa berzikir menyebut Allah s.w.t
Amalan yang perlu dijauhi:
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
‘Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan
seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.’
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk
bertemu dengan Nabi Idariis as lalu
Nabi Idariis meminta agar malaikatul maut mencabut
nyawanya dan kemudian Allah s.w.t menghidupkannya kembali. Permintaan ini
dilakukan untuk Nabi Idariis as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar
taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah s.w.t memberikan wahyu
kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idariis dan dia meninggal
ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada
Allah s.w.t supaya Dia (Allah s.w.t) menghidupkan kembali Nabi Idariis lalu
dimakbulkan Allah s.w.t. Setelah di dapati Nabi Idariis as sudah hidup kembali,
malaikatul maut bertanya: ‘Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?’
Jawab Nabi Idariis: ‘Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit
dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali
sakitnya.’ Kata malaikat maut: ‘Sesungguhnya saya melakukan dengan secara
berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah
pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.’
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah
menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah s.w.t. Maka
sebahagian orang kafir berkata: ‘Sesungguhnya engkau telah menghidupkan
orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum
benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti
zaman yang awal dulu.’ Kata Nabi Isa as: ‘Cubalah kamu pilihkan?’
Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak
Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).’ Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu
mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Dan Sam bin Nuh
dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as
hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: ‘Saya telah mendengar
panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut
saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.’
Berkata Nabi Isa as: ‘Sudah berapa tahun kaMu
meninggal dunia?’ Kata Sam: ‘Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang
sakit dari sakaratul maut.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan