Mari
kita genggam kata sepakat,
teguh
pelihara perpaduan 1Malaysia biar hebat,
akuilah
hakikat sejarah yang telah lama tercatat,
perpaduan
semua bangsa adalah lambang kudrat,
bangsa
berjaya yang pernah tercegat.
Dalam kenangan kegemilangan
masa lalu,
jangan biarkan perpaduan
berkecai dek gejolak nafsu,
di dada generasi belia
1Malaysia terpancang amanat jitu,
teguhkan muafakat seikat berkas
hasrat yang satu,
julang pokok perpaduan di
mercu,
sisihkan segala seteru,
yang cuba mengganggu.
Globalisasi adalah sebuah
hakiki,
bukan alasan untuk perpaduan
dilupai,
di mana lagi harus dicari
ganti?
kesejahteraan tanah ini bukan
ukiran mainan,
tetapi anugerah indah ciptaan
Tuhan,
perpaduan yang pernah dibebat
adalah selembar sejarah dalam peradaban,
yang wajar didokumentasikan
menjadi kamus ingatan,
berdosa jika terpadam dalam
kenangan.
Perpaduan 1Malaysia ini perlu
kita semarakkan,
beriring pecutan langkah ke
medan wawasan,
memecah pintu prahara yang kini
terkuak lebar,
selebar ruang maya jangkauan
siber,
belia 1Malaysia adalah
pemangkin segala sumber.
Negara sudah sampai ke
puncak transformasi,
alaf baru adalah satu titik
pembaharuan yang perlu dilalui,
pelbagai budaya bukan lagi
kemelut persoalan,
mencuar kegemilangan negara dan
bangsa,
bukan tugas pemimpin cuma,
generasi belia 1Malaysia adalah
penyumbang saksama.
Gelombang globalisasi ini akan
terus berlari,
generasi belia 1Malaysia perlu
siap berlengkap diri,
untuk bekalan meredah zaman
berduri,
kepada generasi belia 1Malaysia
tergantung harapan murni,
penegak kegemilangan nusa
dengan gerbak setanggi.
Negara
ini, mandala semua bangsa berpadu,
duduk
dan berdiri dalam kasih yang satu,
ini
bentala sejahtera tinggalan leluhur dahulu,
di
sini tersimpan segala pusaka nusa,
hitam
dan putih warna sejarah bangsa.
Bersatulah
atas nama sepakat!
agar
kecemerlangan nusa akan tercegat di puncak hebat,
jadikanlah
perpaduan astaka paling mulia,
unik
negara pelbagai bangsa menyanjung jata nusa,
darah
milik kita sama merah,
mimpi
tidur kita sama indah,
biar
kemelut datang menerjah,
perpaduan
nusa kita tetap tertegak megah.
Hulurkan
tanganmu semua wahai generasi belia 1Malaysia,
kita
berpimpin erat ke mercu indah terukir,
semarakkan
pohon perpaduan,
lenyapkan
segala khuatir,
demi
kegemilangan negara,
pertahankanlah
hingga hayat berakhir.
SMAHADZIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan