Selasa, 13 November 2012

Kejiranan Dalam Islam


Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Berbuatbaiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati).’
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Bimbingan Mukmin menyatakan beberapa  hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya,  antaranya ialah:

1.      Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
2.      Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
3.      Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
4.      Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
5.      Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.
6.      Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
7.      Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.
8.      Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
9.      Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.

Mutiara Kata

1.      Seseorang yang berakal sabar ketika menempuh segala kesulitan, tidak pernah mundur dalam berusaha untuk mencapai cita-citanya - MUSTHAPA AL-GHALYANI
2.      Jangan kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan - UMAR AL-KHATTAB
3.      Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur - IMAM SYAFIE
4.      Ingatan adalah gudang keperibadian, semakin dipergunakan semakin kuat - SAYYID WAHAB MUNABBAH
5.      Teman manusia yang paling abadi ialah akal dan musuh paling durjana ialah jahil - SAIDINA ALI
6.      Mereka yang memulakan langkah ke kiri tidak akansampai ke kanan - MAKSUD HADIS

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA