Selasa, 13 November 2012

Ghazwul Fikri Atau Perang Pemikiran Melalui TV


Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Kerosakan akhlak yang diakibatkan oleh berbagai program tayangan TV bukan isapan jempol. Ghazwul fikri adalah sebuah projek besar musuh-musuh Islam yang dilancarkan berbagai media TV. Berikut ini penjelasannya. Realiti suguhan acara televisyen dewasa ini hampir semuanya melanggar syari’ah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya yang berjudul Kategori Acara TV Dan Media Cetak Haram Di Indonesia. malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam melalui ‘kotak ajaib’ tersebut.
Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10 kategori acara televisyen dan media cetak yang merupakan sebahagian dari strategi ghazwul fikri, dan kerananya haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:

1.      Membius pandangan mata. Banyak disuguhkan wanita-wanita calon penghuni neraka dari kalangan artis dan pelacur. Mereka menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah hiburan yang mencagunkan zina mata masyarakat.
2.      Pameran aurat. Saluran televisyen berlumba-lumba menyajikan artis-artis, baik dengan pakaian biasa, ketat, pakaian renang, sehingga yang telanjang. Penonton diajak untuk tidak punya rasa malu, hilang iman, mengikuti panggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.
3.      Membudayakan ikhtilat. Sekumpulan laki-laki dan wanita yang bukan muhrim, biasa bergumul jadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksi zina.
4.      Membudayakan khalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai acara. Frekuensi suguhan kisah-kisah kekasih dan berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.
5.      Membudayakan tabarruj. Banyak pelakon di layar kaca yang mempertontonkan bahagian tubuhnya yang seharusnya ditutupi, untuk dinikmati para penonton.
6.      Mengalunkan nyanyian dan muzik syaitan. Televisyen banyak menyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina yang diiringi alunan alat muzik syaitan.
7.      Menyemarakkan zina. Sajian dari luar negeri mahupun tempatan yang banyak menyertakan adegan peluk, cium, dan ranjang membuktikan bahawa televisyen adalah corong zina. Aksi zina yang menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dan kemaluan.
8.      Mempromosikan liwat (homoseksual). Para artis dan selebriti yang mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hak asasi manusia.
9.      Menyebarkan syirik. Televisyen banyak mengekspos amalan pedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.
10.  Tenggelam dalam laghwun. Acara-acara yang tidak ada manfaatnya banyak disuguhkan untuk penonton, misalnya kepincangan kehidupan individu selebriti dan humor berlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal yang justeru penting seperti zikir kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA