Selasa, 13 November 2012

Katak Dan Seorang Pengkaji


Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Pada suatu hari seseorang yang ingin serba mengkaji, ingin cuba untuk merebus katak hidup-hidup. Dia pun pergi mencari katak di sawah. Setelah dapat, dia pun membawanya ke rumah. Di makmalnya, dia pun menjerang air hingga mendidih, lalu setelah agak lama, dia pun mengambil katak tadi dan memasukkannya di dalam air yang panas tersebut.
Kerana terkejut, katak pantas saja melompat dan masuk ke dalam semak, lalu selamatlah katak tersebut. Si pengakji pun kecewa. Dia pun mencuba katak lain, namun semuanya bertindak dengan cara yang sama, yakni melompat dan lari ke dalam semak di luar makmal.
Dia yang kebingungan pun cuba mencari lagi tempat yang ada katak untuk tujuan kajiannya. Akhirnya ditemui seekor katak di dalam paya pinggir rumahnya. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak merebus katak tersebut supaya tidak melompat seperti dulu. Dia mulai memerah otak fikirnya. Hingga suatu ketika dia menemui satu cara untuk merebus katak itu hidup-hidup. Tidak seperti yang sebelumnya, kali ini dia meletakkan katak di dalam periuk, dengan air yang sejuk. Tentu saja katak tersebut merasa nyaman di dalam periuk yang airnya tidak panas. Lalu dia pun menyalakan api.
Katak yang ada di dalam periuk itu pada mulanya merasa enak, tetapi lama kelamaan mulai merasa kepanasan. ‘Aduh, panas.. panas!! Apa pasal air lama kelamaan mulai hangat ni?  Aduh, makin lama makin panas lagi??’
Ketika si katak benar-benar mulai kepanasan, dia tentunya ingin keluar. Lantas dia berusaha meloncat, sayangnya perkara itu sudah terlambat. Tubuhnya sudah lemah seiring bertambahnya suhu air tersebut. Sehingga akhirnya katak pun mati.
Ironisnya, sedarkah kita bahawa kitalah sebenarnya katak tersebut. Kita tentu akan meloncat jika disodor sebuah maksiat secara terang-terangan. Namun kita lihat, bahawa dalam 20 tahun terakhir, sebuah media, mampu menghantar bangsa kita secara perlahan-lahan, sehingga kita melihat secara bebas, para wanita yang berpakaian ketat, adegan peluk cium bukan muhrim di pelbagai rancangan hiburan dan sebagainya.
Kita juga dihantar secara perlahan-lahan sehingga ada ramai orang yang menganggap hukum Allah s.w.t sudah tidak layak lagi untuk masa kini. Ada yang menganggap Islam adalah teroris. Inilah Perang Pemikiran sebenarnya. Sebuah perang yang jelas yang tidak mampu dilihat  oleh mata kasar kita. Dan kita harus melawannya dengan penentangan yang nyata.
Saudaraku, bangkitlah. Kita sedang direbus oleh orang-orang kafir. Kita masih boleh hidup kerana kematian kita adalah saat kita sudah meninggalkan Islam ini. Meloncatlah selagi boleh, dan buatlah agar si perebus tadi merasakan bagaimana panasnya air tersebut.
Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA