Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Berikut ini tulisan mengenai pengharaman darah dan babi
dalam Islam, diulas dari sudut pandangan logik dan ilmu kesihatan. Mengapa
seseorang Muslim sangat mementingkan mengenai kata-kata ‘halal’ dan ‘haram’,
apa erti dari kata-kata tersebut?
Apa-apa yang diperbolehkan diistilahkan
sebagai halal, dan apa-apa yang tidak diperbolehkan diistilahkan sebagai haram,
dan Al-Quran-lah yang menggambarkan perbezaan antara keduanya.
Islam telah melarang segala macam darah. Kamu
akan sependapat bahawa analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan
yang tinggi dari uric acid, suatu senyawa kimia yang berbahaya bagi
kesihatan manusia. Kamu tentu tahu mengenai sifat beracun dari uric acid,
dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam
kenyataannya kita diberitahu bahawa 98% dari uric acid dalam tubuh,
dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air
kecil.
Sekarang kita akan menghargai kaedah prosedur
khusus dalam penyembelihan haiwan dalam Islam. Seorang penyembelih, selagi
menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat hirisan memotong urat nadi leher
haiwan, sembari membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Dan hal ini
menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana
cedera pada organ vitalnya.
Sebab jika organ-organ, misalnya jantung,
hati, atau otak dirosakkan, haiwan tersebut boleh mati dengan cepat dan
darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal
tersebut mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid,
sehingga menjadikannya beracun. Hanya pada masa kinilah, para pakar makanan
baru menyedari akan hal tersebut.
Mengapa orang Islam melarang memakan daging
babi, atau ham, atau makanan lainnya yang berkaitan dengan babi?
Sebenarnya, di luar dari larangan Al-Quran dalam pengambilan babi, bacon
sebagai makanan, pada kenyataannya dalam Bible juga, dalam Leviticus bab 11,
ayat 8, mengenai babi, dikatakan, ‘Dari daging mereka (dari swine, nama
lain untuk ‘babi’) janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah
kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu.’
Lebih lanjut lagi, apakah kamu tahu kalau
babi tidak boleh disembelih di leher kerana mereka tidak memiliki leher; sesuai
dengan anatomi alamiahnya? Islam beranggapan kalau babi memang harus disembelih
dan layak untuk makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang haiwan ini
dengan memiliki leher.
Namun di luar itu semua, saya yakin kamu tahu
betul mengenai kesan-kesan berbahaya dari pengambilan babi, dalam bentuk apa
pun, sama ada pork chops, ham, atau bacon.
Ilmu
kedoktoran mengetahui bahawa ada risiko besar terhadap banyak macam penyakit.
Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya.
Sebagaimana kita membicarakan mengenai kandungan uric
acid dalam darah, sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biochemistry
babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya,
sedangkan 98% bakinya tersimpan dalam tubuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan