Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Ketika kita berbicara tentang kasih sayang, maka kasih
sayang manakah yang melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya di muka bumi ini?
Kasih sayang ibu kepada anaknya adalah sebuah contoh yang jelas bagaimana
sesungguhnya Allah menyayangi kita orang-orang yang beriman kepada-Nya. Kasih
sayang antara ibu dan anaknya adalah hal yang terpenting dalam pertumbuhan
seorang anak dengan segenap informasi yang telah diberikan sang ibu kepada
anaknya.
Demikian kuatnya interaksi antara ibu dan
anak membentuk karakter hidup sang anak sehingga Rasulullah s.a.w pun
mengeluarkan sebuah pernyataan bahawa ibu adalah madrasah pertama sejak
kelahiran sang anak di muka bumi ini.
Perkataan madrasah pertama itu merupakan
sebuah penyataan dari Rasulullah s.a.w, bahawa bagaimana seseorang ibu mendidik
anaknya maka akan seperti itulah anak itu tumbuh dan jadinya. Bila sang anak
dibesarkan oleh madrasah emosi, maka anak itu akan tumbuh, hidup dan berpola
fikir emosional. Bila sang anak dibesarkan oleh madrasah rasional maka sang
anak akan menjadi anak yang rasional.
Ada dua jenis madrasah yang ada di muka bumi
ini, iaitu madrasah Allah s.w.t dan madarasah selain Allah s.w.t. Madrasah
Allah s.w.t adalah madrasah di mana pembelajarannya adalah untuk semakin
dekatnya manusia yang fitrah itu kepada Sang Khaliknya. Adapun madrasah selain
Allah s.w.t adalah madrasah yang pembelajarannya adalah bagaimana untuk
mempunyai perasaan kepemilikan yang tinggi, automatik ketika anak dididik untuk
memiliki rasa kepemilikan yang tinggi maka dia akan semakin jauh dari Allah s.w.t,
kecuali rasa kepemilikan satu-satunya adalah Allah s.w.t.
Arus Informasi
Perlu kita sedari bahawa manusia dibentuk dan membentuk
adalah berdasarkan informasi yang dia terima dari lingkungan di mana dia
dibesarkan. Pembentukan anak adalah apa yang diajarkan oleh manusia yang
pertama dikenalinya iaitu ibunya.
Kita dapat berfikir untuk mencari suami yang
sudah mapan secara ekonomi adalah berdasarkan informasi yang masuk ke dalam
otak kita dari mulai kita kecil sehingga dewasa ketika ini, akhirnya ketika ada
seorang laki-laki yang mahu melamar kita atau hendak memperisterikan kita maka
pertanyaan yang pertama keluar dari mulut kita adalah, ‘Di mana abang
berkerja?’ atau ‘Berapa gaji abang sebulan?’
Tidak dinafikan bahawa ketakutan akan
beratnya kehidupan ini adalah disebabkan oleh ketidakmampuan ekonomi sebuah
rumah tangga, padahal apakah itu adalah kriteria seorang suami yang baik
menurut Allah s.w.t?
Allah s.w.t berfirman dalam salah satu ayat
Al-Quran bahawa kriteria suami yang baik adalah, laki-laki yang bertakwa,
laki-laki yang selalu membawa keluarganya ke jalan Allah s.w.t bukannya
laki-laki yang memberikan wang sekian ribu setiap bulannya.
Keadaan manusia dibentuk oleh arus informasi
yang masuk ke dalam otaknya dari bayi sehingga dewasa, begitu juga anak-anak
kita yang dibentuk oleh keglamouran duniawi akan menjadi orang yang selalu
mencintai kehidupan dunia beserta segala fenomenanya sehingga ketika kita mati,
mereka akan kebingungan bagaimana mahu melangkah dalam kehidupan yang memuatkan
seribu satu macam masalah dan fenomena ini.
Anak yang dibesarkan dengan serba kecukupan
tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan yang serba kekurangan, padahal dunia
ini selalu dihiasi oleh kekurangan di mana-mana, maka akhirnya kita akan
menemukan anak kita tumbang dalam kehidupannya. Ketika kita mati, kematian kita
menjadi kematian juga bagi jiwa anak yang selama ini tidak mampu untuk mengakui
bahawa hidup ini perlukan perjuangan. Itulah contoh dari madrasah yang selain
Allah s.w.t.
Ada sebuah perkataan orang tua dulu bahawa
bagaimana sebenarnya perempuan yang akan kita nikahi, lihat bagaimana ibunya.
Perkataan bijak dari orang tua dulu sangatlah sesuai dengan apa yang kita temui
pada kehidupan ini, bahkan Al-Quran telah berbicara lebih jauh tentang semua
ini, dapat kita baca dalam surah At-Takatsur, bahawa apakah akibatnya dari
kehidupan anak manusia yang selalu diberikan semua kemahuannya - neraka Naar.
Solat
Solat adalah madrasah dari Allah s.w.t yang konkrit.
Allah s.w.t menjelaskan dalam solat itu tentang bagaimana sebenarnya cara untuk
mendidik anak dan ibu sekaligus pada sebuah event kehidupan ibu dan
anak.
I. Niat
Niat memegang peranan penting, bahkan dalam salah satu
hadis Rasulullah s.a.w bahawa solat tanpa niat akan dianggap batal. Seperti itu
juga jika kehadiran anak kita tanpa didasari oleh niat kerana Allah s.w.t untuk
mendidik anak itu menjadi milik Allah s.w.t sepenuhnya, maka pada
perkembangannya dia akan menjadi selain Allah s.w.t, siapa saja milik Allah s.w.t
itu? Boleh jadi milik bapa, ibu, teman, sekolahnya, guru-gurunya, bahkan
pembantunya, singkatnya dia akan menjadi hamba dunia.
Ibu dan bapa yang pada awal pemeliharaan
anak, bila tanpa niat dididik kepada Allah s.w.t maka anak itu boleh jadi
disebut anak tidak diharapkan oleh kedua orang tuanya, kerana tidak ada harapan
apa-apa ketika anak itu lahir di muka bumi. Sebaliknya bila anak itu ketika
proses kehamilannya, persalinannya hingga lahir dan ketika kita mendidiknya
memang untuk dikembalikan kepada Allah s.w.t maka anak itu akan menjadi anak
yang menyedari fungsinya sebagai anak, dan berakhlak sesuai dengan harapan
orang tuanya, sudah tentu juga sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.
II. Wuduk
Wuduk atau bersuci, ertinya bahawa di dalam kehidupan
anak dan ibunya haruslah senantiasa mensucikan Allah s.w.t. Suci dalam bahasa
Al-Quran adalah subhanallah yang ertinya Maha Suci Allah s.w.t, dengan
asal kata sabaha yang ertinya berenang.
Sebagaimana lagaknya orang yang berenang maka
kita haruslah bersentuhan dengan air. Berenang tidak bererti diam tetapi aktif
dan dinamis. Inilah kunci dasar sahnya pengajaran atau madrasah Allah s.w.t.
Setiap ibu yang ingin mendidik anaknya dengan
baik maka dia haruslah mengenali karakter anak itu sendiri, ibu harus
bersentuhan dengan jiwa anak itu. Untuk dapat memasuki jiwa bagi mengenal
karakter sang anak, ibu haruslah mampu memainkan peranan tidak hanya menjadi
seorang ibu yang melahirkan namun lebih jauh, ibu haruslah menjadi teman,
sahabat, guru, ustazah, dan sekaligus model idolanya.
III. Takbiratul Ihram
Dalam proses pengajaran antara ibu dan anak, kata Allahu
Akbar merupakan sebuah kata kunci dalam memaknakan setiap pelajaran yang
ada. Contohnya: ketika kita mengajar anak kita ilmu alam, maka ilmu alam itu
haruslah membuatkan anak semakin menyedari penciptaan Allah s.w.t yang demikian
hebat dan sempurna. Ketika kita mengajarkan ilmu bahasa kepada anak, maka anak
itu semakin menyedari bahawa kata-kata itu adalah hal terpenting yang harus dia
jaga. Begitu juga pada ilmu-ilmu lainnya.
Madrasah yang selalu membesarkan Allah s.w.t
dalam setiap pelajarannya, akan membuat atmosfera Illahi yang mengelilingi sang
ibu dan anak sehingga pada fasa tersebut tidak hanya sang anak yang belajar
daripada ibunya namun yang lebih penting sang ibu yang belajar dari anaknya.
Kerana anak itu adalah cermin ibunya seperti hajar aswad yang selalu
menempel di sudut Kaabah, bening seperti cermin bagi orang yang melihatnya.
IV. Tegak
Kedudukan tegak yang merupakan awal permulaan solat
merupakan kunci pembuka (Al-Fatihah), diterjemahkan ke dalam kegiatan ibu dan
anak, adalah bagaimana seseorang anak akan tegak bila sang ibu tidak tegak
lebih dulu. Fungsi aqim atau tegak ini diwakili oleh Nabi Ibrahim. Ada
saatnya ibu mengajar anaknya dengan lemah lembut seperti Siti Hajar dan ada
ketikanya pula sang anak diajarkan seperti cara Nabi Ibrahim mendidik Ismail
dengan penuh ketegasan. Tidak mungkin ada ketegakan tanpa adanya disiplin yang
tegas.
V. Rukuk
Rukuk adalah lambang melihat lebih dalam, yang bernama
empati. Empati sangat memegang peranan vital pada proses pembelajaran anak dan
ibunya. Jika sang ibu tidak mengajarkan anaknya untuk memiliki jiwa empati maka
anaknya akan besar dengan jiwa arogansi dan agresif, bahkan bila kedua jiwa itu
terus dipupuk maka kemungkinan kedua orang tuanya akan menjadi sasaran
agresifnya ketika sang ibu sudah dianggap tidak berdaya. Akibatnya ramai sekali
anak-anak yang menyusahkan orang tuanya ketika sudah dewasa bahkan
ditunggu-tunggu bila akan matinya orang tua untuk mendapatkan harta warisannya.
Empati yang dilambangkan oleh Nabi Ismail
adalah sebuah pelajaran terapan bagaimana kita untuk membiasakan diri dan anak
kita saling berbahagi kepada orang lain. Jiwa empati akan melahirkan sifat
cinta kepada semua makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sehingga anak yang dibesarkan
dengan empati, dia pun akan belajar untuk menghargai dirinya dan orang lain.
Ketika dia menghargai dirinya maka dia akan menghargai kedua orang tuanya,
ketika dia menghargai orang tuanya maka dia juga akan menghargai penciptanya
pula iaitu Allah s.w.t.
VI. Sujud
Sujud merupakan keadaan di mana kepala kita sedang berada
dekat sekali dengan tanah sehingga terdapat dua kaitan sujud dengan pendidikan
ibu dan anak iaitu dalam sebuah pendidikan ibu dan anak haruslah membuat sebuah
pola fikir Illahi, di mana anak dan ibu diajarkan untuk dapat memfokuskan
segenap fikirannya atas semua kejadian yang ada dalam hidup ini sebagai
ayat-ayat Allah s.w.t yang hidup.
Tanah, tanah mengandungi unsur menumbuhkan.
Sesuatu akan tumbuh dengan baik bila dirawat dengan baik, sesuatu akan dirawat
dengan baik bila ada kasih sayang pada yang merawatnya mahupun yang dirawatnya.
Tanah yang penuh dangan kasih sayang (subur) akan menumbuhkan dengan baik benih
yang mahu berkasih sayang dengan tanah itu (benih yang baik), sehingga tidak
mungkin tanah yang baik akan membuatkan benih yang buruk tumbuh dengan subur,
dan sebaliknya benih yang baik tidak akan tumbuh bila tanahnya gersang.
Hubungan sujud dan tanah ini akan membuatkan
sebuah pola fikir rahman rahim (berkasih sayang) antara ibu dan anak,
sehingga ibu dan anak akan dapat menyelesaikan setiap permasalahan dalam
belajar dan mengajar diselesaikan dengan mudah. Dengan cinta kasih sayang,
Kesannya bila ibu dan anak belajar dan mengajar dengan penuh kasih sayang,
mereka akan mudah mengatasi setiap permasalahan kehidupan ini dengan kasih
sayang kerana tidak ada seorang pun manusia dan makhluk di dunia ini yang tidak
suka disayangi.
Sifat rahman rahim ini dilambangkan
oleh Kaabah yang memiliki enam aspek sebagai lambang integral dan fleksibiliti,
dapat masuk ke dalam setiap relung kehidupan.
VII. Duduk Di Antara Dua Sujud
Duduk di antara dua sujud adalah lambang dari introspeksi
dan evaluasi. Introspeksi bererti melihat ke dalam, apakah kesalahan dan
kekurangan kita dalam mengajar anak kita, sementara evaluasi adalah keadaan di
mana kita berdiskusi dengan anak kita untuk memahami lebih jauh apakah hal-hal
yang kita sampaikan kepada anak kita boleh difahami dengan mudah dan senang
diterapkan.
Bila tidak maka pastilah ada yang salah dalam
penyampaian kita pada anak, mungkin ada keegoan yang tanpa kita sedari ketika
penyampaian kita pada anak kita, atau kearogansian orang tua yang terjadi pada
ketika proses belajar dan mengajar dan sebagainya.
Dalam paradigma Kaabah, instropeksi
dilambangkan oleh pintu Multazam sedangkan evaluasi dilambangkan oleh jarak
yang terputus antara Hijir Ismail dengan Kaabah itu sendiri.
VII. Salam
Salam merupakan saat di mana kita berlatih untuk memahami
keadaan setiap orang dengan selalu memperhatikan keadaan sekeliling. Proses
pembelajaran yang benar adalah proses pembelajaran yang universal dan dapat
diterapkan dalam kehidupan sosial sehari-hari.
kerana
itu bila dalam proses pembelajaran ibu dan anak membuatkan keduanya semakin
merasa sukar membaur dengan keadaan sekeliling atau exclusive, maka
proses pembelajaran itu boleh dianggap sebagai tidak berhasil kerana hujung
dari proses pembelajaran itu adalah bagaimana sang ibu dan anak dapat
menerapkan kegiatan belajar dan mengajar tersebut dalam kehidupan sehari-hari.
Solat pada akhirnya merupakan sebuah keadaan
di mana pelakunya menjadi aktif dan dinamis secara zahir mahupun batin. Solat
akan menumbuhkan atmosfera kasih sayang dalam proses belajar dan mengajar ibu
dan anaknya. Kerana tidaklah kita perlu untuk berlaku berlebihan dalam menjaga
anak kita, sedang kita sendiri belum tentu mampu menjaga diri kita, tetapi
jagalah Allah s.w.t dalam diri kita maka Allah s.w.t akan menjaga keluarga
kita.
Semoga semua ini dapat difahami dan
diterapkan. Kita sedar bahawa jika kita mahu berjalan sesuai dengan jalan Allah
s.w.t tentulah Al-Quran yang menjadi dasar setiap aktiviti kita, dan kita sedar
juga bila selama ini kita tidak memakai Al-Quran sebagai dasar berpijak kita
dalam setiap hal, pastilah bukan Allah s.w.t tujuan kita.
Sabar
Solat dan sabar merupakan sebuah kesatuan yang utuh,
lebih-lebih lagi dalam proses interaksi ibu dan anak. Kesabaran yang
berlangsung terus akan membuahkan hasil yang lebih baik berbanding kesabaran
yang tidak berkesinambungan.
Kata sabar tidak hanya mengandungi erti sedia
menerima kesalahan anak dan memperbaikinya dengan penuh kasih sayang, tetapi
makna sabar yang lebih dalam adalah kekuatan istiqamah kita dalam
menghantarkan anak kita untuk benar-benar sedia belayar. Saat ini kita
diibaratkan sedang membentuk sebuah kapal untuk belayar, maka pelaut yang baik
pastilah akan melihat sebesar apa ombak samudera yang akan menghentam kapalnya
nanti, berapa besar angin yang akan menghentam tiang-tiang kapalnya nanti dan
apakah bahan yang paling baik untuk membentuk kapal tersebut. Semua ini
memerlukan kesabaran tanpa batas.
Kapal yang belayar itu haruslah bentuk yang
kukuh dan kuat. Apakah yang sebenarnya membuatkan kapal itu kukuh dan kuat,
apakah bahannya, teknik pembuatannya, rancangannya, atau mesinnya? Bukan!
Kesabaran sang pembuatnya yang tiada batas itulah yang membuatkan kapal itu
kuat dan kukuh.
Demikian juga dalam proses interaksi antaa
ibu dan anaknya. Kesabaran sang ibu dalam membimbing anaknya itulah yang
sesungguhnya kekuatan terbesar sang anak dalam mengharungi hidupnya ini.
Ada satu persoalan yang paling sering kita
dengar dalam pendidikan bahawa satu perilaku keseharian kita yang akan banyak
mengajarkan anak kita, berbanding seribu suara yang keluar dari mulut kita.
Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan