Ahad, 31 Disember 2023

ZIKIR MUJAHID

 

Tegak pilar agama di puncak mandala nusa
Nabi-Nya disanjung dalam sunnah
renjana cinta sepanjang pagi senja
pupuk jirusan iman takwa
di tangan umat cintakan jihad
kemegahan syiar mengapung di bumantara megah
jangan biarkan diinjak kaki bangsa tercela
galak mencerca menghina.
 
Islam agama wahyu murni dari langit tujuh
bukan barang mainan tepian jalan dibelijual
batu loncatan mengejar kekuasaan kedudukan
gedung mengaut keuntungan duniawi
mari hapus petualang agama berselindung sebalik kata fatwa
lenyap penjual agama bersembunyi di sebalik kedok kepalsuan
benteng perjuangan dengan keikhlasan murni
julang pedang malam sekebal kersani
bergerak seiring seiya sekata sehati sejiwa
tegak mertabat agama di puncak singgahsana mulia.
 
Ini zikir mujahid bersila di tengah rimba perjuangan
tangannya tergenggam panah membela
maruah agama berharga
tidak terbeli walau bergunung kencana
penaka delima sebesar pulau al-mahera
mujahid berjuang dari tangan puaka
dahaga kuasa gelaran dunia
jihad kewajipan anak bangsa
mencanak kelestarian agama di puncak mulia
amanah kewajipan barisan mujahid berjati waja
berdiri gagah perkasa mempertahankan Islam tercinta
hingga ke hujung nyawa.
 
Jika suatu hari hujan hitam menjujuh
rembesan membuak menenggelam amarah
membanjiri kampung dengan hanyir kebencian
mampukah membendung limpahan melanda
musnah seluruh syiar pernah berkumandang
hancur kemuliaan agama pernah terjulang
jangan salahkan Tuhan berkuasa segalanya
marahkan takdir termaktub di lohmahfuz
Dia telah lama mengingatkan.
 
Ini zikir mujahid bersila di tengah rimba
tangannya ada pedang membunuh sesiapa saja
munafiqin dan penjual agama.
 
SMAHADZIR
Lembah Badar, Mekah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA