MONAS merupakan tempat bersejarah yang menjadi simbol Jakarta dan
Indonesia. Salah satu tempat yang mencuri perhatian iaitu bahagian puncak yang
dibalut emas berbentuk lidah api sedang menyala. Menurut Dadang Dabot, idea
pembinaan Monas dari Presiden Soekarno yang menetapkan bahawa monumen ini harus
mencerminkan keperibadian bangsa Indonesia, melambangkan api yang berkobar,
bersifat dinamis dan memberikan kesan bergerak.
Monumen Nasional
atau lebih dikenali dengan sebutan MONAS
Menurut Dadang Dabot, MONAS adalah sebuah tugu yang dibina bertujuan
untuk mengenang sejarah perjuangan di Jakarta. MONAS mulai dibina pada 17 Ogos
1961. Arkiteknya adalah Soedarsono, Frederich Silaban, dan Ir. Rooseno. MONAS
diresmi dan dibuka untuk umum pada tahun 1975. Gagasan untuk mendirikan MONAS
sudah ada sejak 1954 lagi. Beberapa hari setelah peringatan proklamasi
kemerdekaan Indonesia ke-9, dibentuk Panitia Tugu Nasional yang bertugas untuk
pembinaan Tugu Monas.
Panitia ini diketuai oleh Sarwoko Martokusumo, dengan dibantu oleh S
Suhud sebagai penulis, Sumali Prawirosudirdjo sebagai bendahari, dan empat
anggota lainnya, iaitu Supeno, KK Wiloto, EF Wenas dan Sudiro. Panitia Tugu
Monas bertanggungjawab untuk mempersiapkan segala hal yang diperlukan untuk
membina Tugu Monas sekali gus mengumpulkan kos pembinaannya. Selepas itu,
Presiden Soekarno membentuk panitia pembinaan MONAS yang bernama Pasukan Yuri.
Pasukan ini melakukan dua kali pertemuan, iaitu pada 17 Februari 1955 dan 10
Mei 1960, untuk merancang bentuk bangunan Tugu Monas.
MONAS adalah sebuah tugu yang dibina
bertujuan untuk mengenang sejarah perjuangan di Jakarta
Sayangnya, setelah dua kali pertemuan, belum ada rancangan yang
dianggap memenuhi kriteria yang diinginkan panitia. Akhirnya, Soekarno melantik
beberapa arkitek ternama, iaitu Soedarsono dan Frederich Silaban untuk melukis
rancangan Tugu Monas. Kedua-duanya memutuskan untuk melukis sendiri dan
kemudian gambar yang dipilih oleh Soekarno adalah milik Soedarsono. Bentuk tugu
yang menjulang tinggi dengan pelataran cawan yang luas mendatar merupakan
representasi dari lingga dan yoni.
Dalam ajaran Hindu, penyatuan lingga
dan yoni akan menghasilkan kekuatan
tertinggi. Selain itu, lingga dan yoni juga melambangkan kekhususan
Indonesia, di mana lingga menyerupai
alu dan yoni menyerupai wadah yang
berupa lumpang. Alu dan lumpang adalah dua alat yang dianggap penting dan
dimiliki oleh setiap keluarga di Indonesia, khususnya warga kampung.
Dalam rancang bina yang dibuat, Soedarsono mengambil beberapa unsur
sewaktu proklamasi kemerdekaan Indonesia dilaksanakan. Misalnya, di atas tugu
terdapat bahagian yang menyerupai api menyala dan seakan-akan tidak kunjung
padam. Ini melambangkan keteladanan semangat bangsa Indonesia yang tidak pernah
surut berjuang sepanjang masa.
Pagi-pagi lagi MONAS sudah dikunjungi warga
Selepas rancangan disetujui, proses pembinaan Tugu Monas dilaksanakan
melalui tiga tahap. Tahap pertama tahun 1961-1965, tahap kedua antara 19661968
dan tahap ketiga pada tahun 1969-1976. Pada tahap pertama, proses pembinaan
MONAS diawasi terus oleh Panitia Monumen Nasional dan kos yang digunakan
berasal dari sumbangan masyarakat. Pada tahap kedua, proses pembinaan masih
diawasi oleh panitia MONAS, tetapi kos bersumber dari Anggaran Pemerintah
Pusat.
Pada tahap terakhir, pembinaan MONAS diawasi oleh Panitia Pembina Tugu Nasional dengan sumber dana berasal dari Pemerintah Pusat atau Direktorat Jenderal Anggaran melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun (Repelita). MONAS secara perlahan-lahan mulai dibuka untuk umum pada 18 Mac 1972, berdasarkan Surat Keputusan Gabenor DKI Jakarta Ali Sadikin Nombor CB 11/1/57/72. Waktu itu, Gabenor Ali Sadikin membuka kawasan untuk rombongan atau pertubuhan atau siswa ke ruang tenang dan ruang muzium. Pada tahun 1973, Gabenor Ali Sadikin mengizinkan pengunjung naik hingga ke pelataran puncak MONAS.
Muzium Fatahillah
Pada 10 Jun 1974, Gabenor Ali Sadikin meresmikan taman di bahagian
barat MONAS atau dikenali dengan nama Taman Ria. MONAS akhirnya dibuka untuk
umum selepas diresmikan oleh Presiden Soeharto pada 12 Julai 1975 ketika
pembinaannya berakhir. Keseluruhan dana yang dikeluarkan untuk membina MONAS
sejak 1961 hingga 1965 adalah sebesar Rp 58 milion.
Dari MONAS, delegasi Selangor terus ke Muzium Fatahillah yang terletak
di Jalan Fatahillah 1, Jakarta Barat. Muzium ini memberikan nuansa nostalgia
yang kuat kerana terdapat bangunan yang belum diubah sejak dibina pada masa
kolonial Belanda. Menurut Dadang Dabot, bangunan ini dibina oleh Jenderal Jan
Pieterszoon Coen pada tahun 1620. Muzium ini memiliki 23,500 bahan bersejarah
yang boleh dilihat dari zaman yang berbeza.
Menurut Dadang Dabot lagi, Muzium Fatahillah dulunya merupakan bangunan
balai kota Batavia. Bangunan ini didirikan pada tahun 1707 hingga 1712 atas
perintah Gabenor Jenderal Joan van Hoorn. Pada tahun 1620 didirikan pertama
kali sebuah balai kota di Batavia di tepi timur Kali Besar. Bangunan ini
bertahan selama enam tahun sebelum akhirnya diruntuhkan demi menentang serangan
dari pasukan Sultan Agung pada tahun 1626. Untuk menggantikannya, pada tahun
1627, dibina kembali balai kota ini atas perintah Gabenor Jenderal Jan
Pieterszoon Coen.
Muzium Fatahillah
dulunya merupakan bangunan balai kota Batavia
Pada tahun 1628, keadaan balai kota sudah memburuk. Akibat
ketidakseimbangan tanah di Batavia serta beratnya bangunan, membuatkan bangunan
ini perlahan-lahan turun dari permukaan tanah. Lalu, diputuskan pada tahun
1797, atas perintah Gabenor Jenderal Joan van Hoorn, bangunan ini diruntuhkan
dan dibina semula. Peresmian balai kota ketiga dilaksanakan pada tanggal 10
Julai 1710. Selama dua abad, bangunan ini dijadikan pejabat pentadbiran Kota
Batavia.
Selain itu, bangunan ini juga digunakan sebagai College van Schepenen
(Dewan Kotapraja) serta Raad van Justitie (Dewan Pengadilan). Di akhir abad
ke-19, Kota Batavia mulai meluas hingga ke wilayah selatan. Oleh sebab itu,
kedudukan Kota Batavia pun ditingkatkan menjadi Gemeente Batavia atau
Kotamadya. Akibatnya, aktiviti di balai kota Batavia dipindahkan pada tahun
1913 ke Tanah Abang dan dipindahkan lagi ke Koningsplein Zuid pada tahun 1919.
Pada tahun 1942, masa pendudukan Jepun, bangunan ini digunakan sebagai pejabat
pengumpulan logistik Dai Nippon atau kemaharajaan Jepun. Kemudian, selepas
Indonesia merdeka, bangunan ini digunakan sebagai Pejabat Pemerintah Provinsi
Jawa Barat.
Muzium Katedral
Hingga tahun 1961, pernah digunakan sebagai Pejabat Komando Tentera Kota I dan kemudian digunakan sebagai Pejabat Pemerintah Provinsi DKI Jakarta. Tahun 1970, bekas bangunan balai kota Batavia ini ditetapkan sebagai bangunan Cagar Budaya. Pada 30 Mac 1974, Gabenor DKI Jakarta, Ali Sadikin, merenovasi ulang bangunan ini dan diresmikan sebagai Muzium Sejarah Jakarta.
Delegasi Selangor juga dibawa ke Muzium Katedral. Di sini, masa yang diberikan hanya sekitar 15 minit sahaja untuk para delegasi mengambil gambar kenangan. Ujar Dadang Dabot, tempat ini tidak hanya tempat ibadah, juga muzium koleksi berbagai benda keagamaan masyarakat Kristian Katolik. Di sini juga boleh dapatkan pelbagai informasi mengenai perkembangan agama Katolik di Indonesia.
Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Taman Mini Indonesia Indah atau
TMII. Menurut Dadang Dabot, di sini lengkap rumah adat dan pelbagai peninggalan
sejarah seperti pakaian adat, bahan sejarah, peralatan kesenian, hasil
kerajinan tangan, dan lain-lain lagi dari 34 wilayah yang ada di Indonesia.
Antara rumah adat
yang terdapat di Taman Mini Indonesia Indah
Taman Mini Indonesia Indah mempunyai keluasan kira-kira 250 ekar. Taman
ini merupakan sinopsis kebudayaan Indonesia, dengan hampir semua aspek
kehidupan sehari-hari di wilayah Indonesia, diungkapkan dalam pavilion terpisah
dengan koleksi rumah adat sebagai contoh seni bina, pakaian, tarian dan tradisi
bahasa Indonesia yang semuanya digambarkan tanpa cela. Selain itu, terdapat
sebuah tasik dengan sedikit kepulauan di tengah-tengahnya, kereta kabel,
muzium, Keong Emas Imax Cinema, teater yang dipanggil Teater Tanah Airku dan
kemudahan rekreasi lain yang menjadikan Taman Mini Indonesia Indah salah satu
destinasi pelancongan paling popular di Jakarta.
Sejak 2007 Taman Mini Indonesia Indah melancarkan logo baru dengan
slogan berjenama Pesona Indonesia. Pada 31 Disember 2014 Jawatankuasa Keamanan
Dunia memutuskan Taman Mini Indonesia Indah sebagai Taman Tamadun Antarabangsa
dan Taman Tema Keamanan Dunia. Menurut Dadang Dabot, idea untuk mempersembahkan
Indonesia secara kecil-kecilan difahami oleh bekas wanita pertama Indonesia
iaitu Siti Hartinah, yang lebih dikenali dengan nama Tien Suharto. Ia berlaku
pada sebuah konvensyen di Jalan Cendana pada 13 Mac 1970.
Monumen
Pembebasan Irian Jaya
Melalui laman rekreasi ini, beliau berharap dapat memupuk kebanggaan
negara di lebih banyak rakyat Indonesia. Projek yang dipanggil ‘Projek Miniatur
Indonesia’ ini dimulakan oleh Yayasan Harapan Kita pada tahun 1972. Konsep
kawasan rekreasi berasaskan budaya ini diilhamkan oleh kekayaan semulajadi
Indonesia yang tidak tertandingi dan kepelbagaian rakyat tempatan.
Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Monumen Pembebasan Irian Jaya
yang terletak di Sawah Besar, Jakarta. Menurut Dadang Dabot, selain MONAS,
Presiden Soekarno juga mencetuskan pembinaan Monumen Pembebasan Irian Jaya ini,
untuk mengenang para pejuang Trikora dan masyarakat Irian Barat yang memilih
menjadi sebahagian dari Republik Indonesia. Monumen ini berada di tengah-tengah
Lapangan Banteng dan tingginya mencapai 35 meter. Bentuk monumen berupa patung
yang dibuat dari perunggu atau gangsa. Patung itu dibuat oleh Pasukan Pematung
Keluarga Area Yogyakarta di bawah pimpinan Edhi Sunarso. Arkitektur monumen ini
dirancang oleh Friedrich Silaban dan Henk Ngantung. Peresmian monumen ini
dilakukan oleh Presiden Soekarno pada 17 Ogos 1963.
Tugu Proklamasi
Pada tahun 2017, Lapangan Banteng direvitalisasi oleh Dinas Kehutanan
dan Pemakaman DKI Jakarta. Projek ini menonjolkan Monumen Pembebasan Irian
Barat yang sebelumnya ditutup oleh pepohonan. Perlaksanaannya memakan waktu
lebih kurang setahun. Peresmian dilakukan oleh Gabenor DKI Jakarta iaitu Anies
Baswedan pada 25 Julai 2018.
Dari Monumen Pembebasan Irian Jaya, delegasi Selangor dibawa pula ke
Tugu Proklamasi, letaknya di Jakarta Pusat. Ujar Dadang Dabot, tugu ini pertama
kali dibina pada tanggal 1 Januari 1961, peresmiannya pada tanggal 17 Ogos
1972, oleh Presiden Soeharto. Di sini, kita disuguhkan dengan patung Bung Karno
dan Bung Hatta yang sedang membaca teks proklamasi. Selain itu, kita juga boleh
mengenang kembali sejarah proklamasi di sini.
Muzium Perumusan Naskah Proklamasi
Dari Tugu Proklamasi, delegasi Selangor ke Muzium Perumusan Naskah
Proklamasi pula. Muzium ini letaknya di Jalan Imam Bonjol, Menteng Jakarta
Pusat dan dibina pada tahun 1927. Kata Dadang Dabot, di sinilah Soekarno dan
Mohammed Hatta merumuskan teks proklamasi kemerdekaan Indonesia, selepas
dijemput Achmad Soebardjo dari Rengasdengklok, Karawang. Bangunan ini dulunya
merupakan tempat tinggal Laksamana Maeda. Rumah ini dianggap selamat kerana
Maeda adalah sahabat baik Achmad Soebardjo. Bangunan yang sudah diresmikan pada
tahun 1920-an ini, memiliki koleksi antara lain naskhah proklamasi yang asli
ditulis tangan, teks proklamasi asli yang sudah dikompilasikan dan berbagai
ruangan yang digunakan dalam rangka penyusunan teks proklamasi.
Dari Muzium Perumusan Naskah Proklamasi, delegasi Selangor terus dibawa
ke Taman Ismail Marzuki yang terletak di Jalan Cikini Raya 73, Jakarta Pusat.
Menurut Dadang Dabot, Taman Ismail Marzuki atau nama sebenarnya Pusat Kesenian
Jakarta Taman Ismail Marzuki, merupakan sebuah pusat kesenian dan kebudayaan
yang terkenal di Jakarta. Di sini juga terletak Institut Kesenian Jakarta dan
Planetarium Jakarta. Selain itu, Taman Ismail Marzuki juga memiliki enam buah
teater moden, balai pameran, galeri, bangunan arkib dan pawagam.
Taman Ismail Marzuki
Acara-acara seni dan budaya dipersembahkan secara rutin di pusat
kesenian ini, termasuk pementasan drama, tarian, wayang, muzik, pembacaan
puisi, pameran lukisan dan persembahan filem. Berbagai jenis kesenian
tradisional dan kontemporari, baik yang merupakan tradisi asli Indonesia
mahupun dari luar negara juga dapat dilihat di tempat ini. Nama pusat kesenian
ini berasal dari nama pencipta lagu terkenal Indonesia iaitu Ismail Marzuki.
Taman Ismail Marzuki telah dirasmikan pembukaannya oleh Gabenor
Pemerintah Daerah Wilayah DKI Jakarta iaitu Jeneral Marinir Ali Sadikin, pada
10 November 1968. Taman Ismail Marzuki ini dibina di atas kawasan tanah seluas
sembilan hektar. Dahulu tempat ini dikenali sebagai ruang rekreasi umum ‘Taman
Raden Saleh’. Pengunjung Taman Raden Saleh selain dapat menikmati kesejukan
paru-paru bandar dan melihat sejumlah haiwan, juga dapat melihat perlumbaan
anjing di treck ‘Perlumbaan Anjing’
yang kini telah berubah menjadi pejabat dan ruang kolej mahasiswa fakulti
perfileman dan televisyen IKJ.
Petugas Didik Soebadjo menceritakan sejarah
Taman Ismail Marzuki
Ada juga lapangan bermain kasut roda berlantai simen. Kemudahan lainnya
ialah dua buah bangunan pawagam, garden
hall dan podium melengkapi
suasana hiburan malam bagi warga yang suka menonton filem. Tetapi sejak 37
tahun lalu, suasana seperti itu tidak lagi boleh ditemui. Khususnya setelah
tempat ini bertukar menjadi Pusat Kesenian Jakarta Taman Ismail Marzuki.
Sejak Taman Ismail Marzuki berdiri tahun 1968 hingga kini telah menjadi ruang ekspresi seniman yang menyajikan karya-karya inovatif. Pertunjukkan eksperimen, suatu dunia atau karya seni yang sarat dengan dunia idea. Membuka pintu seluas-luasnya bagi ruang berfikir dan berkreasi menuju seni yang berkualiti. Untuk beberapa waktu lamanya harapan muncul suatu karya dalam dunia penciptaan, menjadi kenyataan.
Taman Ismail
Marzuki ialah Graha Bhakti Budaya iaitu sebuah bangunan persembahan yang besar,
mempunyai ruangan yang memuiatkan 800 buah kerusi, 600 kerusi berada di bawah
dan 200 buah kerusi lagi di balkoni
Pentas Taman Ismail Marzuki menjadi semarak dengan karya-karya
eksperimen yang sarat idea. Ini ditandai oleh sejumlah kreator seni yang sempat
membuka peta baru di atas pentas. Di antaranya ialah sasterawan Rendra,
pimpinan Bengkel Teater Yogya dari Kampung Ketanggungan Wetan Yogyakarta.
Awalnya karya Rendra, berupa drama Be Bop
atau drama mini kata SSSTTT
ditayangkan di layar kaca televisyen Republik Indonesia. Menyusul pentas drama
klasik Yunani Oedipus Rex, Menunggu
Godot, Hamlet dan karya pentas mini kata lainnya.
Koregrafer terkenal iaitu Sardono W. Kusumo, melalui pentas tari
‘Samgita Pancasona’ telah menyuguhkan konsep gerak yang memiliki skala tidak
terbatas. Penari balet terkemuka iaitu Farida Oetojo pula telah mewarnai Taman
Ismail Marzuki dengan karya baletnya yang berani. Slamet Abdul Syukur, yang
lama bermukim di Perancis menggegarkan masyarakat dengan konsert piano ‘Sumbat’
yang membuatkan para penonton terpana. Pengarah teater Arifin C. Noer, Teguh
Karya, Suyatna Anirun (Bandung), turut mempesona masyarakat umum. Koreografer
senior iaitu Bagong Kusudiardjo, Huriah Adam, pelukis Affandi, Trisno
Soemardjo, Hendra Gunawan, Agus Djaya, Oesman Effendi, S. Sudjojono, Rusli,
Rustamadji, Mustika tutut mengisi Taman Ismail Marzuki dengan karya-karya
mereka yang indah dan artistik.
Patung Ismail Marzuki
Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Taman Ismail Marzuki ialah
Graha Bhakti Budaya iaitu sebuah bangunan persembahan yang besar, mempunyai
ruangan yang memuiatkan 800 buah kerusi, 600 kerusi berada di bawah dan 200
buah kerusi lagi di balkoni. Pentas GBB berukuran 15 meter x 10 meter x 6
meter. Bangunan ini boleh digunakan untuk persembahan konset muzik, teater sama
ada tradisional mahupun moden, tarian, filem, dan dilengkapi dengan tata
cahaya, sound system akustik, serta
penyejuk ruangan.
Selain itu terdapat juga Galeri Cipta II iaitu ruang pameran yang lebih
besar dari Galeri Cipta III. Kedua-dua ruang tersebut sering digunakan untuk
pameran seni lukis, seni patung, perbincangan, seminar, dan pemutaran filem
pendek. Bangunan ini boleh memuatkan sekitar 80 buah lukisan, 20 buah patung
dan dilengkapi dengan pendingin ruangan, tata cahaya khusus, tata suara serta
panel yang boleh dipindah-pindahkan. Terdapat juga Teater Kecil atau Teater
Studio iaitu sebuah bangunan persembahan yang dipersiapkan untuk 200 orang.
Bangunan ini mempunyai banyak fungsi seperti seni persembahan teater, muzik,
pembacaan puisi, seminar,dan lain-lain lagi. Teater Kecil mempunyai ukuran
pentas 10 meter x 5 meter x 6 meter. Bangunan ini juga dilengkapi sistem
akustik, tata cahaya dan pendingin ruangan.
Pusat membeli-belah di Tanah Abang
Satu lagi ruang yang terdapat di Taman Ismail Marzuki ialah Teater
Halaman (Studio Persembahan Seni). Disediakan untuk persembahan seni eksperimen
bagi seniman muda teater dan puisi, mempunyai ruangan penonton yang fleksibel.
Taman Ismail Marzuki juga mempunyai kawasan parkir yang cukup luas, yang
merupakan lahan serba guna dan sering digunakan untuk berbagai pertunjukkan
kesenian terbuka.
Dari Taman Ismail Marzuki, delegasi Selangor dibawa jalan-jalan seputar
Tanah Abang iaitu salah satu kecamatan yang ada di Kota Jakarta Pusat. Menurut
Dadang Dabot, nama Tanah Abang kononnya diambil dari Bahasa Jawa ‘abang’ yang
ertinya merah. Tapi ada juga yang menyatakan bahawa pemberian nama ‘abang’
merujuk kepada kata sapaan kakak. Tanah Abang ini populer dengan pusat
membeli-belah, banyak kios yang menjual berbagai tekstil juga produk keagaman.
Tanah Abang selalunya ramai pengunjung, sering sesak dengan pelbagai etnik dari
seluruh Jakarta..
Mangga
Dua
Selepas Tanah Abang, merayau pula seputar kawasan Mangga Dua, yang
terletak di Pademangan, Jakarta Utara. Kawasan ini dibatasi oleh Jalan Gajah
Mada di sebelah barat. Kata Dadang Dabot, Mangga Dua ni merupakan sebahagian
dari sejarah panjang Jakarta, bermula dari Pelabuhan Sunda Kelapa dan Glodok.
Mangga Dua dan Glodok ni merupakan salah satu kawasan membeli belah terbesar di
Asia Tenggara. Di Jakarta, Mangga Dua telah menjadi destinasi membeli-belah
paling populer dalam kalangan wisatawan asing dan wisatawan dalam negeri,
terutama yang tinggal di luar Pulau Jawa. Pusat membeli-belahnya majoriti
terletak di Jalan Mangga Dua Raya.
Seterusnya delegasi Selangor dibawa ke Thamrin City atau Thamrin City
Mall yang merupakan sebuah pusat membeli-belah besar yang berada di Jakarta
Pusat, yang lokasinya terletak lebih kurang 150 meter dari bulatan Hotel
Indonesia dan sekitar 300 meter dari Pasar Tanah Abang, yang tepatnya berada di
Jalan Thamrin Boulevard (Kebun Kacang Raya) dengan akses berbagai arah antara
lain dari Jalan Thamrin, Jalan Teluk Betung, juga dari Jalan K H Mas Mansyur.
Thamrin City atau
Thamrin City Mall
Menurut Dadang Dabot, pusat membeli-belah Thamrin City Mall ini
dilengkapi beberapa zon yang terbahagi kepada zon Pusat Batik Nusantara, Pusat
Busana Muslim, Pusat Tenun, Pusat Perlengkapan Haji dan Umrah serta beberapa big tenant seperti Hypermart, Gold Gym,
Perbankan dan tenant F&B yang
berlokasi di Thamrin Terrace.
Pada awalnya, Thamrin City Mall dikenali sebagai Brand Jakarta City
Community (JaCC). Secara konsep, dua nama ini memiliki perbezaan. Sewaktu masih
dengan nama JaCC, konsepnya lebih kepada trade
centre. Tetapi selepas diubah menjadi Thamrin City Mall, berubah dari trade centre menjadi trade mall.
Salah sebuah
sudut perniagaan di Thamrin City atau Thamrin City Mall
Menurut Dadang Dabot yang sentiasa mengiringi delegasi Selangor
sepanjang 5 hari di Bandung dan Jakarta, perubahan brand dari JaCC kepada Thamrin City untuk memudahkan orang
mengenali brand Thamrin City sebagai
pusat perdagangan dan membeli-belah. Perubahan nama dari JaCC kepada Thamrin
City untuk menanamkan brand image
Thamrin City kepada konsumen kerana pusat membeli-belah ini ada di wilayah
Thamrin. Jika diucapkan, JaCC memiliki persamaan dengan sejumlah nama.
Khususnya dengan salah satu convention
centre. Sehingga boleh menimbulkan kerancuan. Selain itu, alasan perubahan
nama yang lebih koseptual, kerana ada perubahan konsep, yang tadinya sebagai trade centre menjadi trade mall, lease mall dan citywalk.
Thamrin City mempunyai konsep trade
mall yang memasarkan produk yang murah namun tetap berkualiti. Manakala lease mall disediakan untuk customer yang mengutamakan kenyamanan.
Kemudian citywalk adalah tempat hang out dengan konsep restoran dan café indoor dan outdoor. Meski begitu,
konsep trade mall tetap digunapakai
oleh Thamrin City kerana tidak ingin meninggalkan pelanggan yang sudah lama
setia berbelanja di Thamrin City.
Cianjur Batu
Tulis Ikan Bakar, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat
Konsep trade mall, lease mall
dan citywalk ini sangat strategik
kerana Thamrin City terletak di tengah-tengah dua pusat membeli-belah yang
berlainan segmentasinya, sehingga sesuai dengan misi Thamrin City iaitu One Stop Bussines and Shopping, dapat
diraih. Bahkan, sebagai pusat grosir
tekstil, busana, dan lain-lain lagi, harga yang ditawarkan di Thamrin City
boleh bersaing dibandingkan dengan pusat grosir
lain. Perubahan brand dan konsep dari
JaCC menjadi Thamrin City dan dari trade
centre ke trade mall telah
dilakukan sejak akhir tahun 2008.
Setelah membeli-belah di sini, delegasi Selangor dibawa makan tengah
hari di Cianjur Batu Tulis Ikan Bakar, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat.
Ikan bakar di sini agak berbeza sikit dengan ikan bakar di Selangor iaitu ada
satu rasa tersendiri terutama pada ikan bakar dan air asamnya. Ikan bakarnya
persis ikan goreng dan pencicahnya bak sambal cabai merah Padang.
Selepas menjamu selera di sini, delegasi Selangor dibawa ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul
6.00 petang. Penerbangan Air Asia ke KLIA 2 berlepas pada jam 9.35 malam dan
para delegasi Selangor tiba di KLIA 2 dengan selamat pada jam 11.30 malam.
Program Silang
Budaya Selangor-Indonesia 2023 telah berjaya mencapai matlamatnya
Bagi saya semua delegasi Selangor yang terlibat, Program Silang Budaya
Selangor-Indonesia 2023 ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Rata-rata
anggota delegasi Selangor yang ditanya menyatakan banyak ilmu budaya yang
berjaya digarap sepanjang lima hari berada di Bandung dan Jakarta.
Sesungguhnya, program anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini telah berjaya
memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para anggota delegasi, tetapi juga
kepada organisasi budaya dan negeri Selangor itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan