Isnin, 11 Disember 2023

HARI KETIGA: Lawatan Kerja Sempena Program Silang Budaya Selangor Indonesia 2023: Semarak Budaya Serumpun

Selepas bersarapan pagi di hotel, delegasi Selangor dibawa ke Sunda Creatif yang terletak di Jalan Soekarno-Hatta, bersebelahan dengan Carefour dan Rumah Sakit Jantung Bandung. Sunda Creatif merupakan sebuah tempat pembuatan alat-alat muzik tradisional milik Pak Wawan Setiawan.
 
Pak Wawan Setiawan memulakan perniagaan pembuatan pelbagai peralatan muzik tradisional sejak 25 tahun yang lalu. Dengan konsistens dan idealismenya, membuatkan beliau mampu bertahan menjadi salah satu pembuat alat kesenian tradisional terkenal di Bandung.
 
Berbagai alat muzik tradisional tersedia di kedainya, seperti gamelan Sunda, kecapi, angklung, gambang, cuk, cak, serunai, bongo dan lain-lain lagi. Tidak hanya lengkap, tetapi kualitinya juga merupakan yang terbaik di Kota Bandung. Hasil tangan Pak Wawan Setiawan juga tidak hanya terkenal dalam negeri, tetapi juga pasaran luar negeri. Beliau sering menghantar pelbagai alat muzik tradisional ke Malaysia melalui kapalterbang dan juga kapal laut.
Banyak pertubuhan dan persatuan muzik tradisional yang membeli alat-alat muzik dari beliau.
 
Two men standing in a room with musical instruments

Description automatically generated 
Penulis bersama Pak Wawan Setiawan, pemilik Sunda Creatif
 
Pak Wawan Setiawan juga pernah diundang ke Jepun iaitu pada tanggal 26 Oktober hingga 2 November tahun 2017 untuk melakukan tugasan mengenai alat kesenian tradisonal khas Sunda. Sewaktu di Jepun, beliau membuat demontrasi bagaimana gamelan, kecapi, calung, dan yang lainnya dibuat. Menurut beliau, Sunda Kreatif sudah menjalin kerjasama lebih dari 10 tahun dengan Jepun untuk penelitian serta turut mempromosikan budaya Sunda kepada masyarakat negara Jepun.
 
 
Antara alat-alat muzik yang dihasilkan oleh Pak Wawan Setiawan di Sunda Creatif
 
Sewaktu di kedai atau bengkel miliknya, Pak Wawan Setiawan turut menunjukkan bagaimana untuk menjaga peralatan muzik tradisional yang dibuat dari tembaga dan besi kuningan tetap berkilat dan tidak kusam. Menurut beliau sebagai salah satu mineral semulajadi bumi, tembaga yang digunakan untuk peralatan muzik, membawa kehangatan yang tidak dapat ditandingi oleh logam lain. Jika tembaga dibiarkan tanpa pernis, itu akan mengembangkan patina yang menjadi lebih indah seiring bertambahnya usia.
 
Jika kita lebih suka tembaga kita mempertahankan kilaunya, kita tidak perlu memolesnya atau membeli pembersih komersial. Ada caranya yang mudah dan tidak terlalu mahal untuk menjaga peralatan tembaga terus berkilat dalam jangkamasa yang lama.
 
Ujar Pak Wawan Setiawan, tembaga lambat bereaksi dengan oksigen di udara. Proses ini disebut sebagai oksidasi. Proses ini menghasilkan oksida tembaga, senyawa coklat atau hitam, atau noda. Akhirnya, bahan kimia lain dari atmosfera seperti belerang akan berubah menjadi biru atau hijau yang akan ‘menodai’ tembaga. Berapa sering harus membersihkan peralatan muzik tembaga bergantung kepada berapa lama kita mahu peralatan tembaga tersebut berkilat.
 
A group of people sitting on the floor

Description automatically generated 
Pak Wawan Setiawan menunjukkan bagaimana untuk menjaga peralatan muzik tradisional yang dibuat dari tembaga dan besi kuningan
 
Jika kita menyukai kilau yang lebih cerah, bersihkan peralatan tembaga tersebut setiap tiga bulan sekali. Jika kita menyukai kilauan yang lebih dalam pada dekorasi tembaga dekoratif, pembersihan setiap enam bulan sekali akan menjaga tingkat oksidasi tetap terkendali. Frekuensi pembersihan juga bergantung kepada apakah tembaga dipernis atau semulajadi. Tembaga berkilat dan kilatannya tidak berubah warna atau menjadi gelap seiring waktu biasanya bererti memiliki lapisan pelindung. Jika tembaga cepat kusam, bermakna permukaannya tidak dirawat atau pernisnya sudah haus.
 
Pak Wawan Setiawan, beliau menggunakan batu hijau yang digosokkan pada permukaan peralatan tembaga dan minyak tanah sebelum digosok dengan menggunakan kain yang lembut atau menggunakan mesin penggosok. Selepas beberapa lama menggosok permukaan peralatan tembaga tersebut, peralatan tersebut akan berkilat.
 
A gong and a object

Description automatically generated with medium confidence 
Alat muzik tembaga yang sudah dikilatkan oleh Pak Wawan Setiawan
 
Selain itu, menurut Pak Wawan Setiawan, untuk mengilatkan permukaan peralatan tembaga, boleh juga digunakan beberapa bahan seperti cairan pencuci piring, jus lemon, garam, cuka putih suling, sos tomato, serbuk soda kuih (baking soda), span atau kain lembut, wastafel atau ember plastik, mangkuk kaca, tuala piring bebas serat dan pot besar. Asid sitrat dalam jus lemon bereaksi dengan noda untuk memutuskan ikatannya dengan permukaan tembaga. Garam bertindak sebagai penggosok ringan dalam campuran untuk menghilangkan noda tanpa merosakkan permukaan tembaga. 
 
Apa yang perlu dilakukan ialah cuci bahagian tembaga terlebih dahulu. Selalu memulakan sesi pembersihan dengan mencuci item tembaga dalam air sabun hangat dengan span lembut untuk menghilangkan debu dan lapisan berminyak di permukaan. Kemudian buat pasta iaitu dalam mangkuk kecil, campurkan dua bahagian garam dengan tiga bahagian jus lemon untuk membentuk pasta. Jika pasta terlalu cair, tambahkan lebih banyak garam.
 
Kemudian gosok tembaga dengan menggunakan span untuk mengoleskan pasta di atas permukaan tembaga. Bekerja dalam lingkaran kecil, gosok permukaan dengan lembut. Campur lebih banyak pasta jika perlu. Untuk membuang noda yang melekat, oleskan pasta dan biarkan pada noda selama 5 hingga 10 minit sebelum digosok. Atau, potong lemon segar menjadi dua bahagian dan celupkan ke dalam garam untuk menggosok kawasan yang sangat bernoda.
 
A group of people standing in a room with musical instruments

Description automatically generated 
Zaidi Mokhtar, pemimpin Kumpulan Seri Kenchana sedang bertanya sesuatu kepada Pak Wawan Setiawan
 
Selepas itu bilas dan keringkan. Setelah tembaga bebas dari noda, bilas tembaga tersebut dengan air hangat. Gunakan tuala bebas serat untuk mengeringkan tembaga berkenaan. Membiarkan tembaga mengering di udara boleh menyebabkan noda air atau noda dari reaksi mineral di dalam air. Menurut Pak Wawan Setiawan lagi, jus lemon, cuka putih suling atau sos tomato sangat baik untuk memoles tembaga. Cuka mengandungi asid asetat (sos tomato mengandungi cuka serta asid sitrat dalam tomato) yang akan bereaksi dengan noda tembaga dan memutuskan ikatannya dengan cepat.
 
Selepas mendengar pelbagai maklumat dari Pak Wawan Setiawan, delegasi Selangor bergerak pula ke Paberik Badjoe Bandung yang terkenal sebagai ‘Wisata Belanja dan Kuliner Instagenic’. Tempat ini terletak di Jalan Soekarno Hatta No. 573, sekitar 700 meter dari Sunda Kreatif milik Pak Wayan Setiawan.
 
A group of drums outside

Description automatically generated 
Antara alat muzik yang sudah ditempah oleh pelanggan di Sunda Creatif
 
Menurut Dadang Dabot, Bandung juga terkenal dengan kemajuan industri fesyen. Kuliner dan pariwisata Kota Bandung juga terus menggerbak dari hari ke hari. Paberik Badjoe ini baru dibuka pertengahan tahun 2018, tempat belanja sekali gus kuliner nan inovatif ini terus menarik perhatian warga dan wisatawan Kota Kembang (panggilan orang Indonesia terhadap Bandung). 
 
Paberik Badjoe memiliki tiga kawasan, iaitu wisata belanja, kafetaria dan wisata kuliner. Kawasan pertama, mengusung rekabentuk luaran yang unik ala kilang industri tahun 70-an. Di kawasan ini, para pengunjung boleh berbelanja aneka produk fesyen seperti baju, seluar, kasut dan juga beg tangan. Barangan yang dijual di sini terdiri dari jenama tempatan tetapi berkualiti jenama mahal seperti Wrangler, Tira, Lee, Wood, The Executives Ladies and Men, Et Cetera, Choya dan Jockey. Pabrik Badjoe juga memiliki official store Adidas, brand apparel ternama asal Jerman. 
 
 
Paberik Badjoe Bandung
 
Selain itu, Paberik Badjoe juga memiliki dua kawasan restoran iaitu kafetaria yang menyajikan menu makanan barat dan Asia, serta Saoeng Soenda dengan hidangan tradisional khas Sunda. Di kafetaria ini kita boleh memesan aneka hidangan ala Barat seperti pizza, pasta, burger, steak, salad dan sup. Mereka juga menyediakan masakan khas Jepun, seperti ramen, kari, bento, dan juga sushi. Tidak ketinggalan juga beragam sajian khas Korea seperti bibimbap dan dakgalbi.
 
Kafetaria mengusung konsep semi-outdoor dengan berhiaskan banyak tanaman hijau. Meski tanpa pendingin udara, udara di sini dijamin segar dan nyaman. Selain itu ada beberapa spot instagramable yang boleh menjadi latar belakang untuk bergambar. Seperti kereta sport berwarna merah. Bahagian ini kerap menjadi kegemaran pengunjung kafetaria untuk mengabadikan momen atau mencari bahan untuk eksis di media sosial. 
 
Paberik Badjoe juga mempunyai kawasan restoran yang lebih family friendly dengan sajian aneka menu khas Sunda, iaitu Saoeng Soenda namanya. Di sini para pengunjung boleh menikmati aneka menu seperti nasi timbel, nasi tutug oncom, dan nasi liwet dengan aneka sayur. Lauknya juga beragam, bermula dari seafood, daging, sup, soto, sate, pepes, tumisan dan lain-lain lagi. Selain kawasan makan berkonsepkan keluarga dengan deretan bangku dalam ruangan, Saoeng Soenda juga mempunyai kawasan makan outdoor yang sejuk. Sejumlah gazebo tersebar di beberapa pojok, sesuai untuk makan bersama seisi keluarga.
 
A patio with chairs and tables

Description automatically generated 
Kafetaria di Paberik Badjoe Bandung
 
Dari Paberik Badjoe, delegasi Selangor dibawa ke Gedung Sate, salah sebuah bangunan ikonik di pusat kota Bandung. Kata Dadang Dabot, tidak lengkap jika ke Bandung, tidak datang ke bangunan bersejarah ini. Berlokasi di Jalan Diponegoro, Kecamatan Bandung Wetan, ada beragam nilai sejarah pada bangunan yang kini menjadi pejabat gabenor Jawa Barat ini. Menurut Dadang Dabot, bangunan ini dibina pada tahun 1920, pernah menjadi lokasi pertempuran para pejuang Indonesia menentang pasukan Gurkha dari Inggeris. Kawasan Gedung Sate kerap menjadi tujuan wisata sejarah di Bandung yang megah ini... 
 
Kemudian delegasi Selangor dibawa ke Jalan Braga yang menyuguhkan suasana yang membuatkan diri seakan-akan sedang berada di Indonesia zaman Belanda dulu. Sudah ada sejak zaman pemerintahan Hindia-Belanda lagi, kawasan wisata sejarah di Bandung ini kini berubah menjadi tempat anak-anak muda Bandung berkumpul. Jalan Braga juga menyuguhkan beragam kulineri seperti siomay, coffee shop, termasuk mencicip roti di Toko Sumber Bahagia 
 
A street with buildings and trees

Description automatically generated 
Jalan Braga yang menyuguhkan suasana yang membuatkan diri seakan-akan sedang berada di Indonesia zaman Belanda dulu
 
Seterusnya delegasi Selangor ke Gua Belanda yang terletak di Taman Hutan Raya Djuanda, Kecamatan Cimenyan, Bandung. Menurut Dadang Dabot, gua ini dulu digunakan sebagai tangki penyimpanan air untuk cadangan musim kemarau. Dulu juga objek wisata bersejarah di Bandung ini pernah menjadi Stesen Radio Belanda pada zaman Perang Dunia Kedua. Kini, Gua Belanda hanya menjadi lokasi wisata sejarah Bandung, kerap jadi tujuan bagi mencari sesuatu yang mencabar minda.
 
Lokasi seterusnya ialah Monumen Bandung Lautan Api, yang terletak di kawasan Jalan BKR Ciateul, Kecamatan Regol, Kota Bandung. Kata Dadang Dabot, jika musim liburan tiba, monumen ini tidak pernah sepi dari wisatawan dan menjadi tempat untuk bergambar. Pemandangan waktu senja di objek wisata sejarah di Bandung ini juga tidak kalah cantiknya. Monumen ini dibina untuk mengenang perjuangan masyarakat Bandung menjaga kota ini dari serangan tentera sekutu yang terkenal dengan peristiwa Bandung Lautan Api. 
 
A stone wall with a tunnel

Description automatically generated 
Gua Belanda terletak di Taman Hutan Raya Djuanda, Kecamatan Cimenyan, Bandung
 
Kemudian delegasi Selangor dibawa ke Benteng Pasir Ipis. Menurut Dadang Dabot, tidak ada catatan sejarah lengkap yang menuliskan tentang benteng peninggalan Belanda ini, tetapi kerana lokasinya yang berada di kawasan Pasir Ipis maka benteng bersejarah ini dikenali dengan nama Benteng Pasir Ipis. Benteng yang memiliki panjang sekitar 1 km ini dibina pada tahun 1819 dan selesai pada tahun 1930 sebagai kubu pertahanan Belanda pada masa Perang Dunia Pertama. 
 
Kini, objek wisata bersejarah di Bandung ini tidak lagi benar-benar kukuh. Sebahagian besar permukaan benteng telah tertutupi lumut dan kawasannya dipenuhi pepohonan dan tanaman liar. Namun, hal ini tidak mengurangi pesona tempat wisata sejarah di Bandung nan satu ini. Lokasinya di Desa Jayagiri, Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung Barat. 
 
Dari Benteng Pasir Ipis, delegasi Selangor terus dibawa pulang ke hotel penginapan. Pada sebelah malamnya, delegasi Selangor makan malam bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor iaitu Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah di Hotel Savoy Homann. Turut hadir pada malam ini ialah Pak Entang Kamarudin, seorang guru yang bertugas di SDN Antapani. Beliau merupakan salah seorang jawatankuasa petugas Dinas Pendidikan Bandung. Beliau telah memberi penjelasan tentang program yang akan berlangsung esok, 12 Jun 2023 yang telah dijadualkan akan berlangsung di Bandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, Kota Bandung bersama kumpulan budaya 6 buah sekolah dasar negeri.
 
 
Benteng Pasir Ipis
 
Selesai majlis makan malam, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah telah berkenan menyampaikan amanat terakhir kepada para delegasi Selangor untuk memantapkan lagi persembahan pada 12 Jun 2023. Persembahan pada 12 Jun 2023 merupakan persembahan terakhir delegasi Selangor yang akan dipersembahkan Bandung Creative Hub. 
 
Dalam amanat tersebut, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah mengharapkan agar Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang dan Kumpulan Seri Kenchana dapat memberikan sebuah persembahan yang baik, berkesan dan mampu meninggalkan kesan di hati khalayak. Beliau tidak mahu persembahan dibuat secara lewa tetapi perlu diserapkan semangat yang kental demi nama baik Selangor dan Malaysia khasnya. Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah, keikhlasan dalam menyampaikan sesuatu persembahan kebudayaan amat perlu diserapkan dalam jiwa. 
 
A statue of two heads on a pedestal

Description automatically generated 
Monumen Bandung Lautan Api
 
Keikhlasan akan melahirkan kekuatan dan ikhlas juga menjadi sumber kekuatan. Keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu tugasan merupakan sumber kekuatan yang dapat mendorong diri seseorang untuk bergerak dan melakukan pekerjaan itu dengan sungguh-sungguh. Seseorang yang ikhlas dalam tugasannya pasti dia mahu melakukan tugasan tersebut dengan baik. Jiwa keikhlasan membuat orang bekerja tanpa mengeluh. Dengan kerja tanpa mengeluh, seseorang itu akan mengeluarkan tenaganya dengan maksimum tanpa berfikir terlebih dahulu apa yang akan dia dapat dari hasil kerjanya itu.
 
 
Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah juga mengharapkan agar semua delegasi Selangor menunjukkan sikap dan akhlak yang baik, penuh hormat, dengan memainkan peranan gerak tubuh yang wajar bagi memperlihatkan betapa warga Selangor khususnya warga Malaysia adalah manusia yang berakhlak indah dan wajar diteladani
 
Menurut Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah lagi, menanamkan sikap ikhlas dalam bekerja akan membuatkan kita boleh lebih bertahan di dalam menghadapi berbagai rintangan dan ujian hidup mahupun apa-apa cabaran yang mungkin akan kita alami dalam bekerja. Niat yang lurus kerana Allah SWT semata-mata akan membuat seseorang lebih mampu bertahan dari berbagai bentuk permasalahan. Ikhlas adalah sikap perbuatan terpuji yang harus dimiliki oleh setiap delegasi Selangor terutama yang akan mengadakan persembahan. Orang yang memiliki sikap perilaku ikhlas, tidak akan pernah merasa berat dalam menjalankan setiap tugas dan pekerjaan. Sebab sikap jiwa ikhlas dapat meringankan beban dan perasaan berat dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
 
Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah juga mengharapkan agar semua delegasi Selangor menunjukkan sikap dan akhlak yang baik, penuh hormat, dengan memainkan peranan gerak tubuh yang wajar bagi memperlihatkan betapa warga Selangor khususnya warga Malaysia adalah manusia yang berakhlak indah dan wajar diteladani. Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah juga tidak mahu persembahan budaya dari Selangor dibuat secara sambil lewa tetapi dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguhsungguh kerana delegasi Selangor membawa aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya.
 
A group of people in traditional attire

Description automatically generated 
Delegasi Selangor tiba di Bandung Creative Hub, Jalan Laswi, Kacapiring, Kecamatan Batununggal, Kota Bandung.
 
Pengakhir amanat, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah telah menetapkan lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang dan Kumpulan Seri Kenchana iaitu lagu Kabare (Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang), lagu Kita Sekampung (Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang), lagu Lemak Manis (gabungan Kumpulan Tunas Sinar Cempuling SK Sungai Lang bersama Kumpulan Seri Kenchana), lagu Pantun Budi (Kumpulan Seri Kenchana), Joget Selangor (Kumpulan Seri Kenchana) dan lagu Penawar Rindu (stanby dari Kumpulan Seri Kenchana sekiranya perlu).
 
 
Antara guru-guru SDN Bandung yang menyambut ketibaan para delegasi Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA