Ahad, 31 Disember 2023

NOSTALGIA LAGU-LAGU 70-AN

 (write-up sempena Pesta Rentak Selangor 2023 – Nostalgia Lagu-lagu 70-an di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

DEKAD 1970-an merupakan tahun-tahun dari 1970 hingga 1979, iaitu antara 22 Syawal 1389 hingga 11 Safar 1400. Dekad ini telah menyaksikan perubahan yang besar dalam persekitaran ekonomi dan budaya di seluruh dunia, termasuk Malaysia terutamanya dalam pembuangan nilai-nilai tradisional dan pemelukan gagasan-gagasan baru. Kuasa dunia yang berpengaruh seperti Amerika Syarikat juga turut mengalami banyak daripada peralihan-peralihan ini.

Manakala dekad 1960-an pula menyaksikian aktivisme sosial, masyarakat semakin beralih kepada kekhusyukan diri pada dekad 1970-an. Tom Wolfe, seorang penganalisis dan pengarang, memerikan perasaan ini pada 1976 dengan menggelarkan dekad ini sebagai ‘Dekad Diri’ (Me Decade). Muzik semakin berupa kaji diri (melalui pergerakan penyanyi-penggubah lagu) serta bebas tanpa kerunsingan dengan kebangkitan muzik disko.

Muzik Asas Kehidupan

Muzik adalah medium pernyataan sosial yang sangat asas dalam kehidupan manusia sejak zaman Yunani lagi. Selain ilmu-ilmu sains tulen dan ilmu-ilmu lain, muzik sebagai ilmu telah dieksport ke Eropah, Greece dan ke seluruh Asia Timur oleh orang Arab. Orang Islam Arab, memberikan takrifan muzik sebagai ‘art which the noblest minds in Islam believed to be capable of being informed with and  ennobled by thought, and in turn to adorn and enforce thought, and to be thus understood and felt.’

Seorang ahli falsafah Arab dari Basrah iaitu Ikhwan Al-Safa menyatakan pada abad empat: ‘Music as an art compounded between the corporeal and spiritual.’ Dalam zaman pemerintahan Khalifah Al-Musta’sim (656/1258) di Baghdad, pakar muzik terhormat di sana iaitu Safi Al-Din Abd Al-Mu’min (693/1294) telah mengarang buku muzik yang bertajuk Book of Prosody dan dua buku lainnya adalah mengenai sains muzik. Kerana dalamnya akar muzik dalam kehidupan manusia, pengkaji merumuskan bahawa muzik adalah alat mendekati masyarakat dan menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan masyarakat.

Sewaktu radio dicipta awal kurun ke 20, muzik telah dijadikan bahan ujian siaran yang membantu menyemarakkan ciptaan radio sebagai medium yang menyalurkan bunyi, sama ada di negara-negara Barat mahupun di Malaysia. Landasan ini meletakkan muzik sebagai salah satu medium komunikasi yang dominan dalam sistem media. Sistem media adalah salah satu subsistem dalam sistem masyarakat. Dalam keadaan ini, muzik mempunyai ruang dan fungsinya sendiri dalam media untuk pembangunan sosial sama ada fizikal mahupun spiritual.

 Seni dalam Budaya Masyarakat

Di Malaysia, muzik adalah sebahagian daripada seni dalam budaya masyarakat

berbilang bangsa dan etnik. Ia teranyam dalam fabrik budaya, sehingga dari satu segi, muzik tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan masyarakat sejak kewujudan masyarakat dan etnik berkenaan. Oleh itu, muzik yang salah satu fungsinya sebagai hiburan, sangat mudah diketengahkan dalam arus pembangunan industri media di Malaysia.

Keadaan ini lebih dipermudahkan apabila industri media itu sendiri diperkenalkan di peringkat awalnya oleh pihak penjajah Inggeris, yang telah terlebih awal membangunkan industri ini. Apabila radio diperkenalkan, muzik adalah unsur utama kandungan siarannya. Apabila radio menggunakan pelbagai bahasa untuk khalayak pelbagai etnik, sekali lagi jenis-jenis muzik dari pelbagai bahasa juga turut disiarkan.

Apabila radio sebagai media dikuasai pemerintah tentera Jepun, kumpulan-kumpulan muzik tempatan berkembang seperti cendawan tumbuh pada waktu hujan. Sejak tahun 50-an lagi, kumpulan muzik Radio Malaysia diwujudkan, kemudiannya berkembang menjadi Orkestra Radio Malaya. Galakan yang diberikan oleh Pentadbiran Tentera Jepun dalam pembangunan seni muzik di Malaya telah menggerakkan usaha aktiviti rakaman ke piring hitam.

Keperluannya yang meningkat akibat bertambahnya jumlah masa siaran di semua saluran radio dalam pelbagai bahasa mengkataliskan pembangunan industri muzik itu. Walau bagaimanapun, pembangunan industri ini tidak diuruskan oleh mana-mana jabatan kerajaan secara khusus seperti industri-industri lain. Selain itu, industri muzik juga mempunyai komponen-komponen yang menyokong aktiviti muzik tersebut yang membentuk sub-sistemnya sendiri seperti syarikat rakaman, syarikat-syarikat pemasaran, syarikat-syarikat yang menganjurkan pertunjukan-pertunjukan, kelompok-kelompok pemuzik, pencipta, penulis lirik, pengadun muzik dan berbagai lagi.

Muzik Pop Malaysia

Ramai pengkaji mengatakan bahawa muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis dan China. Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang berasal daripada Jawa yang mempunyai alunan cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang terkenal seperti Kamariah Noor. Di Melaka pula, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional daripada Jawa yang paling popular dimainkan dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong.

 Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi.

 Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India.

 Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.

 Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P. Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan lagu-lagu balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.

 Pop Yeh-yeh

 Pada tahun 1960-an, pemuzik Pop Yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre Pop Yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan Pop Yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istilah ‘Pop Yeh-yeh’ dipetik daripada sebaris lagu The Beatles popular yang berjudul She Loves You (She Loves You, Yeah-Yeah-Yeah).

 Lagu Pop Yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M. Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan Pop Yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai ‘kumpulan gitar rancak’ atau singkatannya ‘kugiran’ – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan muzik yang asas (dua buah gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram).

 Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald’s House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian.

 Perkataan ‘kugiran’ julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan ‘Lagu Pujaan Minggu Ini’ yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Difahamkan bahawa singkatan ‘Ku-Gi-Ran’ merupakan cadangan seorang pegawai sarikata bernama Daud Abdul Rahman. ‘Kugiran’ terdiri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram.

 Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada tahun 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual secara komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuklah M. Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim, Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee.

 Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capella-nya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah dan lain-lain lagi, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis dan lain-lain lagi yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman.

 Zaman kegemilangan Pop Yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, penulis lirik, penyanyi dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.

 Perubahan Citarasa Muzik

 Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pub kepada kontrak rakaman. Ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan Melayu menjelajahi industri muzik Melayu.

 Kumpulan-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan. D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid pula merupakan penyanyi yang telah memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada tahun 1970-an.

 Sebelum pertengahan 1980-an muncul satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.

 M. Nasir dan J.S Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebagai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Mereka menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat jadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.

 Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda pemudi di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional dan berpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu.

 Pengaruh Agama Islam

 Pada tahun 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan oleh penyanyi Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini mendapat sambutan yang hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia.

 Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh kumpulan Raihan, Rabbani, NowSeeHeart dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya.

 Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza (kini Dato’ Siti Nurhaliza) dari pekan Kuala Lipis, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di Malaysia.

 1990-an Sehingga Kini

 Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan internet, muat turun MP3 menjadi cara yang termudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Cakera padat cetak rompak juga didapati di pasar malam dengan harga kira-kira satu suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang serupa.

 Ketika awal 2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol membolehkan orang awam memilih bintang pujaan mereka dengan menghantar SMS. Yang menarik orang awam adalah penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman membentuk artis.

 Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu, banyak bentuk hiburan yang lain seperti DVD, televisyen berbayar, program radio yang makin bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan litar muzik live yang aktif di mana para penghibur menggubah dan mempersembahkan karya sendiri.

 Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami kehadiran persada muzik independent (atau bawah tanah) lalu memberikan ‘persepsi yang tersimpang’ mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan.

 Hasil rancangan realiti seperti Vincent Chong, Jaclyn Victor daniel Lee Chee Hun dan Mawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran budaya popular.

 Bermula dari dekad 70-an industri muzik Malaysia semakin hebat. Ramai penyanyi yang lahir dengan album piring hitam berformat EP atau LP mula mendapat perhatian di Malaysia. Beberapa penyanyi dari Singapura juga turut menempa nama di celah-celah kemeriahan artis Malaysia. Beberapa penyanyi yang bermula pada zaman pop yeh-yeh sekitar era 60-an masih lagi meneruskan karier nyanyian mereka pada era 70-an dan ada juga yang mengundur diri. Mungkin kerana irama pop yeh-yeh sudah menuju zaman kemerosotan. Ketika dekad 70-an irama pop Melayu, disko mula mengambil tempat menggantikan irama pop yeh-yeh yang semakin luput dari perhatian ramai.

 Gaya Fesyen Muda Mudi Tahun 70-an

 Industri fesyen selalu berkembang dari waktu ke waktu, menghadirkan trend baru yang memikat hati dan mencerminkan semangat era tersebut. Salah satu zaman yang paling berkesan dalam sejarah fesyen adalah tahun 70-an. Era ini dianggap sebagai puncak kepada perubahan sosial, budaya dan politik, hingga rekabentuk busana pun ikut merespon dengan gaya yang ceria, berani, penuh ekspresi dan penampilan yang unik. Jadi, bagaimanakah sebetulnya sejarah fesyen pada zaman ini? Berikut adalah rangkuman empat fakta sejarah industri fesyen tahun 70-an.

Bil

Fakta

Penjelasan

1

Bermula dari gaya Hippie era 1960-an

 

Beberapa sumber menyatakan bahawa trend fesyen tahun 1970-an awalnya dipengaruhi oleh hippie style yang sempat menjadi kultur baru di Amerika pada akhir tahun 1960-an. Kaum hippie bermula dari perkumpulan mahasiswa berusia dua puluhan di Amerika Syarikat yang merasa terasing dari masyarakat kelas menengah yang mereka lihat didominasi oleh materialisme dan represi. Para hippie lalu mengembangkan gaya hidup khas mereka sendiri yang eksperimental dan memiliki ketertarikan lebih pada kesenian.

 Dalam perkembangannya, gaya ini mencerminkan sikap yang bebas dan tidak terikat, kelihatan dari para pelakunya yang sering mendengar muzik psychedelic rock dan tidak jarang juga mengambil ubat-ubatan terlarang untuk merangsang imaginasi dan memberikan kesan perasaan bebas seperti burung terbang. Gaya hippe dikenali banyak meminjam elemen budaya bukan-Western, seperti dari Asia Barat, Afrika, Mexico dan India.

2

Terbahagi kepada tiga masa: awal, pertengahan dan akhir 70-an

Fesyen 1970-an dimulai dengan kesinambungan trend fesyen dari dekad sebelumnya, iaitu gaya hippie yang populer pada akhir 1960-an. Gerakan hippie menganjurkan kebebasan individu, perdamaian dan cinta alam yang tercermin dalam gaya pakaian mereka yang santai, longgar dan dipengaruhi oleh budaya etnik. Pengaruh ini terus berlanjutan di awal 1970-an, dengan gaun maxi, baju rajut dan aksesori mencolok seperti kalung panjang, gelang getah dan topi berbulu menjadi trend yang populer.

 Penggal pertengahan trend fesyen dipengaruhi oleh muzik, filem dan selebriti yang mempopulerkan fesyen berbeza. Filem Saturday Night Fever yang beredar dalam masyarakat pada tahun 1977 menginspirasi trend fesyen disko yang glamour. Selain itu jenama mewah Saint Laurent Rusia juga mengeluarkan koleksi Fall/Winter 1976/77 dengan bahan kain yang mewah menandai kembalinya trend mewah dan glamour, namun tetap mengusung konsep DIY atau handmade.

 Manakala pada penggal akhir 1970-an, fesyen yang populer adalah punk style juga dipengaruhi oleh muzik. Pergerakan punk sebenarnya telah muncul sejak tahun 1960-an di Amerika Syarikat lagi, namun menjadi semakin besar di pertengahan tahun 1970-an. Hal ini disebabkan oleh permasalahan ekonomi pasca perang seperti resesi dan kehilangan pekerjaan.

 Anak-anak muda di sana ingin menyalurkan emosi mereka dari masa sukar tersebut, sehingga muzik punk akhirnya muncul. Pakaian dengan jahitan yang tidak rapi, baju dengan grafis provokatif dan aksesori seperti kancing stiker dan rantai logam menjadi trend dalam kalangan anak muda yang ingin menentang norma sosial.

3

Dipengaruhi oleh gerakan feminis yang semakin kuat

Pada tahun 1970-an, gerakan feminis di Amerika Syarikat dikenali dengan istilah ‘second-wave feminist’. Pada masa ini, banyak kaum feminis kembali melakukan pergerakan yang menuntut hak kesetaraan gender, salah satunya adalah pengesahan ERA (Equal Rights Amendment) yang masih sukar disahkan sejak tahun 1923 hingga 1970. Bukan hanya di Amerika, feminist movement ini juga digaungkan di negara besar lainnya seperti England (United Kingdom).

 Maraknya isu kesetaraan gender juga akhirnya mempengaruhi gaya berpakaian pada waktu itu. Wanita mulai membebaskan diri dari pakaian yang membatasi gerakan mereka dan mulai menyerap gaya yang lebih fungsional dan nyaman. Pakaian seperti seluar panjang, jumpsuit dan blazer yang terinspirasi dari pakaian lelaki menjadi trend. Ini mencerminkan semangat kesetaraan gender dan keinginan wanita untuk mendapatkan kedudukan yang lebih kuat dalam masyarakat.

4

Bahan polyester sempat populer namun gagal

Tahun 70-an juga dikenali sebagai ‘polyester decade’ kerana kain sintetik menjadi lebih luas dalam rentang 10 tahun tersebut. Kain sintetik juga membuat gaun-gaun modis tersedia dengan harga yang lebih variatif. Gaun yang dibuat dari polyester sangat populer pada waktu itu kerana tahan terhadap kerutan dan kekotoran.

 Selain itu, gaun-gaun ini sangat sesuai untuk sesiapa saja yang menyukai warna-warna gemerlap dan berani dengan bahan spandeks lentur dan sesuai di badan. Jumpsuit Vinyl adalah salah satu trend fesyen yang tidak dapat dilupakan banyak orang, sebagai sebahagian dari kain disko chic yang dihiasi dengan rhinestones dan juga payet. Pada masa itu trend polyester juga menghadapi banyak cabaran, di antaranya disebut tidak nyaman kerana berbau, panas dan licin. Dianggap tidak ramah lingkungan, serta tidak disukai anak muda kerana kebanyakannya dipakai oleh datuk mereka.

 Di Eropah, tahun 1970-an juga memperlihatkan pemakaian kot midi separas betis terutamanya semasa musim sejuk. Kot ini bertali pinggang dan berhias bulu di bahagian lapel dan kaf lengan serta mempunyai poket besar di bahagian hadapan skirt. Seluar juga adalah fesyen kegemaran pada tahun 1970-an. Sebelum ini, seluar dipakai untuk bersukan, tetapi di dalam tahun 1970-an mereka memakainya untuk ke majlis sosial. Materialnya termasuklah kain jersey dan crepe de chine.

 Warna turut memainkan peranan di dalam fesyen pada tahun 1970-an. Warna-warna terang seperti hijau, ungu, pink dan oren digemari. Warna-warna ini kadang-kadang dipadukan membentuk corak abstrak seakan-akan tie-dye atau batik. Aran adalah fesyen fisherman’s knit sweater yang berkonsepkan kembali kepada alam semulajadi. Warna-warna bumi seperti coklat, kelabu dan perang menjadi pilihan.

 Sweater yang dipakai mempunyai berbagai bentuk tekstur, berbut tinggi dan mempunyai pengaruh berbagai-bagai etnik. Fabrik-fabrik tiruan berkembang di Eropah. Nylon, acrylic, polyester, tricot digunakan menggantikan fabrik-fabrik yang lebih mahal seperti kain bulu.

 Pakaian kasual membanjiri Eropah pada tahun 1970-an. Berbagai pilihan terdapat seperti casual shirt, besbol shirt, t-shirt, kemeja berbunga dan sebagainya. Pakaian lain termasuklah overalls, suit parachute dan sky-diver suit. Gaya Wanita pada tahun 1970-an menggayakan fesyen yang lebih feminin. Mereka memakai pakaian kasual dengan blaus bercorak kain kapas serta mempunyai smocking.

 Terdapat pengaruh timur pada pakaian mereka termasuklah paten ala India, sulaman besar dan kecil. St. Tropaz look amat berleluasa pada tahun 1973. Pakaian ini berpotongan skirt sendat di bahagian punggung dan peha, tetapi mengembang ke bawah. Potongan skirt menyerong dengan fabrik bercorak diselang-selikan dengan fabrik kosong. Baju kecil tanpa lengan, berbutang di hadapan dan dihiasi ropol di bahagian bawah. Fesyen dilengkapi topi brim luas.

 Pada tahun 70-an juga, pereka-pereka fesyen dari Amerika seperti Calvin Klein, Ralph Laurent dan Perry Ellis mula mencipta nama. Mereka memperkenalkan pakaian berpotongan klasik dan siap untuk dipakai. Suit dan jaket mereka dibuat daripada kain bulu, manakala blaus dan skaf dibuat dari kain sutera.

 Pakaian sukan turut dipelbagaikan kegunaannya. Bukan hanya untuk bersukan, ia juga dipakai untuk bersosial. Suit jogging diperkenalkan, potongannya seluar sederhana longgar dan sweatshirt bertutup kepala atau berzip ke atas. Pakaian ini berwarna-warni serta dihiasi jaluran di lengan dan seluar. Fabrik Dacron banyak digunakan.

 Satu trend yang ketara pada tahun 1970-an ialah pakaian formal, kasual dan sport diadun bersama. Ini membuatkan fesyen tersebut sesuai dipakai untuk ke pejabat, kelab atau ke parti. Aksesori tambahan seperti beg, rantai, subang dan skaf silih berganti, sesuai dengan suasana. Calvin Klein banyak memaparkan fesyen ini. Era 70-an dilengkapi dengan kemunculan pereka-pereka fesyen daripada Jepun yang menarik perhatian dunia dengan gaya ‘Japanese Look’. Pereka-pereka fesyen yang mempopularkan gaya ini termasuklah Miyake, Matsuda dan Yohji Yamamoto.

 Gaya ‘Japanese Look’ ini menampilkan pakaian yang longgar, berlapis-lapis dan mempunyai tekstur yang menarik hasil daripada penggunaan pelbagai jenis gentian termasuk gentian semulajadi, campuran dan sintetik. Akhir tahun 1970-an juga diramaikan dengan gaya berbusana Punk. Awal mula budaya Punk berasal dari England dan diramaikan dengan munculnya kumpulan band beraliran Punk bernama Sex Pistols dengan lagunya yang popular pada waktu itu iaitu ‘God Save The Queen’.

 Kaum-kaum urban yang menentang suasana politik identik dengan sebutan kaum Punk. Punk merupakan budaya subculture yang secara jelas menentang politik kotor, menerapkan kehidupan bebas. Gaya identiti Punk diterjemahkan dengan rambut spike tajam, baju hitam dengan aksesori metal tajam dan make-up yang menarik perhatian.

 Tahun 1970-an juga terkenal dengan budaya muzik disco. Gaya berpakaian pada ketika itu menunjukkan budaya disco berkembang pesat. Sekali lagi, pada tahun 70-an ini didominasi oleh anak-anak muda. Gaya berbusana ditunjukkan dengan penggunaan seluar pendek ketat atau hot pant, berkasut rata. Artis populer pada ketika itu adalah John Travolta dengan filemnya yang terkenal ‘Saturday Night Fever’ iaitu dengan gaya disco-nya.

 Jadi, dapat disimpulkan bahawa fesyen tahun 70-an adalah penggal yang beragam dan penuh perubahan. Dari gaya hippie yang santai hingga trend disko yang glamour, setiap gaya mencerminkan semangat dan perubahan budaya pada waktu itu. Pengaruh fesyen tahun 70-an masih dapat dilihat hingga hari ini, baik dalam rekabentuk pakaian, aksesori, mahupun gaya yang dihadam oleh para rekabentuk fesyen moden.

 Penyanyi Era 70-an

 Pada awal 1979, Persatuan Penyanyi Tanah Air (PAPITA) dengan kerjasama majalah URTV telah menganjurkan satu undian umum bagi memilih penyanyi tempatan popular 1970-an. Undian tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu Penyanyi Lelaki dan Penyanyi Wanita dan ia dijalankan melalui pos dengan cara menghantar borang yang disediakan dalam majalah tersebut. Senarai penyanyi yang dicalonkan oleh PAPITA bagi Pemilihan Penyanyi Popular Tahun 70-an ialah seperti berikut:


1

Penyanyi-penyanyi lelaki tahun 70-an (hingga 1978)

Ahmadi Hassan, Gary Gideon, A. Razak, A.J. Ajmain, Ahmadi Hassan, Andre Goh, Andy Yunus, D.J. Dave, Dahlan Zainuddin, Deddy M. Borhan (lebih terkenal sebagai penerbit filem pada 1980-an), Hail Amir, Halil Chik, Hanafiah Yunus, J. Mizan, Jasmin Hussin, Latiff Ibrahim, M. Daud, M. Daud Kilau, M. Ramli, M. Sani,  M. Shariff, Rahman Kadir, Ruslan Yuss, S. Rosli, S. Sudirman, Shamsudin Lamin, Roslan Yus, A Ramlie, Zulkifly Ahmad, Andy Yunus, Eddie Ahmad, Chris Vadham, Aman Shah, Adam Ahmad, Razis Ismail, Rosemaria, Suliza Salam, Ben Nathan, A Razak Ismail, Kahar Hamid, Othman Hamzah, Mike Ibrahim, Aman Shah, Najib Haniff, S.M Salim, Zain Azman, A Rahman Kadir, Sudirman Haji Arshad dan V. Sarangabani.

2

Penyanyi-penyanyi wanita tahun 70-an (hingga 1978)

Ramlah Ram, Anita Sarawak, Rafeah Buang, Dahlia Ahmad, Effa Rizan, Faridah Mansor, Fatimah Razak, Habibah Yaakob, Hamidah Ahmad, Hamidah Buang, Juli Remie, Junainah M. Amin, Khadijah Ibrahim, Mazuin Hamzah, Milah Hussin, Mimi Loma, Noorkumalasari, Rahimah Rahim, Rina Rahman, Rohani Aziz, Rose Iskandar, Rozita, Saadiah Saat, Salamiah Hassan, Sarina Hashim, Sharifah Aini,  Suhaili Shamsuddin, Uji Rashid, Maria Bachok, Rohani Aziz, Gaya Zakri, Siti Salmah, Rina Rahman, Julie Remie, Sakura, Zaleha Hamid, Noraziah Ali, Indra Shahril, Oked Abdullah, Sarinah Harun, Hamidah Urep, S Roha, Yasmin Yusuf, Hamidah Ahmad, Kartina Dahari, Julie Sudiro, Fatimah Razak, Junainah M Amin, Salimah Mahmud, Rosemaria Abd Hamid, Rubiah Lubis, Derwina S Kiram dan Zalifah Ibrahim.

 D. J. Dave

 D.J. Dave atau Datuk Irwan Shah Abdullah, dilahirkan dengan nama asalnya Dhammi Jagjit A/L Sukhdev pada tanggal 14 Februari 1948, merupakan salah seorang penyanyi era tahun 70-an yang terkenal. Beliau pernah bertugas di Pejabat Pos Malaysia dan mendapat gelaran Datuk sempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, tahun 2005.

 

Kerjaya D.J. Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak Ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila beliau mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972. Pada tahun 1973, D.J. Dave telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan.

 

Suatu ketika beliau telah diberi tanggungjawab menjawat jawatan pengetua program realiti Audition dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Articulate. Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, pada Disember 2005.

 

D.J. Dave pernah berduet dengan penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid. Beliau juga telah berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu Segalanya yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song. Konsert mega terakhir D.J. Dave itu diadakan bersempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena nyanyian. Ia telah berlangsung pada 1-3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert ini turut dijayakan oleh Uji Rashid dan Marsha, selain komposer S. Atan sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.

 

D.J. Dave juga pernah bersama 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media mengikuti misi melawat pelarian masyarakat Rohingya, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia pada tahun 2012.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Koleksi D J Dave (Kompilasi)
  2. Memori Hit II: Untuk PeminatKu - DJ Dave
  3. Album Timeless
  4. DJ Dave 1975-1988 vol 1 & 2
  5. Kenangan Manis vol. 2
  6. Kenangan Manis vol. 1
  7. DJ Dave Live - Tomorrowland 2013

2

Lagu

  1. Ingin Bersua
  2. Maafkanlah
  3. Rintihan Rasa
  4. Di Desa Kasihku Tertumpah
  5. Teman Setia
  6. Mengapa Aku
  7. Masa Merubah Segalanya.
  8. Hanya Mimpi
  9. Nora
  10. Cinta Abadi
  11. Cantik Molek Hai Buah Hatiku
  12. Engkau Bayangan Hidupku
  13. Mari Berdansa
  14. Anak Siapa di Jalanan
  15. Teman Setia
  16. This Is What It Feels Like (DJ Dave Remix)

3

Lagu Raya

  1. Menjelang Hari Raya (Original Mix)
  2. Suara Takbir
  3. Senandung Hari Raya - Bersama Gaya Zakry dan Rosemaria

 

Sanisah Huri

 

Sanisah Huri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura. Beliau mula merakam suara melalui EMI untuk album runut bunyi bagi filem A-Go-Go 67 iaitu keluaran Shaw Brothers Malay Film Production Limited bagi lagu-lagu seperti Siapa Gerangan dan Alam Seni (iringan The Terwellos).

 

Selepas itu, beliau merakamkan lagu dengan The Hooks untuk lagu-lagu seperti Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul dalam filem Mat Toyol arahan Mat Sentol keluaran Cathay Keris.

 

Beliau juga sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan The Hooks. Sanisah Huri juga pernah merakamkan lagu dengan Orkes Dendang Perindu pimpinan Kassim Masdor untuk lagu Selalu pada tahun 1969.

 

Pada tahun 1970, beliau merakamkan lagu dengan sebuah kugiran Indonesia iaitu Clique Fantastique. Dua EP yang dirakamkan adalah Malam Minggu dan Mana Utama. Lagu Sedih Sekelip Mata merupakan hasil ciptaan bersama Kassim Masdor dan Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit ketika itu.

 

Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakam lagu secara solo sehinggalah kontraknya dengan EMI tamat pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit beliau ialah Semenjak Berjauhan, Permata Hatiku, Sejak Ku Bertemu Padamu, Kisah Tuah Dan Tijah, Indah Di Sepanjang Perkenalan, Tari Tualang Tiga, Joget Menanti Jodoh, Kau Penghiburku, Jauh Berjalan, Luas Pandangan, Kau Disayang, Kuberikan Padanya dan Taj Mahal.

 

Beliau kemudiannya berpindah ke Senada Records, milik Kassim Masdor. Selain menyanyi secara solo (seperti lagu Kisah Cinta), beliau juga sesekali merakam lagu dengan A. Ramlie (untuk dua lagu dangdut, iaitu Rambut dan Hello Hello Sayang) dan M. Ramlee (lagu Wajah Cermin Hatimu). Di samping itu, beliau juga pernah berpadu suara dengan kumpulan trio, Suara Perindu.

 

Tidak lama selepas itu, beliau sesekali muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan televisyen di Singapura, khususnya pada hari raya. Kini, beliau tidak lagi aktif dalam bidang seni. Masanya banyak dihabiskan dengan mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumahnya. Beliau juga mengambil keputusan untuk menetap di Singapura.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album Runut Bunyi

  1. Daripada Filem A-Go-Go 67 (1967)
  2. Dendang Perantau (1979)

2

Album EP

 

  1. Sanisah Huri & The Terwellos (1967)
  2. Sanisah Huri dan The Hooks (1968)
  3. Sanisah Huri (1968)
  4. Surat Kaseh (1969)
  5. Mana Utama (1970)
  6. Malam Minggu (1970)
  7. Seruan Hati (1971)
  8. Semenjak Berjauhan (1972)
  9. Kerana Kau (1972)
  10. Gadis Panca Delima (1973)
  11. Ku Berikan Padanya (1973)
  12. Sejak Ku Bertemu Padamu (1974)
  13. Sanisah Huri (1974)
  14. Seiring Jalan (1974)
  15. Buku Harianku (1975)
  16. Suara Perindu (1976)
  17. Kisah Cinta (1976)
  18. Dalam Angan Angan (1976)

3

Album Studio

 

  1. Taj Mahal (1972)
  2. Aku Bintang Mu (1973)
  3. Senada Hati (1974)
  4. Namamu (Nyanyian Hidupku) (1977)
  5. Lagu Buat Kekasih (1978)
  6. Dari Jiwa Yang Tenang (1979)

4

Album Lain

 

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri (1973)
  2. Selamat Hari Raya (1975)
  3. Selamat Hari Raya / Senandong Hari Raya (1977)
  4. Hanya Bagimu (1978)
  5. Hello Hello Sayang (1978)

5

Lagu-lagu

  1. Pahlawanku (1976)
  2. Tari Tualang Tiga (1971)
  3. Bersabarlah Sayang (1972)
  4. Sejakku Bertemu Padamu (1974)
  5. Kisah Tuah Dan Teja (1971)
  6. Menanti Jodoh (1976)
  7. Sampaikan Hati Ini Kepadanya (1978)
  8. Baju Hijau (1968)
  9. Aku Bintangmu (1973)
  10. Dendang Pulau Bangka (1972)
  11. Hanya Dikau (1974)

6

Lagu Raya

  1. Aidilfitri
  2. Bersabarlah Sayang
  3. Joget Aidilfitri
  4. Dondang Sayang Raya - bersama Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang dan A. Ramlie

 

Jay Jay

 

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus merupakan bekas vokalis kumpulan Carefree. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

 

Jay Jay mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki. Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya. Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album bersama Carefree

 

  1. Kebebasan (1979)
  2. Kebebasan II (1979)
  3. Kebebasan III (1980)
  4. The Best of Carefree (1993) - kompilasi

2

Album solo

 

  1. Jay Jay (1984)
  2. Kau Yang Tersendiri (1985)
  3. Keasingan Dalam Luka (1986)
  4. Kurnia (1988)
  5. Bersama (1990)
  6. Jay Jay 97 (1997)
  7. Emosi (2009)

3

Album kompilasi

 

  1. Koleksi Abadi (1992)
  2. Koleksi Abadi Vol. 2 (1994)
  3. 3 Dimensi Pop Lelaki Terbaik (2000)
  4. Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007)
  5. Nostalgia Abadi: Khazanah Muzik Berzaman (2008)
  6. 4 Bintang Popular - Vol. 2 (2011)

4

Album lain

 

  1. Riang Ria Hari Raya (1985)
  2. Hitam Putih Kehidupan (1987)
  3. Gema Hari Raya (1989)
  4. Kini Saatnya - Album Sukan SEA Ke-15 (1989)
  5. Seikhlas Budi Aidilfitri (1994)

5

Duet bersama penyanyi lain

 

Bersama Dayangku Intan

v Kita Insan Biasa (1988)

v Peralihan Zaman (1989)

Bersama Ning Baizura

v Erti Pertemuan (2004)

Bersama kumpulan Mirwana

v Aku Tanpa Cintamu (2004)

Bersama Datuk Ramli Sarip

v Senandung Hidup Berbudi

Bersama Syura

v Ghazal Perindu (2004)

 

Anugerah

 

Tahun

Anugerah

Kategori

Nota

Hasil

1988

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Penyanyi Lelaki Popular

 

Menang

1998

Anugerah Industri Muzik

Vokal Terbaik Lelaki

 

Menang

1998

Juara Lagu 1998

Juara Kategori Pop Rock

Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak Sudah

Menang

 

Ramlah Ram

 

Ramlah Ram dilahirkan pada tanggal 19 Februari 1965. Beliau merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon wanita yang terkenal. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu Rindu yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu-lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Diam-Diam Jatuh Cinta, Selamat Jalan Romeo, Ketentuan, Sesaat Kau Datang dan lain-lain lagi.

 

Ramlah Ram juga merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza selain M. Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, ND Lala, Hattan dan Noraniza Idris.

 

Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula meledak pada tahun 1988 menerusi album Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu Apa Khabarmu Di Sana dan Diam-Diam Jatuh Cinta.

 

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (1989), Duri Dalam Cinta (1990), Siapa Yang Bersalah (1991), Madah Dan Karenah (1992), Selamat Jalan Romeo (1994), Keangkuhanmu (1995), Zapin Yang Tinggal (1998), Kasih Tak Berpinggir (1999), Maharaja (2006), Dirgahayu Ketentuan (2007/2008), Sesaat Kau Datang (feat. Sleeq) dan 5 Minit (feat. Caprice) (2012)

 

Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah Ram banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu Maharaja pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kemudian beliau muncul dengan album terbaru dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu Ketentuan telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.

 

Album Ramlah Ram berjudul Aspirasi Hati telah dipasarkan pada Oktober 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dihasilkan oleh ahli kelab peminatnya Ramlah Ram Group dan dipasarkan oleh pihak FMC. Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kumpulan peminat berdaftar. Album ini masih mengekalkan konsep pop tetapi bekerjasama dengan pencipta-pencipta baru yang berbakat yang merupakan ahli-ahli kelab peminatnya sendiri manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer terkenal seperti Ady 6ixthsense, Mikael dan Ammar Dramaband. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah 5:00 Minit, Cinta Gila, Benar Mencintai, Sejadah Cinta, Seandainya, Sesaat Kau Datang dan Takdir Cinta.

 

Ramlah Ram pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu F Sharp adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu. Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album Ramlah Ram dan Sekeping Cinta Sehampar Janji.

 

Diskografi, Filemografi, Pengiktirafan

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

 

  1. Sabarlah Sayang (1986)
  2. Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (1988)
  3. Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (1989)
  4. Duri Dalam Cinta (1990)
  5. Lagu Hits Ahmad Nawab Nyanyian Ramlah Ram (1990)
  6. Kau Penawar Segala Dukaku (1991)
  7. Di Ambang Pintu Kasih (1992)
  8. Nadi Cinta (1993)
  9. Dangdut (1994)
  10. Ramlah Ram (1995)
  11. Sekeping Cinta Sehampar Janji (1998)
  12. Ketentuan (2009)
  13. Aspirasi Hati (2012)

2

Filem

v Buli Balik

3

Telefilem

v Laukku Cukup Masin

4

Konsert

  1. Konsert BMG tajaan Salem
  2. Konsert Dangdut Stadium Negara
  3. Konsert Melodi Emas Istana Budaya
  4. Konsert Melodi Emas Dato Ahmad Nawab Istana Budaya
  5. Konsert Penghargaan Malam Gala 25 Tahun, Impiana Hotel KLCC
  6. Anugerah dan pencalonan

5

Anugerah dan Pencalonan

  1. Juara Bintang RTM 1985.
  2. Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
  3. Juara Persembahan Terbaik (Anugerah Juara Lagu 1988) – Lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu)
  4. Tempat Ke Tiga Juara Lagu 1989 (Cintaku Hanyut Di lautan Sepi )
  5. Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
  6. Anugerah Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records
  7. Anugerah Album Melayu Pertama Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam Book of Record Malaysia
  8. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1988 untuk Album Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
  9. Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
  10. Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
  11. Pencapaian Double Platinum Disc pada tahun 1990 untuk Album Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
  12. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1990 untuk Album Duri Dalam Cinta kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
  13. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1991 untuk Album Kau Penawar Segala Dukaku kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut melebihi 100,000 unit
  14. Pencapaian Gold Disc pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
  15. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
  16. Finalist Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album Di Ambang Pintu Kasih
  17. Finalist lagu Di Ambang Pintu Kasih melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
  18. Finalist Album Pop Tradisional Terbaik Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album Dangdut
  19. Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu Selamat Jalan Romeo
  20. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
  21. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1994 untuk album Pasti Hitz kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  22. Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album Ramlah Ram
  23. Pemenang Anugerah Golden Voice di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
  24. Finalist Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album Cinta Di Musim Dangdut
  25. Pencapaian Single Platinum Disc pada tahun 1998 untuk album Dunia Dangdut Super Duet kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  26. Finalist Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album Sekeping Cinta Sehampar Janji
  27. Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu Zapin Yang Tinggal ciptaan Herman Tino
  28. Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Dirgahayu ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
  29. Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu Ketentuan ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  30. Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu Dirgahayu ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
  31. Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu Ketentuan ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  32. Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010

 

P. Ramlee

 

Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang terkenal. Dianugerahkan Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya, yang mana kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya, beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan Jepun.

 

Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 buah filem, 35 daripadanya ialah arahannya, mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya. Antara filem-filem terkenal P. Ramlee sebagai pelakon ialah Chinta (1948), Abu Hassan Penchuri (1955), Anak-ku Sazali (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan Masam-Masam Manis (1965).

 

Sebagai pengarah, antara filem-filem arahan beliau ialah Penarek Becha (1955), Pancha Delima (1957), siri filem Bujang Lapok (1957–1961), Tiga Abdul (1964) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Laxmana Do Re Mi (1972) menandakan penampilan layar lebar terakhirnya dalam hayatnya. Kemudian dalam kerjayanya, P. Ramlee berlakon dalam drama Intan (1970) dan Rantau Selamat (1972).

 

Sebagai penyanyi, antara lagu-lagunya yang terkenal ialah Azizah, Getaran Jiwa, Aci Aci Buka Pintu, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku dan Air Mata di Kuala Lumpur yang merupakan lagu terakhir yang dirakamkannya sebelum kematiannya. P. Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali dan dikurniakan 10 anak, yang mana 2 daripadanya ialah anak kandungnya.

 

Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung. Beliau menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjayanya, memperoleh beberapa kemenangan dari pelbagai badan pemberi anugerah. Antaranya ialah pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4, Tokyo dan Bakat Paling Pelbagai di Festival Filem Asia Pasifik Ke-10, Tokyo.

 

Kehidupan Awal

 

P. Ramlee dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau ialah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902–1955) dan Che Mah binti Hussein (1904–1967). Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya.

 

Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan Ramlee kerana kesukaran memanggil nama Teuku Zakaria.

 

Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh. Bapanya mengembara untuk menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan ibu P. Ramlee iaitu Che Mah yang berstatus seorang janda. Che Mah pula berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang.

 

Perkenalan ini telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada tahun 1925. P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah gusi, ketika Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

 

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelah malamnya, beliau aktif bersukan.

 

Guru beliau iaitu Encik Hashim adalah bapa kepada Seniman Datuk Ahmad Daud. Setiap hari, beliau akan disuruh oleh Encik Hashim untuk menghantar buku-buku pelajar ke rumahnya. Sebelum pulang ke rumah, beliau seringkali dipelawa untuk makan di rumah Encik Hashim. Ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat. Semasa perang, Ramlee mempelajari asas muzik dan menyanyikan lagu Jepun. Sebaik sahaja perang tamat, beliau mengambil pelajaran muzik yang membolehkannya membaca notasi muzik.

 

1945–1949: Penglibatan Awal

 

Beliau mula meminati bidang muzik apabila melihat rakan-rakannya bermain muzik di kampungnya. Beliau mula mengumpul duit hasil upahan orang dalam usaha untuk membeli sebuah biola. Ketika beliau bersekolah di Japanese Navy School, beliau pernah menjadi ketua dalam satu batalion seramai 150 orang. Apabila pertunjukan pentas diadakan pada setiap malam minggu, beliau seringkali diundang untuk menyanyi beberapa buah lagu. Sistem pendidikan Jepun telah menyebabkan beliau menguasai bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Pihak Jepun telah menghantarnya ke merata-rata tempat untuk mengasah kemahirannya.

 

Selepas selesai menunaikan solat pada waktu malam, beliau berlatih bermain muzik bersama pancaragam Sinaran Bintang Sore. Seterusnya, beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung sebagai pemain biola, penyanyi dan pencipta lagu. Encik Kamaruddin telah menyedari bakatnya dan menawarkan kelas bermain piano di rumahnya. Oleh kerana beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi pengajaran, Normah iaitu anak Encik Kamaruddin telah membawa secawan kopi sebagai galakan.

 

Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan dalam tempat pertama. Pada tahun 1947, beliau berjaya mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.

 

Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk melihat persembahan tersebut walaupun tidak mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang diperoleh daripada majlis keramaian dan pertunjukan pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.

 

Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan Asmara. Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P. Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali pertama.

 

P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma Booty. Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan Kasma Booty kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa berpindah dalam mengadakan pertunjukan.

 

Dalam tahun 1948, B.S. Rajhans, pengarah yang bekerja untuk Shaw Brothers mengesan bakat Ramlee semasa mengadakan persembahan di persembahan keroncong di Pulau Pinang. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1949, Rajhans menjemput Ramlee untuk menyertai Malay Film Productions (MFP) sebagai penyanyi latar. Ramlee tidak berganjak dan berangkat ke Singapura dengan membawa bersama biolanya. Beliau menghadiri uji bakat yang diadakan di studio yang terletak di Jalan Ampas dengan menyanyikan lagu pertama ciptaannya iaitu Azizah. Lagu itu kemudian menjadi karya tandatangannya dan digunakan sebagai lagu latar dalam filem sulung arahannya iaitu Penarek Becha (1955).

 

Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta (1948) yang mana beliau memegang peranan sebagai penjahat dan menyumbangkan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon dan menyumbangkan suaranya dalam filem seperti Nasib (1949) dan Nilam (1949) sebelum menjayakan peranan utama dalam Bakti (1950) dan Takdir Ilahi (1950).

 

Biarpun populariti Ramlee sebagai pelakon meningkat, kerjaya muziknya juga bermula. Suaranya yang merdu melayakkan Ramlee menerima kontrak rakaman bersama Hemsley & Co. Azizah memperoleh keuntungan yang lumayan untuk Hemsley, yang memberi Ramlee wang sebanyak $3,000 untuk lagu-lagunya. Ramlee juga menyanyi bersama Orkestra HMV (His Masters Voice) di bawah bimbingan pengarah muzik, Yusoff B., orkestra itu beraksi untuk Radio Malaya, yang pernah disiarkan di Bangunan Cathay.

 

1950–1957: Kejayaan Awal dan Puncak Populariti

 

Kerjaya filem Ramlee melonjak naik setelah Takdir Ilahi ditayangkan. Menurut rakan karibnya ketika itu, beliau meninggalkan MFP setelah studio itu tidak memenuhi permintaannya untuk kenaikan gaji, sementara rancangan untuk menyertai syarikat perfileman lain iaitu Nusantara Productions, gagal. Kemudian timbul rusuhan Maria Hertogh pada Disember 1950, mendorong Ramlee bertolak ke Johor Bahru di semenanjung Tanah Melayu untuk sementara waktu. Selepas itu, menerusi rakan karibnya dan pengarah Melayu pertama MFP, iaitu A. Mahadi, Ramlee menyertai semula MFP untuk membintangi filem Penghidupan, yang dikeluarkan pada akhir Mei 1951.

 

Selepas kembali bekerja dengan MFP, Ramlee membintangi rentetan filem terbitan studio itu seperti Sejoli (1951), Juwita (1951), Antara Senyum dan Tangis (1952), Hujan Panas (1953) dan Panggilan Pulau (1954) - sehingga beliau mendapat kejayaan besar pertama sebagai pengarah. Pada tahun 1955, Ramlee mengarahkan filem pertamanya iaitu Penarek Becha, di mana beliau juga turut berlakon, digandingkan bersama Saadiah. Filem ini berjaya secara komersial, mendapat ulasan dari majalah hiburan iaitu majalah Filem dan Sukan.

 

Pada tahun 1956, filem ini mendapat penghargaan untuk Filem Melayu Terbaik, Pengarah Terbaik, Lagu Terbaik (untuk Inang Baru) dan Pelakon Terbaik. Hasil arahannya seterusnya memenangi banyak anugerah di Festival Filem Asia.

 

Bekerja di bawah arahan pengarah filem India, Phani Majumdar, Ramlee berlakon di samping Saadiah dan Ahmad Mahmud dalam filem Hang Tuah yang berdasarkan dari kisah legenda Hang Tuah. Ditayangkan pada 28 Januari 1956, ia menjadi filem Melayu pertama yang difilemkan dalam format warna Eastmancolour.

 

Beliau seterusnya bekerja sekali lagi bersama Majmudar dengan membintangi filem Anak-ku Sazali yang mana Ramlee melakonkan dua watak iaitu Hassan, seorang bapa penyayang dan Sazali, seorang anak yang memberontak. Menerusi filem ini, beliau memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia keempat di Tokyo, Jepun.

 

1958–1963: Pengiktirafan Kritis

 

Pada tahun 1958, P Ramlee muncul dengan filem ketenteraan Sarjan Hassan yang mana beliau melakonkan watak senama. Filem ini pada asalnya diarahkan oleh pengarah filem Filipina, Lamberto Avellana, namun Avellana menarik diri dan Ramlee mengambil alih tugas pengarahan. Ia turut dibintangi oleh Jins Shamsuddin, Salleh Kamil dan Saadiah.

 

Dua tahun kemudian, beliau menulis, mengarah dan membintangi filem Antara Dua Darjat (1960) yang mengisahkan tentang hubungan percintaan Ghazali (lakonan Ramlee) dan Tengku Zaleha (Saadiah) yang menerima tentangan daripada keluarga Tengku Zaleha yang mementingkan darjat. Antara barisan pelakon filem ini ialah S. Kadarisman, Yusof Latiff, Ahmad Nisfu dan Kuswadinata. Selain filem, Ramlee turut mengarahkan penerbitan teater seperti Sultan Mahmood Mangkat Di Julang (1959), Kachip Mas (1961) dan Damaq (1952), yang dipentaskan di Happy World dan New World serta di Teater Victoria.

 

juga paling menyerlah dalam komedi, ini terbukti apabila beliau mengarahkan siri filem Bujang Lapok, yang dibintangi oleh beliau sendiri bersama S. Shamsuddin dan Aziz Sattar, menjadi filem komedi beliau yang paling disukai kerana tema kesedaran sosial. Kejayaan Bujang Lapok turut membawa kepada 3 filem susulannya iaitu Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

 

Pada tahun 1962, beliau mendapat ilham daripada kebahagiaannya bersama isterinya, Saloma dengan mengarahkan filem Ibu Mertua-ku di mana Ramlee turut menulis skrip dengan melakonkan watak sebagai Kassim Slamat. Filem ini bukan sahaja menjadi kejayaan komersial, bahkan lagu temanya, Di Mana Kan Ku Cari Ganti mengatasi populariti filem itu.

 

Dalam filem ini juga, Ramlee menunjukkan kemahirannya meniup saksofon. Ibu Mertua-ku memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Paling Serba Boleh yang diperkenalkan khas di Festival Filem Asia ke-10 yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Setahun berikutnya, beliau dan isterinya membuat penampilan khas dalam filem Hong Kong, Love Parade yang dibintangi oleh Lin Dai dan Peter Chen Ho.

 

1964–1973: Kesinambungan Kejayaan dan Penghujung Kerjaya

 

Beliau kemudian mengarah, menulis dan membintangi dua filem dalam tahun 1964 iaitu Madu Tiga dan Tiga Abdul (ditulis bersama S. Kadarisman) yang menjadi filem terakhirnya bersama Shaw Brothers sebelum berpindah ke Studio Merdeka (dimiliki oleh Ho Ah Loke dan H.M. Shah) di Kuala Lumpur pada April tahun yang sama. Keluarga Shaw bagaimanapun, tidak memutuskan hubungan mereka dengan P. Ramlee apabila mereka membeli saham besar di dalam Studio Merdeka. Pada November 1964, Ramlee dan isterinya, Saloma diundang menjayakan persembahan anekawarna di Persatuan Kwong Tong bagi tabung Kaum Ibu dan Muslim UMNO.

 

Beliau mengarahkan filem pertamanya bersama Studio Merdeka iaitu Sitora Harimau Jadian yang mana beliau turut menulis skrip dan berlakon. Untuk filem ini, Ramlee cuba menggunakan kesan khas, namun dengan belanjawan kecil dan bantuan sokongan yang lemah, beliau melakukan pelbagai tugasan termasuk penyuntingan. Semasa sesi pratonton filem ini di Singapura, dihadiri oleh pelakon Ahmad Daud dan Saadiah, Shaw bersaudara keluar hanya selepas 15 minit. Ia menjadi satu-satunya filem Melayu yang telah hilang dari peredarannya.

 

Ramlee kemudiannya mengarahkan 18 lagi filem bersama Studio Merdeka seperti Masam-Masam Manis dan siri filem Do Re Mi sehingga 1972. Pada tahun 1967, susulan kegagalan 3 filem terakhir selepas pemergian P. Ramlee, Malay Film Productions menamatkan operasi mereka. Setahun kemudian, syarikat rakaman yang dinaungi Ramlee iaitu EMI memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya apabila ia tamat. Ini memberi kejutan besar kepada Ramlee, namun beliau memutuskan untuk tidak lagi bekerja dengan EMI dalam apa jua keadaan.

 

Pada 21 Jun 1969, Ramlee dan isterinya, Saloma berlepas ke Medan, Indonesia bagi menyertai rombongan kebudayaan Malaysia yang berada di sana. Turut berlepas ke Medan ialah Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, isteri Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah diundang khas oleh kerajaan republik itu.

 

Filem terakhir beliau ialah Laxmana Do Re Mi (1972) yang merupakan filem terakhirnya bersama Studio Merdeka, manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur yang dinyanyikan oleh isterinya, Puan Sri Saloma selepas kematiannya. Di penghujung kerjayanya, Ramlee berlakon dalam dua siri drama televisyen, iaitu Intan (1970) dan Rantau Selamat (1972), ditulis oleh Abdullah Hussain.

 

Ramlee bersama-sama H. M. Shah dan 3 yang lain telah menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia atau PERFIMA, sebuah pertubuhan filem yang bertujuan untuk memajukan industri perfileman tanah air. Bagaimanapun pada akhir Februari 1973, Ramlee dan H. M. Shah dipecat dari PERFIMA berikutan perbezaan pandangan dengan pucuk pimpinan. Sebelum kematiannya, Ramlee berhasrat menubuhkan syarikat perfileman sendiri untuk bersaing dengan Shaw Brothers suatu hari nanti.

 

Menjelang akhir hayatnya, Ramlee mengetuai rombongan artis-artis Malaysia ke Pesta Filem Asia yang berlangsung pada 14 sehingga 18 Mei 1973 di Singapura.

 

Jasa dan Sumbangan

 

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1963 sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini menjadikan P. Ramlee sebagai bintang filem Melayu pertama menerima anugerah pingat tertinggi negara. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

 

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran doktor. Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Anumerta) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.

 

Pada 15 Ogos 1973, iaitu hampir tiga bulan selepas kematiannya, sebuah pawagam yang dinamakan sempenanya, yang diberi nama Pawagam P. Ramlee telah dibuka secara rasmi dan beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Rumpun Filem Melayu dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris.

 

Pada tahun 1982, namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Di Kuching, Sarawak juga terdapat sebatang jalan yang dinamakan Jalan P. Ramlee.

 

Pada 22 Mac 1986, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, kediaman terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Pustaka Peringatan P. Ramlee dan dibuka kepada umum secara rasmi. Pada asalnya ia merupakan bekas kediamannya, pustaka ini ditubuhkan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau terhadap industri seni tanah air. Ia mempamerkan memorabilia dan bahan-bahan yang berkaitan dengan P. Ramlee.

 

Kemudian, sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia. Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi.

 

Pada tahun 2010, sebuah filem dokumentari mengenai beliau telah disiarkan di The History Channel (ASTRO Saluran 555) dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Pada 22 Mac 2017, sempena ulangtahun kelahirannya ke-88, Google Malaysia memberikan penghargaan kepada P. Ramlee dengan mengabadikan beliau dalam imej Doodle yang mana ia dipaparkan di bahagian depan enjin carian Google.

 

Pada tahun 2021, Kentucky Fried Chicken (KFC) memberi penghargaan khas kepada beliau dengan memperkenalkan Burger P. Ramlee — gabungan antara KFC Zinger dan makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee, Nasi Kandar yang mana boleh didapati melalui pelbagai pilihan Àla Carte, Kombo, Set Legenda dan Kombo Ikon.

 

Dari 14 April sehingga 31 Julai 2022, Fahrenheit 88 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan pameran khas yang dinamakan Galeri P. Ramlee yang didakan di pusat beli-belah itu. Pameran ini terdiri daripada sekian banyak gambar bersejarah serta riwayat hidup mereka dalam bidang kesenian sehinggalah kepada pakaian yang asli pernah digunakan dalam filem dan pertunjukan pentas.

 

Bakat dan Reputasi

 

Selain mengarah dan berlakon, P. Ramlee juga telah menggubah dan mencipta lebih daripada 250 lagu. Dikenali dengan gaya muzik yang versatil, beliau membawakan pelbagai genre termasuk jaz dan joget. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an.

 

Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu ialah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu M. G. Ramachandran dan Sivaji Ganesan. Dom Moraes, yang menulis mengenai P. Ramlee dalam Asia Magazine keluaran April 1972, telah menyifatkan Ramlee sebagai John Wayne dalam dunia perfileman Melayu.

 

Sepanjang kerjayanya, P. Ramlee telah terlibat dalam pelbagai aspek bagi filem-filemnya. Beliau telah mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya. Ramlee telah terlibat dalam 62 filem sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, serta beberapa filem lain dalam kapasiti lain. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan bagi hasil kerjanya.

 

Ahmad Jais

 

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh-yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagunya di Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 Mac 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

 

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada tahun 1959 dan 1960.

 

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila beliau ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

 

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

 

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

 

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura iaitu Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan bersama Kartina Dahari.

 

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu berjudul Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 buah lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

 

Datuk Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh-Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. Pada tanggal 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

 

Pada tanggal 11 Oktober 2011, Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor.

 

Allahyarham meninggal dunia di sisi isteri beliau dan anak bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais. Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September 2011 selepas mengalami masalah sesak nafas.

 

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September 2011. Bagaiamanapun pada 15 September 2011 beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

 

Filemografi dan Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Filem

  1. Aksi Kuching (1966)
  2. Darakula (1972)
  3. Si Badol (1978)

2

Album

  1. Ahmad Jais Terbaik
  2. 14 Album Emas Ahmad Jais
  3. Cinta Lahir Kembali
  4. Ahmad Jais 1964-1974 Vol 1 & 2 (Kompilasi)

3

Lagu-lagu

  1. Abang Pulang (Lagu Raya)
  2. Aidilfitri Di Perbatasan (Lagu Raya)
  3. Berilah Jawapan
  4. Berpisah Jauh
  5. Budi Setahun Segunung Intan (duet dengan Kartina Dahari)
  6. Bukti Jadi Sejarah
  7. Dewi Rindu
  8. Dikau Sumber Ilhamku
  9. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  10. Gelisah
  11. Hujan Semalam
  12. Jauh-jauh
  13. Jumpa Mesra (duet dengan S. Effendi)
  14. Kau Pergi Tanpa Relaku
  15. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  16. Kembali Untukku
  17. Khayal Penyair (S. Effendi)
  18. Lagu Rindu
  19. Lembaran Terakhir
  20. Menanti Di Esok Hari
  21. Mungkin Bersama
  22. Nikmat Hujan
  23. Potong Padi
  24. Rayuan Hasratku
  25. Rindulah Rindu
  26. Si Baju Merah
  27. Si Buyung
  28. Sumpah Setia
  29. Tak Ku Sangka
  30. Tari Inang Pulau Kampai
  31. Untuk Bunga Mu
  32. Waspada
  33. Tiada Maaf Bagimu
  34. Jangan Ditanya Bila Ku Berdua
  35. Mengharap Sinar Menalan Kabus
  36. Kucupan Azimat
  37. Gelisah
  38. Satu Syawal
  39. Selamat Hari Raya
  40. Azizah
  41. Bahtera Merdeka
  42. Berpisah Jauh
  43. Budi Setahun Segunung Intan (duet dengan Kartina Dahari)
  44. Bungaku Puja Dipetik Orang
  45. Di Ambang Sore
  46. Gelisah
  47. Juwitaku Sayang (duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
  48. Ke Mana Di Mana
  49. Kucupan Azimat
  50. Lembaran Terakhir
  51. Mengharap Sinar Menelan Kabus
  52. Selamat Tinggal Bungaku
  53. Takwa dan Iman
  54. Umpan Jinak Di Air Tenang
  55. Mata Duitan

4

Anugerah

  1. Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 – 2006.
  2. Juara Lagu Asli 1959 & 1960
  3. Juara Lagu Pop 1961
  4. Juara Lagu Asli 1962
  5. Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002
  6. Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.
  7. Dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006.

 

Ramli Sarip

 

Datuk Ramli bin Sarip merupakan penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sweet Charity sebagai vokalisnya dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau dikenali peminatnya sebagai Papa Rock. Beliau telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo. Ramli Sarip dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura dan membesar di Johor Bahru kerana keluarga beliau berasal dari Muar.

 

1969–1986: Sweet Charity

 

Ditubuhkan pada tahun 1969, kumpulan rock Melayu yang berpangkalan di Singapura. Sweet Charity mempunyai Ramli sebagai penyanyi utama sehingga meninggalkan kumpulan ini pada tahun 1986. Sweet Charity dilaporkan begitu berjaya pada 1970-an hingga 1980-an dan merekalah yang telah menyalakan letupan rock di Singapura dan Malaysia.

 

Beliau membintangi filem Kembara Seniman Jalanan bersama M. Nasir pada 1986. Untuk beberapa waktu, Ramli telah ditandatangani di bawah Warner Music. Ramli dikreditkan sebagai penyanyi rock Melayu pertama mengadakan dua konsert solo di Istana Budaya di Kuala Lumpur. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan COMPASS Artistic pada tahun 1998.

Untuk mengekalkan rambut yang panjang, Radio Televisyen Malaysia telah mengenakan larangan ke atasnya sekitar tahun 1993, menegaskan bahawa beliau dihalang daripada membuat persembahan di Malaysia selama tujuh tahun. Ramli adalah seorang vokalis untuk pembikinan semula 2011 Home. Sehingga tahun 2011, Ramli telah mengeluarkan 12 buah album solo.

 

Pada 2015, beliau telah dijemput oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza untuk menjayakan persembahan bersamanya dengan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang di Konsert Satu Suara, Vol. 2 yang diadakan di Istana Budaya.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album bersama Sweet Charity

 

  1. Sweet Charity - 1979
  2. Pelarian - 1980
  3. Sejuta Wajah - 1981
  4. Penunggu - 1982
  5. Batu - 1983
  6. Koleksi - 1984
  7. Berita Gempa - 1985

2

Album solo

 

  1. Ramli Sarip - 1985
  2. Bukan Kerana Nama - 1986
  3. Perjalanan Hidup - 1987
  4. Istilah - 1988
  5. Seni dan Suara - 1989
  6. Warisan - 1989
  7. Rentak Hidup - 1991
  8. Ziarah Seni - 1994
  9. Syair Timur - 1997
  10. Alive - 1999
  11. Raja Rock - 2002
  12. Kalam Kesturi - 2002

3

Album Fanatisme 91 (1991) bersama Lefthanded

 

  1. Semangat Lamina
  2. Satu Tidur Panjang
  3. Pesta Hidup Di Kota Raya
  4. Blues
  5. Impian Setaman
  6. Suatu Bayangan
  7. Perjalanan Cinta Abadi
  8. Akal
  9. Lingkaran Sejarah Kita
  10. Tenat

4

Lagu popular

 

  1. Kamelia (1980, bersama Sweet Charity)
  2. Bukan Kerana Nama
  3. Doa Buat Kekasih (duet bersama Khadijah Ibrahim)
  4. Teratai (1979, bersama Sweet Charity)
  5. Syair Laila Majnun

5

Darjah kebesaran

 

Pada 11 Oktober 2013, Ramli bersama-sama dengan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dan pelakon, Rosyam Nor dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

 

Anita Sarawak

 

Anita Sarawak atau nama sebenarnya Ithnaini binti Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura berketurunan Melayu (walaupun kampung halaman asalnya terletak di Malaysia seperti di Temerloh, Pahang, iaitu kampung sebelah bapanya, Dato S. Roomai Noor dan juga Kuching, Sarawak serta Georgetown, Pulau Pinang, iaitu kampung sebelah ibunya, Siput Sarawak) dan pernah menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya dalam industri hiburan.

 

Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai Dewi Utama (The Top Diva) di Asia. Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M. Nasir dan Allahyarhamah Sharifah Aini (1953 - 2014).

 

Dilahirkan oleh seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang masyhur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibu bapanya berpisah sewaktu Anita berusia sembilan bulan. Beliau merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, mempunyai seorang kakak iaitu Allahyarhamah Murni Sarawak (1946-2016) dan 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noorkumalasari.

 

Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu beliau berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan kejayaan demi kejayaan dengan nyanyian solonya. Beliau telah banyak kali menerima anugerah piring emas.

 

Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada tahun 1985 Anita meninggalkan Singapura menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesars Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.

 

Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya iaitu American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik.

 

Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudiannya memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hos TV di Malaysia, Anita banyak mengacarakan rancangan hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & Suria Channel di Singapura antaranya seperti Phua Chu Kang (Penampilan Khas), Speak of a Diva, Bersama Anita dan Mahligai Kita.

 

Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu:

 

1

sewaktu dipilih sebagai Dewi Utama (The Top Diva) di Asia

2

sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan

3

mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro

4

kontrak rakamannya dengan KRU

5

sewaktu dipilih sebagai Dewi Utama (The Top Diva) di Asia

 

Kini, Anita mempunyai sitkom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, beliau amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelar Anita Sarawak, Koleksi Cinta.

 

Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1969 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975, Anita berduet dengan Ismail Haron dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita.

 

Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership) Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.

 

Perkahwinan

 

Perkahwinan pertamanya ialah dengan pemuzik dari kota Singa, Mohamed Abdul Samad pada 1972. Bagaimanapun, mereka berpisah pada April 1976. Tahun 1981, Anita sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi yang hebat kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian. Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Malangnya, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian.

 

Ketika itulah Anita mengambil keputusan nekad berhijrah ke Amerika Syarikat dan memperjudikan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesars Palace. Sebelum berangkat ke Amerika Syarikat, Anita meninggalkan peminat dengan sebuah album Melayu yang memuatkan lagu yang cukup istimewa iaitu Bawalah Daku Pergi.

 

Sedekad berlalu. Pintu hatinya diketuk oleh James Dean Nicholson (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Namun perkahwinan kali ini juga tidak terlepas daripada cabaran getir. Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang beliau harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.

 

Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir bagaimanapun telah memeluk Islam dan mempelajari selok-belok agama sebulan sebelum perkahwinan tersebut dilangsungkan. Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999.

 

Bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita-Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield. Mahathir kemudiannya menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002. Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat apabila pulang kembali ke Amerika Syarikat.

 

Diskografi Terpilih

 

Bil

Perkara

Butiran

1

EP & Singles

 

  1. With a Lot of Soul (1969)
  2. Rain (1970)
  3. Rindu Ku Hilang (1970)
  4. Papa Ku Pulang (1971)
  5. Talipon Berbunyi (1971)
  6. Warna Gambaran Hati (1971)
  7. Kawan Ku Bintang Capricorn (1972)
  8. Pemandu Pelancong (1973)
  9. Antara Aku dan Dia (1974)
  10. Pesan Ayah (1974)
  11. Lekaslah Kembali (1975)
  12. Gembira Bersama (1976)

2

Albums (LP/Cassette/CD)

 

  1. La La La Lu (1972)
  2. Beautiful Sunday/Hari Minggu (1973)
  3. Antara Aku dan Dia (1974)
  4. Live at The Mandarin Singapore (1975)
  5. Anita (1975)
  6. Alam Terpuja (1975)
  7. Sophisticated Lady (1976)
  8. Berdendang Bersama Anita (1976)
  9. Love Me (1977)
  10. Dancing In The City (1978)
  11. The Way I Feel Tonight (1978)
  12. Anita Sarawak (Capitol Records Release) (1979)
  13. Gayamu Biar Sederhana (1979)
  14. For the Love (1981)
  15. Damai (1982)
  16. Bawalah Daku Pergi (Indonesia release/Varia Nada Utama Record) (1984)
  17. Dunia Oh Dunia (Indonesia release/Varia Nada Utama Record) (1985)
  18. Aku Menyayangimu (1985)
  19. Asmara (1989)
  20. Cinta Nan Satu (1990)
  21. Antara Yang Manis (1992)
  22. Seksis (2004)
  23. Another Dimension (2005)

3

Albums (Duo/Kompilasi)

 

  1. Anita & Ismail Kesah Dol Dan Minah EP (1972)
  2. Anita & Ismail Keluarga Bahagia EP (1974)
  3. Ismail Haron & Anita Sarawak, Duo Terhebat (2010)

4

Lagu Popular

 

  1. Akhirnya Kini Pasti
  2. Antara Yang Manis
  3. Asmara
  4. Ayam Den Lapeh
  5. Bawalah Daku Pergi
  6. Bercanda Di Pasiran Pantai (duet bersama Sudirman Haji Arshad )
  7. Bisikan Cinta
  8. Cintamu Muzik Di Hatiku
  9. Dengar Ini Cerita
  10. Joget Sayang Di Sayang
  11. Kisah Kawanku
  12. Lagu Cinta Kita
  13. Lodeh Mak Lodeh
  14. Menunggu Nasi Minyak
  15. Tragedi Buah Epal
  16. Seksis
  17. Ular

 

Filem

 

Tahun

Tajuk

Watak

Catatan

1956

Penchuri

 

Filem pertama, pelakon kanak-kanak

1966

Dua Kali Lima

Ani

 

2003

Mr. Cinderella 2

Suria

 

2006

Diva Popular

 

 

 

Drama

 

Tahun

Tajuk

Peranan

Saluran TV

2003

Selagi Ada Kasih

 

Mediacorp Suria

2004

Agensi Melor

 

Astro Ria

2008

Papaku Rock

 

Astro Prima

 

Telefilem

 

Tahun

Tajuk

Watak

Saluran TV

2004

Topeng

 

Astro Ria

 

Televisyen

 

Tahun

Tajuk

Peranan

Saluran TV

2003–2004

Anita

Pengacara

Astro Ria

2007–2010

Kwek Mambo Anita

 

Astro Prima

2009–2010

Astana

 

Astro Ria

 

Razis Ismail

 

Ghazali Ismail atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail, adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar penghujung era 70-an. Lagu-lagu beliau sering kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia. Beliau berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan wajah beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

1.               Hadirmu Membawa Sinaran (1982)

2.               Lain Dulu Lain Sekarang (1983)

3.               Mawar Bukan Milikku (1985)

4.               Kepulangan (1986)

5.               Terserah (1987)

 

Filem

 

Tahun

Judul

Peranan

1987

Mawar Merah

Razis

 

Hail Amir

 

Datuk Hail Amir dilahirkan pada tanggal 2 November 1947 dan mulai mencipta nama sebagai seorang penyanyi sekitar tahun 1976 dan 1977. Beliau dilahirkan bdi Kebun Lama, Pulau Pinang. Sering berduet dengan Uji Rashid pada era 1970-an. Anak perempuannya, Cinta Shafina kini bekerja di syarikat kosmetik milik Siti Nurhaliza, SimplySiti.

 

Diskrografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Wajah Kesayangan Hamba (1976)
  2. Kabus (1977)
  3. Antara Matamu Dan Mataku (1977)
  4. Hujan (1977)
  5. Bergembira Di Hari Raya (1977)
  6. Menanti Hari Esok (1977)
  7. Apa Jawabnya (1978)
  8. Ku Kejar Bayanganmu (1980)
  9. Lain Dulu Dan Lain Sekarang (1985)
  10. Memori Hit Hail Amir (2006)
  11. Memori Hit Uji Rashid & Hail Amir (2009)
  12. Lagenda Hit Uji Rashid & Hail Amir (2010)

2

Anugerah dan pengiktirafan

 

Wilayah Persekutuan:

v Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2022)

3

Lagu-lagu Popular

 

  1. Wajah Kesayangan Hamba
  2. Hujan
  3. Tanda Kasih
  4. Gelora
  5. Katakanlah
  6. Manakah Cinta
  7. Asmara Bergelora
  8. Bertemu Dan Berpisah
  9. Antara Matamu Dan Mataku
  10. Menunggu Nasi Minyak
  11. Jalinan Mesra
  12. Merpati Dua Sejoli
  13. Dunia Hanya Pinjaman
  14. Aku Teman Setiamu
  15. Biarku Kenalmu
  16. Bila
  17. Bukan Jodoh Bukan Suratan
  18. Cinta Bukan Khayalan
  19. Daku Lupakan Buat Selamanya
  20. Hatiku Kau Lukakan
  21. Hilang Gelap Timbul Terang
  22. Kabus
  23. Kasih Dan Sayang
  24. Kau Datang Lagi Menganggu Fikiranku
  25. Ku Berikan Kasih
  26. Mata
  27. Nada Cinta Bahagia
  28. Renunglah Daku Sepuas Hatiku
  29. Terkenang Padamu
  30. Tiada Lagi Senyuman

4

Lagu-lagu Raya

1.               Seloka Hari Raya - Bersama Uji Rashid

2.               Bisikan Hati di Pagi Raya - Bersama Sharifah Aini

3.               Pengertian Hari Raya - Bersama Uji Rashid

4.               Bergembira Di Hari Raya - Bersama Uji Rashid, Jamal Abdillah, Khadijah Ibrahim dan Azean Irdawaty

 

Filem

 

Tahun

Tajuk

Watak

Catatan

1975

Jiwa Remaja

Hairi

Filem pertama

1976

Cinta dan Lagu

Zulkifli

1977

Menanti Hari Esok

Faizal

1979

Dendang Perantau

Wan Farid

1981

Sesejuk Air Mata Ibu

Anita Dunia Ajaib

1983

Ke Medan Jaya

Shahril

1984

Sindrom Mana Anakku

Dr. Kamal

1991

Jaket Biru

Rashid

Filem terakhir

 

Rosemaria Abd Hamid

 

Rosemariah Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Rosemaria merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Bakatnya di cungkil ketika beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1977.

 

Rosemaria yang berasal dari Kelantan merupakan salah seorang penyanyi wanita terawal yang memenangi pertandingan Bintang RTM, sebuah pertandingan pencarian bakat penyanyi yang paling awal diadakan iaitu bermula pada sekitar pertengahan 1970-an.

 

Beliau menjadi juara Bintang RTM 1977 ketika berusia 21 tahun. Berikutan dari itu, pada 1978, Rosemaria telah menerima tawaran sebagai artis syarikat rakaman antarabangsa EMI dan berjaya mengeluarkan album pertamanya pada 1979. Setelah mengeluarkan album ketiga dan terakhirnya pada 1981, Rosemaria telah melangsungkan perkahwinan.

 

Nama Rosemaria semakin tenggelam dengan kehadiran beberapa lagi juara baru Bintang RTM seperti Juliza Adlizan (1983) dan Ramlah Ram (1985), serta ramai lagi penyanyi pop wanita era 1980-an.

 

Kehidupan Awal

 

Rosemaria Abdul Hamid telah memaparkan bakat dan minatnya dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Malah, pada usia lapan tahun, beliau telah menyanyi di khalayak ramai iaitu di majlis perkahwinan saudaranya.

 

Bapanya tidak melarang anak kedua daripada enam beradik itu menyanyi, malah memainkan peranan sebagai penggalak kepadanya untuk aktif menyanyi sekitar bandar Kota Bharu. Ketika masih di bangku sekolah, beliau menjadi penyanyi tetap kumpulan gambus Delima Adabi.

 

Rosemaria menyertai kumpulan itu sekitar tahun 1969 dan kerap mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan majlis hiburan lain. Daripada situ, bakatnya mendapat perhatian Radio Tiga Kota Bharu dan turut diundang menyanyi di dalam rancangan terbitan radio tersebut.

 

Rosemaria menyertai pertandingan Bintang Radio pada tahun 1972 dan hanya berjaya ke peringkat akhir tanpa meraih sebarang kejayaan. Setahun kemudian, bersama kumpulan The Sheens, beliau mencuba nasib dalam pertandingan Juara Kugiran dan pada 1976 Rosemaria memasuki pertandingan Bintang RTM, namun masih menemui kegagalan.

 

Kegagalan berulang-kali itu tidak mematahkan semangat Rosemaria untuk terus mencuba kerana pada masa itu, siri pertandingan tersebut begitu mendapat perhatian untuk mana-mana bintang baru mencipta nama. Percubaan seterusnya pada tahun 1977 membawa tuah kepadanya. Lagu Bunga Tanjung dendangannya di pertandingan itu membawa tuah kepadanya dan melayakkan beliau bergelar juara.

 

Selepas kejayaan itu, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur kerana sedar di situlah tempat yang paling sesuai untuk mencurahkan bakat nyanyian. Rosemaria juga menyedari sekiranya terus menetap di Kota Bharu, bakat yang ada dalam dirinya mungkin tidak dapat diluahkan sepenuhnya. Ternyata usahanya membuahkan kejayaan.

 

Rosemaria telah menerima tawaran sebagai artis syarikat rakaman antarabangsa EMI dan berjaya mengeluarkan album pertamanya berjudul Kisah Kasih yang dilancarkan pada tahun 1979, yang menjulang nama Rosemaria sehingga beliau mula dikenali.

 

Namun pada masa itu, beliau juga ingin menambah pengalaman menyanyi dan menyertai rombongan Anita Sarawak. Bersama Anita, beliau hanya muncul sebagai penyanyi latar sahaja, namun pengalaman tersebut amat bermakna buatnya kerana banyak pengalaman yang ditimbanya di situ.

 

Bersama Anita, beliau banyak menjelajah negara luar apabila penyanyi terkenal itu mengadakan persembahan di mana-mana negara. Selain bertindak sebagai penyanyi latar, beliau juga turut menari. Daripada sanalah, beliau mula belajar menari dan menyerapkannya ke dalam persembahannya apabila muncul secara solo. Malah, terdapat yang mengatakan gaya persembahannya menyerupai persembahan Anita Sarawak.

 

Kini, Rosemaria kembali menetap di Kota Bharu bersama keluarga dan mengusahakan kedai menjahit pakaian sejak beberapa tahun lalu. Namun, beliau tidak pernah sepi daripada bidang nyanyian. Walaupun tidak mempunyai album terbaru, namun Rosemaria masih lagi aktif menyanyi khususnya dalam persembahan makan malam di sekitar Kota Bharu dan juga persembahan di Radio Tiga Kota Bharu.

 

Minatnya pada bidang nyanyian tidak pernah padam walaupun kini tidak begitu aktif sebagaimana pada peringkat awal kemunculannya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan kembali merakamkan album sekiranya berpeluang. Tambahan pula, sekarang timbul kecenderungan pendengar meminati kemunculan penyanyi lama sepertinya.

 

Diskografi

 

Sepanjang 10 dekad pembabitannya dalam bidang seni suara, Rosemaria menghasilkan tiga album solo dan empat album campuran bersama penyanyi-penyanyi daripada syarikat EMI seperti Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noorkumalasari.

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

 

1.               Kisah Kasih (1979)

2.               Dalam Mengenangmu (1980)

3.               Kisah - Kisah Masa Lalu (1981)

2

Pelbagai

1.               Irama Dan Lagu (1980)

2.               Album Hari Raya (1981)

3.               Senandung 4 Suara (1983)

3

Lagu-lagu

1.               Kisah-kisah Masa Lalu

2.               Cintamu Yang Menyayat Hati

3.               Nasi Dagang

4.               Dalam Mengenangmu

5.               Lagu Raya

6.               Di Pagi Aidilfitri

7.               Senandung Hari Raya

 

Azlina Aziz

 

Azlina Aziz dilahirkan pada tanggal 6 Jun 1962 di Singapura, merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi wanita yang terkenal era 70-an. Beliau merupakan anak kepada penyanyi, pelakon dan penari yang terkenal iaitu Normadiah. Bapa beliau ialah Aziz Jaafar, iaitu seorang seniman veteran yang berlakon di dalam filem-filem Melayu. Beliau mempunyai seorang adik iaitu Liza Aziz.

 

Kerjaya seninya bermula ketika beliau menglibatkan diri sebagai penari kumpulan Normadiah Dancer’s iaitu di bawah pimpinan ibunya. Beliau seringkali muncul sebagai pengiring ketika artis membuat persembahan dalam rancangan hiburan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sekitar penghujung tahun 70-an. Beliau berpeluang mengadakan persembahan nyanyian di khalayak apabila selalu mengikuti ibu bapanya tatkala menghadiri majlis-majlis hiburan. Selain itu, beliau juga diberi peluang untuk muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem-filem yang melibatkan ibu bapanya pada waktu itu. Antara filem berkenaan adalah seperti Sumpah Semerah Padi, Dendang Perantau dan sebagainya.

 

Namun, kerjaya beliau mula berkembang apabila mendapat tawaran berlakon dari pengarah Aziz Sattar dalam filem Prebet Lapok sebagai kekasih kepada A. R. Badul. Filem ini diterbitkan pada tahun 1979. Selain daripada berlakon, beliau turut berpeluang untuk mempamerkan bakat nyanyiannya secara lebih meluas apabila turut menyanyikan sebuah lagu hasil nukilan Kassim Masdor.

 

Beliau juga pernah menjadi pilihan pengarah Omar Rojik untuk memegang peranan sebagai heroin kepada R. Jaafar di dalam filem Si Luncai pada tahun 1980. Namun, penglibatan beliau sebagai pelakon dilihat begitu terbatas. Kebanyakan filem lakonannya bersifat ringan dengan cerita yang berunsur komedi sahaja.

 

Beliau juga pernah ditawarkan untuk memegang peranan utama yang berat di dalam sebuah drama swasta terbitan Sabah Filem Productions yang berjudul Layang-Layang Terputus Talinya. Tetapi, beliau telah menolaknya atas sebab-sebab yang tertentu. Akhirnya, watak itu telah diberikan kepada aktres Maria Arshad.

 

Selain itu, album runut bunyi dari filem Dunia Ana Yang Punya juga menghimpunkan lagu-lagu daripada filem Penyamun Tarbus dan Detik 12 Malam. Album runut bunyi ini juga turut dipasarkan kepada umum oleh Syarikat Indra Record. Dari segi dokumentasi, lagu pertama yang pernah beliau rakamkan di dalam bentuk album adalah lagu dari album runut bunyi Prebet Lapok yang berjudul Kasih Sayang.

 

Selepas penglibatan beliau dalam filem tersebut, bakat nyanyiannya telah menarik minat komposer dan penerbit album terkenal ketika itu iaitu Ahmad Nawab. Setelah lulus proses uji bakat, akhirnya beliau menandatangani kontrak sebagai artis di bawah label WEA Records (Malaysia) Sdn. Bhd. pada tahun 1980. Pada tahun 1981, album sulung beliau yang bernama Kau Pergi Jua berjaya diterbitkan oleh komposer, Akbar Nawab.

 

Nama beliau telah menjadi sebutan seiring dengan populariti lagu Wajahmu di Mana-Mana, Dewi Dewi, Sireh Pinang dan lain-lain. Kehadiran beliau sebagai penyanyi amat memberangsangkan apabila jualan album sulungnya itu mencatat kutipan yang agak tinggi pada masa itu serta mendapat anugerah Silver Disc.

 

Kejayaan Sebagai Seorang Penyanyi

 

Perjalanan seni beliau sebagai seorang penyanyi tetap berjalan dengan jayanya. Selama lebih kurang 10 tahun bernaung di bawah label WEA Records, beliau berjaya merakamkan 9 album penuh (termasuk dua album studio oleh Ahmad Fauzee yang menampilkan nyanyian mereka bersama). Selain itu, beliau pernah merakamkan beberapa lagu bersama dengan artis yang lain.

 

Sehingga kini, beliau tidak merakamkan album baru tetapi masih lagi aktif menyanyi untuk acara-acara tertentu. Kadangkala, beliau akan muncul di kaca televisyen atau pentas-pentas persembahan jika ada acara yang memerlukan khidmat beliau. Terdapat juga berita yang mengatakan beliau akan kembali untuk merakamkan lagu. Sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi, beliau telah mewarnai industri muzik tanah air dengan bakat nyanyian yang dimiliki olehnya. Beliau juga dianggap sebagai seorang penyanyi yang serba boleh kerana kemampuannya untuk membawakan apa sahaja jenis lagu dengan baik sekali.

 

Kebolehan yang dimiliki beliau pernah mendapat pujian Saloma dan Rafeah Buang ketika hayat mereka. Sesungguhnya, beliau adalah antara segelintir penyanyi yang benar-benar mempunyai kualiti yang perlu dipertahankan sebagai penyanyi sepanjang zaman. Pihak yang tertentu juga perlu memainkan peranan untuk mengangkat beliau sebagai pelapis penyanyi tanah air yang menjadi kebanggaan selepas Sharifah Aini.

 

Pada dekad 80-an, nama Azlina sememang berada sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat serantau yang mempunyai vokal ampuh seperti rakan senegara Francissca Peter, Zaiton Sameon, Khadijah Ibrahim, Dayangku Intan, Sheila Majid dan Ramlah Ram, Rahimah Rahim dan Anita Sarawak (Singapura) serta Hetty Koes Endang, Titi DJ, Vina Panduwinata dan Ruth Sahanaya (Indonesia). Beliau pernah tercalon di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1987 untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.

 

Azlina juga pernah muncul menjayakan rancangan hiburan popular Mekar Sejambak terbitan RTM pada pertengahan tahun 80an bersama-sama penghibur popular lain antara lainnya Ahmad Fauzee dan Uji Rashid.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album runut bunyi

 

Dunia Ana Yang Punya (1979)

 

2

Album studio

 

1.               Kau Pergi Jua (1981)

2.               Malu-Malu Sayang (1981)

3.               Bayang-Bayang (1983)

4.               Duniaku (1984)

5.               Mencari Mimpi (1986)

6.               Seikhlas Mana Hatimu (1987)

7.               Mengenang Aziz Jaafar & Normadiah (1988)

8.               Mengenang Aziz Jaafar & Normadiah Vol. II (1990)

9.               Di Sini Buat Pertama Kali (1990)

3

Album pelbagai

 

1.               Riang Ria Hari Raya (1985)

2.               Hitam Putih Kehidupan (1987)

3.               Gema Hari Raya (1989)

4.               Suara Hati (1991)

5.               Suara Hati II (1992)

6.               Seikhlas Budi Aidilfitri (1994)

7.               R.A.P. ‘96 (1996)

8.               Adnan Vs. Azlan Abu Hassan Pasti Hits! (2002)

4

Album kompilasi

 

1.               Nostalgia Azlina Aziz Vol. 1 (1994)

2.               Nostalgia Azlina Aziz Vol. 2 (1994)

3.               Memori Hit (2009)

4.               Terbaik (2010)

5.               Biografi (2011)

6.               Kenangan Abadi (2011)

5

Album lain

1.               Ahmad Fauzee (1987)

2.               Siapa Punya (1987)

3.               Liza (1992)

 

Filem

 

Tahun

Tajuk

Peranan

Catatan

1979

Panglima Badol

Kenanga

Filem pertama

Prebet Lapok

Azlina

Beliau memegang watak sebagai pelakon pembantu

Dendang Perantau

Beliau menari di majlis hari jadi Emilia Dato’ Arif (lakonan Uji Rashid)

1981

Si Luncai

Siti Kembang

Sumpah Semerah Padi

Indah

Beliau memegang watak sebagai pelakon tambahan

1982

Penentuan

Penyanyi Pentas

Beliau telah muncul sebagai penampilan istimewa serta menyanyikan lagu Aku dan Kesepian yang juga dimuatkan dalam album beliau, Malu-Malu Sayang.

 

 

Yunizar Hussein

 

Yunizar Hussein merupakan seorang penyanyi wanita yang terkenal pada era 70-an. Beliau dikenali setelah memasuki pertandingan Bintang RTM. Beliau mempunyai suara yang unik seakan-akan penyanyi Indonesia serta menarik minat pelbagai syarikat rakaman antaranya Philips dan akhirnya mereka mengambilnya sebagai artis rakaman pada tahun 1979. Pada masa itu, artis Philips (juga dikenali sebagai Polydor, Polygram dan Universal Music) terdiri daripada Alleycats, Flybaits dan M. Nasir.

 

Yunizar Hussein merupakan anak kepada Dato’ Mohamed Hoessein Enas, iaitu seorang pelukis handalan yang mendapat gelaran Pelukis Diraja. Yunizar pernah berada di Bangkok, Thailand kerana mengikut suaminya, Michele Ranieri yang bekerja di kedutaan Itali yang bertempat di Thailand. Ranieri adalah seorang yang berbangsa Itali dan bekerja sebagai Attache (bahagian Hal Ehwal Konsular) di kedutaan itu. Beliau juga fasih berbahasa Thai kerana sudah lama menetap di situ. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Francisco Fahad dan Karima Althea.

 

Beliau juga merupakan seorang ahli terapi yang bertauliah serta menggunakan kepakarannya itu untuk mencipta beberapa pati aroma terapi dan mempraktikkan rawatan tersebut di rumah. Selain itu, beliau juga adalah seorang katerer yang menerima tempahan untuk majlis yang tertentu. Beliau juga mementingkan pendidikan agama serta mendedahkan beberapa makanan tradisional masyarakat Melayu kepada anak-anaknya. Selain daripada fasih berbahasa Thai, beliau juga pandai bertutur di dalam bahasa Itali, Sepanyol, Perancis, Urdu dan Indonesia.

 

Kelahiran Album Pertama: Cinta

 

Ooi Eow Jin bertanggungjawab sebagai penerbit kepada album sulung beliau yang bertajuk Cinta pada tahun 1979. Ooi Eow Jin bersama Hamed Samad (bekas suami Yunizar) dan Kofosin bertindak mengubah dan menyusun muzik untuk album ini. Beliau hanya menghasilkan empat album termasuk satu album duet iaitu Dia Ibuku bersama dengan M. Nasir. Selepas menghasilkan album yang bertajuk Semasa, terbitan M. Nasir pada tahun 1982, beliau terus menghilang dari dunia seni tanah air.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

1.               Cinta (1979)

2.               Yunizar (1980)

3.               Semasa (1982)

2

Album duet

Dia Ibu Ku - bersama M. Nasir (1981)

3

Album kompilasi

Pemberian Di Hari Raya (1981)

 

Noorkumalasari

 

Noorkumalasari binti Mohamed Taib dilahirkan pada tanggal 11 April 1956, merupakan salah seorang peragawati sejak 1960-an, yang kemudiannya bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah penyanyi Anita Sarawak.

 

Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum. Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu. Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq. Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.

 

Kehidupan Awal dan Kerjaya

 

Ibu beliau, Datin Umi Kalthum telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai ‘Noorkumalasari’ selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem ‘Tangisan Ibu’ pada tahun 1954. Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem ‘Tunang Pak Dukun’ pada tahun 1960 sebagai watak sampingan.

 

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran ‘Teen Princess’ pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran ‘Ratu’ bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling.

 

Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus sama ada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius. Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati.

 

Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama sebagai ‘Rohayu’ dalam filem Menanti Hari Esok (OST dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, Uji Rashid yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang sama). Ini merupakan satu-satunya filem di mana Noor dan Uji berkongsi skrin yang sama di zaman kegemilangan mereka - era 70-an; satu kenangan manis buat peminat-peminat kedua-dua bintang lagenda bermata galak dan cantik ini.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

  1. Kau Dalam Ingatanku (1978)
  2. Noor (1979)
  3. Aku Dan Dunia Seni (1980)
  4. Ke Mana Kubawa Diri (1981)
  5. Jangan Kau Kembali (1981)
  6. Mata (1982)
  7. Aku Di Sini! (1984)
  8. Wajah (1985)
  9. Inilah Noor (1988)

2

Album pelbagai

  1. Album Hari Raya (1981)
  2. Anita & Noor (2000)

3

Album kompilasi

Koleksi Terbaik Noorkumalasari (1988)

4

Lagu-lagu popular

1.               Mata

2.               Selamat Pagi Sayang

3.               Aku Di Sini

4.               Terpikat

5.               Terpedaya

6.               Aku Dan Perasaan

7.               Istilah Cinta

8.               Lagu Dari Kamar

9.               Hati Seorang Kekasih

10.            Pulang Di Hari Raya

 

Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.

 

Filem

 

Tahun

Tajuk

Watak

Catatan

1960

Tunang Pak Dukun

Anak Lebai Din

Filem ini merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh beliau sebagai pelakon kanak-kanak.

1961

Puteri Gunong Ledang

Anak Kampung

1970

Tuah Badan

1971

Putus Sudah Kaseh Sayang

Emelia

1975

Paper Tiger

Ruby

Filem Hollywood bersama David Niven

1977

Menanti Hari Esok

Rohayu

Filem ini merupakan filem pertama beliau sebagai watak utama.

1979

Tuan Badul

Nor

Tiada Esok Bagimu

Noraimy

1980

Adik Manja

Cikgu Sharina

1981

Abang

Mona

Mangsa

1982

Esok Untuk Siapa

Jamilah/Milah

Penentuan

Zuraidah

1984

Matinya Seorang Patriot

Yohanis

1987

Misteri Rumah Tua

Salmi

Filem seram ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia.

Rahsia

Ramlah

1990

Mira Edora

Hapipah

1991

Bayangan Maut

Inspektor Farah

1992

Penghujung Malam

Sofia

1998

Silat Legenda

Mona (suara)

2018

Arjana

Ibu Ezra

Filem pendek

 

Drama

 

Tahun

Tajuk

Watak

Saluran TV

Catatan

1974

Insaf

TV1

1984

Berteduh Di Sebalik Wajahmu

1988

Primadona

Noorlia

Drama ini pernah ditayangkan di Indonesia

1991

Duri-duri Bahagia

Andriana

1992

Pak Din K.K

Sitkom

1993

Tanah Manisah

TV3

2016

Rumi & Jawi

Astro Prima

Penampilan khas

2017

Kisah Dari Mekah

Umi Kalthum

Astro Oasis

Episod: ‘Pintu No. 9’

 

Telefilem

 

Tahun

Tajuk

Watak

Saluran TV

1992

Perkahwinan

TV3

Keranamu Kekasih

1993

Antara Dua Bayang

2017

Pintu No. 9 Masjid Nabawi

Umi Kalthum

Astro Citra

 

Televisyen

 

Tahun

Tajuk

Peranan

Saluran TV

1979

Dwi Puspa: Sudirman & Noorkumalasari

Dirinya sendiri

TV1

1984

Puspawarna: Noorkumalasari

Puspawarna: Dari Sebuah Bilik

1987

Anugerah Juara Lagu ke-2

Pengacara

TV3

Persona Bintang

Dirinya sendiri

1992

Irasuria: Noorkumalasari

TV1

1994

Mikroskop

Tetamu jemputan

TV3

2017

JoMovie

Astro Citra

2019

Tanya Cik Man

Astro Oasis

2020

Next To Neelofa (Musim 1)

Astro Ria

2021

Pung Pang Rizalman (musim 2)

Melodi

TV3

 

Anugerah Seri Angkasa

 

Tahun

Kategori

Karya

Hasil

1974

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV)

Insaf

Menang

1984

Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV)

Berteduh Di Sebalik Wajahmu

Menang

1991

Duri-duri Bahagia

Menang

 

Festival Filem Malaysia

 

Tahun

Kategori

Karya

Hasil

1980

Pelakon Wanita Terbaik

Adik Manja

Tercalon

1981

Abang

Tercalon

1982

Penentuan

Tercalon

1987

Rahsia

Tercalon

 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

 

Tahun

Kategori

Keputusan

1987

Pelakon Filem Wanita Popular

Tercalon

1988

Tercalon

1991

Tercalon

2017

Anugerah Sepanjang Hayat

Menang

 

Khadijah Ibrahim

 

Dato Khadijah binti Ibrahim atau dikenali sebagai Khaty Ibrahim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal era 70-an. Dilahirkan pada 19 Januari 1959, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim.

 

Kupendam Sebuah Duka merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu NAM Shall Lead The Way (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu Malaysia Truly Asia (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).

 

Dato Khadijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato M. Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Dato Jamal Abdillah, Dato Hattan dan Noraniza Idris.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

 

  1. Sehari Dalam Cinta (1979)
  2. Potret Kasih (1980)
  3. Just Thinking of Us (1981)
  4. Wajah Impian (1981)
  5. Everyday Girl (1981)
  6. Mengapa Aku Disalahkan (1982)
  7. Ill Never Be the Same (1983)
  8. Ku Pendam Sebuah Duka (1987)
  9. 88 (1987)
  10. Citarasa (1989)
  11. Romantika (1992)
  12. Terbang Pulang (2000)

2

Album pelbagai

Aidil-Fitri Bermaaf Maafan (1980)

3

Album duet

  1. Kau Yang Istimewa (1985) (bersama Latif Ibrahim)
  2. Ihsan (1990) (bersama Ramli Sarip)
  3. Lagu Zaman (1992) (bersama Ramli Sarip)

4

Album kompilasi

  1. Nostalgia Khadijah Ibrahim Vol. 1 (1994)
  2. Nostalgia Khadijah Ibrahim Vol. 2 (1994)

5

Album lain

  1. O.K. (1986) (album studio Dato Wah Idris yang menampilkan nyanyian bersama beliau)
  2. Perjalanan Hidup (1987) (album studio Dato Ramli Sarip yang menampilkan nyanyian bersama beliau)

6

Album runut bunyi

Sumber Ilhamku (1979)

7

Darjah Kebesaran

Pahang:

Darjah Indera Mahkota Pahang Peringkat Kedua (D.I.M.P.) – Dato (2009)

8

Drama

  1. Mahligai Gading (2005)
  2. Urusan Hati Cik Drama Queen (2017)

9

Filem

  1. Kembara Seniman Jalanan (1986)
  2. Mr. Cinderella (2002)
  3. Mr. Cinderella 2 (2003)

10

Telefilem

  1. 25 Tahun 5 Minit
  2. Menghitung Hari
  3. Tiada Sempadan

 

Rahimah Rahim

 

Rahimah binti Rahim dilahirkan pada tanggal 9 Disember 1955, merupakan seorang penyanyi Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura pada dekad 1970-an dan 1980-an. Digelarkan ‘Wanita Pertama Lagu’ di negaranya, beliau bernyanyi bukan sahaja dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi juga dalam bahasa Mandarin.

 

Rahimah adalah anak sulung dalam sebuah keluarga penghibur yang terdiri daripada empat adik-beradik. Ayahnya, Allahyarham Rahim Hamid, ialah seorang penyanyi yang amat popular dan yang telah digelar sebagai Nat King Cole Singapura. Ibunya, Mariam Bahrom yang dikenali sebagai Mariam Tahi Lalat (disebabkan sebiji tahi lalat yang ketara pada mukanya) merupakan seorang seniwati veteran.

 

Selain itu, ibu saudaranya (adik perempuan Mariam), Allahyarhamah Datin Saadiah, merupakan legenda dalam kalangan pelakon utama dalam filem-filem Melayu, begitu juga sepupunya, Fauziah Ahmad Daud (anak perempuan Saadiah), ialah salah seorang pelakon Malaysia yang terbaik, serta penyanyi yang popular pada 1980-an. Rahimah juga merupakan adik seibu kepada Allahyarham Bat Latiff hasil perkahwinan ibunya, Mariam dengan suami yang terdahulu.

 

Kerjaya

 

Disebabkan pengaruh-pengaruh di atas, tidaklah menghairankan bahawa Rahimah menjadi pelakon kanak-kanak ketika berumur enam tahun. Filem pertamanya pada tahun 1962 ialah Korban Kasih yang dikeluarkan oleh Penerbitan Filem Cathay-Keris. Ini diikuti oleh dua buah filem, Masuk Agin Keluar Asap dan Kasih Ibu, pada tahun berikutnya.

 

Bagaimanapun, bernyanyi telah menjadi darah dagingnya dan tiga tahun kemudian, ketika berumur 10 tahun, Rahimah memutuskan untuk mengikut jejak ayahnya. Ketika berumur 14 tahun, beliau mula bernyanyi di kelab-kelab malam dan dua tahun kemudian, mengeluarkan rekod EP yang pertama.

 

Rekod itu termasuk lagu Mana Ibunya? yang popular dan yang merupakan versi lagu kulit, Wheres Your Mama Gone? (Chirpy Chirpy Cheep Cheep), oleh Kumpulan Middle of The Road. Ini diikuti oleh album-album yang mengandungi lagu-lagu laris seperti Bintang Sukanku, Gadis Dan Bunga, Masihkan Ada Cinta dan Doa. Album-albumnya yang terlaris ialah Gadis Dan Bunga pada tahun 1982 dan Bebas pada 1984.

 

Pada tahun 1987, ketika berumur 31 tahun, Rahimah mewakili Singapura dalam Peraduan Lagu Dunia di Jepun. Di sana, beliau menyanyikan lagu ciptaan Fauzi Marzuki iaitu Cabaran Cinta dan bergaul dengan Gloria Estefan, mendiang Leslie Cheung dan Alan Tam. Menurutnya, peristiwa itu merupakan kenangan lama yang paling manis dalam kerjayanya. Sepanjang kerjayanya, beliau mengeluarkan 11 buah album di bawah label yang berbeza-beza, termasuk Senada, Josal Records, EMI dan NSR.

 

Rahimah berundur daripada dunia hiburan pada tahun 1989, selepas 24 tahun dalam bidang itu, ketika beliau mengumumkan bahawa Hati Yang Rapuh merupakan albumnya yang terakhir. Persaraannya terjadi tidak lama selepas perkahwinan 12 tahunnya kepada pemain bola sepak Singapura, Mohamad Noh Hussein, berakhir dengan perceraian. Pearl, anak perempuannya yang tunggal, berumur 11 tahun ketika itu. Beliau kemudian pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji dan kemudian memulakan perniagaan penyewaan pakaian pengantin di Singapura, suatu bidang yang amat berbeza daripada kerjayanya yang dahulu.

 

Selepas 15 tahun dalam perniagaan itu, Rahimah menjual syarikatnya kepada seorang kawan disebabkan beliau ingin kembali ke dunia hiburan yang masih merupakan darah dagingnya. Bersama-sama dengan Habsah Hassan, teman lamanya yang akan menulis kebanyakan daripada lirik lagu, Rahimah akan mengeluarkan sebuah album baru sebelum akhir tahun 2006.

 

Diilhami oleh wanita-wanita Afrika, Rahimah memakai tudung bergaya serban sejak 2005 ketika beliau menjadi pengadil untuk sebuah pertunjukan televisyen realiti Singapura. Beliau mula memakai tudung biasa ketika pulang dari Mekah pada tahun 1989. Seorang pengasas arah aliran fesyen, Rahimah merupakan artis wanita yang pertama untuk menonjolkan rambut berwarna-warna, termasuk jalur hijau, di atas pentas. Rahimah memberi penghargaan untuk bakat menyanyi dan menghiburnya kepada ayah dan Allahyarham bapa saudaranya, Dato Ahmad Daud (ayah Fauziah). Rozie, adik perempuannya juga menjadi penyanyi, sedangkan Rahman, adik lelakinya merupakan pelakon Singapura yang popular.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Semurni Lagu (1973)
  2. Mana Ibunya? (1971)
  3. Jaga-Jaga, Kalau Berkata (1973)
  4. Kisah Di Kolam Ikan (1974)
  5. Posnita (1975)
  6. Renungan (1976)
  7. Mari Menari (1980)
  8. Gadis Dan Bunga (1982)
  9. Bebas (1984)
  10. Hello (1986)
  11. Masihkah Ada Cinta (1987)
  12. Kembang Tak Jadi (1988)
  13. Hati Yang Rapuh (1990)
  14. Suatu Memori (2003)

2

Lagu-lagu popular

  1. Bebas (1984)
  2. Gadis Dan Bunga (1982)
  3. Masihkah Ada Cinta (1987)
  4. Selamat Berhari Raya (EMI 1989)
  5. Apakah Rindu Masih Di Hatimu (EMI 1987)
  6. Hati Yang Rapuh 1990
  7. Kembang Tak Jadi (EMI 1988)
  8. Pemuda Tampan (1972)
  9. Bintang Sukanku (1973)
  10. Bintang Disayang (1972)
  11. Datang & Pergi (1973)
  12. Burung Layang-layang (1972)
  13. Rumah Itu Syorgaku (1972)
  14. Rahimah Rahim Iringan And The Commandos (1971)

 

Salamiah Hassan

 

Salamiah Hassan dilahirkan pada tanggal 10 Mac 1951, merupakan salah seorang penyanyi wanita yang terkenal era 70-an. Beliau pernah menyertai pertandingan Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam pertandingan itu, beliau telah mendendangkan lagu If You Go Away. Tetapi, beliau tidak berjaya untuk mendapat tempat tiga teratas apabila sekadar menduduki tempat yang kelapan di dalam pertandingan tersebut.

 

Salamiah mempunyai 2 orang anak, seorang anak perempuan tunggal yang aktif dalam dunia hiburan sebagai penyanyi, iaitu Atilia Haron dan seorang anak lelaki yang bernama Raja Ahmad Shah hasil perkahwinan pertamanya dengan Raja Haron Raja Aziz. Raja Haron Raja Aziz telah meninggal dunia pada 31 Julai 2022 lalu. Salamiah dan Raja Haron telah berpisah pada tahun 1986.

 

Beliau kemudiannya telah berkahwin dengan seorang warganegara Australia yang berasal dari Liverpool, Gerry Hughes di Burnie, Tasmania pada 1 September 2022.

 

Penglibatan Awal dalam Dunia Seni

 

Pada masa dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat, tetapi akhirnya beliau menceburi bidang seni. Namun, kegagalan dalam pertandingan tersebut tidak mematahkan semangat beliau. Datuk Ahmad Nawab yang ketika itu pemuzik bersama Orkestra RTM telah melihat bakat besar yang dimiliki oleh beliau dan bersetuju untuk menerbitkan album sulungnya bersama Life Records.

 

Ahmad Nawab pada masa itu adalah seorang komposer dan penerbit album yang popular dan banyak menghasilkan lagu hit. Pada tahun 1973, beliau membuat kemunculan pertama dalam dunia rakaman dengan album EP, Surat Terakhir dengan iringan Fina Orkestra. Lagu Surat Terakhir ciptaan Ahmad Nawab dan lirik oleh Din Osman benar-benar melonjakkan nama beliau dalam arena seni suara tanah air.

 

Lagu tersebut dirakamkan semula oleh beberapa penyanyi seperti Anita Sarawak, Flora Santos, Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Beliau Fadila. Tiga lagu lain di dalam album itu ialah Tetap Menanti, Hanya Sekali dan Terima Lah. Semua lagu tersebut merupakan saduran daripada lagu Inggeris dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau. Populariti beliau pada masa itu telah menambahkan keyakinan Life Records untuk terus menerbitkan albumnya dari tahun 1973 - 1976.

 

Beliau telah berjaya merakamkan 8 EP (setiap satu mengandungi 4 lagu) yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab dan M. Daud. Beliau mempunyai sebuah album hari raya yang bertajuk Aidil Fitri ketika bersama Life Records. Di samping itu, beliau mempunyai empat album studio (setiap satu mengandungi 8-12 lagu).

 

Penerusan Karier sebagai Artis Rakaman

 

Salah satu album beliau ialah album runut bunyi (OST) yang bertajuk Cinta dan Lagu untuk filem Cinta dan Lagu. Filem ini dibintangi oleh Noor Azizah dan Hail Amir yang keluaran 1976. Pada tahun yang sama, beliau muncul dengan satu lagi album runut bunyi iaitu Jiwa Remaja untuk filem Jiwa Remaja. Filem ini pula dilakonkan oleh Uji Rashid dan Hail Amir. Bagaimanapun, album ini dikeluarkan oleh Shaw Brothers iaitu penerbit filem tersebut.

 

Pada tahun 1976, beliau beralih angin dengan menyertai Warnada Records bersama nama-nama besar yang lain pada ketika itu iaitu Zulkiflee, Sudirman Haji Arshad dan Dahlan Zainuddin. Beliau telah menghasilkan EP yang bertajuk Masa Berlalu terbitan Ooi Eow Jin dan seorang lagi pemuzik di RTM. Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi muncul dengan album runut bunyi iaitu Tiada Esok Bagimu untuk filem Tiada Esok Bagimu. Filem ini dilakonkan oleh Jins Shamsuddin, Noorkumalasari dan Sarimah Ahmad.

 

Lagu Gelombang merupakan ciptaan komposer veteran iaitu Kassim Masdor dan lirik oleh wartawan terkenal, Bahyah Mahmood. Perkara ini telah meletakkan nama beliau kukuh dalam persada seni tanah air. Kassim Masdor telah bertindak sebagai penerbit album terbitan Senada Records ini. Pada awal era 1980-an, beliau terus merakamkan suaranya dengan syarikat rakaman antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia iaitu CBS Records (kini Sony-BMG).

 

Di bawah label CBS Records yang menaungi artis generasi baru dan muzik dengan gaya baru, beliau telah menghasilkan dua album iaitu Suatu Penantian (1982) terbitan Kassim Masdor dan Kembali (1984) yang diterbitkan oleh Ahmad Shariff. Selepas kontraknya dengan CBS Records berakhir, beliau menyepi daripada membuat rakaman album kerana menumpukan perhatian kepada pembikinan lagu untuk iklan.

 

Beliau juga menghiasi iklan produk popular pada zaman 1980-an sehingga beliau digelar Ratu Jinggles. Pada tahun 1987, beliau kembali merakamkan album iaitu Menghitung Hari bersama Betarecs Records Sdn. Bhd. Lagu Menghitung Hari ciptaan Freddie Fernandez dan lirik oleh Habsah Hassan telah menjadi pujaan ramai ketika itu bahkan sehingga kini.

 

Masih Aktif hingga Sekarang

 

Hampir 18 tahun tidak merakamkam suara, beliau kembali merakamkan suara melalui album Tirai Terakhir pada tahun 2005. Album ini diterbitkan oleh adiknya, Hadi Hassan melalui syarikat rakaman Eight Tones. Album ini merupakan edaran Power Records.

 

Pada bulan Januari 2014 beliau telah mengadakan konsert solo pertama beliau di Istana Budaya dengan persembahan yang sangat hebat. Konsert ini diterbitkan oleh Raja Azmi dan semasa konsert ini, beliau telah melancarkan album terbaru beliau berjudul Aku yang diterbitkan oleh Aubrey Suwito mengandungi lagu lagu Melayu Klasik dan juga terdapat sebuah lagu baru bertajuk Aku.

 

Pada awal tahun 2017 beliau telah mementaskan konsert solo pertama beliau di Esplanade, Singapura dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Beliau juga telah mengadakan persembahan penutup Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur. Beliau masih kekal aktif sehingga kini dengan mengadakan persembahan untuk majlis majlis korporat, TV serta sekali sekala mengadakan persembahan di kelab kelab jazz.

 

Menyertai MasterChef Selebriti Malaysia

 

Beliau juga pernah belajar memasak daripada Chef Florence Tan, seorang individu yang menjadikannya sumber inspirasi dalam bidang masakan. Segala kemahiran yang diajar oleh Chef Florence sangat mudah difahami oleh beliau dan berasakan seperti diajar oleh seorang ibu ketika belajar memasak daripadanya.

 

Beliau juga menceritakan peristiwa apabila beliau hanya dibenarkan untuk masuk ke dapur dan belajar memasak semenjak ibunya sakit. Walaupun mendapat peluang untuk mula belajar memasak dalam keadaan yang agak sukar, namun perkara ini diambilnya dengan penuh semangat agar dapat membantu ibunya yang sedang sakit.

 

Untuk mendapatkan badan yang segar, beliau memilih hidangan Sup Tulang sebagai hidangan pilihannya. Selain daripada fungsinya untuk menyegarkan badan, rasanya yang enak telah membuatkan beliau memilih hidangan ini untuk dihidangkan. Beliau amat menggemari guru masakannya iaitu Chef Florence Tan yang juga seorang Chef Selebriti. Setiap ilmu yang diberikan kepadanya sangat mudah untuk difahami serta dihidangkan di meja.

 

Beliau juga pernah melahirkan hasrat untuk menyediakan hidangan yang istimewa buat Chef Wan. Beliau juga ingin mendengar sendiri komen daripada Chef Wan tentang hidangan yang akan diberikan olehnya kerana perkara ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran memasak beliau pada masa yang akan datang.

 

Beliau juga ingin meneruskan minat dalam bidang masakan terutamanya apabila dapat mengacara rancangan masakannya sendiri apabila dinobatkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau tersingkir pada episod yang ke-2.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album EP

  1. Surat Terakhir (1973)
  2. Hari Jadi (1973)
  3. Kaseh Tanpa Balas (1973)
  4. Selamat Tinggal (1973)
  5. Salamiah Hassan (1974)
  6. Jangan Turutkan Hati (1974)
  7. Aidil Fitri (1974)
  8. Aku Menangis Siapa Tahu (1975)
  9. Masa Berlalu (1976)

2

Album studio

  1. Suatu Penantian (1982)
  2. Kembali (1984)
  3. Menghitung Hari (1987)
  4. Tirai Terakhir (2005)
  5. Aku 2014

3

Album runut bunyi

  1. Jiwa Remaja (1976)
  2. Cinta dan Lagu (1976)
  3. Tiada Esok Bagimu (1978)

3

Album lain

Bakat TV 1971 (1971)

4

Lagu-lagu

  1. Aidil Fitri
  2. Aku Curiga
  3. Aku Menangis Siapa Tahu
  4. Angin Bertiup Membelai
  5. Alasan
  6. Alangkah Senang Hai Mata Memandang
  7. Anak Manja
  8. Antara Dua Kasih
  9. Baik Wahai Manis Sekarang Kita Mulakan
  10. Bara
  11. Bayu Teman Ku
  12. Berdebar-debar Rasa Hati
  13. Bintang Mu Taurus
  14. Bila
  15. Bila Hati Dah Sayang
  16. Cinta Ku Mengatasi Segala
  17. Cinta Setia
  18. Cita Cita Ku
  19. Cukup Sudah
  20. Datang
  21. Dengan Cinta Ku Bena Istana
  22. Diary Mu Bermula
  23. Di Mana Ayah
  24. Di Suatu Persimpangan
  25. Fahamilah
  26. Fajar Kasih
  27. Gelombang
  28. Haluanku
  29. Hampa Ku Rasa
  30. Hanya Engkau Dan Aku
  31. Hanya Sekali
  32. Hari Jadi
  33. Hatiku Risau
  34. Jangan Kau Lupakan Diri Ku
  35. Jangan Lepas Kan
  36. Jangan Pergi Lagi
  37. Jangan Turutkan Hati
  38. Janganlah Adik Ingin Berlagak
  39. Jelingan Manja
  40. Jikalau Tidak Kerana Bulan
  41. Jiwa Remaja
  42. Joget Burong Hutan
  43. Kadangkala
  44. Kan Ku Temui Kau Lagi
  45. Kaseh Mu
  46. Kaseh Tanpa Balas
  47. Kau Dan Alasan Mu
  48. Kau Ingin Kebebasan
  49. Kau Yang Mencipta
  50. Kebimbangan
  51. Kembali
  52. Kenangan Manis
  53. Khayalan
  54. Kisah Datukku
  55. Ku Gembira
  56. Ku Kuburkan Hati Ini
  57. Ku Titiskan Air Mata Rindu
  58. La - La - La - La
  59. Malam Ini Tidak Berbintang
  60. Masa Berlalu
  61. Mencari Kedamaian
  62. Menghitung Hari
  63. Miang-Miang Keladi
  64. Mimpi Itu Benar
  65. Nun Di Sana Perahu Nelayan
  66. Pengorbanan Ku
  67. Perpisahan
  68. Pesan Ibu
  69. Sayalah Busu
  70. Scorpio
  71. Sebatang Kara
  72. Sebuah Lukisan
  73. Seiringan Jalan
  74. Sekalung Doa
  75. Selamat Tinggal
  76. Selendangku Ditiup Angin
  77. Semut Semut Di Titian Usang
  78. Suatu Penantian
  79. Sudah Dapat Kata Sepakat
  80. Surat Terakhir
  81. Tak Guna Di-Kesalkan
  82. Tak Ingin Bercinta
  83. Tanpa Kasih Tanpa Sayang
  84. Terima Lah
  85. Tetap Menanti
  86. Tiada Esok Bagimu
  87. Tinggal Kenangan
  88. Tirai Terakhir
  89. Tunggu Tunggu Kaseh Mu
  90. Ucapan Kasihmu
  91. Wajah Mu Di Impian Ku
  92. Yang Larut Lupakan Saja

 

Uji Rashid

 

Uji Rashid atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al-Rashid dilahirkan pada tanggal 1 September 1953, merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita yang terkenal era 70-an. Wajahnya dikatakan menyerupai penyanyi asal kumpulan ABBA iaitu Anni-Frid Lyngstad dan pernah menyanyi berpasangan dengan pasangan duet pertamanya di pentas iaitu Sudirman Haji Arshad, Latif Ibrahim, D. J. Dave dan Hail Amir.

 

Insan seni yang bermata galak ini dikurniakan dengan suara manja yang semulajadi serta sinonim dengan gelaran penyanyi bersuara manja oleh peminat seni tanah air, terutamanya generasi 70-an, 80-an dan 90-an. Bahkan suara manja ini juga menjadi signature beliau yang tersendiri dalam lakonan filem, drama tv dan pentas yang dijayakannya. Sehinggakan pada tahun 2000, Uji Rashid telah meminjamkan suara beliau untuk sebuah siri popular kanak-kanak antarabangsa yang dialihsuarakan ke Bahasa Malaysia.

 

Kehidupan Awal

 

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 60-an. Ketika itu beliau sedang menuntut di sebuah sekolah di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam di mana beliau melibatkan diri dalam tarian ballet. Apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau aktif pula dalam sukan, seni lukis, debat dan seni tari.

 

Akhirnya, atas desakan rakan-rakan sekolahnya, beliau pun menyertai aktiviti tarian untuk pementasan akhir tahun sekolahnya. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tarian dan pada masa yang sama mula berjinak-jinak dengan teater.

 

Boleh dikatakan apa juga cabang seni yang disertainya, sama ada tarian atau lakonan telah membuatkannya berazam untuk mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan beliau berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan.

 

Meskipun tidak berjaya, bakatnya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan berikutan dengan galakan yang diterima daripada penggubah lagu terbabit, beliau telah merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu-lagu berkenaan tidak diterbitkan.

 

Kerjaya Seni

 

Nasibnya berubah selepas itu sebaik sahaja bertemu dengan Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya untuk membintangi filem terbaru yang berjudul Permintaan Terakhir (1975) bersama Nozie Nani, Datuk Sani Abdullah dan Yusof Haslam. Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagu-lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekaligus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru berpotensi besar.

 

Sama ada lakonan mahupun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Uji Rashid dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai, khususnya pada era 70-an. Sebut apa saja, daripada fesyen pakaian, rambut, solekan mata hingga ke personanya yang begitu manja menjadi bualan hangat masyarakat pada ketika itu. Paling menarik dan unik, sampaikan ada sejenis ikan pun turut diberi gelaran Ikan Uji Rashid dek sepasang matanya yang besar dan bulat.

 

Hingga saat ini, tidak ada seorang pun artis tersohor negara diberi gelaran sebegitu. Juga sempena popularitinya, tidak ketinggalan orang Melaka menggelar duit syiling 50 sen sebagai duit Uji Rashid. Seorang pengusaha kain batik pula mengambil kesempatan untuk mencipta Kain Uji Rashid; sejenis corak kain batik.

 

Rasanya, Uji Rashid sendiri tidak pernah meraih apa-apa keuntungan daripada ini semua melainkan berasa cukup terharu. Kalaulah Uji Rashid berada di kemuncak popularitinya pada era milenial ini (dengan kegilaan masyarakat pada kecanggihan media sosial); bayangkan saja liputan berita mengenai beliau, peluang lakonan dan nyanyian yang bakal diterimanya serta barisan anugerah yang mungkin menjadi miliknya; sama ada berlandaskan bakat berkualiti atau impak populariti.

 

Filem-filem lakonannya cukup meninggalkan kesan seperti Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau, Langit Tidak Selalu Cerah, Yassin, Mistik, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Misteri Balan-Balan dan beberapa buah lagi.

 

Sebelum wujudnya penganugerahan di Festival Filem Malaysia pada awal tahun 80-an dan datangnya zaman internet, Uji Rashid telah berjaya mencipta era kegemilangannya sebagai bintang filem pujaan ramai menerusi barisan filem paling laris dekad 70-an seperti Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok dan Dendang Perantau.

 

Beliau digelar Primadona Filem Melayu era 70-an dan satu-satunya seniwati yang mempunyai nama dan pengaruh sangat besar dalam kalangan pencinta filem tempatan pada waktu itu (ini kerana Uji Rashid juga merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada dekad yang sama).

 

Melalui penghayatan watak yang beliau persembahkan dalam setiap satu filem yang dijayakannya kecuali Menanti Hari Esok di mana Uji Rashid merupakan bintang undangan khas dan penyanyi runut bunyi, Uji Rashid tidak pernah ketinggalan untuk tersenarai sebagai calon unggulan (akhir) buat trofi Pelakon Wanita Terbaik. Malah, untuk Pesta Filem Malaysia Pertama sendiri (1980), nama Uji Rashid berdiri sebaris dengan aktres lagenda tanah air yang hebat dan berkarisma di peringkat akhir pencalonan anugerah utama itu seperti Azean Irdawaty, Noorkumalasari dan Fauziah Ahmad Daud.

 

Sejak itu, setiap watak utama yang dijayakannya melayakkan beliau bertanding sama di acara Festival Filem Malaysia; membuktikan kecemerlangan bintang besar ini dalam bidang lakonan. Filem-filem yang dimaksudkan adalah Dendang Perantau (mewakili filem beliau pada lewat 70-an) serta filem-filem drama berat seperti Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin.

 

Uji Rashid paling hampir menggondol anugerah utama dalam majlis berprestij itu pada FFM8 melalui filem Yassin seperti yang diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama ketika itu tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Bahkan harus diingat lakonan menyayat hati dan cukup berkesan Uji Rashid di dalam filem tragik (juga kemunculan pertama beliau pada tahun 1975) iaitu Permintaan Terakhir nyata telah mengundang pujian ramai yang melimpah-ruah namun tiada sebarang acara penganugerahan terbilang wujud pada zaman itu.

 

Sejak awal tahun 1980-an, Uji Rashid mula beralih pula membintangi ratusan drama tempatan. Uji Rashid juga merakamkan puluhan lebih piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk album duetnya dengan Hail Amir dan bersama artis-artis lain secara beramai-ramai.

 

Semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid telah berjaya terjual melebihi 30,000 unit lantas menjadikan Uji Rashid sebagai salah seorang artis yang paling laris pada waktu itu.

 

Antara album yang dihasilkan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu sepanjang karier nyanyiannya ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati, Bisikan Hati, Melayu Klasik dan Bukan Terpaksa.

 

Era 70-an juga menyaksikan pemilik nama glamour Uji Rashid ini mengukir sejarah sebagai trendsetter terutamanya pada fesyen bulu mata dan rambut Paris Look beliau. Uji Rashid dikatakan mendapat ilham untuk memotong pendek rambutnya sewaktu kunjungan beliau ke Paris atas urusan rasmi pada pertengahan tahun 70-an.

 

Sememangnya pada zaman kegemilangan Uji Rashid, beliau banyak membuat lawatan ke luar negara seperti London, Stockholm dan Paris sebagai duta negara merangkap penyanyi dan penari mewakili Kompleks Budaya Negara. Uji Rashid turut terlibat mewakili Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-21 di Jakarta menerusi filem Permintaan Terakhir suatu ketika dulu (1975).

 

Kesinambungan Kerjaya

 

Selepas menikmati kejayaan yang boleh dibanggakan melalui album Bisikan Hati (1988) sehingga lebih 3 lagu berentak kontemporari daripada album tersebut telah mencuri hati peminat; Peristiwa Semalam, Rinduku Semakin Mendalam, Sekadar Mengingati serta beberapa lagi, Uji Rashid terus berbakti pada dunia lakonan yang juga sudah sebati dalam dirinya.

 

Sehinggakan pada sekitar Mei-Jun 1991, tatkala Penghibur No. 1 Asia, rakan seperjuangan beliau iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad sibuk mencari Uji Rashid untuk dipelawa merakamkan lagu-lagu baru, Uji Rashid tidak ditemui oleh Sudir. Sudirman bercadang menerbitkan album baru Uji Rashid di bawah label Sudir Records/Production kerana berpendapat bahawa Uji Rashid memiliki suara yang manja dan lemak merdu; tiada penyanyi yang mampu meniru suara unik Uji Rashid.

 

Sudir mengatakan adalah rugi jika Uji Rashid tidak terus menyanyi dan merakamkan album. Apakan daya, takdir menentukan yang Uji Rashid berada di luar Kuala Lumpur untuk jangkamasa yang agak panjang pada waktu itu kerana komitmen drama swasta yang dilakonkannya. Akhirnya, hasrat Sudirman tidak kesampaian kerana tidak berapa lama kemudian Allahyarham telah terlantar sakit selama lebih 7 bulan.

 

Bagaimanapun, 4 tahun selepas itu Uji Rashid telah merakamkan album duet kembali pada 1995 berjudul Melayu Klasik bersama Hail Amir. Album ini mencatat kejayaannya yang tersendiri sehingga tercalon ke peringkat akhir Anugerah Industri Muzik ke 3 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Berkumpulan) dan juga Album Pop Tradisional Terbaik.

 

Penyanyi bukan Melayu terkenal tanah air iaitu Francesca Peter juga pernah mengundang Uji Rashid merakamkan sebuah lagu dengannya sebagai tribute beliau buat Biduanita legenda ini (Fran sendiri juga merupakan seorang peminat setia). Lagu tersebut karya Julfekar merupakan satu kolaborasi yang padu dan menyentuh jiwa (biarpun tidak ramai yang tahu) berjudul Suatu Saat Dulu; dimuatkan dalam album Fran iaitu Masih Merindu (2005). Suara yang dilontarkan Uji Rashid selain kekal manja dan mersik, jelas begitu mendayu dan sayu dalam lagu tersebut.

 

Penyanyi alaf baru, Yuna yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat juga pernah menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat penyanyi senior ini; menyampaikan lagu ciptaan beliau iaitu Terukir di Bintang pada Anugerah Juara Lagu tahun 2013. Ketika itu Yuna tidak dapat bertanding atas faktor percanggahan jadual rakaman beliau di negara Uncle Sam tersebut. Yuna sekeluarga mengatakan bahawa Uji Rashid merupakan penyanyi idola mereka dan satu-satunya calon paling tepat membawakan lagu bernada sebegitu menggantikan Yuna.

 

Bagaimanapun, sedikit kontroversi terpalit bilamana Uji Rashid digugurkan daripada membuat persembahan pada saat-saat akhir atas faktor kesihatan. Sebagai penyanyi berpengalaman, Uji Rashid telah menangani isu tersebut secara profesional dengan menggunakan saluran yang betul biarpun dikecam teruk oleh sekumpulan netizen.

 

Di samping berterusan menerima undangan menyanyi sehingga kini, Uji Rashid juga pernah terbabit dalam program hiburan sukaramai 80-an iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini; bersama-sama antara lainnya penyanyi Ahmad Fauzee dan Shah Rezza.

 

Dianggarkan sudah ratusan drama tempatan yang dibintangi oleh Seniwati Uji Rashid (hampir kesemuanya adalah watak utama wanita selain undangan) bermula pada tahun 1980-an. Wajah jelitanya tidak putus-putus menghiasi kaca televisyen Malaysia melalui slot-slot drama terkenal pada waktu itu. Uji Rashid selayaknya digelar Ratu Layar Kaca 80-an juga The Nations Darling of 70’s&80’s lantaran kekerapan beliau muncul mewarnai kedua-dua dunia senilakon dan nyanyian tanah air.

 

Pada tahun 1983, ia bagaikan Hari Raya Uji Rashid bila mana Uji Rashid menjadi artis paling laris menghangatkan Aidilfitri tahun tersebut; melalui drama dan program hiburan (nyanyian) di televisyen. Antara lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber tinggi dan watak penyedih ini yang dikenang sehingga ke hari ini adalah watak dalam drama seperti Kejadian Dalam Estet, Panggilan Pusara, Jauh Pandangan, Haryati dan Nazirah.

 

Uji Rashid terus menjadi pilihan utama sebagai heroin penerbit drama dari tahun 80-an hinggalah 90-an dan serasi digandingkan dengan hero-hero popular dekad-dekad tersebut melalui karya seperti Demam Malam, Fatihah, Hidayat, Beliau Bukan Untukku, Mencari Jalan Pulang dan Abang Muda.

 

Selain drama berdurasi 45 minit dan 90 minit, beliau juga turut menjayakan drama berepisod panjang yang menjadi tontonan ramai seperti drama bersiri PJ dan Opah. Dalam siri PJ, Uji Rashid memegang watak sebagai Tengku Marlina yang diilhamkan daripada watak Sue Ellen dari siri TV Amerika popular tahun 80-an, Dallas. Mungkin juga watak isteri lelaki korporat itu diserahkan kepada Uji Rashid kerana kecantikan sepasang mata bundarnya; atas rujukan watak asal tersebut.

 

Kali terakhir Uji Rashid beraksi buat sebuah telefilem adalah dalam drama yang meruntun jiwa Mariam Annisa pada tahun 2008. Pelakon karakter ini melakonkan watak Mariam Annisa - seorang bekas pelacur yang lanjut usia; yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di kampung halaman sendiri dan bertaubat. Namun, sikap orang kampung yang prejudis serta hipokrit pada masa yang sama telah menyedarkan diri beliau yang kehadirannya hanya menjadi bahan cemuhan yang tiada penghujung.

 

Uji Rashid nyata tidak mempersia-siakan ruang untuk terus berkarya yang diberi dengan mempamerkan lakonan yang mantap dan menyentuh hati. Ramai yang masih ingat bahawa Uji Rashid juga pernah terlibat dalam siri alihsuara kegemaran ramai Ultraman pada era 90-an. Watak beliau adalah sebagai heroin atau rakan setugas hero siri tersebut pada satu siri yang awal dan kemudiannya sebagai Kapten Megumi Iruma pasukan penyelamat bumi pada siri berikutnya Ultraman Tiga - membuktikan bahawa anugerah suara yang manja itu telah membawa beliau jauh untuk terus meneroka bidang seni yang dicintainya.

 

Satu lagi cabang seni yang Uji Rashid pernah ceburi adalah pengacaraan. Uji Rashid diberi kepercayaan menjadi pengacara jemputan rancangan popular Muzik Muzik TV3 pada tahun 1987 dan pemudahcara episod Masakan Kuih Tradisional Bersama Uji Rashid pada bulan Ramadhan di awal tahun 90-an. Gaya penyampaiannya yang manja dan bersahaja di kaca televisyen telah memikat hati ramai penonton.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album EP

  1. Uji Rashid (1975) (EMI)
  2. Semakin Hari Semakin Sayang (1976) (EMI)

2

Album studio

  1. Ku Kekosongan (1976) (EMI)
  2. Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (1977) (EMI)
  3. Mengapa Derita Yang Di Cari (1980) (WEA)
  4. Mengapa Berjauhan (1981) (WEA)
  5. Merpati (1983) (CBS/SONY)
  6. Bisikan Hati (1988) (Soundwaves)
  7. Bukan Terpaksa (1999) (EMI)

3

Album duet

  1. Antara Matamu dan Mataku (1976) (bersama Hail Amir) (EMI)
  2. Hujan (1977) (bersama Hail Amir) (EMI)
  3. Ku Kejar Bayangan Mu (1980) (bersama Hail Amir) (WEA)
  4. Melayu Klasik (1995) (EMI)

4

Album kompilasi

  1. Kenangan Manis - Siri Mat Jimat EMI (1993) (Dirilis semula pada tahun 2014 bersama siri 24-bit Remastering)
  2. Asmara Bergelora (bersama Hail Amir) - Siri Mat Jimat EMI (1994) (Dirilis semula pada tahun 2014 bersama siri 24-bit Remastering)
  3. Kenangan Mengusik Jiwa - Selekta Emas WEA (1994)
  4. 1975-1977 Vol. 1 & 2 - Siri Perdana EMI (1997)
  5. Cerita Asmaraku (Bersama Hail Amir) Vol. 1 & 2 - Siri Perdana EMI (1997)
  6. Memori Hit 2 - Warner Music (2009)
  7. Siri Biografi - Warner Music-EMI (2011) (Mengandungi sebahagian lagu Uji Rashid dari 4 pihak syarikat rakaman iaitu EMI, WEA, CBS dan Soundwaves)
  8. Siri Lagenda Hit (2013)
  9. Siri Bintang Pujaan (2014)
  10. Koleksi Lagu-Lagu Terbaik - Warner Music (2015)

5

Lagu Uji Rashid paling evergreen

 

(Penilaian dibuat berdasarkan bilangan artis yang menyanyikan semula, kekerapan siaran di radio dan kaca tv, lagu wajib bermusim, pilihan runut bunyi atau latarbelakang filem atau drama, lagu mengungguli carta terkenal, memenangi anugerah utama, menjadi pilihan dalam pertandingan nyanyian dan tontonan ramai di youtube atau media sosial)

 

  1. Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu
  2. Semakin Hari Semakin Sayang
  3. Menanti Hari Esok
  4. Namamu Terukir Di Hatiku
  5. Seloka Hari Raya
  6. Tangisan Semalam
  7. Ku Ingin Selalu Di Sampingmu
  8. Penawar Di Hati
  9. Hanya Kasih
  10. Kemesraan
  11. Ulik Mayang
  12. Mengapa Dirindu
  13. Ku Kekosongan
  14. Sani
  15. Akulah Laguku
  16. Peristiwa Semalam

6

Lagu Raya paling malar segar

 

(lagu wajib dalam playlist Hari Raya)

 

  1. Seloka Hari Raya
  2. Doa Di Hari Mulia
  3. Dengan Bismillah

7

Filem

  1. 1975 Permintaan Terakhir (pelakon utama)
  2. 1975 Jiwa Remaja (pelakon utama)
  3. 1977 Menanti Hari Esok (penampilan istimewa sebagai Uji Rashid di samping aktres utama- Noorkumalasari)
  4. 1979 Dendang Perantau (pelakon utama)
  5. 1981 Langit Tidak Selalu Cerah (pelakon utama)
  6. 1989 Yassin (pelakon utama)
  7. 2003 Mistik (penampilan istimewa sebagai Professor)
  8. 2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang (pelakon pembantu)
  9. Misteri Balan-Balan

8

Drama

(Di antara ratusan drama yang dibintangi oleh Uji Rashid- majoritinya watak heroin dan pada zaman sebelum internet digunakan dengan meluas; dinyatakan beserta pelakon gandingan beliau)

 

  1. 1980 Puteri Tawanan (Panggung): Ahmad Tamimi Siregar
  2. Sayang Adik Sayang: Abu Bakar Omar
  3. 1980 Wajah Saya, Otak Awak: Baharuddin Haji Omar
  4. Kelopak Bunga Putih: Jalaluddin Hassan
  5. Maaf Tak Terucap: Abu Bakar Kassim
  6. Hidayat (Siri): Jalaluddin Hassan/Azizah Mahzan/Allahyarhamah Azean Irdawaty/Yusni Jaafar/Wan Maimunah/Hamidah Wahab
  7. Demam Malam: Allahyarham Abdullah Chik/Sofia Jane/Ridzuan Hashim/Lyle Skosey
  8. Malam Shahdu (Panggung): Johari Yusof/Tamam Idris
  9. Atika Ayuni: Sharifah Haslinda
  10. Sanggar Bayu: Abu Bakar Omar
  11. Bunga-Bunga Retak: Jalaluddin Hassan/Mustafa Kamal/Jasmin Hamid/Roy Azman
  12. 1981 Kejadian Dalam Estet: Ahmad Tamimi Siregar
  13. 1981 Bahtera: Khalid Salleh/Meor Hashim Manaf/Imuda
  14. 1981 Gelisah Seorang Seniman: Khalid Salleh/Noriah Ahmad/Fauziah Samad
  15. 1981 Ombak: Allahyarham Ismail Din
  16. 1981 Buat Menyapu Si Air Mata (Siri): Zakariah Ariffin
  17. 1981 Dulang Tembaga: Razali Buyung
  18. 1981 Sembang Mak Lang (Siri): Aida Rahim
  19. 1981 Siri Opah: Allahyarham Zami Ismail/Khadijah Abu Hassan
  20. 1981 Siri Santan Belada: Allahyarham Zami Ismail/Allahyarham Ahmad Abdullah/Allahyarham Yusuf Mohd.
  21. 1982 Azimah: Allahyarham Shukery Hashim/Allahyarhamah Noraini Hashim
  22. 1983 Senja Belum Berakhir: Abu Bakar Omar, Allahyarham Rosnah Mohd Noor
  23. 1983 Panggilan Pusara: Allahyarham Mustaffa Noor/Allahyarham Azean Irdawaty
  24. 1984 Pj Holdings: Datuk Aziz Singah/Datuk Yusuf Haslam/Allahyarham Osman Zailani/Fatimah Yassin/Allahyarham Azmil Mustapha/Melissa Saila/Rosnah Mohd Noor/Allahyarham Mahyon Ismail
  25. 1984 Kali Pertama Cinta Ku Bersemi: Allahyarham Megat Saiful Bahari/Lydiawati/Cico Harahap
  26. 1985 Shafikah: Zaidi Omar
  27. 1985 Kabus Di Tengah Kota: Mozaid/Datin Rosnani Ludin
  28. 1985 Haryati: Ebby Saiful/ Yunus Mansor
  29. 1986 Jauh Pandangan: Hisham Ahmad Tajuddin/ Allahyarhamah Mariani
  30. 1986 Nazirah: S. Sahlan/Marlia Musa/Izzaidah Khairan
  31. 1986 Cinta Nusantara: S. Sahlan
  32. 1987 Hari Ini Bukan Semalam: Dharma Harun Al Rashid, Alice Voon
  33. 1990 Seliuh Anak Seluang: Ainina Ahmad B./ Zizie Ezette/ Arash Mohammad/ Rosyam Noor, Umie Aida
  34. 1991 Selamat Ulang Tahun,YB: Datuk Rahim Razali
  35. 1991 Tuah Jebat: Rahim Jailani/Sidi Oraza
  36. 1994 Raya Terakhir: Abu Bakar Omar
  37. 1995 Fatihah: Zaidi Omar/Ridzuan Hashim/Aida Aris
  38. 1995 Dia Bukan Untukku Sebagai Indah Fuziana Farhan: Mubarak Majid, Ruzaidi Abd. Rahman, Fauziah Nawi, Kartina Aziz & Allahyarham Osman Zailani
  39. 1996 Abang Muda: Edika Yusof, Raja Noor Baizura, Khadijah Tan, Rozie Othman & Noralbaniah
  40. 1998 Mencari Jalan Pulang: Roy Azman/Janet Khoo/Sham Visa
  41. 2002 Trauma: Cico Harahap/Wardina Safiyyah
  42. 2002 Julia: Wardina Safiyyah/Isma Danial
  43. 2003 Orang Kasar: Eman Manan/Jalaluddin Hassan/Loloq/Azizah Mahzan/Ako Mustapha/Liyana Jasmay
  44. 2006 Empayar 5K: Kuswadinata/Zizie Ezette/Aida Rahim
  45. 2008 Mariam Annisa: Latif Borgiba/Aziz Sattar/Razali Buyung/Kuswadinata
  46. 2012 Spagetti Kuah Lodeh: Hail Amir/Liza Abdullah/Azhan Rani/Adira

9

Teater

  1. 1973 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
  2. 1975 Uda Dan Dara
  3. 1975 Hang Tuah
  4. 1986 Tanah Bernanah (bersama Lily Patra)
  5. 1989 Cindai
  6. 1989 Intan Siti Rahimah (bersama Eman Manan)
  7. 1991 Malam Ini Penyu Menangis (bersama Sofia Jane dan Sabri Yunus)
  8. 1995 Primadona (bersama Zaidi Omar, Bohari Ibrahim dan Kartina Aziz)
  9. 2012 Sumpah Raja Bersiong

 

Anugerah Festival Filem Malaysia

 

Tahun

Kategori

Karya

Keputusan

1980

Pelakon Wanita Terbaik

Dendang Perantau

Tercalon

1981

 

Langit Tidak Selalu Cerah

Tercalon

1989

 

Yassin

Tercalon

 

Anugerah Seri Angkasa

 

Tahun

Kategori

Karya

Keputusan

1983

Pelakon Terbaik (Wanita)

Senja Belum Berakhir

Menang

1984

Kali Pertama Cintaku Bersemi

Tercalon

1986

Jauh Pandangan

Tercalon

 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

 

Tahun

Anugerah

Kategori

Keputusan

2004

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004

Anugerah Biduanita Veteran (kini dikenali Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat)

Menang

 

Anugerah Industri Muzik

 

Tahun

Anugerah

Kategori

Keputusan

1995

Anugerah Industri Muzik ke-3

(i) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album- Berkumpulan (bersama Hail Amir)

(ii) Album Pop Tradisional Terbaik; kedua-duanya melalui Album Melayu Klasik

Tercalon

 

Anugerah MACP

 

Tahun

Anugerah

Kategori

Keputusan

2007

Anugerah MACP 2007

Lagu Paling Popular 70an- Semakin Hari Semakin Sayang

Menang

 

Anugerah Khas

 

Tahun

Anugerah

Kategori

Keputusan

2015

ASEAN Outstanding Business Award

Lifetime Achievement Award

Menang

 

Lain-lain Anugerah (Acara, Program Hiburan)

 

Tahun

Program

Kategori

Keputusan

2011

Tiada Lama Tiada Baru.. Satu-satunya

Ikon Paling Popular

Menang (melalui undian SMS). Calon-calon lain antaranya Aishah, Dato Jamal AbdillahMas Idayu

 

Maria Bachok

 

Maria Bachok, anak kelahiran Singapura, merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar akhir tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an. Beliau mula dikenali dalam bidang seni suara Melayu setelah merakam rekod pertamanya pada tahun 1969. Selain membuat rakaman solo, Maria juga merakam lagu-lagu paduan suara bersama beberapa penyanyi lelaki seperti Jamal Awang, Salim I., R. Ismail, A. Ramlie dan pelawak Jaafar Onn.

 

Maria Bachok mula digandingkan dengan A. Ramlie dalam rancangan hiburan TV Singapura bertajuk Istana Pesta pada tahun 1971. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun berikutnya dan dikurniakan anak tunggal perempuan iaitu Marliana, yang lahir pada tahun 1973. Dari perkahwinan Marliana pula, mereka dikurniakan dua orang cucu.

 

Semenjak perkahwinan mereka, Maria dan Ramlie banyak merakam lagu-lagu duet hingga akhir tahun 1970-an. Selain lagu-lagu baru, mereka berdua juga banyak merakam lagu-lagu saduran Hindi dan lagu-lagu lama dari filem-filem Melayu klasik. Mereka turut diundang menyanyi dalam rancangan-rancangan hiburan terbitan Radio & Television of Singapore (RTS) baik di radio mahupun televisyen.

 

Ketika zaman kebangkitan semula irama pop yeh-yeh di pertengahan tahun 1980-an, mereka berdua terus mendapat sambutan hangat. Pada waktu ini jugalah, pasangan ini nekad menetap di Johor Bahru kerana mendapat tawaran menyanyi di Juwita Lounge milik penyanyi seangkatan mereka iaitu Hasnah Haron di sana. Namun begitu, jodoh mereka tidak panjang setelah bercerai pada tahun 1988.

 

Maria kemudiannya bernikah dengan Mohd. Ashiq, juruhebah Radio 2 Singapore Broadcasting Corporation (SBC) iaitu saluran radio Bahasa Melayu di Singapura. Meskipun sudah bercerai, hubungan Maria Bachok dan A. Ramlie tetap baik hinggakan mereka kembali merakam semula lagu-lagu duet mereka terdahulu dalam sebuah album kompilasi bertajuk Itulah Sayang terbitan SRC keluaran 1996.

 

Diskografi

 

Bil

Tahun/Perkara

Butiran

1

1969

Rakaman split EP bersama Jamal Awang iringan The Times keluaran Olympic Records.

2

1970

Rakaman split EP bersama R. Ismail iringan The Times keluaran Olymic Records.

3

1971

Rakaman split EP bersama Salim I. keluaran Panda Records.

4

1971-1972

Rakaman bersama A. Ramlie iringan The Commandos (dari Indonesia) dan The Nite Walkers (dari Johor Bahru) dalam beberapa siri EP keluaran Panda Records.

5

1974-1978

Rakaman bersama A. Ramlie dalam beberapa siri EP dan LP (bertajuk Kasih Berbunga Sepanjang Musim dan Kisah Hidup Ini) terbitan Senada Records.

6

1996

Rakaman bersama A. Ramlie dalam album kompilasi Itulah Sayang keluaran SRC.

7

Lagu-lagu

  1. Bunga Kembang
  2. Jauh Dikenang dekat Disayang
  3. Kasih Di Hati Sayang Di Mata
  4. Malam Tujuh Likur
  5. Pantai Cinta Sayang

 

Sarena Hashim

 

Sarena Hashim, anak kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan juga pelakon sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Sarena memulai kerjaya seninya dengan memasuki pertandingan Bintang Radio pada tahun 1966, namun tidak berjaya menyerlah, cuma mendapat tempat naib johan, Bahagian Langgam, di peringkat negeri Pulau Pinang. Beliau tidak patah semangat, sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat peluang merakamkan lagu ke piring hitam. Album pertamanya dikeluarkan pada tahun 1970 memuatkan dua buah lagu iaitu Mimpiku dan Panggillah Daku.

 

Kedua-dua lagu tersebut berjaya mengangkatnya sebagai penyanyi yang diminati. Suaranya yang lembut dan manja menjadikan lagu-lagunya satu kelainan. Selepas itu, sebuah demi sebuah EP dan LP dihasilkannya. Antara lagu yang mendapat tempat ialah Ku Inginmu Jua, Dua Kali Dua, Setiap Masa, Menanti Malam Tiba, Kanda dan Dinda, Bersama dan banyak lagi.

 

Antara pengalaman manis yang dikecapinya ialah berpeluang ke India atas undangan EMI India, di mana beliau diberi kesempatan bertemu banyak pelakon dan penyanyi popular negara itu. Sarena juga pernah menjadi pilihan pengarah Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Menanti Hari Esok dengan melakonkan watak antagonis.

 

Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, beliau menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan berkahwin kali kedua dengan anak pengarah terkenal Datuk L. Krishnan.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Single

SARENA (1970)

2

LP

  1. Ku Datang Lagi
  2. Sejak Kau Pergi
  3. Dua Kali Dua (1976)
  4. Kenalan Pertama (1977)

3

EP

  1. Harapan Bersama (1970)
  2. Aku Rela Kembali (1971)
  3. Persembahan Ku (1971)
  4. Bersama Menunggu (1972)
  5. Jumpa Sekejap (1973)
  6. Jauh di Mata (1974)
  7. Setiap Masa (1975)

4

Lagu-lagu

  1. Mimpi Ku
  2. Panggillah Daku
  3. Ku Ingin Mu Jua
  4. Kau Ku Puja
  5. Di Malam Ini
  6. Mengapa
  7. Bersama
  8. Joget Riang Ria
  9. Kalong Emas
  10. Tanyalah Pada Ku
  11. Jauh Di Mata
  12. Malam Keramaian
  13. Joget Sayang Suami
  14. Sepatah Kata
  15. Jumpa Sejejap
  16. Pujian Yang Palsu
  17. Ikut Zaman
  18. Mengapa Merajuk
  19. Bila Bermula
  20. Peminat Ku
  21. Joget Hitam Manis
  22. Erti Cinta
  23. Ingin Berkenalan
  24. Bahagia
  25. Doa Hamba Di Rantau
  26. Kirimkan Berita
  27. Jangan Menangis
  28. Harapan Bersama
  29. Bayangan Menjelma
  30. Teruna Jiran Tetangga
  31. Aku Rela Kembali
  32. Maaflah Daku
  33. Dunia
  34. Semalam Di Kota
  35. Setiap Masa
  36. Kenangan Manis
  37. Kanda Dan Dinda
  38. Bergembira
  39. Ku Datang Lagi
  40. Hingga Akhir Nanti
  41. Sejak Kau Pergi
  42. Desakan Membawa Derita
  43. Nasib Pengembara
  44. Dua Kali Dua
  45. Hilang Duka
  46. Gurindam Jiwa
  47. Pilehan Ku
  48. Mengapa Harus Berjumpa
  49. Selamat Tinggal
  50. Kenapa Harus Bersembunyi
  51. Trila Trila Sayang
  52. Cita Cita Ku
  53. Tangisan Sunyi
  54. Kenalan Pertama
  55. Kenangan
  56. Ku Puja Nama Mu
  57. Temasya
  58. Kalau Hati Sudah Sayang
  59. Malam Minggu
  60. Pergilah Sayang
  61. Dua Tiga Boleh Ku Cari
  62. Inang Pulau Kampai
  63. Kau Bukan Milik Ku
  64. Menanti Malam Tiba
  65. Kerana Kau

5

Filem

Menanti Hari Esok - Pelakon Undangan

6

Telefilem

  1. Potret Pekerti
  2. Drama - Wajah Wanita
  3. Drama Khas - Hari Buruh
  4. Yang Mana Satu
  5. Lawak Jenaka - (Dalam Rancangan TV SARENA - Hiburan Malam Minggu)

 

Mazuin Hamzah

 

Dato Laila Utama Hajah Mazuin Hamzah merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau juga merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan Quinary M yang terdiri daripada adik-beradiknya. Beliau mempunyai seorang abang iaitu Mazlan Hamzah dan pernah membuat persembahan pentas bersama-sama. ‘

 

Mazuin Hamzah seringkali muncul untuk rancangan Mekar Sejambak terbitan RTM pada sekitar penghujung tahun 1970-an. Beliau pernah mendapat liputan media secara meluas melalui perkahwinan dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan bersama Amy Mastura sebagai sepupu.

 

Quinary M dan Bakat 1978

 

Beliau pernah merakamkan lagu untuk album duet bersama abangnya, Mazlan Hamzah. Antara album tersebut ialah Ratapan Anak Tiri dan Jangan Lah Jangan. Seterusnya, kerjaya dan pembabitan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin untuk menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974.

 

Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Rusia kerana mengikut bapa iaitu Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat pada ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni mereka ini pula mula berkembang. Secara tidak langsung, Mazuin menjadi fasih dalam menuturkan bahasa Rusia.

 

Pada ketika itu, mereka sudah berpeluang untuk mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha ayah mereka. Di samping itu, mereka juga mengadakan persembahan untuk golongan kenamaan yang bekerja sebagai duta di Rusia. Ayah mereka telah mendapati bakat anak-anaknya dalam bidang muzik semakin berkembang dan selepas itu, beliau menubuhkan The M memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M.

 

Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni mereka. Sehubungan dengan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud lima. Selain itu, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian adik-beradik.

 

Ayah mereka juga pernah menjadi ahli pancaragam Polis Diraja Malaysia selepas pulang dari Moscow. Atas galakan daripada bapa, mereka telah menyertai pertandingan Bakat 1978 dan berjaya melangkah ke peringkat akhir. Mereka tidak bernasib baik kerana sekadar meraih hadiah saguhati sahaja. Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas pemergian ayah mereka pada tahun 1981. Kemudian, masing-masing telah membawa haluan sendiri termasuklah beliau yang memilih untuk menjadi penyanyi solo.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album duet (bersama Mazlan Hamzah)

  1. Ratapan Anak Tiri
  2. Jangan Lah Jangan (1975)

2

Album studio (bersama Quinary M)

  1. Cinta Palsu (1979)
  2. Kasihku Bagaikan Debu (1980)
  3. Kini Kau Berubah (1981)

3

Album studio (solo)

  1. Mazuin (1983)
  2. Awas! Duri Cinta (1984)
  3. Terbanglah Kau Burung (1986)
  4. Pertemuan Ini Seindah Mimpi (1987)

4

Kurniaan Brunei

Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 15.7.1990) - Dato Laila Utama

 

Filemografi

 

Tahun

Tajuk

Peranan

Nota

1979

Kisah Seorang Biduan

Sebagai anggota kumpulan Quinary M

Filem ini merupakan antara lakonan pertama beliau serta menampilkan adik-beradiknya yang lain sebagai kumpulan Quinary M. Mazuin menyanyikan lagu Mengapa yang juga termuat di dalam album pertama mereka, Cinta Palsu (1979).

1979

Ceritaku Ceritamu

Suriati

Beliau diberi watak sebagai anak kepada Zainurdin Ismail dan Saadiah.

1981

Beliau Ibuku

 

 

 

Fatimah Razak

 

Fatimah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Fatimah Razak merupakan seorang penyanyi Malaysia yang aktif pada era 60-an dan 70-an. Beliau dilahirkan dan berasal dari Kuching pada 12 Jun 1944 di Sarawak. Beliau merupakan anak ketujuh daripada 12 beradik.

 

Bintang Fatimah Razak mula bersinar apabila mengikut suaminya berhijrah ke Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) di Kuala Lumpur pada 1970. Beliau kemudiannya menyertai kumpulan Wanderes lalu muncul dengan album, Ku Tunggu Tak Tiba. Seterusnya, beliau disambar Life Records untuk merakamkan album solo, Kumbang & Bunga.

 

Tidak lama selepas itu, barulah Fatimah tampil bersama album Ke Mana Di Mana, Dahaga, Aries dan Joget Pantang Larang dengan bimbingan Datuk Ahmad Nawab dan Akbar Nawab. Namun tidak beberapa lama, dugaan menimpa apabila Fatimah Razak digam pihak RTM selama empat tahun gara-gara imej terlalu seksi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Pencapaian

  1. Miss Sarawak 1963
  2. Miss Telekom
  3. Miss Jaycee Queen

2

Kerjaya awal

Operator Telekom

3

Album

  1. Ke mana Di Mana (1975)
  2. Dahaga (1975)
  3. Aries (1976)
  4. Joget Pantang Larang (1975)
  5. Pahit dan Membara (1974)
  6. Resah (1975)
  7. Bukalah Hatimu (duet bersama M. Sani 1974)

 

Hamidah Ahmad

 

Hamidah binti Ahmad merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Lagu duet Hamidah Ahmad bersama abangnya Eddie Ahmad yang berjudul Mawar Ku pernah menimbulkan fenomena di awal tahun 70-an menjadi hits. Lagu Mawar Ku ini pula pernah dirakamkan semula oleh Siti Nurhaliza bersama kumpulan 2 by 2.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Mawar Ku
  2. Bobo Bobo (lagu ini merupakan lagu single hits kedua dari Hamidah)

2

Lagu-lagu

  1. Cinta Pandang Pertama
  2. Lagu Gembira
  3. Mawar Ku
  4. Tolong Dayungkan
  5. Lagu Kenangan
  6. Bobo Bobo
  7. Impian Membara

 

Ahmadi Hassan

 

Ahmadi Hassan lahir pada tanggal 17 Jun 1947 di Kampung Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang dan merupakan anak kelima dalam keluarga Allahyarham Haji Hassan. Ahmadi Hassan dimasukkan ke sekolah rendah dalam tahun 1954 dan seterusnya ke sekolah menengah. Atas kejayaan awal itu, Ahmadi Hassan telah memohon untuk menjadi guru. Pada tahun 1969, beliau berjaya menjadi guru sementara di salah sebuah sekolah di Alor Biak, Air Hitam (Kedah). Beliau mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

Semasa menjadi guru sementara inilah, Ahmadi Hassan mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti teater (ketika itu dipanggil sandiwara). Pada waktu ini, kecenderungan beliau dalam bidang penulisan dan pengarahan drama amat ketara. Drama pertama yang ditulis dan diarah adalah KEMBALI yang dipentaskan di Sekolah Menengah PGAS dalam tahun 1967.

 

Ahmadi Hassan akhirnya meletakkan jawatan sebagai guru sementara. Dalam tahun 1971, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dengan azam untuk menjadi seorang juruhebah radio.

 

Sebelum bertapak di RTM, Ahmadi Hassan pernah bekerja di stesen minyak Shell, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu dengan berbekalkan pengalaman yang ada, beliau akhirnya diterima bertugas di RTM sebagai juruhebah atau penerbit di bahagian Siaran Pembangunan dan Pertanian RTM.

 

Semasa berada di bahagian Pembangunan dan Pertanian ini, Ahmadi Hassan sering menerbitkan rancangan-rancangan berbentuk siasah, belia bergerak maju, halaman pertanian dan perniagaan. Bermula daripada kerjaya sebagai juruhebah ini, Ahmadi Hassan mula dikenali sebagai Pak Chat kerana peranan utamanya dalam siri drama pembangunan berjudul Fajar Di Bumi Permata.

 

Bersandarkan daripada kejayaan drama Fajar Di Bumi Permata serta populariti beliau membawa watak tersebut, Ahmadi Hassan telah ditawarkan kontrak rakaman suara oleh Allahyarham M. Shariff. Bermula daripada album pertama beliau berentak irama Hindustan, wujudlah nama Ahmadi Hassan yang dikenali sehingga ke hari ini.

 

Dari semasa ke semasa, Ahmadi Hassan banyak menerima undangan persembahan pentas (menyanyi dan berlawak), selain undangan dari stesen televisyen RTM. Video klip beliau juga sering disiarkan di televisyen manakala lagu-lagu beliau terutamanya nasyid kerap dimainkan di radio pada waktu itu.

 

Setelah beberapa tahun di RTM, Ahmadi Hassan berhijrah ke RISDA. Tujuan beliau adalah untuk mencari pengalaman serta mendekatkan diri dengan bidang perniagaan. Ahmadi Hassan sempat menceburkan diri dalam perniagaan ikan kering, import lembu dari Siam, mengedar basikal BMX sehinggalah akhirnya menjadi penerbit drama swasta, telefilem dan filem.

 

Drama swasta pertama terbitan beliau adalah Darah Daging yang mana skripnya ditulis oleh seorang penulis yang tidak asing lagi iaitu Allahyarham Azizi Abdullah, manakala diarahkan pula oleh Allahyarham Aziz Satar. Sebuah lagi skrip tulisan Allahyarham Azizi Abdullah yang diterbitkan oleh Ahmadi Hassan ialah drama Seorang Tua Di Kaki Gunung.

 

Selain menerbitkan drama, Ahmadi Hassan juga banyak mengarahkan drama untuk siaran RTM dan TV3. Beliau juga telah menghasilkan filem pertamanya berjudul Penghujung Malam (sebagai pengarah dan penerbit) lakonan Noorkumalasari, Khalid Saleh, Melissa Saila dan Allahyarham Yusni Jaafar.

 

Meninggal Dunia

 

Ahmadi Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Februari 2010 kerana komplikasi buah pinggang. Semasa hayat beliau, Ahmadi Hassan berpeluang merakamkan 16 buah album berentak hindustan serta 8 buah album pop dan berirama padang pasir (nasyid). Beliau juga berpeluang menghasilkan sebuah album berbahasa Arab di Kaherah, Mesir berjudul Samrah Ya Samrah sekitar tahun 1980-an.

 

Album terakhir Ahmadi Hassan berjudul Bahagia Berkasih telah dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14. Kemenangan itu amat bermakna buat beliau, apatah lagi album tersebut adalah album nasyid penuh berirama padang pasir yang menggunakan muzik orkestra Arab yang telah diidamkan produksinya sejak sekian lama.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Kemana Nona
  2. KOLEKSI BINTANG - Ahmadi Hassan

2

Lagu-lagu

  1. Kemana Nona
  2. Lupakan Yang Lalu
  3. KOLEKSI BINTANG - Ahmadi Hassan (Universal, 2005)

3

CD 1

  1. Maafkan Daku Menyintaimum
  2. Hanya Pada Allah
  3. Godaan Dunia
  4. Biarlah Kau Mengerti
  5. Illahi
  6. Aku Sudah Jatuh Cinta
  7. Kasih Derita
  8. Pengantin Baru
  9. Hanya Daun Daun
  10. Cinta Mula Berbunga
  11. Pertiwiku
  12. Cubalah Cuba
  13. Membawa Diri
  14. Islam Agama Kemajuan

4

CD 2

  1. Budi Dan Cinta
  2. Pening Kepala
  3. Ku Tak Berdaya
  4. Kisah Pak Chat
  5. Tiada Cinta Setulus Kata
  6. Kerelaan
  7. Boleh Kata Boleh
  8. Jasa Ayah Bonda
  9. Kepangkuan Tuhan
  10. Duka Dalam Sepi
  11. Renungkanlah
  12. Ke Mana Ku Bawa
  13. Patah Hati
  14. Mengapa Kau Tangisi

 

Julie Remie

 

Julie Remie merupakan seorang penyanyi Melayu era 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Julie Remie menghasilkan album pertamanya pada 1976 dan menjadi rebutan rebutan penganjur pertunjukan pentas apabila lagunya naik ke tangga teratas. Bagaimanapun beliau berhenti menyanyi pada 1977 kerana mendirikan rumah tangga.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Lagu-lagu

  1. Bersama Beraksi (Julia & S. Alwi)
  2. Abang Sayang Adik Sayang
  3. Antara Dua Pilihan
  4. Bang Ayuh Bang
  5. Bas Nombor Satu
  6. Berikan Ku Sinar Harapan
  7. Di Mana Ilham Ku
  8. Kenangan
  9. Korban Percintaan
  10. Wajah Mu Di Hati Ku
  11. Perasaan Remaja
  12. Rintihan Dara
  13. Tetap Sayang Tetap Cinta

 

Junainah M. Amin

 

Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Junainah mula aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan iaitu pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat kelahirannya di Singapura. Hasil daripada pertandingan itu, bakatnya telah disedari oleh komposer, Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.

 

Ketika bersama EMI, beliau pernah menghasilkan dua album LP dan lima EP. Namun, beliau tidak berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan yang baru tetapi sebaliknya hanya merakam lagu-lagu saduran daripada lagu bahasa Inggeris yang kemudiannya diberi lirik yang berbahasa Melayu dan juga beberapa lagu baru yang lain. Lantaran itu, Junainah tidak berminat untuk terus bersama EMI apabila kontraknya tamat pada tahun 1977. Pada masa itu, Kassim Masdor juga telah berundur daripada EMI apabila menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu Senada Record.

 

Selepas itu, Junainah menyepi seketika. Junainah juga terlibat dalam menyanyikan beberapa buah lagu di dalam filem Pendekar. Di dalam filem itu, beliau telah meminjamkan suaranya untuk dialog bagi watak yang dipegang oleh Teh Faridah.

 

Album pertamanya adalah di bawah terbitan Ahmad Nawab yang pada akhirnya telah memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana beliau menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru secara keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.

 

Sepanjang penglibatannya, Junainah juga pernah muncul di dalam filem komedi Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar dan juga sebagai Bintang Undangan di dalam filem Hapuslah Air Matamu arahan Deddy M. Borhan. Pada masa kini, beliau menetap di Johor Bahru.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album EP

  1. Junainah (1973)
  2. Air Mata Semalam (1973)
  3. Ikut Ku Menyanyi (1974)
  4. Ratu Duniamu (1974)
  5. Senyumlah (1975)
  6. Ku Sayang Pada Mu (1975)
  7. Lagu Mu Untok Ku (1975)

2

Album studio

Kembali Kepada Ku (1977)

3

Album kompilasi

Ratu Duniamu (1974)

4

Album runut bunyi

  1. Hapuslah Air Matamu (1976)
  2. Pendekar (1977)
  3. Kisah Seorang Biduan (1979)

4

Album lain

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri (1973)
  2. Rasa Sayang Eh (1974)
  3. Pahlawan Tinju (Mohammad Ali) (1975)

5

Lagu popular

  1. Nenek - Nenek
  2. Ku Sayang Padamu
  3. Kau Yang Di Sayang

6

Lagu Raya

Suasana Riang (Di Hari Raya)

 

Filem

 

Tahun

Judul

Peranan

1975

Keluarga Si Comat

Watak Utama

1976

Hapuslah Air Matamu

Penampilan Istimewa

1981

Sumpah Semerah Padi

Penampilan Istimewa

 

Andre Goh

 

Datuk Goh Eng Boon atau lebih dikenali sebagai Andre Goh merupakan salah seorang penyanyi lagu irama tradisional dan joget bukan Melayu yang cukup terkenal dan popular di Malaysia era 70-an. Andre Goh merupakan keturunan Baba Melaka dan keluarganya mengamalkan adat dan budaya orang Melayu. Ini turut menjadikan Andre Goh begitu fasih berbahasa Melayu. Andre Goh dilahirkan di Kampung Sialang, Tangkak, Johor.

 

Bapanya, Goh Tiam Leong juga mahir mendendangkan lagu dondang sayang. Malah, ibunya, Wee Teck Neo pula mahir berpantun. Rumah mereka sering menjadi tempat perhimpunan orang kampung untuk belajar menyanyi lagu langgam, dondang sayang atau asli.

 

Andre Goh merupakan anak keenam daripada 15 beradik. Beliau mula berjinak dalam lapangan seni sejak sekolah rendah lagi dengan lagu dendangan Cliff Richard, Elvis Presley dan The Shadows.

 

Beliau mula menyertai bidang seni secara lebih serius ketika berkhidmat dengan Jabatan Telekom Malaysia di Brickfields, di atas dorongan rakan sebiliknya Michael Leong yang bekerja di Jabatan Penerangan. Andre Goh menyertai Bakat TV pada 1972, dan mendapat perhatian ramai, sungguhpun gagal muncul sebagai juara. Selepas pertandingan, beliau ditawarkan bagi mengendali program TV berjudul Andre sebanyak 20 episod yang disiarkan setiap Ahad.

 

Album

 

Selain program TV, Andre turut merakam album (bentuk EP) pertama pada 1973 berjudul Halimun Malam. Album lain termasuk Harapan Kecewa, Samudera Sunyi, Fatwa Pujangga, Impian (1976) dan Nostalgia Aidil Fitri Bersama Artis Lagenda (1998).

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Lagu-lagu

  1. Bunga Desa
  2. Baju Hitam
  3. Harapan Kecewa
  4. Hentikan Doamu
  5. Malam Membawa Kenangan
  6. Mas Merah
  7. Sabariah
  8. Sejak Kita Berpisah

2

Pencapaian

Andre Goh masih aktif dalam bidang seni sehingga kini dan pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (1982) daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekkWa) pada 2006.

 

J. Mizan

 

J. Mizan atau nama sebenarnya Jantan Mizan dilahirkan pada tahun 1953, merupakan salah seorang penyanyi lagu Melayu yang terkenal pada era 70-an. J. Mizan terkenal dengan lagu Hari Ini Dan Semalam yang juga merupakan tajuk EP. J. Mizan berpeluang menghasilkan empat EP dan dua LP bersama syarikat rakaman EMI. Kali terakhir beliau merakam album adalah pada tahun 1979, dan kini J. Mizan masih lagi aktif menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Orchard Road, Singapura.

 

Beliau kini bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan hidup bahagia bersama isteri tercintanya Hadida Mohd. Amin Yun, dan tiga orang anak iaitu Mohd. Ridzuan, dan Yuslizan.

 

Beliau yang seangkatan dengan D. J. Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Fatimah Razak dan Halil Chik merupakan anak keenam daripada 11 adik-beradik. Pembabitannya dalam bidang seni suara, bermula semasa remaja ketika beliau gemar lepak bersama rakan-rakan dan menyertai kumpulan muzik Kamasutra. Kumpulan Kamasutra sering diundang mengadakan persembahan pada majlis kahwin sekitar Singapura. Beliau belajar menyanyi daripada seorang kawan dan bermain gitar dengan seorang pemuzik bernama Raja Akid. Bakat J. Mizan dicungkil oleh komposer Kassim Masdor.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

Hari Ini Dan Semalam (Piring Hitam)

2

Lagu-lagu

  1. Mengapa
  2. Aduh Sayang
  3. Baidah
  4. Berpura Pura sayang
  5. Desa Permai
  6. Beliau Sungguh Menawan
  7. Esok Datang Lagi
  8. Hari ini dan semalam
  9. Hatiku Hatimu
  10. Hujan Sore Sore
  11. Joget Berpandangan
  12. Kalau Ku Bayangkan
  13. Kehilangan
  14. Ku Membawa Diri
  15. Melati Di Tapal Batas
  16. Mencari Kesayanganku
  17. Merak Kayangan
  18. Patah Cincin ( Jauh Disana )
  19. Renungkanlah
  20. Senandung Malam
  21. Setelah Ku Pandang
  22. Tiada Jalan Kembali
  23. Sayang Tiada Lagi

 

Kumpulan The Strollers

 

Kumpulan The Strollers adalah sebuah kugiran psikedelik rock yang terkenal suatu ketika dulu. Kumpulan ini terkenal pada awal 1970-an dan terdiri daripada lima orang ahli. Lagu-lagu yang mereka bawakan adalah di dalam bahasa Inggeris. Anggota kumpulan ini ialah Ramli - drum (kemudian digantikan oleh Hussein Idris), Billy Chang – bass, Hassan Idris – gitar, Michael Magness - organ, vokal, Nand Kumar - conga, vokal, Pertukaran line-up, Terry Thaddeus – gitar, Richard Gomes – keyboard, Azman Warren – vokal, Reunion 2008 (dikenali sebagai The Strollers 2), Hussein Idris - drum, vokal, Casper - bass, vokal, Nan - gitar, vokal, Desi (kemudian digantikan oleh Rizal) – vokal dan Lord (kemudian digantikan oleh Azlan) – keyboard.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

  1. Big Step
  2. Put Your Hands Together
  3. Chirpy Chirpy Cheep Cheep
  4. Waiting Is... (1973)
  5. Trek 1: Youre Gonna Make It
  6. Trek 2: Silly Jokes
  7. Trek 3: Bus Ride
  8. Trek 4: Children
  9. Trek 5: Fire
  10. Trek 6: Please Dont Let Me Down
  11. Trek 7: You
  12. Trek 8: N.W.K.
  13. Trek 9: Maybe Tomorrow
  14. Trek 10: My Girl
  15. Trek 11: Medley: Do What You Gotta Do / Just As I Am

2

EP

New Woman (1972)

3

Trivia

  1. Sebuah label Sepanyol telah mengeluarkan semula dalam bentuk CD album The Strollers, Waiting Is... pada 22 Mei 2006.
  2. EP New Woman merupakan promosi bagi susu Nestle pada tahun 1972.
  3. Pemain drum The Strollers, Hussein merupakan bapa kepada bekas anggota kumpulan R&B Innuendo, Reymee.

 

Kumpulan Black Dog Bone

 

Black Dog Bone (juga dikenali sebagai BDB) ialah sebuah kumpulan pop Singapura, yang ditubuhkan pada 1973. Kumpulan ini banyak mengiringi artis-artis Cina dari Singapura, Malaysia, Hong Kong juga Taiwan. Mereka menjadi terkenal dalam masyarakat Melayu setelah menerbitkan album pada tahun 1977. Lagu yang menjadi hit ketika itu ialah Bila Rindu, Releks, Joget Hati Jujur dan Jangan Lukakan Hati-Ku sehingga dapat memikat hati dan menarik peminat serata Asia seperti di Singapura, Brunei Darussalam, Malaysia, Taiwan malah di Belanda.

 

Black Dog Bone (BDB) ditubuhkan pada 1973 sebagai duo yang terdiri daripada Hamid Ahmad dan Izzar Masrom, yang bercita-cita tinggi untuk membuat rakaman piring hitam. Nama mereka diilhamkan oleh kumpulan heavy blues British, Black Cat Bones. Hamid mencadangkan supaya nama mereka ditukar dari cat (kucing) kepada dog (anjing). Pada tahun 1975, mereka berdua merekrut empat ahli baru iaitu Jatt, Masron, James dan Michael bagi melengkapkan BDB sebagai sebuah kugiran. Di awal penglibatan, kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina klasik di Hotel Apollo.

 

Sewaktu mengiringi persembahan penyanyi Taiwan di Restoran Jumbo, mereka bertemu dan menerima dorongan dan bimbingan daripada pengurus mereka ketika itu iaitu Sonny Goh. Di bawah bimbingan Sonny Goh, Black Dog Bone mula muncul di hotel-hotel terkemuka dalam tahun 1975. Mereka mendapat peluang beraksi di Hotel Hyatt, seterusnya diundang untuk menjayakan persembahan di Penang Merlin, Pulau Pinang selama beberapa tempoh.

 

Setahun kemudian, iaitu pada 1976, mereka menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat rakaman bebas, Tony Wong Co. Pte. Ltd dan muncul bersama album pertama mereka, Sindir-Sindir Sayang pada 1977. Kebanyakan lirik lagu dalam album ini ditulis oleh Haron Abdul Majid. Dalam tahun yang sama, kumpulan ini mengadakan konsert pertama mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

 

Pada tahun 1978, mereka menandatangani kontrak bersama label rakaman antarabangsa, EMI dan muncul dengan album kedua di bawah EMI, Si Gadis Ayu. Kumpulan ini kemudian berangkat ke Belanda untuk bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam di sana selama lima bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka berpeluang mempelajari cara merakamkan suara termasuk kaedah mengawal tinggi dan rendah suara. Mereka turut berkenalan dengan beberapa penyanyi dari pelbagai negara, yang mengajar mereka serba sedikit cara menyanyi di pentas di kelab malam mahupun rakaman piring hitam.

 

Album ketiga mereka iaitu Khayalan dikeluarkan pada hujung tahun yang sama. Lagu yang bertajuk sama dikeluarkan sebagai single utama dan merupakan versi Bahasa Melayu daripada lagu berbahasa Inggeris bertajuk Fantasy nyanyian asal kumpulan pop Amerika Syarikat, Earth, Wind & Fire.

 

Pada tahun 1979, Black Dog Bone telah mengadakan konsert mereka yang diadakan pada 7 Januari di Panggung Negara Singapura. Konsert itu diadakan bagi mempromosikan album ketiga mereka, Khayalan. Kemudian, pada 29 Jun, mereka berlepas ke Taiwan bagi memenuhi tawaran menyanyi di sebuah hotel selama 2 bulan. Mereka merupakan antara artis-artis yang membuat persembahan di Funky Festival 79 anjuran Le Manns Fashion. Berlangsung pada 3 November, antara artis yang membuat persembahan ialah Sweet Charity.

 

Populariti mereka mula melonjak naik apabila mereka telah menjadi juara Penyanyi Pilihan Minggu Ini (PPMI) kelolaan Radio Televisyen Singapura (RTS) selama 11 minggu berturut-turut menerusi lagu Aku Mengerti. Salah seorang ahli kumpulan itu James Chai meninggalkan kumpulan itu atas sebab peribadi pada awal 1980, tempatnya kemudian digantikan oleh Sazali Mohd yang merupakan bekas ahli kumpulan Glass Onion. Pada tahun yang sama juga, BDB muncul dengan dua album serentak, iaitu Diganggu Kenangan dan Bahagia dan Derita.

 

Pada April 1981, mereka mendapat undangan untuk mengadakan jelajah di seluruh Malaysia bersama-sama dengan kumpulan The Queens, Sakura dan beberapa artis lain. Pada Oktober, kumpulan ini muncul dalam rancangan televisyen yang dikendalikan oleh mereka sendiri untuk siaran di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) selepas lebih setahun tidak muncul dengan sebarang rakaman bersama SBC.

 

Kemudian mereka muncul dengan album ketujuh, Diskorama yang bergenre disko pada November tahun itu. Dalam tahun yang sama, gitaris dan ketua kumpulan iaitu Izzar Masrom mengumumkan telah meninggalkan BDB untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sekali gus bergiat aktif sebagai penggubah lagu untuk piring hitam. Pada awal 1982, kumpulan ini telah dipelawa untuk membintangi filem Pertentangan arahan Salleh Ghani setelah menerima tawaran daripada penerbit filem itu, Sham Tun Salleh.

 

Pada Mei tahun yang sama, vokalis BDB, Jatt pula mengundurkan dirinya dari kumpulan itu. Beliau dilaporkan berkata pengundurannya dari kumpulan itu bukan kerana ada krisis dengan BDB sambil menyifatkan ingin bebas dan tidak mahu terikat dengan mana-mana kumpulan. Ahli-ahli kumpulan BDB kemudian memutuskan untuk menghentikan sementara aktiviti muzik mereka susulan pengunduran Izzar dan Jatt dari kumpulan itu.

 

Kumpulan ini telah mengambil seorang ahli baru iaitu Sulaiman bagi menggantikan Hadi yang menghadiri Perkhidmatan Negara. Pada tahun 1986, barisan 6 ahli asal Black Dog Bone bersatu semula untuk merakamkan rakaman terbaru mereka di bawah LIFE Records. Album kelapan mereka, Kembali Lagi telah dilancarkan. Pada tahun 1995, album kompilasi pertama kumpulan ini telah dikeluarkan dengan tajuk Balada Cinta. Dua tahun kemudian, mereka kembali aktif dalam industri muzik dengan membuat kemunculan khas dalam sebuah rancangan khas Hari Raya di televisyen Singapura.

 

Pada tahun 2003, setelah 22 tahun membawa haluan, BDB kembali aktif dalam industri muzik dengan melancarkan album Reunion. Album ini memuatkan 12 buah lagu lama kumpulan ini yang dirakamkan semula serta dua lagu baru iaitu Bagai Kelkatu dan Nyalakanlah (Obor Seni Kita). BDB ditubuhkan semula kerana adanya banyak permintaan daripada para peminat. Ramai peminat yang mahu melihat mereka aktif bermain muzik seperti dulu.

 

Sebenarnya mereka telah merancang untuk bergabung semula dalam BDB sejak lima tahun lalu. Selepas melalui pelbagai rintangan, akhirnya semua enam orang bekas anggota dapat disatukan semula. Kemudian, pada 4 dan 11 Januari 2004, Black Dog Bone membuat persembahan sebagai pembukaan siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood pada jam 10.30 malam selama 45 minit. Pada tahun 2005, mereka melancarkan album bertajuk Andai.

 

Empat tahun kemudian, Black Dog Bone mengadakan persembahan mereka di Istana Budaya selama 3 hari 3 malam dari 8 hingga 10 Mei 2009. Pada konsert tersebut, mereka mempersembahkan 26 buah lagu terpilih bersama-sama dengan Jay Jay dan Rahim Othman serta diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

 

Pemain trumpet kumpulan ini iaitu Masron meninggal dunia pada 21 Mac 2015 akibat radang paru-paru pada usia 71 tahun. Bersempena meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan ini yang ke-45, BDB telah mengadakan konsert khas yang berlangsung pada 6 November 2018 di The Grand Ballroom, Orchid Country Club, dianjurkan oleh LILIN dan disokong oleh Siti Events. Kali terakhir BDB membuat persembahan ialah pada Januari 2015 di Esplanade. Kumpulan ini turut merancang untuk mengadakan konsert menjelajahi bandar-bandar seluruh Malaysia.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

  1. Sindir-Sindir Sayang (1977) (Tony Wong Co. Pte Ltd.)
  2. Si Gadis Ayu (1978) (EMI)
  3. Khayalan (1978) (EMI)
  4. Dulu dan Sekarang (1979) (EMI)
  5. Diganggu Kenangan (1980) (EMI)
  6. Bahagia dan Derita (1980) (EMI)
  7. Diskorama (1981) (EMI)
  8. Kembali Lagi (1986) (Life Records)
  9. Andai (2005) (Suria Records)

2

Album kompilasi

  1. The Best of Black Dog Bone (1993)
  2. Balada Cinta (1995)
  3. Reunion (2003) (Suria Records)

3

Lagu dan single

  1. Khayalan
  2. Si Gadis Ayu
  3. Cahaya Aidilfitri
  4. Zai
  5. Lupakan
  6. Diganggu Kenangan
  7. Nani Adikku Sayang
  8. Nasi Goreng
  9. Joget Hati Jujur
  10. Joget Bujang Di Rantau
  11. Malam Kenangan
  12. Geram
  13. Rilek
  14. Bahagia dan Derita
  15. Bila Rindu
  16. Hatiku Luka Lagi
  17. Anekaragam
  18. Bagai Kelkatu
  19. Nyalakankah (Obor Seni Kita)

4

Konsert dan jelajah

  1. Konsert Black Dog Bone di Stadium Negara (1977)
  2. Black Dog Bone Live di Istana Budaya (2009)
  3. Konsert Ulang Tahun ke-45 BDB (2018)

 

Kumpulan Carefree

 

Kumpulan Carefree merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang sangat popular pada akhir tahun 1970-an. Kumpulan Carefree muncul dengan album sulung berjudul Kebebasan yang memuatkan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1979. Kumpulan Carefree mengikat kontrak sebagai artis rakaman antarabangsa EMI. Mereka sempat merakamkan tiga album iaitu Kebebasan, Kebebasan II dan Kebebasan III.

 

Selain Jay Jay, lagu dalam kumpulan ini turut dinyanyikan oleh Wan dan Simon. Misalnya, dalam album Kebebasan, Wan menyanyikan lagu Aku Terpesona dan berduet dengan Simon menerusi lagu Hanya Kita Berdua. Simon pula menyanyi secara solo melalui lagu Rayuan Kasih dan berduet bersama Jay Jay dalam lagu Ke Disko. Jay Jay pula menyanyi secara solo untuk lagu Rindu Bayangan, Joget Mak Enon, Dendangan Laguku, Anak, Menari, Kenanganku dan Perkelahan.

 

Dalam album kedua mereka iaitu Kebebasan II, Jay Jay menyanyikan lagu Kini Baru Kau Sedar, Tiada Lagi Air Mata, Joget Teruna Dara, Baju Hijau dan Tahniah Dan Ucap Selamat. Lagu lain dinyanyikan oleh Simon dan Wan. Lagu Belaian Jiwa yang menggunakan vokal Simon antara lagu popular selain lagu nyanyian Jay Jay. Lagu lain adalah Esok Masih Ada, Sahabat Pena, Pejamkan Matamu (Mimpikan Wajahku), Bayangan Mesra dan Petang Sabtu (Kau Jadi Temanku). Lagu Esok Masih Ada menjadi lagu tema filem Esok Masih Ada arahan Datuk Jins Shamsudin.

 

Dalam album pertama mereka, Omar Taib bertindak sebagai penerbit manakala album ketiga pula, S. Atan. Album ketiga Carefree, Kebebasan III diterbitkan pada tahun 1980 yang memuatkan lagu Menyesal Tak Berguna, Hentikan Fitnahmu, Joget Anak Gembala yang dinyanyikan oleh Jay Jay. Lagu-lagu lain pula dinyanyikan oleh Wan dan Simon seperti Sinaga Naga, Ku Bercinta dan Lagu Rindu.

 

Disebabkan memiliki tiga orang penyanyi, lagu Carefree mempunyai pelbagai rentak dan lenggok seperti Joget Anak Gembala, Joget Mak Enon dan Joget Teruna Dara. Bibit perpecahan dalam kumpulan Carefree sudah bermula dalam album ketiga mereka. Ia mula diperkatakan apabila Nana dan Lokman keluar daripada kumpulan ini yang akhirnya menyebabkan album Kebebasan III tanpa mereka. Akhirnya pada 31 Disember 1982, Carefree terpaksa akur dengan perpecahan secara rasmi.

 

Kini selepas tiga dekad berlalu, akhirnya Carefree membuat keputusan untuk membuat kemunculan semula. Tetapi mereka telah kehilangan Jay Jay dan mereka telah memilih Hadi Hassan, adik kepada artis veteran terkenal iaitu Salamiah Hassan sebagai vokalis baru.

 

Kumpulan itu menceriakan peminat dan wakil media yang hadir dengan beberapa lagu hit dan Raya Retro. Majlis itu dibawakan oleh Dream Music Sdn Bhd, anak syarikat Dream Chorus Sdn Bhd dan turut dihadiri Pengarah Urusan Dream Music, Datuk Mohd Fauzi Zakaria serta pemain piano dan pengarah muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail

 

Anggota terkini Carefree ialah Simon Justin Leo (Gitar/Vokalis), Hadi Hassan (Vokalis/Bass), Zack (Keybod/Vokalis), Reeyan (Dram/Vokalis), Hizey (Keybod/Vokalis). Sementara bekas anggotanya ialah Jay Jay, Nana Pawan Chik, Lokman, Rahim Othman, Raja Rashid (Wan), Raja Rahman (Boy) dan Charlie Paiva.

 

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album studio

  1. Kebebasan (1979)
  2. Kebebasan II (1979)
  3. Kebebasan III (1980)

2

Album kompilasi

  1. The Best Of Carefree (1993)
  2. Album Terbaru Bersama Carefree (2013)

3

Di bawah naungan DREAM MUSIC SDN BHD dan Kerjasama Eight Tones Studio Album Bersama Carefree (2013)

  1. Bersama Carefree - Komposer Hadi Hassan / Lirik (J. Looi)
  2. Hanya Aku - Komposer Hadi Hassan / Lirik (J. Looi)
  3. Biarkan Aku Sendiri - Komposer Hadi Hassan / Lirik (J. Looi)
  4. Blues Isteri Lari - Komposer Hadi Hassan / Lirik (Emdee & J. Looi)
  5. Find It In Your Heart - Komposer & Lirik (Simon Justin Leo)
  6. Hati Batu - Komposer Hadi Hassan / Lirik (J. Looi)
  7. Hey DJ - Komposer (Simon Justine Leo) / Lirik (Nana & J. Looi)

4

Lagu-lagu popular

  1. Rindu Bayangan
  2. Dendangan Laguku
  3. Belaian Jiwa (pernah dirakam semula dalam versi acapella oleh kumpulan Innuendo pada tahun 1997)
  4. Jogat Anak Gembala
  5. Kini Baru Kau Sedar
  6. Kenanganku
  7. Si Baju Hijau
  8. Joget Mak Enon
  9. Hentikan Fitnahmu
  10. Anak
  11. Menyesal Tak Berguna
  12. Dengarlah

 

Kumpulan Alleycats

 

Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu era 70-an. Alleycats yang mula menyanyi di kelab malam dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi.

 

Alleycats juga adalah penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album studio baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khadijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan, ND Lala dan Noraniza Idris

 

Kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di Kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, kediaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Selepas itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.

 

Di Singapura, album bahasa Melayu pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam. Kedua-dua adik-beradik tersebut iaitu David dan Loganathan Arumugam merupakan pengasas kumpulan Alleycats.

 

Album ketiga mereka Dapatkah menyaksikan bermulanya sumbangan lagu-lagu ciptaan mereka ke dalam album termasuk lirik yang mereka tulis sendiri (mungkin dengan sedikit bantuan M. Nasir) iaitu Ka Pulau Permai, Kisah Semalam dan Sejak Ketiadaanmu.

 

Album keempat Alleycats 4 melonjakkan nama Alleycats ke antara mercu teratas pesada muzik tempatan pada penghujung 1970-an sebaris dengan artis-artis berkumpulan lain seperti Black Dog Bone, Carefree, Sweet Charity, Blues Gang dan banyak lagi.

 

Dengan kemunculan album Kuching, Alleycats menempatkan diri mereka di tangga teratas dalam kalangan artis vokal berkumpulan ketika itu. Pada sekitar tahun 1984, mereka melahirkan sebuah album berkonsepkan eksperementasi iaitu Drama Kehidupan yang menyimpang daripada tema cinta seperti yang terkandung di dalam album-album mereka sebelum ini. Biarpun begitu, album ini tidak begitu berjaya menonjolkan lagu-lagu hits seperti album-album sebelumnya. Alleycats kembali menerapkan tema asal mereka dalam album Kerana.

 

Alleycats sedikit terjejas daripada segi penjualan album selepas M. Nasir meninggalkan Polygram dan tidak lagi menyumbangkan lagu ciptaan beliau kepada kumpulan muzik ini. Meskipun begitu, Alleycats terus bertahan dalam industri rakaman tempatan dengan menghasilkan album setiap tahun sehingga memasuki tahun-tahun 1990-an apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan-kumpulan muzik rock yang penuh bertenaga seperti Search, Lefthanded, Wings dan lain-lain lagi yang kelihatan merampas kedudukan mereka di persada teratas industri muzik tempatan.

 

Pada tahun 1992, Alleycats melahirkan album studio berkonsepkan rock sepenuhnya iaitu Untukmu, namun album ini tidak diterbitkan oleh penerbit biasa mereka Eric Yeoh. Eric Yeoh kembali buat kali terakhir menerbitkan album Alleycats iaitu Kucing Lorong pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Alleycats melahirkan sebuah album tribute dengan merakamkan semula lagu-lagu hits artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia yang popular sejak tahun-tahun 60-an hingga 80-an dengan cara mereka yang tersendiri, dan sesuai dengan usaha mereka tersebut, album ini diberi tajuk Interpretasi.

 

M. Nasir kembali menyumbang lagu-lagu ciptaannya dalam album Alleycats 2001, sekali gus bertindak selaku penerbit apabila Polygram diambil alih oleh Universal Music. Nasir dikhabarkan sediang giat mengusahakan penerbitan album studio terbaru Alleycats. Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.

 

Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Frank Ong pula telah menganut agama Islam dan menggunakan nama Abdul Rashid Abdullah. Beliau telah meninggal dunia pada 26 Disember 2019.

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album

  1. Terima Kasih (1979)
  2. Penyanyi (1979)
  3. Dapatkah (1980)
  4. Alleycats 4 (1981)
  5. Kuching (1981)
  6. Alleycats 6 (1982)
  7. Alleycats 7 (1983)
  8. Drama Kehidupan (1984)
  9. Kerana (1984)
  10. Suara Kekasih (1985)
  11. Sampaikan Salam (1986)
  12. Alleycats 12 (1986)
  13. Aku Kerinduan (1987)
  14. Suatu Pengertian (1988)
  15. Dilema Sekuntum Cinta (1989)
  16. Tetap Merindu (1989)
  17. C.I.N.T.A (1990)
  18. Selagi Tangis Belum Berhenti (1991)
  19. Untukmu (1992)
  20. Alleycats 20 (1993)
  21. Alleycats 21 (1996)
  22. Alleycats 22 (1997)
  23. Kucing Lorong (1998)
  24. Alleycats 2001 (2001)
  25. Interpretasi (2002)
  26. Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia (2004)
  27. Rasa (2006)
  28. Ulangtahun ke 40 - Kompilasi (2008)

 

Kumpulan Sweet Charity

 

Kumpulan Sweet Charity ialah sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada awal 70-an oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar) Joe Salim (gitar), Wahid Warren (bes), dan Rahman Sarbani (dram).

 

Sweet Charity banyak mengadakan jerayawara di pesta ria di seluruh Singapura dalam tahun 70-an hingga 80-an. Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain-lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanah air.

 

Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Sweet Charity menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih ‘keras’ dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip. Sweet Charity juga terkenal dengan jerayawara mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.

 

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama, Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charity lalu menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun.

 

Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity, sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun, yang berjudul Sweet Charity 88. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, mereka telah melakukan pertemuan semula atas nama Sweet Charity dengan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sweet Charity tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama-Lama, dan Zakiah.

 

Ahli dari 1969 hingga awal 70-an:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Joe Salim

Gitar

Wahid Warren

Bes

Rahman Sarbani

Dram

 

Dari awal 70-an hingga pertengahan 70-an:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Joe Salim

Gitar

Wahid Warren

Bes

Rahman Sarbani

Dram

Yong

Papan nada

 

Dari pertengahan 70-an hingga lewat 70-an:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Hamdan Atan atau lebih dikenali sebagai A. Ali Kembara

Gitar

Rosli Mohalim

Bes

Rahman Sarbani

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Dari lewat 70-an hingga tahun 1981:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Allahyarham Syed Hassan Al-Attas

Bes

Rahman Sarbani

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Dari tahun 1981 hingga tahun 1982:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Allahyarham Syed Hassan Al-Attas

Bes

Rahman Sarbani

Dram

Allahyarham Masrom Abd Hamid

Papan nada

 

Dari tahun 1982 hingga tahun 1983:

 

Ahli

Tugas

 

Ramli Sarip

Vokalis utama

 

Rosli Mohalim

Gitar

 

Allahyarham Syed Hassan Al-Attas

Bes

 

Rahman Sarbani

Dram

 

Sarwanie Wan Ahmad

Gitar dan Papan nada

 

 

Dari tahun 1983 hingga 1985:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Allahyarham Syed Hassan Al-Attas

Bes

Sarwanie Wan Ahmad

Gitar

Rahman Sarbani

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Dari tahun 1985 hingga 1986:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Razak Ahmad

Bes

Sarwanie ‘Wan’ Ahmad

Gitar

Sulaiman Kamsani (Man Parey)

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Ahli-ahli yang pernah menyertai Sweet Charity selepas 1986:

 

Ahli

Tugas

Yantzen Juniwan

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Razak Ahmad

Bes

Sarwanie ‘Wan’ Ahmad

Gitar

Allahyarham Sulaiman Kamsani (Man Parey)

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Ahli

Tugas

Zaiton

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Razak Ahmad

Bes

Sarwanie ‘Wan’ Ahmad

Gitar

Sulaiman Kamsani (Man Parey)

Dram

Ahmad Jaffar

Papan nada dan vokalis kedua

 

Dari tahun 2000 – sekarang:

 

Ahli

Tugas

Ramli Sarip

Vokalis utama

Rosli Mohalim

Gitar

Razak Ahmad

Bass

Rahman Sarbani

Drum

Ahmad Jaffar

Keyboard dan vokalis kedua

 

 

Diskografi

 

Bil

Perkara

Butiran

1

Album Sweet Charity (1979)

Edaran: WEA

 

  1. Seniman Di Rantau
  2. Teratai
  3. Bayang-bayang
  4. Main Hujan (karya M Nasir yang terawal)
  5. Tak Sepertimu
  6. Bingung

2

Album Pelarian (1980)

Edaran: WEA

 

1.               Kamelia

2.               Terharu

3.               Bagaikan Bermimpi

4.               Musibah

5.               Pelarian

6.               Curiga

7.               Bulat-Bulat

8.               Dekatlah Padaku

9.               Zakiah

10.            Biarkanlah

3

Album Sejuta Wajah (1981)

Edaran: WEA

 

  1. Sejuta Wajah
  2. Jangan Tunggu Lama-lama
  3. Tahun 2000
  4. Asmara
  5. Hilang Gelap Terbitlah Terang
  6. Sentosa
  7. Asmara
  8. Raja Kumbang
  9. Sharifah Aloya
  10. Terpedaya
  11. Jalan Malam

4

Album Penunggu (1982)

Edaran: WEA

 

  1. Dia
  2. Haji
  3. Penunggu
  4. Mengapa Sangsi
  5. Jangan Tak Jadi
  6. Dalam Kerinduan
  7. Perjalanan
  8. Nada Penyesalan
  9. Apa Khabar Sayang

5

Album Batu (1983)

Edaran: WEA

 

  1. Dunia Perlumbaan
  2. Manusia dan ABC
  3. Ada Kerja Ada Gaji
  4. Orang Asing
  5. Batu
  6. Pesta Muzik
  7. Generasi Muda (Instrumental)
  8. Datang Dan Pergi

6

Album Koleksi (1984)

Edaran: WEA

  1. Ikrarku Pada Ruzanna
  2. Apa-apa Saja
  3. Ribut 10:59 Pagi

7

Album Berita Gempa (1985)

Edaran: WEA

 

  1. Bunga-Bunga Cinta
  2. Berita Gempa
  3. Rock n Roll
  4. Dendang Remaja
  5. Wanita
  6. Nyala Semarak
  7. Lahirmu Bukan Untuk Dunia
  8. Permata Hati

8

Album Sweet Charity ‘88 (1988)

Edaran: ASP

 

  1. Padah
  2. Cinta Dan Cipta
  3. Peracun
  4. Jangan Rayu Ku Lagi
  5. Terpedaya
  6. Dalam Kenangan
  7. Angkara Iblis Dan Syaitan
  8. Melodi Untuk Ina (instrumental)
  9. Jangan Laju Laju
  10. Kedamaian

 

Lagu Kegemaran Ramai 70-an

 

Berikut adalah antara lirik lagu-lagu yang diminati ramai sepanjang tahun 1970-an:

 

MENANTI JODOH

(SANISAH HURI

 

Sirih dikapur beserta pinang

Sirih dikapur beserta pinang

Untuklah makanan hai bujang teruna

Orang tak ada jangan dikenang

Orang tak ada jangan dikenang

Betalah datang membawa bahgia

 

Makanlah sirih ini

Dibuat untuk pengganti

Sirihku terpuji hai cuba sekali

Janganlah tidak sudi

 

Inderagiri pasirnya lumat

Inderagiri pasirnya lumat

Tempatlah bercampur

Hai si dengan teruna

Bagailah Nabi kasihkan umat

Bagailah Nabi kasihkan umat

Begitulah saya hai kasihkan tuan

 

Perahu kotak membawa kain

Perahu kotak membawa kain

Cuacalah tenang beraraklah mega

Niatku tidak pada yang lain

Niatku tidak pada yang lain

Hai kanda seorang hai tidak lah dua

 

Ramailah ramai kita

Menyanyi bersama-sama

Melihat pengantin yang duduk bersanding

Yang suka sama suka

Suka sesama suka

Seia dan sekata

Menyanyi semua sesama gembira

Kekal selama lama

Ramailah ramai kita

 

 

TARI TUALANG TIGA

(SANISAH HURI)

 

Menyusun tari ala tari, sembah diberi

Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri

Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati

Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi

 

Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita

Dengan tari ala sayang, tualang tiga

Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya

Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa

 

Langkah serentak ala sajak, sama bergerak

Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri

Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani

Tiada gentar ala sayang, hai membela diri

 

 

SAMPAIKAN HATI INI KEPADANYA

(SANISAH HURI)

 

Orang di sana

Mengapakah kumula

Terkenang padamu... oh tuan

Sejak berjumpa

Hatiku kini

Telah tertawan padamu... oooo

 

Kini hatiku rindu setiap

Masa tidak terkira

Angin lalu

Sampaikanlah salamku

Kepada permata hatiku

Tolong sampaikan....

 

Bulan di pagar bintang

Sinarnya gemerlapan

Menyinar seluruh alam

 

Bulan dipagar bintang

Menyinar taman-taman

Kutunggu dia datang.... oooo

 

Sejak berjumpa

Hatiku kini telah

Tertawan padamu.... ooo

Kini hati kurindu setiap

Masa tidak terkira

Angin lalu

Sampaikanlah salamku

Kepada permata hatiku

Tolong sampaikan....

 

Bulan dipagar bintang

Sinarnya gemerlapan

Menyinar seluruh alam

 

Bulan dipagar bintang

Menyinar taman-taman

Ku tunggu dia datang... oooo

 

Sejak berjumpa

Hatiku kini telah

Tertawan padamu... oooo

Kini hatiku rindu setiap

Masa tidak terkira

Angin lalu

Sampaikanlah salamku

Kepada permata hatiku

Tolong sampaikan....

 

 

BERSABARLAH SAYANG

(SANISAH HURI)

 

Semua insan sedang gembira di hari ini, sayang

Hari yang mulia, marilah bersama berhari raya, hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu, gantikan cerita baru

Agar hatimu waspada selalu

Jangan kau kesalkan, jangan engkau tangiskan

 

Pada mereka yang tak mengerti

Menuduh dirimu, di jurang kesalahan saja

Kutak sampai hati, biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu

Yang tahu kisah derita dan luka di dada

Hanya ku harapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu

 

Pada mereka yang tak mengerti

Menuduh dirimu di jurang kesalahan saja

Ku tak sampai hati biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu

Yang tahu kisah derita dan luka di dada

Hanya kuharapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu

 

 

JOGET SINDIR PESAN

(BLACK DOG BONE)

 

Berjalan kaki arah titian

Anak puyuh mencari makan

Andainya hati sudah berkenan

Usah tangguh buat lamaran

 

Jangan mata keranjang

Bila sedang berkasih

Jagalah hati si dia

Kalau sudah merajuk

Engkau yang serba salah

Apa kau buat tak kena

 

Pohonlah pauh ditebang tebang

Di sebelah rumah pak anjang

Di dalam tempoh sedang bertunang

Berbagai cabaran mendatang

 

Harus tabahkan hati

Fitnah usah peduli

Jangan bertindak melulu

Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang

Bersandarkan keimanan

 

Jangan hanya di masa bertunang

Berjalan berpimpin tangan

Bila sudah bersuami isteri

Tak mahu berjalan bersama

 

Bungalah rampai bunga kemuning

Tambah pula harum kasturi

Kalau dah sampai hari bersanding

Jangan lupa mengundang kami

 

Muga panjang usia dapat sama raikan

Untuk melihat mempelai

Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati

Bila kena sindir pesan

 

 

TAK SENANG

(BLACK DOG BONE)

 

Hairannya kurasa

Melihat pada telatah

Hidup manusia

Di sekeliling ku

 

Berdengki khianat cemburu

Dan iri hati

Tak habis habis

Tak henti henti

Walaupun kawanmu yang rapat

 

Harus waspada

Tak boleh engkau percaya

Sepenuh hati

 

Ketika engkau didepannya

Engkau dipuji

Tetapi bila dibelakang

Engkau dicaci

 

Tak senang tak senang

Hatiku sungguh tak senang

Orang yang curang

Lidah bercabang

 

 

KHAYALAN

(BLACK DOG BONE)

 

Khayalan menjelma ketika fikiran

Melayang menjauh menenangkan mu

Suaramu yang mesra mengalunkan lagu

Irama hatimu yang sepi

 

Aku dapat merasa

Engkau dalam derita

Kerna kasihmu tinggalkan pergi

 

Kumasih terkenang senandung dukamu

Yang engkau curahkan dimalam itu

Wajahmu terbayang mengukir senyuman

Yang penuh dengan kepahitan

 

Aku sungguh simpati

Akan nasib dirimu

Tapi apakan dayaku ini

 

Diriku sudah pun berpunya kekasih hati

Tak mungkin kutukar ganti

Padamu yang datang dalam khayalan

Khayalan

 

Kau carilah pengganti agar kau gembira lagi

Usahlah engkau mengganggu

Wajahmu muncul dalam khayalan

 

 

AKU TELAH PULANG

(BLACK DOG BONE)

 

Kini aku telah pulang dari rantau

Hati riang berjumpa lagi sayang

Dulu aku pergi jauh cuba nasib

Cari rezki hai di negeri orang

 

Tiap waktu

Berbagai kisah kualami

Selama ku di sana

Menambahkan pengalaman

Dalam hidupku

 

Sememangnya

Ada yang pahit dan yang manis

Tak kurang yang melucukan

Pemandangan yang menarik

Takkan kulupa

 

Tetapi di hatiku

Selalu saja merasa risau

Bila aku terkenangkan tanah air

 

Tak dapat kutahankan

Perasaan penuh kerinduan

Kuterbayangkan akan wajahmu

Oh sayangku...

 

 

DEWI RINDU

(AHMAD JAIS)

 

Telah lama aku terkenang

padamu…

dari saat perpisahan….

dahulu…

tiada khabar berita

entah alamatmu di mana…

berdebar rasa kasih sayangku

padamu hai... dindaku

juwita

walau kini

dikau jauh

dari kelopak mataku

 

tidur tak nyenyak

makan tak nyaman

hanya ingatanku

selalu tertuju

kepadamu

kala dewi rindu datang ... menjelang

taman asmara hatiku

membimbang

airmataku mengambang

terkenang adik ku sorang….

 

 

GELISAH

(AHMAD JAIS)

 

Gelisah (3X)
Gelisah menanti dinda

Di ambang bahgia

Mungkinkah khabaran cinta

Akan menjelma
Rindu hati ku tiada terkira

Atau impian yang menggoda

Gelisah inikah dia

Getarannya jiwa

Bergema menyiksa dada

Aku derita
Mungkinkah kita dapat bersua

Menjalinkan kasih mesra

Dialam nyata

 

 

BUKTI JADI SEJARAH

(AHMAD JAIS)

 

Dulu aku di fitnah

Sebilangan insan di dunia

Hanya mendengar kata

Yang kurang usul dan priksa

 

Aku dikata nista

Dengan penuh caci dan cela

Walaupun ku nafi kan

Namun insan tidak percaya

 

Kini terbukti sudah

Segala kata benar dari ku

Sudah terang lagi bersuluh

Demikian peribahasa

 

Jangan suka menuduh

Janganlah kau mudah terpedaya

Yang benar tetap benar

Buktinya kelak jadi sejarah

 

 

DIKAU SUMBER ILHAMKU

(AHMAD JAIS)

 

Merdu suara mengalun

Mengusik rasa di jiwa

Menari jari menyusun

Ilham rangkai nada

 

Seraut wajah nan indah

Menggerak pena di tangan

Tercipta lagu dan madah

Sanjung seribu bandingan

 

Senyum di wajah ukiran seni

Suara seindah seruling sakti

Lagu dan madah berpadu satu

Melambang dikau sumber ilhamku

 

Bak mawar didakap malam

Kelopak segar semula

Seniman dijelang ilham

Embun penghilang dahaga

 

Senyum di wajah ukiran seni

Suara seindah seruling sakti

Lagu dan madah berpadu satu

Melambang dikau sumber ilhamku

 

Bak mawar didakap malam

Kelopak segar semula

Seniman dijelang ilham

Embun penghilang dahaga

 

 

AZIZAH

(P. RAMLEE)

 

Rupa kamu yang cantik

Mata kamu yang bulat

Membikin pemuda jadilah gembira

Senyumanmu yang manis gigi kamu yang putih

Oh nonaku Azizah, oh nonaku Azizah

 

Hidungmu yang mancung rambutmu kerinting

Membikin pemuda sehari-hari menaruh cinta padamu

Oh Azizah

Cantik rupamu

Cantik rupamu dipandang mata

Bagai biduan

Bagai biduan dari syurga

Cantik rupamu

Cantik rupamu dipandang mata

Bagai biduan

Bagai biduan dari syurga

 

Tidur malam terbayang teringat kamu seorang

Membikin hati pemuda

Menjadi bimbang

Oh Azizah

 

Tidur malam terbayang teringat kamu seorang

Membikin hati pemuda

Menjadi bimbang

Oh Azizah

 

 

JOGET MALAYSIA

(P. RAMLEE & SALOMA)

 

Datuk Panglima pergi membajak

Ke tanah rata senja pulangnya

Datuk Panglima pergi membajak

Ke tanah rata senja pulangnya

Kalau Saloma orang yang bijak

Negeri kita apa namanya

Kalau Saloma orang yang bijak

Negeri kita apa namanya

 

Ikanlah keli di dalam perahu

Oranglah buta tangkap buaya

Ikanlah keli di dalam perahu

Oranglah buta tangkap buaya

Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu

Negara kita nama Malaysia

Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu

Negara kita nama Malaysia

 

Ramalah rama di pohon duri

Mati ditimpa si buah nangka

Ramalah rama di pohon duri

Mati ditimpa si buah nangka

Kalau Saloma orang bistari

Bulan berapa Malaysia merdeka

Kalau Saloma orang bistari

Bulan berapa Malaysia merdeka

 

Anak benggali di kebun nyonya

Petiklah gambus anak Melaka

Anak benggali di kebun nyonya

Petiklah gambus anak Melaka

Wahai Cik Ramlee ini jawabnya

Tiga puluh satu Ogos Merdeka

Wahai Cik Ramlee ini jawabnya

Tiga puluh satu Ogos Merdeka

 

Ke pasar lama membeli serai

Singgah bertanya Datuk Menteri

Ke pasar lama membeli serai

Singgah bertanya Datuk Menteri

Kalau Saloma orang yang pandai

Di mana letak Ibu Negeri

Kalau Saloma orang yang pandai

Di mana letak Ibu Negeri

 

Anaklah bilal dari Mentakab

Pergi ke Johor buat kenduri

Anaklah bilal dari Mentakab

Pergi ke Johor buat kenduri

Cik Ramlee soal mudah dijawab

Kuala Lumpur ibu negeri

Cik Ramlee soal mudah dijawab

Kuala Lumpur ibu negeri

 

 

PURA CENDANA

(P. RAMLEE)

 

Pura cendana pura cendana

Negeri aman dan sentosa

Pura cendana pura cendana

Negeri aman dan sentosa

Alam syah bana alam shah bana

Nama seri paduka baginda

Alam syah bana alam shah bana

Nama seri paduka baginda

 

Marilah berdoa

Kepada yang maha esa

Hai moga moga kita oi

Jauh dari bahaya

 

Pura cendana pura cendana

Banyaklah dagang dan senteri

Pura cendana pura cendana

Banyaklah dagang dan senteri

Kerana sultannya kerna sultannya

Adil memerintah negeri

Kerana sultannya kerna sultannya

Adil memerintah negeri

 

Marilah berdoa

Kepada yang maha esa

Hai moga moga kita oi

Jauh dari bahaya

 

Pura cendana pura cendana

Negeri indah pandangan nya

Pura cendana pura cendana

Negeri indah pandangan nya

Aman sentosa aman sentosa

Dari kota hingga ke desa

Aman sentosa aman sentosa

Dari kota hingga ke desa

 

Marilah berdoa

Kepada yang Maha Esa

Hai moga-moga kita oi

Jauh dari bahaya

 

Pura cendana pura cendana

Negeri indah serta subur

Pura cendana pura cendana

Negeri indah serta subur

Hidup rakyatnya hidup rakyatnya

Aman bahagia dan makmur

Hidup rakyatnya hidup rakyatnya

Aman bahagia dan makmur

 

Marilah berdoa

Kepada yang maha Esa

Hai moga-moga kita oi

Jauh dari bahaya

 

 

APA GUNA BERJANJI

(SALOMA)

 

Apa guna berjanji

Kalau tak ditepati

Kelak meracun hati

Tuan sendiri

Mengigit jari

 

Jangan main asmara

Bukan mudah bercinta

Yang ditunggu tak tiba

Tidur tak lena

Mandi tak basah

 

Dengarlah nasihat ku ini

Mari hiburkan hati

Apa guna berduka cita

Nanti tuan merana

Oh… awaslah

Wahai taulan

Cinta bukan mainan

Bila sudah tertawan

Tak takut ribut

Ataupun taufan

 

 

MENGAPA DIRINDU

(SALOMA)

 

Anak punai anak merbah

Terbang turun buat sarang

Anak sungai pun berubah

Ini pula hati orang..... mengapa dikenang

 

Asal kapas jadi benang

Dari benang dibuat baju

Barang lepas jangan kenang

Sudah jadi orang baru..... mengapa dirindu

 

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi

Kasih yang baru simpan dihati

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi

Kasih yang baru simpan dihati

 

Selat teduh lautan tenang

Banyak labuh perahu acheh

Jangan kesal jangan kenang

Kalau hati rasa pedih..... mengapa bersedih

 

Kalau pinang masih muda

Rasanya gelat sudahlah pasti

Kalau hilang kasih lama

Cari lain untuk ganti..... mengapa dinanti

 

Patahkan tumbuh hilang berganti

Lukakan sembuh kalau diubati

Patahkan tumbuh hilang berganti

Lukakan sembuh kalau diubati

 

Sayang mengapa dirindu....

 

 

KAU TELAH DI SAMPINGKU

(SHARIFAH AINI)

 

Sejenak aku termenung

Memandang bintang di langit

Yang sedang bersinar gemerlapan

Lalalala terlukislah wajahmu

Tiba-tibaku terbangun

Dari alam mimpiku

Rupanya dikau kasih

Telah ada di sampingku

 

Telah lama kumenanti

Kedatanganmu sayang

Hatiku gembira kini

Lalalala kau telah di sampingku

Kini aku telah mengerti

Bagaimana hatimu

Janganlah diingatkan lagi

Lalalala lupakan masa lalu

 

Bintang-bintang yang di langit

Telah menjadi saksinya

Cinta yang sejati

Dari hati suciku

Janganlah dikau pergi sayang

Lari dari sisiku

Hatiku kan bahagia

Lalalala kau telah di sampingku

 

Bintang-bintang yang di langit

Telah menjadi saksinya

Cinta yang sejati

Dari hati suciku

Janganlah dikau pergi sayang

Lari dari sisiku

Hatiku kan bahagia

Lalalala kau telah di sampingku

 

 

HAPUSLAH AIR MATAMU

(SHARIFAH AINI)

 

Mengapa kau bersedih?

Mengapa kau menangis?

Dia telah pergi darimu

Mengapa tak percaya?

Mengapa tak menduga?

Dia pasti pergi meninggalkan

 

Diriku ini yang selalu setia

Yang selalu setia padamu

Engkau campakkan

Cintaku yang suci padamu

Selama ini kau selalu bermesra

Dan selalu bermesra dengannya

Selama ini diriku menderita

Diriku sengsara kernanya

 

Hapuslah air mata

Usahlah kau berduka

Aku di sisimu kembali

Kuingin kau bahagia

Kuingin kau tertawa

Sebagai semula

Oh, sayangku

 

Diriku ini yang selalu setia

Yang selalu setia padamu

Engkau campakkan

Cintaku yang suci padamu

Selama ini kau selalu bermesra

Dan selalu bermesra dengannya

Selama ini diriku menderita

Diriku sengsara kernanya

 

La-la-la la-la

La-la-la-la la-la-la

La-la-la-la la-la-la

La-la-la la-la

La-la-la-la la-la-la

La-la-la-la la-la-la

 

 

KAU TINGGI DI AWAN BIRU

(SHARIFAH AINI)

 

Inilah kisah cintaku

Terjalin cinta pandang pertama

Kuselalu ditinggal-tinggalkan

Menanti penuh kerinduan

Hatiku kau bawa pergi

Terbang tinggi di awan yang biru

Ku menanti dan menanti

Pelukanmu yang kurindukan

 

Bawalah daku bersama

Terbang tinggi menemani dikau

Kupeluk, kubelaimu, sayang

Di celah kepulan awan

 

Kau tinggi di awan biru

Kuiringi dengan seribu doa

Putih hatiku menantimu

Pulang menemui daku

 

 

SABAR MENANTI

(SHARIFAH AINI)

 

Tiada kata bagimu sebagai buluh perindu

Kanda nantimu

Bekalku hanyalah rindu

Walau dipisah lautan duhai kasihku

 

Kala senja dikau datang

Walaupun hanya lamunan

Aduhai...

Sabarlah menanti

Kutakkan lama

 

Daku pergi demi tugas

Walau apapun beratnya

Oh relakan

Pesanmu tak ku lupakan

Sumpah setia demi cinta

Oh percayalah

 

Bila sinar suria menghampiri dikau

Sabarlah dik sayang kukembali

 

 

Sungguh berat rasanya bagiku

Untuk pergi meninggalkan dirimu

Bahkan tak kuasa daku

Mengangkat kedua kakiku

Oh sayang namun ku tau pasti

Di suatu pagi yang cerah

Kita pasti akan berjumpa lagi

Janganlah kau bersedih

 

Bila sinar suria menghampiri dikau

Sabarlah dik sayang ku kembali...

 

 

KISAH YANG LALU

(SHARIFAH AINI)

 

Hujan malam tiada berhenti

Sunyi gelap tiada berbintang

Gelap malam bagai diriku

Tiada siapa yang tahu

 

Kisah sedih telah belaku

Tak ku ingin terjadi lagi

Dalam hidup penuh cabaran

Tabah hati melanda duri

 

Kini aku gembira

Kudisayang kudimanja

Sungguh aku bahagia

Hidup penuh keriangan

 

Hanya doa padamu Tuhan

Lindungkanlah dari bencana

Hidup makmur sepanjang masa

Penuh restu sejahtera selalu

 

Kini aku gembira

Kudisayang kudimanja

Sungguh aku bahagia

Hidup penuh keriangan

 

Hanya doa padamu Tuhan

Lindungkanlah dari bencana

Hidup makmur sepanjang masa

Penuh restu sejahtera selalu

 

 

CEMBURU

(SHARIFAH AINI)

 

Hatiku kecewa, dengarlah, sayangku

Melihat dirimu berjalan seiring dengan kekasihmu

Betapa kurindukukan, betapa kuimpikan

Berjalan denganmu bagai yang kulihat tangan di pinggangmu

 

Namun lirikanmu terasa menyusut hati

Seakan berkata bukan dia yang kau sayang

Hatiku bimbang dan ragu, kau membalas senyummu

Kerana hatiku cemburu, cemburu

 

Namun lirikanmu terasa menyusut hati

Seakan berkata bukan dia yang kau sayang

Hatiku bimbang dan ragu, kau membalas senyummu

Kerana hatiku cemburu, cemburu

 

 

DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

(RAFEAH BUANG)

 

Sebutir embun menitis

Seribu kuntum mengembang

Sepatah aku berjanji

Kau sebut kau ulang-ulang

 

Mencurah hujan membatu

Meresap ditelan bumi

Segala sumpah janji mu

Tak satu yang kau tepati

 

Tiada kuduga

Tiada ungkitan

Bagi mu tuan

Ku rela dilupakan

Ku diumpat jangan

Dikenang jangan

 

Berlalu kisah di taman

Bak mimpi diganggu siang

Disebut diingat jangan

Tak guna dikenang-kenang

 

 

KENANGAN DI RANTAU ABANG

(RAFEAH BUANG)

 

Tenang malam ini

Angin malam lalu

Membawa pesan dari

Mustika kalbu

 

Nyiur nan melambai

Bulan nan mengambang

Hati kini terdampar

Di rantau abang

 

Di sana kumelihat

Hamparan permaidani indah

Lirik melirik permata nilam

Kugelisah

Kutanya pada malam

Bintang bertabur mengapa suram

Hatiku resah dan merindu

Di rantau abang

 

Di sana kumelihat

Hamparan permaidani indah

Lirik melirik permata nilam

Kugelisah

Ku tanya pada malam

Bintang bertabur mengapa suram

Hatiku resah dan merindu

Di rantau abang

 

 

CINTA ABADI

(D.J. DAVE)

 

Bertahun berlalu bersamamu

Menempuh dugaan cinta syahdu

Bahagia derita di sampingmu

Tanpa kurasa jemu

 

Diriku kau cinta dan puja

Ternyata bila kau menghurai kata

Cintamu abadi kuhargai

Daku jatuh hati

 

Nada jiwa suci murni dan bahgia

Akan damai di lubuk jiwa

Cinta abadi yang kau taburi

Kan bersemadi di hati

 

Semoga bahagia cinta kita

Meskipun ada yang menghalangnya

Bersama menjalin kasih mesra

Aman sejahtera

 

Nada jiwa suci murni dan bahgia

Akan damai di lubuk jiwa

Cinta abadi yang kau taburi

Kan bersemadi di hati

 

Semoga bahagia cinta kita

Meskipun ada yang menghalangnya

Bersama menjalin kasih mesra

Aman sejahtera

 

 

TEMAN SETIA

(D.J. DAVE)

 

Sukarnya mencari kawan yang setia

Yang sanggup menolong

Di masa kau susah

Kawan waktu senang tak payah kau cari-cari

Di mana saja mudah kau jumpa

 

Kawan yang setia ibarat cahaya

Menjadi penerang masa kegelapan

Dia tak tergamak biarkan kau sendiri

Nasibmu pasti akan dibela

 

Pengalamanku di masa yang telah lalu

Buatku sedar tentang hidup ini

Waktuku senang ramai teman-teman dan saudara

Tapi bila aku susah mereka menjauh

 

Di mana agaknya dapat kutemui

Kawan yang setia dan berhati suci

Sanggup membimbingku memberi semangat baru

Agarku dapat teruskan jalan hidup

 

Pengalamanku di masa yang telah lalu

Buatku sedar tentang hidup ini

Waktuku senang ramai teman-teman dan saudara

Tapi bila aku susah mereka menjauh

 

Di mana agaknya dapatku temui

Kawan yang setia dan berhati suci

Sanggup membimbingku memberi semangat baru

Agarku dapat teruskan jalan hidup

 

 

NORA

(D.J. DAVE)

 

Hu hu hu hu

Nora

Engkau pujaan hati ku

Dara

Lambang kasih penghubung rindu

Bagaikan nada berangkai lagu

Umpama bunga seri bermadu

 

Nora

Sinar mata mu lembut murni

Seperti sinaran mentari pagi

Resah mendamba ke dalam hati

Melukis irama kasih nan suci

Andainya engkau melati wajah ayu berseri

Andainya aku irama lagu ku untuk mu

Walau pun aku tiada di dunia ini

Lagu ku kan jadi teman mu selalu

Nora engkaulah dewi ilhamku

Nora kasih mu membawa lagu

Nora engkaulah dewi ilhamku

Nora engkaulah penghiburku

Di kala duka

Andainya engkau melati wajah ayu berseri

Andainya aku irama lagu ku untuk mu

Walau pun aku tiada di dunia ini

Lagu ku kan jadi teman mu selalu

Nora engkaulah dewi ilhamku

Nora kasih mu membawa lagu (Nora)

 

 

HARUM BUNGA DI TAMAN

(D.J. DAVE)

 

Harum bunga kembang indah di taman

Oh indah seri menawan hati

Segar mekar bersama hawa pagi

(2X)

 

Daun hijau mengembang hati terhibur

Bunga indah berkembang menawan hati

 

Sepoi angin pagi membawa erti

Nun pergi jauh tinggal sendiri

Tinggal hanya seribu kenangan

(2X)

 

Harum bunga kembang indah di taman

Oh indah seri menawan hati

Segar mekar bersama hawa pagi

(2X)

 

Daun hijau mengembang hati terhibur

Bunga indah berkembang menawan hati

Nun pergi jauh tinggal sendiri

Tinggal hanya seribu kenangan

 

 

ILHAM PUJANGGA

(ISMAIL HARON)

 

Ilham dari pujangga

Berdiam diri bukan ertinya kau kalah

Biar cercaan sekali datang menimpa

Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna

Itulah sifat orang bijaksana

 

Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya

Tetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya

Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan

Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

 

Berikanlah tenaga

Untuk nusa dan negara

Ini zaman kemajuan

Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia

Apa di atas sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang

Pandang yang ramai kepada yang satu

 

Usahlah ditanya, apakah bakti negara untuk kamu?

Tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara?

Berjasalah kamu untuk keharmonian negara

Kau katakan pada aku sekarang puan

Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi?

Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa dan negara

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini?

Kau mempunyai akal, bukan? Tepuklah dada, tanya selera

 

Sungguhkanlah hatimu

Pertahankan ibu pertiwi

Jauhkanlah dirimu

Dari perkara yang berbudi

Maaf, mudi dan muda

Kususun jari sepuluh

Aku bukanlah seorang pujangga

Hanya seorang penyanyi biasa

 

 

DENDAMKU KERANA MARIA

(ISMAIL HARON)

 

Dunia selamat tinggal aku ucapkan

Hari ini kuterima hukuman

Hukuman yang berat kan ku terima

Kumembalas dendam kerana Maria

 

Harumanmu — kupergi seorang

Pembunuh isteriku akan kuhabiskan

Keris di tanganku akan kudarahkan

Untuk kau Maria kuberkorban

 

Biar nyawa segar kugadaikan

Dengan hati geram terus aku menerkam

Pembunuh isteriku tak dapat melawan

Nyawanya ku ambil kerana Maria

Puas rasa hati kerana Maria

 

Kini sungguhpun aku akan dihukum

Tiada kutakut dan tiada gerun

Fikiranku tenang tiada apa

Menjadi pembunuh kerana Maria

 

Tiada ku sangka pembunuh isteriku

Kawanku yang lama yang kusangka jujur

Setelah kau noda kau membunuh Maria

Mempersyaitankan diri pada Maria

 

Kumembalas dendam kerana Maria

Dengan hati geram terus aku menerkam

Pembunuh isteriku tak dapat melawan

Nyawanya kuambil kerana Maria

 

Puas rasa hati kerana Maria

Dunia selamat tinggal aku ucapkan

Hari ini kuterima hukuman

Hukuman yang berat kan kuterima

Kumembalas dendam untuk Maria

 

Dengan hati geram terus aku menerkam

Pembunuh isteriku tak dapat melawan

Nyawanya ku ambil kerana Maria

Puas rasa hati kerana Maria

 

Dengan hati geram terus aku menerkam

Pembunuh isteriku tak dapat melawan

Nyawanya ku ambil kerana Maria

Puas rasa hati kerana Maria

 

 

MENUNGGU NASI MINYAK

(ISMAIL HARON & ANITA SARAWAK)

 

Encik Mail jangan marah

Kalau aku bertanya

Mengapa engkau belum naik pelamin

Ku ingin merasa

Nasi minyak kau pula

Lekas-lekaslah kahwin

 

Aduhai Cik Anita

Kau buat ku ketawa

Poket ku ini selalu kekurangan

Oh ini kan pula hendak kasi makan

Anak daralah orang

 

Sampai bila kukan menunggu

Nasi minyak kau itu

 

Sampai kulihat kau Anita

Mempunyai anaklah lima

 

Encik Mail aku agak

Jadi bujang terlajak

 

Bujang terlajak

Tak apalah Cik Nita

Oh asalkan jangan

Oh aku menjadi

Bujang senget sebelah

 

 

 

 

Sumber Rujukan dan Bibliografi:

 

  1. Abu Talib Ahmad (2014). Museums, history and culture of Malaysia. Singapura: National University of Singapore Press. ISBN 9789971698195.
  2. Adlin Aman Ramlie (2007). ‘P. Ramlee: The story of P. Ramlee based on musical by Enfiniti Productions’. Selangor, Malaysia: Kumpulan Syarikat MPH, Enfiniti Productions. ISBN 9833698727.
  3. A.N. Weintraub (2010). Dangdut stories: A social and musical history of Indonesia's most popular music. New York: Oxford University Press. ISBN 9780195395679.
  4. A.T. Ciecko (2006). Contemporary Asian cinema: Popular culture in a global frame. Oxford; New York: Berg. ISBN 1845202376.
  5. Brereton-Fukui, Natasha (Feb 22, 2013). Still Rockin, Cliff Richard Returns to Southeast Asia. Dicapai pada 3 March 2016. Mr. Cliffs brand of soft rock soon caught the hearts of Asian youth, recalls David Chew, a long-time Malaysian fan now living in Australia. Many people were singing like him, and many bands were coming up in the mold of (his backup band) The Shadows, Mr. Chew said. And when his films were being shown in Malaysia, they were always accompanied by stage shows — the local talents would perform his popular songs.
  6. Clare Suet Ching Chan (2012). P. Ramlee's music: An expression of local identity in Malaya during the mid-twentieth century. Malaysian Music Journal. m/s. 16–32. ISSN 2232-1020.
  7. Craig A. Lockard (1998). Dance of Life: Popular Music and Politics in Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 217–218. ISBN 978-0824819187.
  8. Craig A. Lockard (1998). Dance of Life: Popular Music and Politics in Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 218–220. ISBN 978-0824819187.
  9. J. Harding (2002). P. Ramlee: The Bright Star. Malaysia: Pelanduk Publications. ISBN 9679788342.
  10. Munan, Heidi. Music at the Crossroads. 2000. In Broughton, Simon and Ellingham, Mark with McConnachie, James and Duane, Orla (Ed.), World Music, Vol. 2: Latin & North America, Caribbean, India, Asia and Pacific, pp 175-182. Rough Guides Ltd, Penguin Books. ISBN 1-85828-636-0.
  11. Nasir P. Ramlee (2007). Bapaku P. Ramlee. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Kumpulan Syarikat MPH. ISBN 9833698417.
  12. Patricia Matusky and James Chopyak. Peninsular Malaysia. The Garland Handbook of Southeast Asian Music. Routledge. ISBN 978-0415960755.
  13. Patricia Ann Matusky, Sooi Beng Tan (penyunting). The Music of Malaysia: The Classical, Folk, and Syncretic Traditions. Ashgate Publishing Limited. m/s. 403. ISBN 978-0754608318.
  14. Patricia Ann Matusky, Sooi Beng Tan (penyunting). The Music of Malaysia: The Classical, Folk, and Syncretic Traditions. Ashgate Publishing Limited. m/s. 402. ISBN 978-0754608318.
  15. Pogadaev V. A. Malaysian Cinema and P. Ramlee. Aziya i Afrika segodnya (Asia and Africa Today). N 10, 2001, p. 65.
  16. Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity. P. Ramlee di Cakera Nusantara. Editor Awang Azman Awang Pawi, Khor Chooi Lian. Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, 2005, p.239-249
  17. Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. P. Ramlee & Leonid Utesov: Kesejajaran Kreativiti Dua Seniman Dunia. In: ‘Pentas’, Jil. 3, Bil. 1, 26-29, 70.
  18. Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. The Great Actor of Malaysia. Aziya i Afrika segodnya (Asia and Africa Today). 2009, N 4, p. 71-74.
  19. P. Ramlee - Perjalanan Anak Seni. Senandung Warisan. Kuala Lumpur, Malaysia: Arkib Negara Malaysia. 2004. ISBN 9679120694.
  20. P. Ramlee (Dokumentari) (Penerbitan televisyen). Singapura: History Asia. 2010. Dicapai pada 22 Disember 2010.
  21. Ramlee, P. (1965). Nasib Si-Labu Labi. Penerbitan Pustaka Antara.
  22. Ramlee, P. (1965). Sitora Harimau Jadian. Penerbitan Pustaka Antara.
  23. She: a tribute to the women of Malaysia. Ministry of Women, Family and Community Development. 2005. m/s. 69.
  24. Tom Schnabel (March 26, 2013). Pop Yeh Yeh, 1960s Music from Singapore and Malaysia. PRIs The World.
  25. Yusnor Ef (2000). P. Ramlee yang saya kenal. Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications. ISBN 9679787524.
  26. Yusnor Ef (2002). 7 Tokoh Muzik. Singapura: Perkamus. ISBN 9810476353.

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA