Selasa, 26 Disember 2023

POKOK MUDA DAN PAGI

SMAHADZIR

 

SIAPA menyangka dia akan datang sepagi ini. Ditemani sinar rembulan hilang. Disapa deburan kasatmata. Baru kelmarin dia keluar dari rumah keduanya, dihantar oleh ibu dan ayah. Rumah itu dia bayar setiap hari, untuk kelas nombor satu. Dia benci rumah itu. Sangat benci. Tapi dia tahu, rumah itu harus diduduki, atau sekadar disinggahi sebaik pulang dari sekolah. Temaram pagi dia lupa, tak dilihat sama sekali. Dia tahu ada sesuatu datang. Rangkaian suara terdistorsi lewat kerikil hitam, rakan abadinya tatkala membunuh waktu. Menikmati senja. Di sini.

Dia tahu dia dijemput. “Tapi ini belum waktuku,” fikirnya.

Angin lautan menerbangkan rambut ikalnya bak gaun pengantin, sesuatu yang selalu menghantui malam-malam singkatnya. Dia merasa tidak pernah bersama Athena, ataupun Dewi Fortuna. Sekujur tubuh Andeka, kekasih yang dia cinta ghaib tanpa harapan. Sekarang hanya menunggu giliran untuknya, mungkin. Andeka menyatukan tangan, berucap sumpah di sini. Ditemani guguran daun asem dan kepulan asap. Asap ikan bakar dari sebuah pondok tua, di mana seorang nenek tinggal sebatang kara melawan kebisingan globalisasi. Itu kali pertama dia merengkuh waktu, mengidamkannya tanpa memarahi waktu seperti hari-hari kemudian.

Kini dia berfikir. Nenek telah meninggal dunia. Kelmarin. Meninggalkan kepulan asap ikan bakar yang tersusup di antara sebaran daun asem muda. Siapa yang membakar ikan di pondok tua itu? Tiada sempat dia hendak merangkai fikiran. Dia hanya terhenyak. Tanpa harapan tanpa nestapa. Mozaik Andeka terangkai, berasas deburan ombak di temaramnya dini hari. Air mata teralir, dievaporasi embrio sinar sunrise yang sembari meratap dunia. Matahari, sekali lagi, menungkas tangisnya.

“Athena… Dewi Fortuna…. apakah kalian ada di sekitarku sekarang?” ratapnya.

Ufuk timur merekah malu, bertemu kekasih tercintanya, dunia atau alam maya. Hari ini, esok dan seterusnya pasangan ini takkan tereliminasi waktu. Kecuali, 85 juta tahun lagi, sewaktu matahari terkonversi menjadi penghisap lubang hitam besar, black hole. Dia bahkan melupakan dunia, kekasihnya. Dunia akan dilahapnya tanpa pandang bulu. Bahkan, beberapa pihak mentesiskan asumsi, kekasih fajar akan terjun ke sebuah dunia baru. Melalui white hole, jelas tesis tersebut.

Walau dia tak percaya kepada tesis, seperti alamat yang Andeka tujukan kepadanya, tapi tesis satu ini terkonveksi menelusuri pembuluh vena dan menuju ke arah hempedu, jauh di mata dekat di hati.

“Oh Tuhan, aku ingat Andeka lagi. Maaf Andeka, untuk selalu mengumandangkan namamu dari dunia fana ini. Aku tahu, kau sudah cukup terganggu dengan sejuta pesan dan doa yang kukirimkan dari hatiku. Sekali lagi, maafkan aku my special one.”

Tesis tadi seperti kenyataannya. Kematian Andeka dulu akan menyiksa, hingga akhirnya mencabut jiwa. Tanpa kau tahu, kau menjadi black hole itu. Dan, dia akan dikirim dan akan didapati dirinya di tempat baru. Dengan Andeka, harapnya.

“Marilah… kau sudah tahu semua. Aku tidak perlu bersua sia-sia. Segera ambil takdirmu,” kata malaikat yang sedari tadi meringkuk malu di samping pondok nenek. Dia tahu malaikat bingung. Malaikat itu kasihan padanya, dan malaikat itu ditugaskan mengeksekusinya. Dia tahu.

Dia terkesan dengung malu malaikat, beranjak dari sudut cakerawala di ufuk tengah. Sebuah impuls hebat menggoyah otaknya kuat. Saluran eusthacius di telinganya sudah tiada respon fungsi. Jangankan berjalan, berdiripun dia tergontaikan angin.

“Jika kau mampu melewati madrasah itu, kuberangkat tanpamu,” kata malaikat memberi secercah cahaya, walau dia tahu dia tidak akan boleh merujuk madrasah itu. Dia berusaha. Dikerahkan tenaganya yang hampir bernilai minus, menimbun asid laktat di jaringan otot. Dia belum menyerah. Belum sampai kini.

Dia sudah menyangka Arjuda akan sepagi ini. Ditemani semua hal. Rakan, mungkin. Baginya. Suatu pesan terkirim ke otaknya. “Oh tidak!” fikirnya. Pihak atasan sudah menagih. Dia sudah terlambat dua hari. Sedari tadi dia meringkuk di tepi pondok tua. Ya, bersama konveksi asap ikan bakar yang menuju ether bak deburan air terjun yang selalu akan menghentam batuan di bawahnya.

Arjuda telah sedar, sedari tadi. Dirinya dan tujuannya. Ialah sekarang air terjun itu, dan Arjuda adalah batuan di bawahnya. Segera, batuan tersebut akan terbelah oleh sinar gamma. Sinar gamma berwujud malaikat kecil yang meringkuk tegas di samping temaram pondok tua, bersandar. Dia mengangkat tongkat malaikat itu. Orang kata tongkat itu indah, baik dan suci. Tetapi, di sebalik tirai tipisnya meruncing beribu jarum bergerigi. Tajam. Terasah oleh literan darah yang tergilas. Setajam pisau Rudra. Dia melakukan. Dia terpaksa.

Kebimbangan adalah rakan sehariannya, bak memakan buah simalakama setiap hari. Kali ini sebiji lagi akan berusaha dia telan. Sementara, Arjuda tergopoh-gapah berjalan menuju madrasah itu. Tubuh kecil rapuhnya tak kuat menahan sebahagian jiwa yang telah hilang. Dia tahu dengan bantuan seribu doktor dan kepulan asap kemenyan paranormalpun Arjuda tidak akan boleh bertahan dalam 10 minit. Jadi, dibentangkannya ruang dan waktu. Mengharungi sebuah relatif massa. Di mana, tubuhnya melanggar hukum graviti dan melesat melawan gesekan angin. Terbang!

Aku telah menyangka mereka akan datang sepagi ini. Malaikat dengan kebimbangan semu aktiviti, dan tongkatnya. Arjuda, yang menunggu hujan deras pada pagi hari. Aku tahu akan ada sebiji buah simalakama yang akan terdigesi menjadi mozaik energi dalam respirasi. Aku juga tahu stula sarira akan terjerembab dalam 10 minit. Menyembah tanah tanpa merindukan langit, atau bahkan sang penguasa ufuk timur-barat lagi. Kalian tahu, ini menyiksakan!

Dalam masa kecilku yang masih 56 tahun ini aku kurang beruntung. Melihat kejadian ini hampir setiap tahun. Resah. Geram. Apa boleh buat, nenek Rusmah telah membesarkan aku di tempat ini. Menjaga dan mengasihiku. Tak apa. Aku telah membalasnya melalui guguran buahku. Cintalah yang membuatkan buah itu selalu tersedia. Cinta nenek.

Pandanganku telah tervisualisasi dengan semua kejadian di tanah ini. Tubuh mungil nenek ketika kecil yang melompati dahanku. Atau, tangis terisaknya ketika mengetahui daunku dirosakkan jiran. Nenek cengeng, begitu juga aku. Aku tahu nenek menumpahkan air mata. Nenek tidak tahu aku terluka, jelu.

Nenek juga membesarkan beberapa orang rakan seperjuanganku. Aku memanggilnya Jagur dan Jugar. Mereka baik. Jugar sudah remaja. Dia 64 tahun. Sedangkan Jagur seumur denganku. Kami tidak berjumpa, setengah abad lebih. Tapi kami berkomunikasi. Kemotaksis, Fotonasti dan sebagainya. Kalian pasti faham. Ingatan menempel di otak kiri. Beberapa hari silam. Mereka mati. Ditebang tepatnya. Buruh gergaji berbahan bakar hidrokarbon perosak bumi, pelakunya. Ringgit bernominal 500 ribu penyebabnya. Wang itu tidak habis dalam satu minggu. Cuma 2 X 24 jam. Wanita kafe penjaja diri aliran wang itu. Dan, saudaraku korbannya! Meretas nasib 64 dan 56 tahun. Berseronok dalam sunyi. Berkawan sepi dan budi. Menelan kesendirian mentah bersamaku. Melihat pengeksekusian Arjuda - Arjuda lain. Menelan air mata. Mengunyah pahitnya getah hempedu hati. Tapi mereka mati. Ya, satu hal. Mereka mati!

Fikiran kembali merasuki raga ini. Kami memang hebat. Memiliki kemampuan menghentikan waktu. Berselancar dimensi ke lapan. Meneruskan waktu ketika semua tidak sedar bahkan, acuh sekalipun tidak. Arjuda menjadi fokus utamaku. Dia menolak pemberhentian waktuku. Sedang malaikat tidak. Arjuda dapat melebar jarak dan harapan. Untuk menarik nafas, untuk satu-dua minit. Titisan darah mentaati gaya graviti, menuju ke tenaga potensi nol. Kesedarannya bergerak menuju bilangan imaginasiner. Jauh dari realiti. Hidup dari semangat.

“Brukk!” tubuh Arjuda tergeletak tanpa cita di atas kerikil yang meradiasi panas matahari. Dia bangkit. Melangkah. Berjalan. Malaikat telah melesat bersenjata pisau rudra. Sedia mengambil roh seorang yang tak berdaya. Malaikat sudah dekat. Sangat dekat. Momen itu akan terjadi. Sebentar lagi. Biasanya Jugar yang menggugurkan daun dan dahan. Menutup kesempatan bagi pokok seperti diriku melihat kekejaman penguasa. Peguasa dunia. Lalu, akan kudapati tubuh kosong dikelilingi sanak-saudara yang berlumba menembusi langit. Aku menggeletar. Sudah cukup kematian nenek, Jugar, dan Jagur.

Ruang dan waktu terdiam. Mengejek ketidakberdayaan makhluk paling rendah. Aku. Ketidakberdayaan ini. Sungguh. Hampa. Tangis. Geram. Mematung. Semua abstrak. Bayang kasih sayang nenek, menggelora. Radiasi cinta kasih yang mendarah daging hingga ke dalam xylem dan floem-ku. Jagur dan Jugar. Peneman tatkala gundah rasa bercampur tawa hampa. Pengaku kewujudanku. Rakan penghabis sisa hidup di mayapada. Tergilas gergaji enjin jahanam. Tiada permintaan terakhir. Semua sudah hilang.

Arjuda, hanya menghisap detik terakhir hidup. Pisau itu dekat. Begitu dekat. Angin cakera telah menembusi epidermis Arjuda. Dia menggeletar. Aku tidak khali. Kulayangkan ruang-waktu, sekali lagi. Arjuda dapat diselamatkan. Dia melanggar 10 minit malaikat. Malaikat geram! Dua malaikat lain turun menggelegar membelah dari langit ke tujuh. Tiga batang tongkat berlusinan jeruji meruncing. Tak syak lagi, Arjuda merintih, dalam tarikan nafas. Tiada berekspresi suara secuil debu pun. Aku dapat merasa, dia mengingati semua kesalahannya. Korupsi, prostitusi dan atheis. Tapi tiga malaikat liar tak mengenal maaf. Tapi, hanya menunaikan tugas. Kemampuanku membuang ruang waktu habis.

Sementara, lantera dalam diri Arjuda telah redup. Tiga malaikat telah berdiri tegas menghadang. Ardila terisak-isak. Ketiga-tiga malaikat mengangkat senjata. Bersedia menikam. Seketika, deburan ombak menunjuk Andeka. Harapan Andeka bereformasi. Menghambat malaikat, melawan takdir! Sebuah suara seraya mengintip. Pak Burhan, pekerja, bersepakat dengan anak nenek. Menyerahkan 60 ribuan hangat. Dan, membawa gergaji enjin. Aku putar pandangan sekitar bumiku. Tidak! Tidak ada pokok selain diriku! Lalu siapakah sasarannya? Aku? Kuterpejam dalam siksa menanti melodi Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA