Isnin, 11 Disember 2023

BERSAMA XIULAN DI BANDAR COVID-19

SMAHADZIR

“NI JIAO shenme mingzi?” soalku sewaktu diperkenalkan. Bahasa Mandarinku bukannya fasih sangat tapi aku sengaja berbahasa begitu sebagai menghormatinya.

Wo de mingzi shi Chao-Xing Xiulan ,” jawabnya sambil tersenyum manis.

Ni jintian hao ma?                                                  

Yirujiwang, jiu hao ,”

Ni jiehunle ma?

“Err… hai meiyou, haishi danshen,” jawabnya sambil tersenyum malu.

Begitulah. Namanya Chao-Xing Xiulan . Begitulah aku mendengar ketika dia memperkenalkannya. Nama gadis etnik San Jiang moden, agak panjang. Aku mendengar bunyi sengau ketika dia menyebut Chao-Xing. Namun lebih senang dipanggil Xiulan sahaja, memudahkan saya berkomunikasi.

Dia pemandu pelancong, menjadi penunjuk jalan untuk beberapa hari aku di Wuhan. Menurut Xiulan, sejak virus korona merebak, Wuhan sering disebut Bandar Covid-19, dibina sepanjang Sungai Yangtze dengan asas pembinaannya dalam pembuatan teknologi tinggi dan tradisional. Sebanyak 230 syarikat besar dunia seperti disenaraikan Global Fortune melabur di sini.

Kata Xiulan lagi, Wuhan ibu kota wilayah Hubei, bandar raya terbesar di China Tengah. Sungai Yangtze dan Han mengalir dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan iaitu Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai satu perempat daripada keluasan Wuhan ini. Nama Wuhan berasal daripada nama dua buah petempatan utama. 'Wu' berasal daripada petempatan Wuchang, terletak di kawasan selatan Sungai Yangtze. 'Han' pula berasal daripada petempatan Hankou, terletak di kawasan utara sungai itu. Nama Wuhan mula digunakan secara rasmi pada 1 Januari 1927.

Aku menjadi rapat dengan Xiulan ketika kebingungan melihat peta bandar Wuhan. Maklumlah, ini pertama kali aku sampai ke Wuhan.

Gerimis menjujai nipis melembabkan peta yang aku pegang. Xiulan mendekat. “Saya mahu ke Masjid Qiyi Street .”

“Kamu ni lucu!” katanya sembari tertawa. “Atas berpakaian lengkap tapi bawah hanya pakai sandal. Setahu saya sandal cuma dipakai bersama baju Melayu dalam majlis-majlis budaya masyarakat Malaysia.”

“Terima kasih kerana cakna budaya negara saya,”

“Sikit-sikit melalui pembacaan,” Xiulan tersengih.

"Errr, kalau hari hujan pakai kasut, kaki berbau. Lagipun sandal ni bagus, ringan, tak sedap lumpur macam pakai selipar Jepun."

Xiulan membawaku ke Hong Kong dan Shanghai Bank di Wuluo Road, kerana aku mahu mengambil duit dulu. Kebetulan terlalu ramai pelanggan beratur di mesin ATM. Simfoni indahpun bermula. Ketika menunggu giliran, aku memutuskan menukar sandal dengan kasut. Aku membuka beg dan mengeluarkan kasut lalu mengelap sisa-sisa becak di tumit. Dengan tapak tangan. Melihat itu, Xiulan buru-buru mengeluarkan tisu dari tasnya dan mengelap kakiku. Tentu saja aku tidak membenarkan. Aku lap sendiri.

Xiè xiè, err ni chiguole? ” soalku.

Dia gesit melihat.

Kami pergi makan di restoran la mian atau restoran mi tarik . Kata Xiulan, p eniaga yang mengendalikan kedai ini biasanya dari wilayah Qin Hai utara China, majoriti mereka Muslim. Mereka biasanya memakai kopiah putih. Aku pesan wantuo goreng.

Kata Xiulan, wantuo dibuat daripada tepung kacang kuda, makanan ringan tradisi Chengde, sejarahnya bermula lebih 200 tahun lalu. Zaman Dinasti Qing, sewaktu Maharaja Qianlong (1711-1799) meninjau kawasan Rehe, wantuo goreng ini amat digemari gundik pengiringnya.

Xiulan makan xiang gu gai jiao fan , seperti nasi goreng cendawan. Makan di restoran la mian , pinggannya besar-besar. Beberapa kali aku makan di Restoran Haidilao Hot Pot di tempat penginapanku di Hotel Wuhan Oriental tidak jauh dari Stesen Kereta Api Hankou . Pinggannya sama saja besarnya.

Yang ketara, tempat makan di Wuhan sangat bersih. Kedai-kedai rapi rapi dan jarak antara meja di ruang makan cukup selesa.

“Saya bakal jadi pensyarah ekonomi tahun hadapan,” kata Xiulan. “Sekarang saya sudah tamat belajar di Universiti Sun Yat-sen,”

“Kamu minat bidang ekonomi?”

Dia gesit berkata, “Ekonomi dunia bermula secara tradisional lebih 5,000 tahun lalu, jauh lebih tua daripada sejarah mana-mana negara. Kini ekonomi China ialah ekonomi kedua terbesar dunia menurut KDNK, nominal mahupun PPP selepas Amerika Syarikat (AS),” katanya penuh yakin.

Aku menjawab.

“Ia ekonomi utama dunia yang pesat berkembang, pertumbuhan ekonomi 10% untuk 30 tahun lalu,” tambahnya lagi.

"Ekonomi dunia sekarang sudah dikuasai China. Peradaban adalah China," balasku.

Xiulan tersenyum bangga. “ Suatu hari nanti saya akan keluar dari China dan belajar di AS, mendalami bahasa Inggeris dan cara orang Amerika urus ekonomi, pergi jauh dari orangtua, sahabat-handai, rakan-rakan. Rasanya hal-hal begitu tak banyak dibuat orang China.”

Aku mengangguk-angguk lagi, kagum dengan semangatnya. “Saya suka kamu berfikiran begitu,”

Xiulan tersengih.

"Sekarang China sudah mengetuai ekonomi dunia. Pangkalan penting syarikat pengeluaran China membuatkan negara ini bersambung dalam jalur pelayaran global membentang dari Lautan Pasifik hingga Lautan Hindi," ujarku.

“China mempunyai kawalan terhadap jalur pelayaran penting yang jadi nadi ekonomi dunia,” Xiulan menyambung.

“Di bidang ketenteraan, China ada kapal pengangkut pesawat besar, bermakna kini mampu menjelajahi lautan…”

“China juga sudah membina pulau buatan dan bersedia untuk merebut wilayah di Laut China Selatan,” Xiulan gesit menokok.

“Err… menunjukkan China telah melihat sebagai negara terkuat di wilayahnya dan meluaskan jangkauannya. Pelaburan di negara saya Malaysia juga sudah seratus peratus dikuasai China,”

“Maksud kamu?” biji mata Xiulan terkesip-kesip.

“Malaysia dan China telah menandatangani lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas, kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar dan pembinaan,” jelasku lagi. “Putrajaya dan Beijing telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan, Pemerolehan, Kontrak Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilai AS$13.10 bilion. ECRL adalah pelaburan terbesar di China di Malaysia,”

“Yang saya risaukan, berlaku perang. Saya risau tak sempat belajar di AS kerana perang...”

“Perang?” aku gesit mencantas. Kehairanan.

"Seperti diresahkan ramai orang, China sekarang sedang meningkatkan persiapan berperang dengan AS selepas presidennya meluahkan sikap permusuhan. Beijing terpaksa mengukuhkan diri untuk kemungkinan terburuk dalam hubungan China-Amerika, menekankan khusus kepada keselamatan maritim ," Xiulan nampak bimbang. “Entahlah... amat menakutkan.”

“Kamu perlu berdoa supaya jangan berlaku perang,” kata saya sebagai jawapan untuk meredakan keresahan hatinya.

“Dalam situasi ini sangat tidak mungkin China akan berkompromi tuntutan tuntutan kedaulatannya dalam menghadapi tekanan AS, saya yakin sengketa akan semakin mengarah pada titik berisiko antara Beijing dan Washington,” tegas Xiulan.

 “Tak mungkin berlaku perang walau South China Morning Post yang saya baca menulis tentera China terus dipersiapkan menghadapi konflik ketenteraan yang mungkin berlaku,” balasku.

Ni rang wo kaixin !” Xiulan ketawa manis.

Lalu cepat-cepat aku sambung “Tapi, apa-apapun kamu perlu juga berdoa, semoga perang tak akan meletus, percayalah! Kamu perlu ke AS untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang kamu minati itu.”

“Kamu bergurau ya?”

“Tidak, China sekarang sudah menjadi kuasa dunia... sejarah bakal tercipta.”

“Eh, kedengarannya macam sejarah kamu yang cipta,” Xiulan mencebik.

“Sama seperti kamu, saya cuma orang yang belajar sejarah. Saya mempelajari sejarah masa hadapan,” balasku sembari tersengih.

Petang hari aku kembali ke hotel. Yang pertama aku lakukan adalah memanjangkan tarikh check-out . Hari berikutnya aku memanjangkan lagi masa tinggalku di Wuhan. Kemudian berhenti. Suatu ketika aku mendapati diriku menyusuri Muzium Hubei Provincial, tidak jauh dari pantai barat Tasik Timur Wuhan bersama Xiulan. Muzium ini mempunyai koleksi lebih daripada 200,000 objek, termasuk Pedang Goujian, satu set loceng gangsa purba Bianzhong dan artifak Perkuburan Marquis Yi dari Zeng dan perkuburan di Baoshan. Pada 27 April 2018, Xi Jinping dan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengunjungi muzium ini.

Sebatang trek jalan kaki yang sesuai untuk aktiviti riadah kami redahi. Hujan gerimis. “Saya suka hujan gerimis,” kataku. Xiulan tidak percaya dan memaksa aku masuk ke bawah payung yang dipegangnya.

Suatu ketika kami makan lempeng mengfeng , sejenis makanan ringan Shanxi. Kata Xiulan, l empeng mengfeng ini merupakan makanan tradisional terkenal dari kampung Mengfeng, Qingxu wilayah Shanxi. Wangi, sedap, lembut dan manis.

Mengfeng ini mengingatkan aku kepada s hou zhua bing, makanan kegemaranku sewaktu berdarmawisata di Hong Kong suatu ketika dahulu. S hou zhua bing berasal dari Taiwan, rupanya seperti roti canai. Cuma bezanya, dijadikan seperti sandwich yang dalamnya berisi daging, ayam, sosej, telur bersama sos cili dan mayonis. Boleh dikatakan setiap pagi aku bersarapan dengan makanan ini di Shim Tsa Shui.

Aku ceritakan kepada Xiulan. Di rumahku di Kedah, sewaktu kecil dulu aku amat gemar makan lempeng. Di kampungku disebut 'peknga' bermaksud tempek dalam belanga. Tepung dicampur air, bersama sedikit nasi atau kelapa parut, digaul sebati sebelum ditempekkan dalam kuali. Tunggu lebih kurang lima minit, biar garing sedikit dan pesta makanpun bermula. “Peknga' adalah makanan setiap pagi sebelum ke sekolah.

Akhirnya sampailah di hujung cerita. Pagi-pagi aku harus meninggalkan Wuhan. Pesawatku akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe , tengah hari. Aku diminta meninggalkan kereta yang aku sewa di tempat letak kereta lapangan terbang.

Tiba di balai menunggu sebelum berlepas, aku buka whatsApp dan tulis kepada Xiulan.

"Sekarang saya harus pulang. Terima kasih selama beberapa hari ini. Saya fikir saya tak akan lupa kamu, Xiulan!"

“Bu yong xie,” dia membalas. "Kamal, saya tak boleh tidur semalam. Mungkin saya terlalu banyak bekerja. Namun saya ingin pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat."

Well , begini Xiulan...” Aku mencari-cari aksara sesuai. “Cuba kamu bayangkan kamu sedang belajar di AS. Semua ilmu ekonomi AS tergenggam erat di tangan kamu. Pastinya China akan berbangga dengan kamu. Orang tua kamu pasti menunggu-nunggu hari kepulangan kamu. Lalu menyediakan bilik yang sesuai di rumah, serapi yang mereka mampu: 'Ini untuk kamu yang bakal menjadi pensyarah ekonomi...”

Xie xie,”

"Kamu akan jadi seorang pensyarah ekonomi yang hebat. Saya percaya itu,"

Feichang ganxie ni,”

“Cuba lihat mata pelajar-pelajar kamu ketika kamu bercerita... ni de weilai shi guangming de , Xiulan. Ceritakan AS tak akan berperang dengan China, seluruh dunia adalah China, seperti kamu katakan kepada saya. Saya percaya kerana sebentar lagi China bakal jadi adikuasa. Napoleon pernah berkata... China adalah raksasa sedang tidur. Biarkan ia tidur, kerana ketika bangun, ia akan menggegarkan dunia. Kata-kata Napoleon, negara ini akan menjadi produk sebenar. berstatus kuasa besar Okey, women zai jianmian , Xiulan!”

Kereta yang aku sewa sudah diambil pemiliknya, sedang bergerak perlahan meninggalkan lapangan terbang. Masuk ke perut MAS menuju ke Kuala Lumpur, entah kenapa aku tiba-tiba saja teringat Xiulan juga Wuhan, bandar Covid-19 yang telah merakamkan banyak nostalgia.

 

Glosari:

 

bu yong xie                                          = terima kasih kembali

f eichang ganxie ni                                = terima kasih lagi sekali
hai meiyou, haishi danshen                  = belum lagi, masih bujang
ni chiguole?                                          = kamu sudah makan?
ni de weilai shi guangming de              = masa depan kamu cerah
ni jiao shenme mingzi?                        = siapa nama kamu?
ni jiehunle ma?                                     = kamu sudah kahwinkah? 
ni jintian hao ma?                                = apa khabar hari ini?
ni rang wo kaixin                                 = kamu buat saya gembira
wo de mingzi shi...                                = nama saya...
women zai jianmian                             = kita akan jumpa lagi

xie xie                                                   = terima kasih 
yirujiwang, jiu hao                              = seperti biasa, baik-baik saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA