SMAHADZIR
KEROSAKAN akhlak yang diakibatkan oleh berbagai
program tayangan televisyen dan saluran-saluran media lain, bukanlah satu
tuduhan untuk menakutkan tetapi satu kenyataan yang hebat. Ghazwul fikri adalah sebuah projek besar musuh-musuh Islam,
dilancarkan melalui berbagai media.
Realiti suguhan program
televisyen dan saluran-saluran media lain dewasa ini hampir semuanya melanggar
syariah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya Kategori Program Televisyen dan Media Cetak
Haram. Malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri yang dilancarkan oleh
musuh-musuh Islam melalui media-media tersebut.
Ghazwul
fikri adalah perang pemikiran iaitu penyerangan dengan berbagai cara terhadap
pemikiran umat Islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah
tercampur-aduk dengan hal-hal tidak Islam. Ini adalah cara musuh Islam
menghancurkan generasi Islam, berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal
lebih lembut, jimat waktu dan belanja bahkan lebih efektif dari perang fizikal
yang banyak menggunakan tenaga juga kos.
Perang pemikiran ini telah
dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukan
pendangkalan pemikiran dan cuci otak generasi Islam agar tunduk, mengikuti cara
hidup mereka sehingga dapat meneruskan kepentingan mereka menjajah sumber daya
milik generasi Islam.
Hal ini dilatarbelakangi
pengalaman rahsia mengalahkan umat Islam secara ketenteraan. Invasi ketenteraan
ini memakan kos tidak sedikit dan ramai mangsa terkorban. Perang di
Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan
dan menguasai negara tersebut. Sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk
mengalahkan generasi Islam yang hasilnya lebih memuaskan untuk meneruskan
penjajahan terhadap dunia Islam.
Ghazwul
fikri, kos jauh lebih rendah, kerana tidak perlu membeli kereta kebal,
pesawat, amunisi dan sebagainya. Hanya menyebarkan idea-idea mereka ke seluruh
belahan dunia dengan tujuan imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampu
melumpuhkan umat muslim sehingga akarnya. Media massa dan sarana lain mereka
manfaatkan secara maksimum untuk menyemarakkan pemikiran dan idea busuk mereka
supaya kelihatan indah dan menawan.
Ghazwul
fikri juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan kakitangan mereka dari
kalangan munafiqin berkolaborasi
menyebarkan virus pemikiran sesat dan memolesnya dengan slogan-slogan menawan,
seperti kebebasan berfikir, toleransi, hak asasi manusia, dan sebagainya.
Pemimpin negara Islam yang berkiblat pada Barat dengan mudah dicucuk hidung
bahkan menjadi boneka mereka yang menjalankan pemerintahan di bawah perintah
asing. Inilah yang meneruskan cengkaman Barat di dunia Islam.
Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10
kategori acara televisyen, media cetak dan saluran-saluran media lain yang
merupakan sebahagian dari strategi ghazwul
fikri, dan sebab itulah haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:
1. Membius
pandangan mata. Banyak disuguhkan wanita calon penghuni neraka dari kalangan
artis dan pelacur. Mereka menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah hiburan
mencagunkan zina mata masyarakat.
2. Pameran
aurat. Saluran televisyen dan saluran-saluran media lain berlumba-lumba
menyajikan artis-artis, baik berpakaian biasa, ketat, pakaian renang, sehingga
telanjang. Penonton diajak untuk tidak ada rasa malu, hilang iman, mengikuti
panggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.
3. Membudayakan
ikhtilat. Sekumpulan lelaki dan
wanita bukan muhrim, biasa bergumul
jadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksi
zina.
4. Membudayakan
khalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai program. Frekuensi
suguhan kisah-kisah kekasih dan berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.
5. Membudayakan
tabarruj. Ramai pelakon di layar kaca
dan saluran-saluran media lain mempertontonkan bahagian tubuhnya seharusnya
ditutupi, untuk dinikmati para penonton.
6. Mengalunkan
nyanyian dan muzik syaitan. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak
menyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina diiringi alunan alat muzik
syaitan.
7. Menyemarakkan
zina. Sajian dari luar negeri mahupun tempatan banyak menyertakan adegan peluk,
cium, dan ranjang membuktikan bahawa media-media ini adalah corong zina. Aksi
zina menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dan
kemaluan.
8. Mempromosikan
liwat (homoseksual). Para artis dan
selebriti mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hak
asasi manusia.
9. Menyebarkan
syirik. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak mengekspos amalan
pedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.
10. Tenggelam
dalam laghwun. Program-program tidak
ada manfaatnya banyak disuguhkan untuk penonton, misalnya kepincangan kehidupan
individu selebriti dan humor
berlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal penting seperti zikir kepada
Allah SWT.
Ada beberapa langkah dan strategi
dalam melaksanakan projek ghazwul fikri,
iaitu melalui media massa, politik dan pemerintahan, pendidikan, moral,
pengaburan sejarah, ekonomi, ilmu alam dan sosial, bahasa, undang-undang, dan
penghantaran pelajar keluar negara.
1. Media Massa
Media massa boleh menyebabkan terjadinya perubahan
kegiatan seharian dalam keluarga muslim. Dulu selepas Maghrib, anak-anak
biasanya mengaji dan belajar agama. Sekarang, selepas Maghrib anak-anak
menonton pelbagai program yang terpancar di televisyen, lap-top, computer, gajet, telefon bimbit, whatSapp, twitter, blog dan lain-lain lagi. Ini semua boleh
merosakkan pemikiran dan tidak bermanfaat.
Filem yang diputarkan 90% bergaya
Barat, filem Melayu bergaya Barat, begitu juga dengan filem-filem Mandarin dan
filem-filem India. Filem-filem Islamik boleh dikatakan tidak ada. Sementara
bagi para remaja dan orang tua, dibandingkan datang ke kelas pengajian dan
majlis taklim, mereka lebih senang
menghabiskan waktu dengan menonton televisyen.
2. Politik dan Pemerintahan
dengan politik dan pemerintahan, musuh-musuh Islam
dapat meneruskan kolonialisme baru di tengah-tengah dunia Islam, menjajah,
merampas kekayaan negara-negara Islam untuk kepentingan mereka. Mereka juga
‘membeli’ orang-orang berpengaruh untuk dijadikan ‘boneka’ sehingga dapat
mengendalikan negara Islam kerana para penguasanya telah mereka ‘kuasai’.
Musuh-musuh Islam juga berjaya
mempengaruhi pemikiran pemimpin Islam sehingga berpendapat bahawa agama tidak
perlu dibawa dalam aktiviti keseharian khususnya dalam hal pemerintahan.
Seterusnya mereka berjaya memecah-belah persatuan umat Islam dengan membahagikan
generasi Islam kepada, Islam radikal atau Islam fundamentalis, tradisionalis
dan Islam sederhana.
3. Pendidikan
Pendidikan merupakan matlamat utama ghazwul fikri kerana sangat menentukan
maju mundurnya sesuatu bangsa. Ini dilakukan dengan menetapkan sedikit saja
masa untuk pendidikan agama di sekolah (contohnya hanya 2 jam seminggu). dengan
lemahnya asas agama, maka terjadilah pelbagai maksiat, seks bebas yang
meningkatkan penyakit AIDS, penyalahgunaan dadah, vandalisme, dan sebagainya.
Ini adalah kesan jangka pendek. Kesan jangka panjang ialah rendahnya kualiti
pemahaman agama bakal pemimpin bangsa dan negara pada masa hadapan.
4. Moral
Merosakkan moral generasi Islam dengan cara
‘memperkenalkan’ pergaulan bebas, clubbing,
free sex, lagu-lagu mengkhayalkan tentang cinta, budaya bercinta
keterlaluan dan segudang aktiviti lainnya yang banyak dilakukan generasi muda
Islam sekarang ini.
5. Pengaburan Sejarah
Maklumat tentang sejarah dunia dan ilmu pengetahuan
diselewengkan habis-habisan sehingga hampir tidak ditemui pemaparan sejarah
Islam dan sumbangannya dalam perkembangan budaya dan ilmu pengetahuan. Dalam
sejarah yang dibahas hanyalah ilmuan kafir yang membuat generasi muda
‘tersilau’ dengan tokoh-tokoh kafir dan terlupa dengan keagungan sejarah Islam
sendiri.
6. Ekonomi
Diajarkan bahawa ekonomi iaitu mencari keuntungan
sebesar-besarnya dengan pengorbanan sekecil-kecilnya. Ketika slogan ini ditelan
habis-habisan tanpa dilakukan sebarang penapisan, maka tidak lagi memperhatikan
soal halal atau haram, yang penting adalah bagaimana mendapat untung
sebesar-besarnya melalui sistem ekonomi kapitalisme iaitu monopoli, riba dan
pemihakan kepada para konglomerat.
7. lmu Alam dan Sosial
Dilakukannya sekularisasi antara ilmu pengetahuan
dengan ilmu agama. Bahaya lainnya adalah penisbatan teori-teori ilmu
pengetahuan kepada para ilmuan tanpa mengembalikannya kepada si pemberi dan
pemilik ilmu, sehingga kekaguman dan pujian hanya berhenti pada diri para
ilmuwan dan tidak bermuara kepada Allah SWT.
Berkembangnya berbagai teori
sesat secara ilmiah, disebarkan secara besar-besaran oleh golongan tertentu
untuk menimbulkan keraguan pada agama Islam. Misalnya, teori tentang asal usul
makhluk hidup Charles Darwin tetapi sudah ‘diindoktrinasikan’ ke serata pelosok
dunia. Atau teori Libido seksual Freud, yang menyatakan jika manusia tidak
membebaskan keinginan seksualnya akan mengakibatkan terjadinya gangguan
kejiwaan. Teori ini sudah dibantah secara ilmiah dan pencetusnya Freud terus
menggembar-gemburkan kebebasan seksual namun mati kerana menderita penyakit
kejiwaan (psikopath).
8. Bahasa
Tidak diajar bahasa al-Quran di sekolah kerana
menganggapnya tidak perlu sehingga menjadi bencana bagi generasi Islam. dengan
tidak memahami al-Quran, majoriti generasi Islam menjadi tidak mengerti apa
kandungan al-Quran: “dan di antara mereka
ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan
bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.”
Akibatnya, al-Quran menjadi
sekadar bacaan tanpa erti dinikmati iramanya seperti lagu-lagu dan nyanyian
belaka, akhirnya ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan
al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. dan seperti itulah, setelah kami
adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah
Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong.” (suruh Al-Furqaan: 31)
Kesan lain adalah terputusnya
hubungan generasi Islam dengan perbendaharaan ilmu keislaman yang telah disusun
dan dibukukan selama 1,000 tahun oleh para pakar dan ilmuwan Islam terdahulu,
jumlahnya mencapai jutaan judul buku, mencakup bidang-bidang akidah, tafsir,
hadis, fiqih, sirah, tarikh, ulumul
Quran, tazkiyyah dan sebagainya.
9. Undang-undang
Menumbuhkan keraguan terhadap ajaran Islam dengan
mempermainkan syariat Islam, menyebut syariat Islam sudah tertinggal zaman
tidak boleh diterapkan lagi dalam kehidupan sekarang. Mereka juga mencipta
istilah sekularisme (memisahkan agama dari kehidupan).
10. Pengiriman Pelajar Keluar Negara
Melalui brain
drain dan brain washing, para
intelektual negara-negara Islam beralih ke negara-negara maju kerana insentif
lebih besar dan fasiliti hidup lebih mewah. Hal ini menyebabkan lambatnya
pembangunan di negara-negara Islam dan semakin cepatnya kemajuan di
negara-negara Barat.
Brain
washing dialami para intelektual yang berangkat ke
negara-negara Barat tanpa dibekalkan asas-asas keislaman yang cukup. Akibatnya,
mereka pulang dengan membawa pola fikir dan perilaku bertentangan dengan nilai
Islam. Bahkan mereka ikut membantu meneruskan kepentingan Barat di negara
mereka.
Lantaran itu, umat Islam hari ini
harus berwaspada dengan gerakan ghazwul
fikri yang sedang dilancarkan oleh
musuh-musuh Islam, sehingga tidak terjebak dalam propaganda mereka dan mampu
menjadi benteng bagi keluarga dari serangan tersebut.
dengan modal keperibadian yang
matang, wawasan ilmu yang cukup, pengalaman, kecekapan, kebijaksanaan dan
kreativiti, nescaya kita akan mampu menjadi insan yang mandiri dan tidak
bergantung kepada orang lain, apalagi musuh-musuh Allah, dan tidak menjadikan
mereka sebagai rakan kepercayaan, sebab telah jelas kemudharatan yang mereka
timbulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan