SMAHADZIR
AISYAH, begitu namanya. Gadis cantik, pendiam, berperawakan tidak terlalu tinggi dan genit. Bertudung hitam. Rakan sekuliahku. Ramai rakan lelaki sekuliah cuba mendekati tetapi sukar. Aisyah terlalu mahal.
Hari itu aku pulang ke rumah dengan bas. Setelah
letih berjalan dari bilik kuliah, atas bas ada tempat duduk kosong. Aku
mengambil tempat duduk itu. Tidakku duga Aisyah adalah penumpang di sebelahku.
Masing-masing diam. Aku berusaha tidak
mempedulikannya yang sedang asyik membaca.
“Aisyah, boleh berbual? Errr, kamu mahu ke
mana?”
Aisyah diam, hanya tersenyum nipis. Kebetulan
perhentiannya sudah dekat. Dia beranjak dari tempat duduk dan segera turun.
“Hei… Aisyah, buku kamu tertinggal,”
Aisyah menoleh, tidak menyangka aku turun juga dari
bas. “Aisyah, buku kamu…” aku menghulurkan bukunya.
“Terima kasih!” Aisyah berjalan, aku mengiringi
langkahnya.
“Kamu tinggal di sini?”
Aisyah tidak menjawab, sekadar mengangkat pundak.
“Emm, Irman... maaf, saya bukannya sombong, saya ada
tugas sekarang. Kita boleh bertemu di perpustakaan esok petang,” Aisyah gesit berlalu.
Aku terkebil-kebil.
* * *
Segalanya bermula dari link fans fiction itu, yang
dikongsi oleh Firdaus, Ilham, Junairi, Helmi, Adam, Zahir, Zunar dan Effendi,
rakan-rakan sebaya yang juga rakan facebook-ku.
Aku tertarik dengan komentar Firdaus yang mengatakan bahawa ceritanya sad ending, akupun terus melayari link tersebut.
“Kamu
dah tengok link fans fiction tu?”
soalku kepada Firdaus.
Firdaus
gesit ketawa. Begitu juga dengan Ilham, Junairi, Helmi, Adam, Zahir, Zunar dan
Effendi. “Itu bukan link biasa,
Irman! Yadong namanya,” jawab Firdaus
bersahaja.
“Ramai lagi kawan kita selalu
layari link Yadong tu,” balas Zunar.
“Bukan saja link tu… banyak lagi link
pornografi lain yang kami selalu layari,” tanpa rasa bersalah Helmi menokok.
“Maksud kamu, rakan-rakan sebaya
kita?” aku ingin tahu.
Firdaus, Ilham, Junairi, Helmi,
Adam, Zahir, Zunar dan Effendi terus ketawa.
Aku terkejut dan hairan. Mengapa rakan-rakanku
yang masih berusia remaja ini ketawa seolah-olah mereka sudah terbiasa dengan link semacam itu? Kerana merasa sungguh
ingin tahu, akhirnya aku membuka kembali link
tersebut dan melihat homepage-nya.
Pada mulanya aku menyangka fans fiction ini adalah cerita biasa
yang dibuat oleh para remaja. Di bahagian awal cerita seperti pada umumnya,
sepasang muda-mudi yang berkenalan lalu bercinta. Namun begitu masuk ke
bahagian tengah sesuatu tidak terduga muncul, ada adegan pornografi dalam
cerita tersebut mulai dari berciuman hingga hubungan intim yang dipaparkan
dengan jelas sekali.
Ternyata situs yang memuatkan link itu memang khusus untuk fans fiction pornografi.
Watak-watak utama yang dicagunkan dalam semua ceritanya adalah artis-artis
Korea kegilaan remaja masa kini seperti Super Junior, Girls Generation, Big
Bang, dan sebagainya. Setiap cerita diberi label ‘NC’ singkatan dari
perkataan ‘No Children’ yang
bermaksud cerita tersebut bukan untuk kanak-kanak di bawah umur. Dari label NC
ini boleh dibahagi berdasarkan usia iaitu NC 17, NC 21, bahkan NC 23.
Aku dapati situs ini jelas sekali
dikunjungi ramai golongan remaja sebab jumlah berbahagi di twitter dan facebook
serta komentarnya cukup banyak. Cerita-ceritanya ditulis oleh ramai orang,
sesiapapun boleh mengirimkan cerita, gambar dan video yang kemudian akan
dipublikasikan oleh administrator situs. Meskipun tidak ada ketentuan usia
minimum yang boleh menyumbang bahan, tetapi berdasarkan penelusuran, aku
menduga penyumbang bahan-bahan tersebut berusia antara 15-25 tahun. Sedangkan
usia untuk pembacanya lebih variatif.
Kendatipun sudah dituliskan ‘No Children Story’ di bahagian depan,
tetapi aku rasa semua orang boleh mengakses, membuka dan membaca di situs
tersebut dengan bebas. Ada juga situs lain yang lebih bersifat privasi, di mana
untuk dapat membaca di situs tersebut harus menyertakan data diri terutama
usia, barulah diberi semacam password
untuk cerita, gambar dan video yang dimaksudkan. Selain situs yang berbahasa
Melayu, aku juga pernah menemui situs yang memuatkan bahan serupa dalam bahasa
Inggeris.
Sebaik sahaja aku keluar dari link fans
fiction tersebut, Mujahidah Siber terus menyinggahi
skrin peribadiku melalui e-mel. Mengajak aku berjihad. Katanya, tidakkah aku
dilepa pedih rasa hati menatap status link pornografi yang sering dikunjungi netizen. Ribuan pelayar yang ‘like’ di samping folowers yang lebih 4 juta. Kesemuanya golongan remaja. Dunia pornografi siberisme yang
dilayari bagaikan alam khayalan yang serba memberahikan. Membuar utopia.
Aku sebenarnya tidak mengetahui siapa Mujahidah Siber dan dari mana
asalnya. Rakan siberku itu tiba-tiba saja cagun di skrin lap-topku membisik
semangat jihad membanteras pornografi. Kata Mujahidah Siber lagi, bukan mudah
untuk menghalang pornografi dalam internet tetapi sekurang-kurangnya kita mesti
berusaha ke arah itu. Aku sedar, bukan link fans
fiction sahaja tetapi lain-lain
situs berbau pornografi juga begitu menarik ramai netizen, tentunya remaja,
satu gejala yang memang wajar dibanteras.
“Siapa nama kamu sebenarnya?” aku cuba menyelusuri peribadi Mujahidah
Siber.
“Nama aku tak penting. Yang penting usaha kita membanteras situs pornografi
perosak remaja Islam. Kita sekarang
sedang berada di bawah serangan psikologi besar Yahudi. Seks digunakan untuk
memperhamba dan menggiring kita kepada syaitanisme. Daya tarik seks yang
dipalingkan ini merupakan sebahagian besar dari apa yang disebut modenisme.”
Itulah mukadimah bicara Mujahidah Siber, berkisar tentang agenda
Yahudi yang sedang menjerat generasi Islam. Aku terbuai dengan semangat jihad Mujahidah
Siber betapa pornografi adalah salah satu agenda Yahudi. Dia menyedarkan aku
bahawa protokol ke-14 Yahudi mengajak para penulis Yahudi menonjolkan
tulisan-tulisan, gambar-gambar dan video-video pornografi di samping mengadakan
sastera-sastera tidak bermoral, kotor dan keji semata-mata untuk merosakkan
generasi muda Islam.
Sewaktu aku memperkenalkan diriku
sebagai seorang pelajar universiti, Mujahidah Siber mula mengajakku berkongsi
tentang isu-isu besar yang sedang melanda generasi muda Islam. Katanya, media
global Israel telah menyebar ke seluruh dunia, dan perang terhadap orang-orang
Arab dan Islam sedang mereka lakukan melalui kerakusan pornografi secara
global. Israel menggunakan cara itu untuk menghancurkan semua ekspresi moral dalam
kalangan orang-orang Arab dan Islam. Sebab itu banyak tayangan pergaulan bebas
dan ketidaksopanan dalam siaran di saluran internet.
Kata Mujahidah Siber lagi, usaha
ini adalah sebahagian dari kolusi Yahudi untuk melemahkan nilai-nilai Islam.
Ini harus diwaspadai oleh generasi remaja Islam, untuk sedar bahawa apa yang
Yahudi telah berikan kepada dunia Arab dan Islam, selain dari korupsi moral,
degenerasi nilai-nilai, termasuk juga pornografi. Mujahidah Siber meyakinkan aku
bahawa Yahudi sedang merencanakan agenda mereka bagi menghancurkan kekuatan
Islam melalui pornografi siber.
“Mahukah kamu berjihad bersamaku?”
Mujahidah Siber menyoalku suatu
hari. Aku sungguh terkejut tatkala Mujahidah Siber mengatakan bahawa Statistik
Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga kelapan di dunia bagi
negara paling ramai pelayar situs pornografi. Hakikatnya, kemudahan WiFi pada
telefon pintar, begitu mudah novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun
melalui aplikasi e-book. Ratusan nukilan novel dan cerpen lucah berbahasa Melayu
boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai atau melayari
internet di premis pusat siber tetapi hanya menggunakan kaedah memuat turun
aplikasi melalui Play Store.
Pengakhir e-mel Mujahidah Siber mengatakan dia sedih
sebab ada jutaan remaja Islam yang terlibat sebagai pelayar situs pornografi. “Kita
harus menolong mereka. Kita harus berusaha semaksimum yang kita mampu. Dan
tidak munasabah bagiku untuk berkata, facebook,
youtube, instagram, twitter, internet, semuanya haram. Ini tidak realistik.”
E-mel terakhir Mujahidah Siber malam
itu membuatkan aku termenung seketika. Katanya, Yahudi telah menyerang umat
Islam sejak usia kanak-kanak lagi. Dia menyuarkan bukti, banyak filem untuk
kanak-kanak memuatkan adegan pornografi, meskipun tidak dominan. Sleeping Beauty… Cinderella... kenapa ada adegan untuk penonton dewasa? Peluk dan
cium. Filem Little Mermaid, heroinnya
berpakaian hanya menutup dada saja. Tarzan pun cuma pakai seluar dalam saja.
Bukankah filem itu untuk kanak-kanak? Kenapa kanak-kanak disajikan filem
begitu?
“Kamu tahu siapa di sebalik
filem-filem tersebut? Ya, Walt Disney. Jika ditelusuri, Walt Disney adalah
anggota Illuminati dan Freemansory. Filem-filem ciptaannya banyak membanjiri
layar kaca di dunia. Kanak-kanak secara tidak sedar sudah terbiasa menonton
filem tersebut. Apakah kamu tidak resah melihat kanak-kanak menonton adegan
berahi orang dewasa? Itu bukanlah pendidikan seksual yang tepat, bukan? Dan
mereka telah berjaya merosakkan minda kanak-kanak melalui filem.”
Aku termanggu tanpa kata. Aksara yang terluah dari pena Mujahidah Siber begitu cantik dianyam diksi diukir kisah. Sewaktu aku terdiam itulah Mujahidah Siber melepakan kesedaran bahawa porno memiliki fungsi penting untuk Illuminati. Illuminati nak memperhambakan umat Islam dengan menggunakan hutang, pengendalian fikiran dan terorisme palsu. Tetapi umat Islam tidak sedar bahawa musuh mereka memiliki program yang terancang untuk memperhambakan secara rohani dengan menggunakan seks. Dengan kata lain, Illuminati adalah sekte klenik syaitan berdasarkan Yahudi Kabala. Perjalanan sejarah dan kebudayaan moden telah dirancang untuk menjadikan umat Islam masuk ke dalam sekte klenik seks pagan ini.
* * *
Perpustakaan
Tun Sri Lanang ramai pengunjung, aku tercangak-cangak mencari Aisyah. Tidak
kelihatan batang hidungnya. Mungkin dia bosan menunggu, aku memang terlambat 30
minit. Sudahlah. Aku menghampiri pintu. Ketika aku membukanya, wajah Aisyah
cagun di hadapanku. Aku terkejut. “Eh, kamu!”
“Maaf saya terlambat!”
Aku tersenyum dan kami melangkah menjauhi
perpustakaan. Tidak terasa kami berbual ramah.
“Kamu macam tergesa-gesa saja...”
“Saya aktif dalam JIHAD, sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan
yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan
ajaran dan cara hidup Islam,” jawab Aisyah. “Sekarang saya
sedang membantu JIHAD memberi pendidikan serta kesedaran terhadap sebarang
ancaman pedofilia, pornografi dan jenayah siber,”
Aku mengangguk-angguk. Rasa bangga menggerbak di
hati dengan penglibatan masa lapang Aisyah. Nampak pendiam rupanya Aisyah
seorang yang aktif dalam NGO.
Sejurus kemudian Aisyah mengucapkan salam dan kami berpisah.
* * *
Berkali-kali
aku cuba mengakses biodata peribadi Mujahidah Siber melalui paparan skrin di
ruang media sosial namun hampa. Tiada sepatah aksara pun yang terpapar di
ruangan profil diri Mujahidah Siber. Namun, daripada luahan hati dan coretan
perasaan Mujahidah Siber, aku cuba mengagak Mujahidah Siber seorang gadis yang
kuat semangat jihadnya, bijaksana, serta sedang membina harapan dan hasrat membumbung.
Getol menegaskan bahawa jika selalu mengakses pornografi lewat internet,
semakin tinggi risiko melakukan apa yang dilihat, termasuk keganasan seksual,
perkosaan, dan pelecehan seksual. Pornografi yang dikenalkan sebelum waktunya
akan menimbulkan suatu kebingungan, mempengaruhi pembentukan sikap, nilai dan
perilaku.
Mujahidah Siber juga mengharapkan
agar ibu bapa yang memiliki anak remaja supaya selalu waspada dan jeli, buka
mata serta telinga. Berhati-hatilah jikalau menemui folder atau file yang judulnya
mencurigakan seperti ‘yadong’ di
handphone, lap-top, atau media lain
milik anak mereka. Sebab kemungkinan besar kandungan di dalamnya adalah
pornografi. Jangan sampai kanak-kanak terjerumus dalam dunia yang belum seharusnya
mereka ketahui.
Aku begitu bersemangat dengan tiap kata-kata yang diluahkan Mujahidah Siber. Dalam diam-diam aku sudah membundar tekad. Aku akan bersamanya berjihad.
* * *
Persahabatanku
dengan Aisyah semakin akrab. Kami sering berbual tentang banyak perkara, terutama
tentang JIHAD. Dia sering mengajakku menyertai JIHAD memberi pendidikan serta
kesedaran terhadap sebarang ancaman pedofilia, pornografi dan jenayah siber. Sesungguhnya
hatiku sudah terpikat pada Aisyah tetapi perasaan malu untuk berterus-terang
begitu kuat.
Rasa terpikat itu terasa sangat mententeramkan
perasaanku. Aku pendamkan saja dalam dada.
Dua hari selepas majlis graduasi, Aisyah
meninggalkan kampus. Aku tidak sempat berbicara lama kecuali selamat jalan di
telefon. Selepas itu, aku terus kehilangan hubungan dan aku merasa itulah
jalannya hidup. Kini, sudah setahun kami berpisah. Aku masih merindukannya.
Teh sudah tersedia, aku mengambil air panas,
menuangkannya dalam cawan. Membuka e-mel di lap-top.
Tidak diduga ada e-mel dari Mujahidah Siber.
Aku cuba mengingatkan kembali nama jiran di hadapan
rumahku, seorang perempuan tua dan kucingnya selalu duduk di beranda. Aku
segera keluar rumah, berjalan menuju rumah itu. Memberi salam dan mengetuk
pintunya. Tidak lama, seorang perempuan tua muncul dengan senyum mesra.
“Waalaikumsalam,
Irman, silakan!”
Aku terkejut, dia tahu namaku. Seingatku, kami belum
pernah berkenalan.
“Makcik tahu, kamu pasti terkejut makcik tahu nama
kamu. Kamu tidak perlu bertanya lagi. Sebentar ya...” dia masuk ke dalam.
Kemudian, muncul seorang gadis berperawakan tidak terlampau tinggi dan genit
berdiri di hadapanku. Bertudung hitam. “Aisyah…” dengan senyum yang tidak
pernah aku lupakan.
Aku sungguh terpana.
“Sekarang saya bekerja sebagai tutor di universiti
tempat kita belajar dulu,” Begitu cerita yang mengalir dari mulut Aisyah. “Mahukah
kamu berjihad bersama saya dalam JIHAD?”
Aku gesit mengangguk, tidak ingin menyiakan perjuangan
ini bersama Mujahidah Siber - Aisyahku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan