Ahad, 25 September 2011

Pertahankan Rumah Pusaka Dan Pohon Melayu

MESKIPUN Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang tokoh yang penulis amat kagumi, namun ada pandangan mengenai isu semasa yang penulis setuju dan tidak setuju dengan bekas Perdana Menteri itu, khususnya sebab kami sekarang adalah penulis blog atau blogger. Satu yang penulis setuju dengan Tun Dr Mahathir adalah dalam hal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dari dulu pun penulis kata macam itu. Walaupun penulis antara peserta Kongres Kebudayaan Melayu II dulu yang sakit telinga bila ada segelintir pembentang kertas kerja menyelar tindakan Tun dalam PPSMI. Bukan soal nak banggakan bahasa Inggeris, apatah lagi nak merendahkan bahasa Melayu, tetapi pasal nak tinggikan mutu bahasa Melayu. Tengok sajalah istilah sains, kalau tidak kerana ada orang kita yang fasih bahasa Inggeris, macam mana kita nak cipta istilah sains dalam bahasa Melayu. Itu pun banyak istilah sains cuma padanan istilah bahasa Inggeris. Satu lagi, kalau kita ada istilah dalam bahasa Melayu pun tidak tentu lagi kita faham kalau kita tidak baca sumber asal. Hari ini, suka tidak suka, kebanyakan sumber asal ilmu dan maklumat adalah dalam bahasa Inggeris.

Pasal itulah orang berlawan-lawan nak belajar bahasa Inggeris. Bukan nak bangga-banggakan bahasa itu, tetapi pasal nak cari maklumat dan ilmu, pasal nak cari pasaran dunia, pasal nak jalin diplomasi. Kita tidaklah mahu bahasa kita hanya sesuai diguna bercakap sepatah dua dengan pendatang Bangladesh, Nepal dan Burma. Tetapi penulis langsung tidak kata guna bahasa Melayu dengan orang Bangladesh, Nepal dan Burma tidak baik. Bukan saja baik, malah sangat baik.

Kalau tidak kerana pendatang Bangladesh, Nepal, Myanmar, Sri Lanka dan India, boleh jadi pengguna bahasa Melayu tidak bertambah. Pendatang Filipina jarang sangat yang cakap Melayu pasal mereka tidak kerja dengan orang Melayu atau di rumah orang Melayu. Mereka cakap bahasa Inggeris macam di negeri mereka. Pendatang dari negeri China pun macam itu juga. Mereka tidak payah cakap Melayu pasal boleh guna bahasa Mandarin atau dialek-dialek Cina. Ramai yang datang kononnya belajar bahasa Inggeris, tetapi mereka buat kerja lain – haram dan halal.

Tetapi pasal kita sambil lewa dan tidak berapa hormat bahasa kebangsaan sendiri, maka bahasa Melayu yang pendatang asing pakai adalah bahasa pasar atau bahasa yang mereka cipta sendiri. Misalnya, kalau mereka minta laluan, mereka kata, ‘panas, panas, panas’ tidak kiralah kalau yang mereka bawa itu seguni air batu. Amaran ‘panas’ sudah jadi tolong bagi laluan.

Apa nak salahkan pendatang asing di kedai India dan mamak kalau pembesar negara dan pegawai tinggi kerajaan pun bahasa Melayunya masih tunggang-langgang. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pun nampak macam bersenang diri saja, bukan lagi DBP yang penulis kenal dan cintai semasa Bulan Bahasa Kebangsaan pada 1960-an. Apatah lagi kalau kita tidak belajar bahasa lain untuk cari ilmu dan maklumat bagi kayakan bahasa Melayu.

Sebelum PPSMI diumumkan akan dimansuh, ramai suku sakat penulis di kampung hantar anak-anak ke kelas tambahan bahasa Inggeris. Lepas diumumkan akan dimansuhkan, ramai dah tidak hantar lagi. Inilah penyakit kita orang Melayu. Kita ramai dan kita terajui kuasa, tetapi bila benda yang baik untuk bangsa kita, kita liat nak buat atau kita cepat-cepat buang pasal orang lain tidak suka. Pemimpin masa lalu yang cerdik dan prihatin terhadap orang Melayu buat benda-benda yang baik, tetapi hari ini satu demi satu orang kita sendiri buang. Undang-undang, dasar dan rancangan memang macam itu. Lama kelamaan nampak macam ketinggalan zaman. Macam rumah pusaka tok nenek kita juga, lama-lama robek kalau tidak dijaga.

Jadi kita jagalah rumah pusaka kita itu. Kalau rosak kita perbaiki. Kalau ada yang tidak sesuai lagi, kita pinda. Kalau kita asyik robohkan saja, lama-lama tidak ada lagilah apa yang kita boleh anggap sebagai pusaka atau legasi. Janganlah kerana orang luar atau orang kita sendiri yang tidak kenal sejarah atau yang ada agenda tertentu tegur, kita pun terus nak robohkan rumah pusaka kita.

Kalau kita tengok betul-betul, orang Cinalah yang paling kuat pertahankan rumah pusaka dan harta benda mereka. Kalau boleh, semua rumah pusaka nak mereka isytiharkan sebagai warisan. Yang bukan warisan pun mereka nak isytiharkan sebagai warisan juga bagi elak kerajaan ambil untuk buat pembangunan. Tetapi ambil tanah Melayu tidak ada masalah. Tanah rizab pun kena ambil tetapi tidak diganti balik.

Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir tinggalkan banyak rumah pusaka, warisan dan legasi yang baik-baik, tetapi kita gatal tangan nak runtuhkan kononnya dah tidak ‘cool’. Penulis minta ampun banyak-banyak. Bila dah lama hidup dan nasib baik boleh hidup dan cari rezeki bawah semua Perdana Menteri, penulis terpaksa bagi tahu dan bagi ingatan kepada orang yang muda-muda, yang hari ini ada kuasa, jangan nafi sejarah dan jangan putar belit sejarah.

Bangsa yang nafi sejarah samalah dengan pokok yang tidak ada akar tunjang yang mudah tumbang bila dipukul ribut. Bila pokok sebesar pokok Melayu tumbang sebab ada orang sengaja potong akar tunjangnya, bukan Melayu saja yang kena timpa, orang bukan Melayu yang caci-cerca pokok Melayu pun akan kena timpa juga.

Ingatlah ramai Melayu, ada yang masih hidup dan ada yang terkorban, pertahankan rumah pusaka dan pohon Melayu itu. Jangan sekali-kali abaikan jasa dan emosi mereka. Buruk padahnya.

Mendung Tidak Selalunya Membawa Hujan

PENULIS amat teruja untuk mengulas sedikit fenomena baru yang melanda negara kita sekarang ini. Soal politik haru-biru yang menggelumangi diri ‘mereka’. Kita lihat sekarang ini, belum pun berjaya memerintah negara atau duduk di Putrajaya yang dulunya hendak dilelong oleh ‘mereka’, hanya sekadar menang 80 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, semuanya sudah mahu diubah. Biarpun hasrat menukarkan kerajaan terkandas pada 16 September 2008, ‘mereka’ terus memasang hasrat kepimpinan Putrajaya akan berubah selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Mimpi besar mereka menjadi semakin rakus sehingga mahukan Malaysia bukan lagi berasaskan ‘ketuanan Melayu’ kerana mahu ditukarkan kepada ‘ketuanan rakyat.’


Dari dasar kerajaan yang memberikan penekanan kesaksamaan, ‘mereka’ jadikan jalan perubahan menerusi slogan ‘sama rata sama rasa.’ Caranya mudah, mengubah pembahagian asas penduduk bumiputera dan bukan bumiputera menjadi semuanya satu kerana pengkategorian itu umpama dasar aparteid, suatu bentuk penjajahan yang zalim dan kejam. Orang Melayu menerjah pandangan itu. Orang Melayu boleh menerima bukan Melayu sebagai sahabat, rakan karib dan tidak pernah memaksa mereka memeluk Islam.


Kehidupan masyarakat menjadi lebih aman sehinggalah orang bukan Melayu kembali mempersoalkan kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Perjuangan tersebut juga gagal kerana mereka yang mahu merombak kontrak sosial itu sebenarnya cuba menukarkan latar belakang sejarah, kerana mereka berhasrat untuk menghapuskan warisan budaya Melayu.


Dalam situasi politik Malaysia juga kita harus memikirkan bahawa kemewahan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang adalah atas dasar kecekapan dan kegigihan pemimpin terdahulu. Kita perlu memberikan mereka penghormatan dalam konteks pengorbanan dan kebernasan pemikirannya. Kita perlu melahirkan rakaman terima kasih kepada mereka, kerana usaha gigih merekalah kita dapat nikmati kesenangan yang kita miliki sekarang.


Tetapi ‘mereka’ ini telah menggunakan pelbagai cara untuk melakukan perubahan, dengan menuduh media arus perdana tidak memberikan ruang pelaporan yang adil kepada menguruskan sendiri pelaporan dalam media alternatif. Perubahan itu dibuat atas dasar memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan akhbar. Tidakkah ‘mereka’ sedar bahawa apabila ‘mereka’ menerbitkan akhbar lidah rasmi dan televisyen masing-masing, gaya pelaporan mereka pun berat sebelah dan tidak pernah bersifat adil.


‘Mereka’ mendabik dada bahawa kaedah merekalah yang paling berkesan dan baik sedangkan ia tidak pernah diuji. Dengan menggunakan momokan kata-kata, mereka hampir berjaya menimbulkan suasana kelam kabut dalam masyarakat. Daripada mengangkat penyerang Balai Polis Bukti Kepong pada tahun 1950 sebagai ‘wira sebenar’ manakala mereka yang mempertahankannya sebagai ‘perjuangan membela penjajah’ kini melebar kepada menukarkan bendera Jalur Gemilang.


Terasa malu dan jijik dengan Jalur Gemilang, maka apabila ‘mereka’ berjaya memerintah nanti, akan digantikan dengan bendera baru. Jalur Gemilang didakwa ditiru dari bendera Amerika Syarikat, kerana mempunyai warna yang sama dan simbol bintang. Kata-kata ini hanya pengakuan yang keluar dari mulut pemimpin ‘mereka’, umpama melihat ketulan ais yang berada di paras laut sedangkan ketulan yang di bawah (tidak kelihatan) lebih besar lagi.


Sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang sembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.’ (Ali-Imran ayat 118).


Jika ditakdirkan ‘mereka’ memerintah, segala-galanya akan diubah walaupun yang mahu diubahkan itulah telah banyak berjasa. Lebih banyak idea yang bodoh akan terkeluar, kerana sesetengah pihak sebenarnya sedang melaksanakan strategi kempen kelam-kabut apabila merasakan kedudukannya semakin berkecamuk. Mereka terus dilanda sindrom takutkan kekalahan kerana rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mudah termakan dengan janji-janji kosong, kerana janji lamanya masih banyak yang belum ditunaikan.


Dengan menaja ‘rancangan menghapuskan warisan Malaysia’, pihak itu sebenarnya sedang melakukan aktiviti memadam kesalahannya sendiri daripada memori pengundi yang pernah memberikannya harapan. Pengundi sudah memahami bahawa orang yang banyak menaburkan janji itulah sebenarnya masih terkapai-kapai dan banyak berbohong. ‘Mereka’ inilah sebenarnya yang perlu ditolak oleh rakyat, merekalah golongan munafik yang menggunakan agama untuk kepentingan diri, mereka bukan sahaja tidak menghormati warisan dan legasi pemimpin terdahulu bahkan dibayangi oleh tangan-tangan ghaib setelah terdesak untuk membalas budi dengan menggadai negeri.


Untuk itu, kita wajar merenung firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu misalan salah sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya yang disebabkan apa yang mereka telah lakukan.’ (An-Nahl ayat 112)


Mungkinkah suatu hari nanti Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Iraq, kerana semakin ramai pihak yang menghasut rakyat agar tidak bersyukur, tidak menghargai kebajikan yang sedang mereka nikmati, bahkan lebih gemar mempercayai mendung akan selalunya membawa hujan. Dalam banyak keadaan, mendung itu berlaku kerana jerubu dan tidak memberikan petunjuk hari akan hujan. Sekali merdeka, biar terus merdeka.

Isu Dan Cabaran Menggunakan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan

SEBAGAI rakyat Malaysia, kita maklum bahawa negara kita mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini semua media komunikasi termasuk iklan tidak terkecuali. Justeru, sewajarnya iklan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Namun yang sebaliknya berlaku, apabila terdapat lambakan iklan berbahasa Inggeris sama ada yang sepenuhnya berbahasa Inggeris atau ‘bahasa rojak’ yang masih berlaku dari dahulu sehingga sekarang? Kebebasan berkreativiti dalam mengiklankan produk terus dijadikan alasan oleh pengiklan mahupun agensi pengiklanan untuk terus meminggirkan bahasa kebangsaan.

Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Termuzi dan Encik Gary Tay (kanan) sedang membincangkan topik ‘Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Pengiklanan’.


Untuk membincangkan dan mencari penyelesaian bagi isu ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) mengadakan dialog bertajuk ’Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Pengiklanan’ pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP. Dialog ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, dan dihadiri oleh seramai 150 orang peserta daripada agensi pengiklanan, wakil kementerian, Pihak Berkuasa Tempatan, pengawal media, pengamal media dan para wartawan. Turut hadir ialah Ahli Majlis Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s), Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abd. Ghani, dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Salehuddin Abg. Shokeran. Taklimat dialog tentang penggunaan bahasa kebangsaan dalam pengiklanan telah dibentangkan oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Haji Md. Johari Hasan.


Dialog bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman tentang penggunaan bahasa dalam iklan, meningkatkan kefahaman tentang dasar bahasa negara dalam bidang pengiklanan dan untuk menegaskan peranan DBP dan agensi pengiklanan terhadap bahasa kebangsaan. Dialog diadakan secara bersiri dan berterusan bagi mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan tentang penggunaan bahasa kebangsaan. Sebanyak tiga dialog telah diadakan sebelum ini, iaitu dialog dengan pemilik papan iklan luar, syarikat konsesi lebuh raya dan penggiat industri sektor perdagangan dan kepenggunaan.


Kalangan pengiklan dan agensi pengiklanan mendapat maklum bahawa penyemakan bahasa bagi semua iklan untuk papan iklan luar khasnya di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah mendapat pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan daripada pihak DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka akan terus memantau penggunaan bahasa kebangsaan dalam iklan untuk paparan tempat awam termasuk iklan dalam media elekronik (televisyen dan radio) dan media cetak (akhbar dan majalah).


Dari segi tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam pengiklanan, pemantauan DBP mendapati iklan dalam media cetak (akhbar dan majalah) pada tahap yang memuaskan tetapi iklan dalam media elektronik (televisyen dan radio) serta papan iklan luar masih belum memuaskan. Dapatan daripada pemantauan tahap pematuhan tatabahasa pula mendapati iklan pada papan iklan luar, akhbar dan televisyen (sebutan) berada pada tahap yang memuaskan manakala iklan majalah, radio dan televisyen kurang memuaskan.


Peserta dialog bertanyakan soalan kepada panel.

Dalam sesi soal jawab pada majlis tersebut, peserta menyarankan agar DBP harus lebih prolifik menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan khasnya di tempat awam. Umum perlu memahami bahawa kuasa penguatkuasaan sebenar terletak pada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Pemasangan Papan Iklan Luar 2009.


Wakil pengiklanan turut mempersoalkan beberapa isu menarik, antaranya sejauh manakah laras bahasa percakapan dibenarkan untuk khalayak? Dalam hal ini, laras bahasa percakapan boleh digunakan tetapi bukan bahasa pasar atau bahasa kolokial apatah lagi slanga. Hal ini kerana laras bahasa percakapan masih tidak mencampurkan dua atau lebih bahasa, tidak seperti bahasa rojak, cuma pemilihan perbendaharaan katanya bukan untuk kegunaan rasmi. Penggunaan dialek turut dibenarkan dalam pengiklanan.


Menyentuh dakwaan bahawa agensi pengiklanan dan pihak DBP mempunyai takrifan yang berbeza bagi ‘kreativiti’ dalam pengiklanan, Dato’ Haji Termuzi berkata terjemahan secara langsung tidak boleh dikategorikan sebagai suatu kreativiti. Menurutnya, kreativiti sebenar adalah apabila pengiklan berjaya menghasilkan iklan yang mempunyai makna yang sama dengan iklan asal seperti iklan berbahasa Inggeris tetapi menggunakan bahasa Melayu. Formula mudah yang harus diingat oleh pengiklan adalah pengiklan tidak akan dapat menghasilkan iklan berbahasa Melayu yang betul, baik dan menarik jika mereka berfikir dalam bahasa lain, ujarnya.


Selain itu, penggunaan bahasa dalam iklan harus tepat mesejnya kepada sasaran. Para pengiklan dan agensi pengiklanan bimbang jika mereka tidak menggunakan laras bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran itu, maksud iklan tidak sampai kepada sasaran. Jika itu asasnya, wajarkah penggunaan slanga dalam iklan digunakan untuk iklan produk golongan remaja? Hal ini sewajarnya tidak berlaku kerana agensi pengiklanan mempunyai tanggungjawab sosial untuk turut mendidik pelbagai peringkat khalayak termasuk golongan remaja melalui iklan yang dihasilkan agar mereka menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.


Isu iklan berbahasa Inggeris atau iklan berbahasa Melayu yang tidak betul dan baik dalam pengiklanan adalah tanggungjawab kita semua. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan pihak agensi pengiklanan kerana terbukti terdapat penulis iklan yang berkebolehan dan tanpa jemu berusaha menghasilkan iklan yang menarik hati khalayak dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan berkesan walaupun golongan ini cuma segelintir sahaja.


Taklimat dan Tunjuk Cara Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) secara dalam talian turut diberikan kepada kira-kira 40 agensi pengiklanan yang menghadiri dialog ini.

Teori Konspirasi Manipulasi Ekonomi Malaysia

Kedai Rakyat 1 Malaysia nampaknya tidak berapa digemari oleh segelintir masyarakat di negara kita. Begitulah hakikatnya. Apa juga yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah ada saja yang tidak disukai. Memanglah sukar untuk memuaskan hati semua pihak kerana tabiat makhluk yang bernama manusia ini sudah termaktub sebagai mahkluk yang tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliknya atau diberikan kepadanya. Sampai bila-bila pun

Sehubungan dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia cetusan minda Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, penulis nak ulas sikit mengenai pengesahan Teori Konspirasi Manipulasi Ekonomi Malaysia. Teori secara tersirat William Cheng mengakuinya dalam menghamburkan omelan mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia. Menurut omelan William Cheng, rangkaian Kedai Rakyat 1 Malaysia bakal mengugat rangkaian monopoli pekedai runcit Cina kerana harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah 30% hingga 40% jauh lebih murah berbanding harga di kedai-kedai runcit biasa.

Kalau nak merungut tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia kononnya bakal mengugat rangkaian monopoli pekedai runcit Cina kerana harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah 30% hingga 40% jauh lebih murah berbanding harga di kedai-kedai runcit biasa, kenapa tak merungut bila rangkaian kedai hyper-market seperti Giant, Econsave, Tesco, Carefour dan lain-lain lagi tumbuh bagai cendawan? Bukankah Giant, Econsave, Tesco, Carefour dan lain-lain lagi itu juga menjual pelbagai barangan dengan harga yang lebih murah dari kedai-kedai runcit Cina? Kenapa Giant, Econsave, Tesco, Carefour dan lain-lain lagi itu tidak pula dikritik?

Rungutan rakyat mengenai kegiatan monopoli pekedai runcit Cina sudah lama kedengaran. Malah di kalangan peniaga runcit Melayu dan India seringkali merungut apabila terang-terang ada amalan diskriminasi melampau harga borong yang ditawarkan kepada mereka berbanding dengan harga yang jauh lebih murah ditawarkan kepada penaga Cina.

Sedarkah kita bahawa selama ini tanpa disedari oleh kumpulan pembeli terbesar yang terdiri daripada Melayu telah sekian lamanya membantu peruncit-peruncit dan pemborong-pemborong Cina ultra kiasu menjayakan monopoli mereka? Selama ini kaum Cina menjadikan penguasaan ekonomi sebagai tebusan kepada kekuasan politik negara. Malah mereka turut mensabotaj ekonomi negara.

Selama ini kita ambil sikap tidak peduli dan membiarkan kita dipermainkan dengan sesuka hati oleh rantaian dan rangkaian peniaga-peniaga Cina ultra kiasu. Kita membiarkan ahli politik biadap mereka menuduh kita rasis dan mengamalkan polisi diskriminasi kuota. Jika Melayu ini benar-benar rasis sudah tentu golongan peniaga Cina sudah lama gulung tikar dalam perniagaan mereka.

Selama lebih dari 54 tahun golongan peniaga Cina ultra kiasu dan ahli politik biadap mereka mempermainkan dan memanipulasikan kita di bidang ekonomi. Sudah tiba masanya, kita memberitahu kepada mereka melalui Kuasa Beli kita sebagai tebusan ekonomi dan politik terhadap mereka. BOIKOT!

Kita sepatutnya menjadi lebih vokal dalam menyuarakan ketidakpuashati kita mengenai amalan diskriminasi yang mereka amalkan selama ini, menindas dan menghisap darah kita. Psikologi mereka amat mudah difahami. Bila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka akan membuat bising seperti yang dilakukan oleh William Cheng.

Dasar Bahasa Kebangsaan Bukan Untuk Dicabar

USAHA memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sering menerima banyak tentangan dan dicabar oleh golongan tertentu. Yang terkini ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibangkitkan semula oleh Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE). Kumpulan yang diketuai oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim giat berusaha mengembalikan semula dasar PPSMI yang sekali gus menolak dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah diterima pakai kini.

Tanggapan yang bahasa Melayu itu kecil dan mundur perlu dibuang: Prof. Dr. Teo Kok Seong.


Menyedari adanya cubaan untuk menjatuhkan dasar (MBMMBI), satu pertemuan dinamai ‘Mengatur Langkah Masa Depan Bahasa Melayu’ telah diadakan di Bilik Sanggar Za’ba, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 31 Mei 2011. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Sasterawan Negara (SN) Prof. Dr. Muhamad Haji Salleh, SN Datuk Dr. A. Samad Said, SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan, serta pejuang bahasa dan pakar linguistik, Prof. Emeritus Abdullah Hassan dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), dan Prof. Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Encik Mohd. Salleh Rahamad dan Setiausaha PENA, SM Zakir turut hadir dalam pertemuan tersebut.


Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Termuzi mempengerusikan sesi dialog. Di sebelah kanan beliau, Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhamad Haji Salleh.


‘Kemegahan dan kejatuhan bahasa kebangsaan sesebuah negara itu adalah di bawah tanggungjawab pemerintah sepenuhnya. Pemerintah sahaja yang boleh memanipulasikan bahasa kebangsaan untuk tujuan nasionalisme atau pembinaan jati diri rakyat’, tegas Prof. Dr. Teo Kok Seong.


Masyarakat perlu akur pada kedudukan bahasa Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dipraktikkan dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara. Justeru, pemerintah perlu tegas seiring dengan perlembagaan agar pelaksanaannya benar-benar tercapai, tambahnya lagi.


Menurut Prof. Dr. Teo lagi, tanggapan bahawa bahasa Melayu itu kecil dan mundur juga perlu dibuang. Universiti di luar negara telah menjadikan bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada subjek pembelajaran mereka. Bahasa Melayu sebenarnya satu bahasa yang besar. Oleh itu, tiada sebab untuk masyarakat mencalarkan bahasa sendiri sedangkan orang luar berusaha mempelajari bahasa kita.


Presiden PENA, Encik Mohd. Salleh Rahamad melaporkan bahawa minit pengajaran subjek bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan dipendekkan daripada 360 minit kepada 300 minit. Beliau mempersoalkan kerelevanan tindakan tersebut, sedangkan sudah diwartakan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah asas kepada sistem pendidikan mahupun pentadbiran.


Bahasa Melayu akan mati jika sering ditindas. Semua pihak perlu bersama-sama bergerak bagi meneruskan usaha memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu. Media cetak seperti surat khabar terutamanya perlu berada dalam kelompok ini untuk bersama-sama menegakkan keagungan bahasa kebangsaan, bukan sewenang-sewenangnya menyiarkan artikel yang menghentam dasar MBMMBI seperti yang sering terpapar dalam akhbar berbahasa Inggeris. Hasilnya masyarakat memandang rendah terhadap bahasa sendiri kerana surat khabar merupakan medium utama dalam penyampaian maklumat terus kepada masyarakat.


Pelbagai usaha telah dirangka bagi menangani isu ini sama ada dengan mengambil langkah jangka pendek mahupun jangka panjang. Namun, persoalannya adakah kerajaan meluhurkan bahasa kebangsaan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan?


Pertemuan ini telah membawa kepada resolusi, iaitu mengatur pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan pejuang dan tokoh bahasa, golongan profesional, dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengemukakan memorandum memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu.


Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz turut menegaskan bahawa pertemuan ini kelak penting bagi memastikan bahasa Melayu tidak terpinggir atau dianaktirikan dan keagungan bahasa Melayu tidak akan terus dipersoalkan.

Sabtu, 10 September 2011

Bumi Dipijak Milik Orang

SMAHADZIR

Dua hari menjelang Hari Raya Aidilfitri 2011 penulis diizinkan Azzawajalla pula ke kampung halaman di Kg Bukit Hijau, Baling, Kedah. Melalui Grik terus ke Baling melintasi kawasan perkampungan, bendang atau sawah padi di sepanjang jalan, kelihatan anak-anak padi yang subur menghijau. Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan bendang ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran. Penulis tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai bendang.

Pagi hari raya kedua penulis terus berkejar ke Johor untuk melawat cucu kedua penulis masuk hospital dan penulis mengambil jalan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Berbanding jalan Grik-Baling, betapa pandangan kontradiksi yang penulis lihat di jalan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini. Sudah banyak tanah bendang yang ditambak untuk dijadikan rumah dan sebagainya. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan di atas selembar tanah bendang. Beberapa lot bendang lagi dipacakkan signboard yang mahu dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah. Di sebelah tanah bendang yang sudah ditambak itu, masih kelihatan anak-anak padi yang sedang membesar. Adakah tanah itu mampu bertahan sebagai bendang? Lambat-laun penulis yakin ia pasti mengikut ‘jirannya’ yang sudah ditambak dan bertukar status - tanah pertanian kepada perumahan - malahan mungkin akan bertukar pemilik.

Sebenarnya pemandangan sebegini sudah menjadi lumrah. Dulu bendang terbiar disebabkan tidak ada orang yang sanggup mengerjakannya. Ketika itu tanah terbiar akan bertukar menjadi kolam ikan, udang atau ditanamdengan kelapa sawit. Kini tanah yang masih boleh dikerjakan itu juga sudah menjadi ‘buruan’ untuk ditukarkan statusnya.

Menurut fakta yang penulis dapat dari Pulau Pinang, di kawasan Parlimen Permatang Pauh misalnya sudah lama bendang terbiar dan sesetengahnya masih subur telah dibangunkan dengan projek perumahan, kedai, pejabat, pusat membeli-belah dan institusi pendidikan. Ada juga bendang yang bertukar menjadi jalan raya atau lebuh raya. Akhirnya saiz tanah bendang atau dikategorikan sebagai tanah pertanian yang kebanyakannya dimiliki orang Melayu semakin mengecil. Ini bermakna hak milik tanah orang Melayu terus berkurangan. Pada masa yang sama, tanah yang mampu menghasilkan makanan semakin berkurangan sementara jumlah penduduk termasuk yang tinggal di bekas tanah pertanian itu kian bertambah. Mereka juga memerlukan makanan. Akan melambung lagilah harga makanan yang berasaskan beras. Jika ini berlaku akan bergema lagilah caci-maki kepada kerajaan yang kononnya tak pandai memerintah.

Mungkin secara sinis kita boleh berkata, berapa sangat hasil tanah pertanian itu? Lebih baik kita import makanan dari luar. Tetapi apabila harga makanan naik kerana diimport, maka siapakah yang akan mengeluh? Ketika negara pengeluar menghadapi bencana yang menyebabkan bekalan mereka juga berkurangan, kita juga gelisah. Ketika itu negara pengeluar makanan ini boleh ‘meletak harga’. Kita boleh membina kilang membuat makanan di atas tanah bendang tetapi tidak ada kilang mengeluarkan padi tiruan untuk dijadikan beras.

Hakikatnya, tanah terus berkurangan. Semakin ‘tua’ bumi ini, maka semakin berkurangan tanah - dihakis oleh pembangunan dan dihakis oleh pelbagai faktor alam. Mungkin inilah sebabnya kawasan pantai terpaksa ditambak untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan pembangunan tetapi sekali lagi, kerja-kerja menambak itu juga memerlukan tanah. Akhirnya bukit bukau ditarah untuk menambak kawasan laut. Begitulah pusingan yang berlaku terhadap tanah di muka bumi ini. Maka berlakulah juga pelbagai bencana alam akibat kegelojohan tangan manusia itu sendiri sebagaimana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 40: “Tidak berlaku sebarang mala petala (kerosakan) di muka bumi ini melainkan oleh tangan manusia sendiri.”

Kita kembali sejenak ke Pulau Pinang. Dari fakta yang penulis terima, pegangan tanah Melayu di negeri ini sekarang sudah semakin mengecil. Menurut satu laporan, ‘hakisan’ berlaku akibat tanah digadai termasuk kepada bukan Melayu atas pelbagai sebab. Tidak terkecuali kerana masalah hutang. Jika tidak tergadai kerana hutang pun, tanah Melayu hilang atas nama pembangunan. Baru-baru ini di daerah Timur Laut (sekitar kawasan Georgetown), dilaporkan tanah kubur pun turut diteroka untuk pembangunan. Akhirnya tanah perkuburan orang Islam juga semakin mengecil.

Justeru Melayu jangan cepat lupa diri lebih-lebih lagi apabila mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Ada sesetengah waris menjadi ‘gelap mata’ setelah mereka mendapat tanah pusaka sehingga akhirnya tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Sikap tamak juga membelenggu golongan ini. Jika dulu tanah yang diteroka oleh nenek moyang dikongsi bersama untuk mereka sekurang-kurangnya membina rumah atau bercucuk tanam, kini tanah itu mahu dipecah dan dibahagikan mengikut waris. Akhirnya tanah itu menjadi kecil dan kemungkinan terlepas ke tangan orang lain. Kerana merebut tanah pusaka, ada juga saudara mara yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Orang sebegini sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana hanya bergantung kepada tanah nenek moyang. Di tanah yang diwarisi itulah mereka membina rumah walaupun dalam keadaan sesak dan memusnahkan alam. Mereka tidak mampu membeli walau sebuah rumah apatah lagi sebidang tanah di kawasan lain yang dapat menambah pemilikan tanah atau harta keluarga yang diwarisi. Berapa ramai daripada kita mampu membeli tanah untuk menambah stok tanah yang diterokai keluarga terdahulu?

Kita harus sedar bahawa ketika tanah yang diwarisi dibahagikan dalam jumlah yang kecil dan pada masa yang sama tidak ada penambahan stok tanah dilakukan, apakah yang bakal diwarisi oleh generasi seterusnya? Lebih malang lagi apabila tanah itu terjual kepada orang lain. Ketika itu ke mana anak-anak cucu kita akan tinggal? Nak lari ke dalam hutan? Itu pun jika masih ada hutan dan hutan itu pula tidak menjadi milik sesiapa. Untuk pengetahuan pembaca, hutan Bukit Hijau (kampung penulis) sekarang sudah pun digeledah dan dipokah oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pembalakan sehingga air minum penduduk menjadi keruh pekat berkeladak. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Dulu hati penulis amat tenteram bila pulang ke kampung kerana kedamaiannya tetapi kini resah dan gelisah bagai dilingkar dan dicabuh petaka kerana suasananya yang tidak lagi sedamai dulu. Bunyi deruman mesin pemokah penghuni belantara membingitkan anak telinga sepanjang masa akibat kerakusan Kerajaan Negeri Kedah yang kononnya lebih Islamik dan bakal penghuni syurga di akhirat nanti.

Hakikatnya, hari ini, boleh dikatakan setiap inci tanah sudah ada pemiliknya. Cuma apa yang akan berlaku ialah pertukaran hak milik daripada tangan A kepada B. Lebih malang lagi atas nama pembangunan, tanah itu akan terlepas juga. Pada era ini, kebanyakan tanah yang diambil tidak diganti dengan tanah sebaliknya ditukar kepada wang tunai atau mendapat sebuah rumah. Pertukaran hak milik juga berlaku apabila ada projek terbiar di tanah Melayu jatuh ke tangan orang lain. Begitulah hakisan pemilikan tanah yang melibatkan Melayu.

Di atas kertas, kita sudah hilang Tanah Melayu dan jangan sampai tanah yang menjadi milik Melayu akan turut lenyap dalam peredaran masa yang semakin mencabar ini. Mungkin jika tidak diawasi, suatu hari nanti tanah wakaf juga hanya tinggal nama. Jika dosa pahala, syurga neraka boleh diberi pelbagai tafsiran, inikan pula tanah wakaf. Ketika itu benarlah ‘bumi dipijak milik orang’. Semoga orang Melayu Islam tidak menerima nasib seperti Osama Bin Laden yang ‘dikuburkan’ di dalam laut. Sedar dan insaflah...

Orang Islam Malaysia Perlu Prihatin Dengan Isu Murtad

SMAHADZIR

Apabila bercakap soal murtad di negara kita Malaysia, saya teringat kembali kata-kata Allahyarham Prof. Dr. Hamka suatu ketika dulu. Kata-kata beliau ini lantaran isu murtad yang berlaku di Indonesia. Saya sengaja menukilkan kata-kata beliau sebab isu murtad yang berlaku di Indonesia hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia. Gerakan mubaligh Kristian mengkristiankan orang Islam mempunyai modus operandi yang sama cuma berbeza kaedah.

Kata Allahyarham Prof. Dr. Hamka: “Kita kaum Muslimin sebagai golongan terbesar jumlahnya di Indonesia telah menerima dengan puas dasar Pancasila. Sebab selalu dijelaskan, bahawa sumber dari sila yang empat ialah sila pertama; Ketuhanan Yang Maha Esa. Kita sudah merasa tenteram dengan akidah itu. Tetapi rupanya misi Kristian, dengan perbelanjaan berjuta dolar dari luar negeri datang ke mari membonceng Pancasila itu. Mereka terima Pancasila, tetapi bukan seperti yang kita fikirkan selama ini, bahawa Allah itu Esa adanya.”

“Dengan membonceng Pancasila mereka menyebarkan ajaran pengganti ajaran Lailahaillallahitu, dengan mengeluarkan wang berjuta pound sterling dan dolar mereka hendak menukar Ketuhanan Yang Maha Esa itu dengan tafsiran menurut ajaran mereka, iaitu “Tidak ada Tuhan melainkan tiga, dan tiga itu ialah satu”. Allah Bapak ialah Yesus, dan Yesus itu ialah anak, dan anak itu ialah Bapak. Kumpulan ini minta dihormati. Mereka minta tanah, walaupun di tengah-tengah kampung orang Islam yang ber-Ketuhanan Yang Maha Esa sejati; demi Pancasila. Menurut keyakinan mereka, agama Islam ini belum sah. Kita masih kafir kalau kita belum mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan. Bahawa Nabi Isa itu adalah Allah sendiri yang menjelma menjadi manusia.”

Kata Prof. Dr. Hamka lagi: “Pada suatu malam seorang ulama besar di Jakarta yang bernama K.H.S.S. Djam’an mengupas dan mentafsirkan ayat Al-Quran, surah al-Kahfi, ayat 4 dan 5; “Dan (Nabi itu) mengancam (masuk neraka) orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai anak. Tidak ada pengetahuan mereka yang benar tentang itu, dan tidak pula nenek moyang mereka. Amat beratlah kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu; tidak ada kata-kata mereka itu melainkan bohong semata-mata.”

Kiyai K.H.S.S. Djam’an yang telah seumur hidup menjadi guru Islam dan mubaligh, dengan sepenuh iman menerangkan pokok sendi kepercayaan Islam itu, kerana mentafsirkan ayat itu telah mengalami satu hal yang selama hidupnya tidak disangka-sangka. Beberapa saat setelah habis beliau memberikan penerangan itu, rumah beliau dikepung oleh beberapa orang pemuda Kristian yang bengis dan gagah berani. Beliau dituduh kerana membuka tafsir ayat itu, menuduhnya anti Pancasila. Kiyai K.H.S.S. Djam’an dipanggil ke balai polis kerana ada laporan beliau anti Pancasila.

Tidaklah mustahil pada akal, dalam beberapa tahun lagi, kalau umat Islam masih lalai dalam mempertahankan pokok akidahnya, nasib kita di Malaysia ini akan sama dengan dengan nasib umat Islam di Ethiopia. Golongan minoriti suku Amhara, iaitu suku Kaisar Haile Selassi sendiri menindas umat Islam, dan menjalankan rancangan mengkristiankan mereka dengan seluruh alat kekuasaan yang ada. Apalagi kalau umat Islam di Malaysia ini masih saja bercakar-cakaran kerana perebutan pengaruh kuasa politik sesamanya.

Kalau orang sudah berani mengepung tempat mengajar Kiyai Besar ternama Indonesia, mubaligh dan Guru Agama Islam yang telah berjuang sejak kecil untuk menegakkan tauhid dalam negeri ini, bagaimana dengan kita? Sudah sampai masanya untuk kita orang-orang Islam di Malaysia ini berfikir sejenak. Saya mengatakan bahawa Islam di Malaysia ini sudah dalam bahaya. Dahulu bahaya komunis, sekarang bahaya gerakan Kristian yang menumpahkan dan menumpukan seluruh kekuatannya untuk mengkristiankan umat Islam dalam negara kita.

Saya tidak membenci kawan sebangsa yang berlainan agama, tetapi saya menentang subversif kerohanian yang datang dari luar. Saya nukilkan lagi kata-kata Prof. Dr. Hamka: “Sebagai putera Indonesia, saya setia dengan Pancasila, apa lagi dasar pertama ialah percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Bukan saja saya, apalah ertinya saya! Tetapi seluruh umat Islam dan pemimpinnya yang belum dapat dibeli oleh pujukan duniawi, akan tetap menegakkan toleransi dalam negeri ini. Akan tetap berkasih sayang dengan pemeluk agama yang lain. Tetapi saya dan seluruh kaum Muslimin akan menentang seluruh aksi dan seluruh kecurangan yang dilancarkan dengan nama agama.”

Sebenarnya isu murtad ini bukanlah isu yang baru. Pada tahun 2008 Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria telah menggemparkan negara apabila mendedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian. Umat Islam harus disedarkan oleh isu ini. Ini adalah akibat percakaran politik yang berlaku antara sesama umat Islam di negara ini, dan kelalaian kita. Iaitu antara UMNO dan PAS. PAS perlu menyedari akibat tolakan ke arah perdamaian yang dihulurkan oleh UMNO mengakibatkan musuh-musuh Islam bertambah berani menuntut pelbagai tuntutan yang sebelum ini jarang kedengaran, terutama kemuncaknya dalam isu kalimah Allah.

Dalam isu kalimah Allah umpamanya, 70 NGO Islam menolak hasrat Katholik, yang menerimanya hanya PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sahaja. Sepatutnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam dan Islam kita bersatu. Tetapi sebaliknya, demi untuk meraih undi, kepentingan puak dan parti politik PAS sanggup merugikan kepentingan sendiri, bahkan menjual agama.

Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Ridhuan Tee Abdullah bahawa dalam isu kalimah Allah umpamanya kita telah kalah. Dr. Riduan Tee berkata, misalnya terbaru, pertubuhan Kristian terus mencabar Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu-isu sensitif seperti alkitab dalam bahasa Melayu, kalimah Allah dan sebagainya. Mereka mahu mengimport dan menterjemahkan al-kitab Melayu sebanyak yang mungkin.

Kenapa perkara ini perlu diperbesarkan sedangkan populasi mereka hanya sekitar di bawah 10% saja? Jawapannya juga mudah, mereka ada agenda lain. Kita yang terlalu bersangka baik dan terlalu menjaga hati mereka untuk mendapatkan undi. Sedangkan belum tentu mereka mengundi kita. Tidak cukupkah lagi kebebasan beragama yang diamalkan di negara kita, soal Dr. Ridhuan.

Di Indonesia, Sabili - sebuah majalah yang memenangi anugerah Majalah Berita Islam Terbaik 2010, edisi 6 Januari 2011, mendedahkan, mengutip daripada pendedahan majalah Time bahawa tingginya pertumbuhan Kristian di Indonesia. Sabili juga mendedahkan bahawa jumlah gereja adalah melebihi jumlah masjid, berbanding populasi penduduk kedua-dua pihak penganut agama di negara tersebut. Sabili edisi 7 April 2011 mendedahkan terdapat usaha oleh Gerakan Global Gereja menyasarkan Indonesia tahun 2020 bermajoriti pemeluk Kristian.

Majalah yang sama juga mendedahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima penghargaan daripada sebuah agensi Yahudi bernama Rand Corporation, sebaris dengan tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia seperti Ulil Absar Abdalla dan Azyumardi Azra kerana jasa-jasanya dalam mendukung kebebasan bersuara (kebebasan yang terlajak. Indonesia menyebutnya kebablasan).

Kalau anda membaca majalah Sabili anda akan selalu mendapati ada saja usaha pemurtadan berlaku setiap hari di Indonesia. Antara cara yang mereka gunakan untuk memurtadkan umat Islam ialah dengan memujuk secara halus, iaitu dengan menghulurkan bantuan kewangan, makanan, atau keperluan harian. Malah usaha ini telah pun berlaku sejak zaman Allahyarham Prof. Dr. Hamka lagi.

Jadi eloklah umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dan peringatan apa yang ditulis oleh Allahyarham Prof. Dr. Hamka sekitar tahun 70-an dulu lagi. Memang pihak Kristian tidak pernah jera dan suka memprovokasi umat Islam. Tambahan pula apabila melihat kita terpecah-belah seperti sekarang ini. Gerakan untuk mengkristiankan Melayu Islam di negara ini merupakan perancangan antarabangsa dan ia telah lama dikesan. Contohnya pendedahan bukuRencana Pendirian Persemakmuran Kristian di Asia Tenggara - Surat Arroyo Kepada Bush, tulisan-tulisan Dr. Adian Husaini, Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), dalam bukunya yang berjudul Membendung Arus Liberalisme di Indonesia, dan tulisan-tulisan Dr. Riduan Tee Abdullah.

Sebaliknya malang apabila Haji Hadi (Presiden PAS) terus mengkambinghitamkan UMNO dengan menuduh bahawa isu ini hanya helah BN untuk menutup isu pilihan raya bersih. Kenyataan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin patut disokong semua pihak. “Apa saja usaha atau tindakan menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan ia perkara serius dan perlu diambil tindakan tegas.”

PAS misalnya sering menuduh UMNO tidak Islamik, menolak Islam, dan apa yang UMNO buat semuanya tidak betul, tidak Islam, kafir dan sebagainya. Mereka membutakan mata atas pengiktirafan Syeikh Al-Azhar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam terkehadapan, dan mengiktiraf peranannya di mata dunia. Bukan itu saja, Dr. Adian Husaini, Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), dalam bukunya yang berjudul Wajah Peradaban Barat, turut memuji Malaysia, bahkan katanya pelaksanaan Islam di Malaysia jauh lebih baik berbanding Indonesia, padahal Indonesia hampir 90% penduduknya beragama Islam, manakala Malaysia cuma kira-kira 55% lebih sedikit, tetapi Malaysia lebih komited dan lebih unggul dalam menjaga kesucian agamanya.

PERKIM contohnya telah berjaya mengislamkan kira-kira 3,000 orang bukan Islam setiap tahun, menjadikan Malaysia hari ini adalah sebuah Negara Islam yang paling berjaya dalam bidang dakwah. Contoh-contoh lain banyak, yang rasanya tidak perlu penulis mengulanginya lagi di sini. Kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan Islam dengan baik, dalam keadaan sebagaimana yang disebut di atas, walaupun kita belumlah berpuas hati sepenuhnya, padahal Prof. Dr. Hamka menulis dalam Tafsir Al-Azhar halaman 1752, terbitan Pustaka Nasional, cetakan pertama 1983, “Kerana kita pun tahu bahawasanya untuk mencapai suatu cita-cita yang sah dan luhur, wajib juga kita mempertimbangkan ruang dan waktu. Dan tidaklah kita diberi beban oleh Allah melebihi daripada tenaga dan kemampuan yang ada pada kita. Sebab pekerjaan membentuk undang-undang dari sebuah negara yang telah didirikan dengan kesepakatan segala golongan itu, padahal negara itu dahulunya bekas jajahan, bukanlah semudah apa yang dikhayalkan oleh fikiran.”

Lalu kita balik bertanya kepada PAS, apakah tolakan mereka supaya berdamai dan bersatu oleh UMNO, padahal ini sangat diperintahkan oleh Islam, dalam masa yang sama lebih rela bersekongkol dengan pihak yang jelas-jelas ekstrem, iaitu DAP, yang mengatakan: “Kalau mahu dirikan negara Islam, langkah mayat saya dulu,” memaki hamun, dan seolah-olah apa yang kerajaan buat tidak ada satu pun yang baik, padahal mereka menikmati berbagai kemudahan dan rezeki di bawah pemerintahan yang mereka anggap jahat dan tidak Islamik tersebut.”

Apakah juga parti Keadilan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan kontroversi itu lebih Islamik dan tidak sekular? Dan mereka yang sanggup mengecam saudara sesama Islamnya sebagai syaitan. Beginilah bunyinya pantun seorang pentakfir PAS dari Rantau Panjang, Kelantan, sekitar tahun 1999:

Wa wa bule, wa bule teraju tigo

Undi parti Isle, mati seksok masuk surgo

Wa wa bule, wa bule teraju tigo

Undi parti sete, mati seksok masuk nerko

(Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga

Undi parti Islam, mati nanti masuk syurga

Wau wau bulan, wau bulan teraju tiga

Undi parti syaitan, mati nanti masuk neraka)

Apakah ini yang dikatakan lebih Islamik, dan layak keluar dari sebuah pertubuhan yang mendakwa sebagai sebuah gerakan Islam, yang membawa-bawa nama Rasulullah SAW? Renung-renungkanlah. Penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Ridhuan Tee Abdullah, bahawa masa bermain-main sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk bekerja dan memikirkan masa depan umat Islam secara keseluruhan. Ingatlah! Orang kafir sentiasa merancang untuk memusnahkan Islam. Tanpa putus asa, mereka sentiasa mengkaji setiap kelemahan umat Islam. Strategi ini tidak pernah berhenti kerana ia adalah senjata yang paling berkesan. Menunggu masa sahaja untuk menggunakan senjata itu sepenuhnya.

Hari ini senjata tersebut telah pun digunakan. Mungkin kita buat-buat tidak berapa perasan. Situasi yang dihadapi oleh umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuhnya. Ini bukan masa untuk saling menyalahkan antara satu sama lain, sebaliknya inilah masanya untuk insaf dan bersatu merapatkan saf. Inilah masanya untuk mengikuti jejak Fatah dan Hamas yang berdamai, lalu kita pertahankan agama dan perkukuhkan kekuatan kita. Apabila kita bersatu dan teguh percayalah tidak akan ada mana-mana pihak yang berani bersikap kurang ajar, biadap dan mengambil kesempatan meraup keuntungan. Strategi mereka memang licik dan penyamaran mereka memang halus. Mudah-mudahan kita tidak terus buta. Buta minda dan buta sejarah yang telah berlaku di seputar kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASMAUL HUSNA