Ahad, 31 Disember 2023

PROJEK MUSUH ISLAM MELALUI MEDIA

SMAHADZIR
 
KEROSAKAN akhlak yang diakibatkan oleh berbagai program tayangan televisyen dan saluran-saluran media lain, bukanlah satu tuduhan untuk menakutkan tetapi satu kenyataan yang hebat. Ghazwul fikri adalah sebuah projek besar musuh-musuh Islam, dilancarkan melalui berbagai media.

Realiti suguhan program televisyen dan saluran-saluran media lain dewasa ini hampir semuanya melanggar syariah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya Kategori Program Televisyen dan Media Cetak Haram. Malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul fikri yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam melalui media-media tersebut.

Ghazwul fikri adalah perang pemikiran iaitu penyerangan dengan berbagai cara terhadap pemikiran umat Islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah tercampur-aduk dengan hal-hal tidak Islam. Ini adalah cara musuh Islam menghancurkan generasi Islam, berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal lebih lembut, jimat waktu dan belanja bahkan lebih efektif dari perang fizikal yang banyak menggunakan tenaga juga kos.

Perang pemikiran ini telah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukan pendangkalan pemikiran dan cuci otak generasi Islam agar tunduk, mengikuti cara hidup mereka sehingga dapat meneruskan kepentingan mereka menjajah sumber daya milik generasi Islam.

Hal ini dilatarbelakangi pengalaman rahsia mengalahkan umat Islam secara ketenteraan. Invasi ketenteraan ini memakan kos tidak sedikit dan ramai mangsa terkorban. Perang di Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan dan menguasai negara tersebut. Sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk mengalahkan generasi Islam yang hasilnya lebih memuaskan untuk meneruskan penjajahan terhadap dunia Islam.

Ghazwul fikri, kos jauh lebih rendah, kerana tidak perlu membeli kereta kebal, pesawat, amunisi dan sebagainya. Hanya menyebarkan idea-idea mereka ke seluruh belahan dunia dengan tujuan imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampu melumpuhkan umat muslim sehingga akarnya. Media massa dan sarana lain mereka manfaatkan secara maksimum untuk menyemarakkan pemikiran dan idea busuk mereka supaya kelihatan indah dan menawan.

Ghazwul fikri juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan kakitangan mereka dari kalangan munafiqin berkolaborasi menyebarkan virus pemikiran sesat dan memolesnya dengan slogan-slogan menawan, seperti kebebasan berfikir, toleransi, hak asasi manusia, dan sebagainya. Pemimpin negara Islam yang berkiblat pada Barat dengan mudah dicucuk hidung bahkan menjadi boneka mereka yang menjalankan pemerintahan di bawah perintah asing. Inilah yang meneruskan cengkaman Barat di dunia Islam.

Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10 kategori acara televisyen, media cetak dan saluran-saluran media lain yang merupakan sebahagian dari strategi ghazwul fikri, dan sebab itulah haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:
 
1.     Membius pandangan mata. Banyak disuguhkan wanita calon penghuni neraka dari kalangan artis dan pelacur. Mereka menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah hiburan mencagunkan zina mata masyarakat.
2.     Pameran aurat. Saluran televisyen dan saluran-saluran media lain berlumba-lumba menyajikan artis-artis, baik berpakaian biasa, ketat, pakaian renang, sehingga telanjang. Penonton diajak untuk tidak ada rasa malu, hilang iman, mengikuti panggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.
3.     Membudayakan ikhtilat. Sekumpulan lelaki dan wanita bukan muhrim, biasa bergumul jadi satu tanpa batas. Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksi zina.
4.     Membudayakan khalwat. Kisah-kisah percintaan bertebaran di berbagai program. Frekuensi suguhan kisah-kisah kekasih dan berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.
5.     Membudayakan tabarruj. Ramai pelakon di layar kaca dan saluran-saluran media lain mempertontonkan bahagian tubuhnya seharusnya ditutupi, untuk dinikmati para penonton.
6.     Mengalunkan nyanyian dan muzik syaitan. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak menyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina diiringi alunan alat muzik syaitan.
7.     Menyemarakkan zina. Sajian dari luar negeri mahupun tempatan banyak menyertakan adegan peluk, cium, dan ranjang membuktikan bahawa media-media ini adalah corong zina. Aksi zina menyeluruh, baik zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dan kemaluan.
8.     Mempromosikan liwat (homoseksual). Para artis dan selebriti mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di bawah payung hak asasi manusia.
9.     Menyebarkan syirik. Televisyen dan saluran-saluran media lain banyak mengekspos amalan pedukunan, mistik, ramalan, dan sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.
10. Tenggelam dalam laghwun. Program-program tidak ada manfaatnya banyak disuguhkan untuk penonton, misalnya kepincangan kehidupan individu selebriti dan humor berlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal penting seperti zikir kepada Allah SWT.
 
Ada beberapa langkah dan strategi dalam melaksanakan projek ghazwul fikri, iaitu melalui media massa, politik dan pemerintahan, pendidikan, moral, pengaburan sejarah, ekonomi, ilmu alam dan sosial, bahasa, undang-undang, dan penghantaran pelajar keluar negara.
 
1. Media Massa
 
Media massa boleh menyebabkan terjadinya perubahan kegiatan seharian dalam keluarga muslim. Dulu selepas Maghrib, anak-anak biasanya mengaji dan belajar agama. Sekarang, selepas Maghrib anak-anak menonton pelbagai program yang terpancar di televisyen, lap-top, computer, gajet, telefon bimbit, whatSapp, twitter, blog dan lain-lain lagi. Ini semua boleh merosakkan pemikiran dan tidak bermanfaat.

Filem yang diputarkan 90% bergaya Barat, filem Melayu bergaya Barat, begitu juga dengan filem-filem Mandarin dan filem-filem India. Filem-filem Islamik boleh dikatakan tidak ada. Sementara bagi para remaja dan orang tua, dibandingkan datang ke kelas pengajian dan majlis taklim, mereka lebih senang menghabiskan waktu dengan menonton televisyen.
 
2. Politik dan Pemerintahan
 
dengan politik dan pemerintahan, musuh-musuh Islam dapat meneruskan kolonialisme baru di tengah-tengah dunia Islam, menjajah, merampas kekayaan negara-negara Islam untuk kepentingan mereka. Mereka juga ‘membeli’ orang-orang berpengaruh untuk dijadikan ‘boneka’ sehingga dapat mengendalikan negara Islam kerana para penguasanya telah mereka ‘kuasai’.

Musuh-musuh Islam juga berjaya mempengaruhi pemikiran pemimpin Islam sehingga berpendapat bahawa agama tidak perlu dibawa dalam aktiviti keseharian khususnya dalam hal pemerintahan. Seterusnya mereka berjaya memecah-belah persatuan umat Islam dengan membahagikan generasi Islam kepada, Islam radikal atau Islam fundamentalis, tradisionalis dan Islam sederhana.
 
3. Pendidikan
 
Pendidikan merupakan matlamat utama ghazwul fikri kerana sangat menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa. Ini dilakukan dengan menetapkan sedikit saja masa untuk pendidikan agama di sekolah (contohnya hanya 2 jam seminggu). dengan lemahnya asas agama, maka terjadilah pelbagai maksiat, seks bebas yang meningkatkan penyakit AIDS, penyalahgunaan dadah, vandalisme, dan sebagainya. Ini adalah kesan jangka pendek. Kesan jangka panjang ialah rendahnya kualiti pemahaman agama bakal pemimpin bangsa dan negara pada masa hadapan.

4. Moral
 
Merosakkan moral generasi Islam dengan cara ‘memperkenalkan’ pergaulan bebas, clubbing, free sex, lagu-lagu mengkhayalkan tentang cinta, budaya bercinta keterlaluan dan segudang aktiviti lainnya yang banyak dilakukan generasi muda Islam sekarang ini.
 
5. Pengaburan Sejarah
 
Maklumat tentang sejarah dunia dan ilmu pengetahuan diselewengkan habis-habisan sehingga hampir tidak ditemui pemaparan sejarah Islam dan sumbangannya dalam perkembangan budaya dan ilmu pengetahuan. Dalam sejarah yang dibahas hanyalah ilmuan kafir yang membuat generasi muda ‘tersilau’ dengan tokoh-tokoh kafir dan terlupa dengan keagungan sejarah Islam sendiri.
 
6. Ekonomi
 
Diajarkan bahawa ekonomi iaitu mencari keuntungan sebesar-besarnya dengan pengorbanan sekecil-kecilnya. Ketika slogan ini ditelan habis-habisan tanpa dilakukan sebarang penapisan, maka tidak lagi memperhatikan soal halal atau haram, yang penting adalah bagaimana mendapat untung sebesar-besarnya melalui sistem ekonomi kapitalisme iaitu monopoli, riba dan pemihakan kepada para konglomerat.
 
7. lmu Alam dan Sosial
 
Dilakukannya sekularisasi antara ilmu pengetahuan dengan ilmu agama. Bahaya lainnya adalah penisbatan teori-teori ilmu pengetahuan kepada para ilmuan tanpa mengembalikannya kepada si pemberi dan pemilik ilmu, sehingga kekaguman dan pujian hanya berhenti pada diri para ilmuwan dan tidak bermuara kepada Allah SWT.

Berkembangnya berbagai teori sesat secara ilmiah, disebarkan secara besar-besaran oleh golongan tertentu untuk menimbulkan keraguan pada agama Islam. Misalnya, teori tentang asal usul makhluk hidup Charles Darwin tetapi sudah ‘diindoktrinasikan’ ke serata pelosok dunia. Atau teori Libido seksual Freud, yang menyatakan jika manusia tidak membebaskan keinginan seksualnya akan mengakibatkan terjadinya gangguan kejiwaan. Teori ini sudah dibantah secara ilmiah dan pencetusnya Freud terus menggembar-gemburkan kebebasan seksual namun mati kerana menderita penyakit kejiwaan (psikopath).
 
8. Bahasa
 
Tidak diajar bahasa al-Quran di sekolah kerana menganggapnya tidak perlu sehingga menjadi bencana bagi generasi Islam. dengan tidak memahami al-Quran, majoriti generasi Islam menjadi tidak mengerti apa kandungan al-Quran: “dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.”

Akibatnya, al-Quran menjadi sekadar bacaan tanpa erti dinikmati iramanya seperti lagu-lagu dan nyanyian belaka, akhirnya ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. dan seperti itulah, setelah kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong.” (suruh Al-Furqaan: 31)

Kesan lain adalah terputusnya hubungan generasi Islam dengan perbendaharaan ilmu keislaman yang telah disusun dan dibukukan selama 1,000 tahun oleh para pakar dan ilmuwan Islam terdahulu, jumlahnya mencapai jutaan judul buku, mencakup bidang-bidang akidah, tafsir, hadis, fiqih, sirah, tarikh, ulumul Quran, tazkiyyah dan sebagainya.
 
9. Undang-undang
 
Menumbuhkan keraguan terhadap ajaran Islam dengan mempermainkan syariat Islam, menyebut syariat Islam sudah tertinggal zaman tidak boleh diterapkan lagi dalam kehidupan sekarang. Mereka juga mencipta istilah sekularisme (memisahkan agama dari kehidupan).
 
10. Pengiriman Pelajar Keluar Negara
 
Melalui brain drain dan brain washing, para intelektual negara-negara Islam beralih ke negara-negara maju kerana insentif lebih besar dan fasiliti hidup lebih mewah. Hal ini menyebabkan lambatnya pembangunan di negara-negara Islam dan semakin cepatnya kemajuan di negara-negara Barat.
Brain washing dialami para intelektual yang berangkat ke negara-negara Barat tanpa dibekalkan asas-asas keislaman yang cukup. Akibatnya, mereka pulang dengan membawa pola fikir dan perilaku bertentangan dengan nilai Islam. Bahkan mereka ikut membantu meneruskan kepentingan Barat di negara mereka.
 
Lantaran itu, umat Islam hari ini harus berwaspada dengan gerakan ghazwul fikri yang sedang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam, sehingga tidak terjebak dalam propaganda mereka dan mampu menjadi benteng bagi keluarga dari serangan tersebut.
dengan modal keperibadian yang matang, wawasan ilmu yang cukup, pengalaman, kecekapan, kebijaksanaan dan kreativiti, nescaya kita akan mampu menjadi insan yang mandiri dan tidak bergantung kepada orang lain, apalagi musuh-musuh Allah, dan tidak menjadikan mereka sebagai rakan kepercayaan, sebab telah jelas kemudharatan yang mereka timbulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan