SMAHADZIR
SIAPA menyangka dia
akan datang sepagi ini. Ditemani sinar rembulan hilang. Disapa deburan
kasatmata. Baru kelmarin dia keluar dari rumah keduanya, dihantar oleh ibu dan
ayah. Rumah itu dia bayar setiap hari, untuk kelas nombor satu. Dia benci rumah
itu. Sangat benci. Tapi dia tahu, rumah itu harus diduduki, atau sekadar
disinggahi sebaik pulang dari sekolah. Temaram pagi dia lupa, tak dilihat sama
sekali. Dia tahu ada sesuatu datang. Rangkaian suara terdistorsi lewat kerikil
hitam, rakan abadinya tatkala membunuh waktu. Menikmati senja. Di sini.
Dia
tahu dia dijemput. “Tapi ini belum waktuku,” fikirnya.
Angin
lautan menerbangkan rambut ikalnya bak gaun pengantin, sesuatu yang selalu
menghantui malam-malam singkatnya. Dia merasa tidak pernah bersama Athena,
ataupun Dewi Fortuna. Sekujur tubuh Andeka, kekasih yang dia cinta ghaib tanpa
harapan. Sekarang hanya menunggu giliran untuknya, mungkin. Andeka menyatukan
tangan, berucap sumpah di sini. Ditemani guguran daun asem dan kepulan asap.
Asap ikan bakar dari sebuah pondok tua, di mana seorang nenek tinggal sebatang
kara melawan kebisingan globalisasi. Itu kali pertama dia merengkuh waktu,
mengidamkannya tanpa memarahi waktu seperti hari-hari kemudian.
Kini
dia berfikir. Nenek telah meninggal dunia. Kelmarin. Meninggalkan kepulan asap
ikan bakar yang tersusup di antara sebaran daun asem muda. Siapa yang membakar
ikan di pondok tua itu? Tiada sempat dia hendak merangkai fikiran. Dia hanya
terhenyak. Tanpa harapan tanpa nestapa. Mozaik Andeka terangkai, berasas
deburan ombak di temaramnya dini hari. Air mata teralir, dievaporasi embrio
sinar sunrise yang sembari meratap dunia. Matahari, sekali lagi,
menungkas tangisnya.
“Athena…
Dewi Fortuna…. apakah kalian ada di sekitarku sekarang?” ratapnya.
Ufuk
timur merekah malu, bertemu kekasih tercintanya, dunia atau alam maya. Hari
ini, esok dan seterusnya pasangan ini takkan tereliminasi waktu. Kecuali, 85
juta tahun lagi, sewaktu matahari terkonversi menjadi penghisap lubang hitam
besar, black hole. Dia bahkan melupakan dunia, kekasihnya. Dunia akan
dilahapnya tanpa pandang bulu. Bahkan, beberapa pihak mentesiskan asumsi,
kekasih fajar akan terjun ke sebuah dunia baru. Melalui white hole,
jelas tesis tersebut.
Walau
dia tak percaya kepada tesis, seperti alamat yang Andeka tujukan kepadanya,
tapi tesis satu ini terkonveksi menelusuri pembuluh vena dan menuju ke arah
hempedu, jauh di mata dekat di hati.
“Oh
Tuhan, aku ingat Andeka lagi. Maaf Andeka, untuk selalu mengumandangkan namamu
dari dunia fana ini. Aku tahu, kau sudah cukup terganggu dengan sejuta pesan
dan doa yang kukirimkan dari hatiku. Sekali lagi, maafkan aku my special one.”
Tesis
tadi seperti kenyataannya. Kematian Andeka dulu akan menyiksa, hingga akhirnya
mencabut jiwa. Tanpa kau tahu, kau menjadi black hole itu. Dan, dia akan
dikirim dan akan didapati dirinya di tempat baru. Dengan Andeka, harapnya.
“Marilah…
kau sudah tahu semua. Aku tidak perlu bersua sia-sia. Segera ambil takdirmu,”
kata malaikat yang sedari tadi meringkuk malu di samping pondok nenek. Dia tahu
malaikat bingung. Malaikat itu kasihan padanya, dan malaikat itu ditugaskan
mengeksekusinya. Dia tahu.
Dia
terkesan dengung malu malaikat, beranjak dari sudut cakerawala di ufuk tengah.
Sebuah impuls hebat menggoyah otaknya kuat. Saluran eusthacius di
telinganya sudah tiada respon fungsi. Jangankan berjalan, berdiripun dia
tergontaikan angin.
“Jika
kau mampu melewati madrasah itu, kuberangkat tanpamu,” kata malaikat memberi
secercah cahaya, walau dia tahu dia tidak akan boleh merujuk madrasah itu. Dia
berusaha. Dikerahkan tenaganya yang hampir bernilai minus, menimbun asid laktat di jaringan otot. Dia belum menyerah.
Belum sampai kini.
Dia
sudah menyangka Arjuda akan sepagi ini. Ditemani semua hal. Rakan, mungkin.
Baginya. Suatu pesan terkirim ke otaknya. “Oh tidak!” fikirnya. Pihak atasan
sudah menagih. Dia sudah terlambat dua hari. Sedari tadi dia meringkuk di tepi
pondok tua. Ya, bersama konveksi asap ikan bakar yang menuju ether bak
deburan air terjun yang selalu akan menghentam batuan di bawahnya.
Arjuda
telah sedar, sedari tadi. Dirinya dan tujuannya. Ialah sekarang air terjun itu,
dan Arjuda adalah batuan di bawahnya. Segera, batuan tersebut akan terbelah
oleh sinar gamma. Sinar gamma berwujud malaikat kecil yang
meringkuk tegas di samping temaram pondok tua, bersandar. Dia mengangkat
tongkat malaikat itu. Orang kata tongkat itu indah, baik dan suci. Tetapi, di
sebalik tirai tipisnya meruncing beribu jarum bergerigi. Tajam. Terasah oleh
literan darah yang tergilas. Setajam pisau Rudra. Dia melakukan. Dia terpaksa.
Kebimbangan
adalah rakan sehariannya, bak memakan buah simalakama setiap hari. Kali ini
sebiji lagi akan berusaha dia telan. Sementara, Arjuda tergopoh-gapah berjalan
menuju madrasah itu. Tubuh kecil rapuhnya tak kuat menahan sebahagian jiwa yang
telah hilang. Dia tahu dengan bantuan seribu doktor dan kepulan asap kemenyan
paranormalpun Arjuda tidak akan boleh bertahan dalam 10 minit. Jadi,
dibentangkannya ruang dan waktu. Mengharungi sebuah relatif massa. Di mana,
tubuhnya melanggar hukum graviti dan melesat melawan gesekan angin. Terbang!
Aku
telah menyangka mereka akan datang sepagi ini. Malaikat dengan kebimbangan semu
aktiviti, dan tongkatnya. Arjuda, yang menunggu hujan deras pada pagi hari. Aku
tahu akan ada sebiji buah simalakama yang akan terdigesi menjadi mozaik energi
dalam respirasi. Aku juga tahu stula sarira akan terjerembab dalam 10
minit. Menyembah tanah tanpa merindukan langit, atau bahkan sang penguasa ufuk
timur-barat lagi. Kalian tahu, ini menyiksakan!
Dalam
masa kecilku yang masih 56 tahun ini aku kurang beruntung. Melihat kejadian ini
hampir setiap tahun. Resah. Geram. Apa boleh buat, nenek Rusmah telah
membesarkan aku di tempat ini. Menjaga dan mengasihiku. Tak apa. Aku telah
membalasnya melalui guguran buahku. Cintalah yang membuatkan buah itu selalu
tersedia. Cinta nenek.
Pandanganku
telah tervisualisasi dengan semua kejadian di tanah ini. Tubuh mungil nenek
ketika kecil yang melompati dahanku. Atau, tangis terisaknya ketika mengetahui
daunku dirosakkan jiran. Nenek cengeng, begitu juga aku. Aku tahu nenek
menumpahkan air mata. Nenek tidak tahu aku terluka, jelu.
Nenek
juga membesarkan beberapa orang rakan seperjuanganku. Aku memanggilnya Jagur
dan Jugar. Mereka baik. Jugar sudah remaja. Dia 64 tahun. Sedangkan Jagur
seumur denganku. Kami tidak berjumpa, setengah abad lebih. Tapi kami
berkomunikasi. Kemotaksis, Fotonasti dan sebagainya. Kalian pasti faham.
Ingatan menempel di otak kiri. Beberapa hari silam. Mereka mati. Ditebang
tepatnya. Buruh gergaji berbahan bakar hidrokarbon perosak bumi, pelakunya.
Ringgit bernominal 500 ribu penyebabnya. Wang itu tidak habis dalam satu
minggu. Cuma 2 X 24 jam. Wanita kafe penjaja diri aliran wang itu. Dan, saudaraku
korbannya! Meretas nasib 64 dan 56 tahun. Berseronok dalam sunyi. Berkawan sepi
dan budi. Menelan kesendirian mentah bersamaku. Melihat pengeksekusian Arjuda -
Arjuda lain. Menelan air mata. Mengunyah pahitnya getah hempedu hati. Tapi
mereka mati. Ya, satu hal. Mereka mati!
Fikiran
kembali merasuki raga ini. Kami memang hebat. Memiliki kemampuan menghentikan
waktu. Berselancar dimensi ke lapan. Meneruskan waktu ketika semua tidak sedar
bahkan, acuh sekalipun tidak. Arjuda menjadi fokus utamaku. Dia menolak
pemberhentian waktuku. Sedang malaikat tidak. Arjuda dapat melebar jarak dan
harapan. Untuk menarik nafas, untuk satu-dua minit. Titisan darah mentaati gaya
graviti, menuju ke tenaga potensi nol. Kesedarannya bergerak menuju bilangan
imaginasiner. Jauh dari realiti. Hidup dari semangat.
“Brukk!”
tubuh Arjuda tergeletak tanpa cita di atas kerikil yang meradiasi panas
matahari. Dia bangkit. Melangkah. Berjalan. Malaikat telah melesat bersenjata
pisau rudra. Sedia mengambil roh seorang yang tak berdaya. Malaikat sudah
dekat. Sangat dekat. Momen itu akan terjadi. Sebentar lagi. Biasanya Jugar yang
menggugurkan daun dan dahan. Menutup kesempatan bagi pokok seperti diriku
melihat kekejaman penguasa. Peguasa dunia. Lalu, akan kudapati tubuh kosong
dikelilingi sanak-saudara yang berlumba menembusi langit. Aku menggeletar.
Sudah cukup kematian nenek, Jugar, dan Jagur.
Ruang
dan waktu terdiam. Mengejek ketidakberdayaan makhluk paling rendah. Aku.
Ketidakberdayaan ini. Sungguh. Hampa. Tangis. Geram. Mematung. Semua abstrak.
Bayang kasih sayang nenek, menggelora. Radiasi cinta kasih yang mendarah daging
hingga ke dalam xylem dan floem-ku. Jagur dan Jugar. Peneman
tatkala gundah rasa bercampur tawa hampa. Pengaku kewujudanku. Rakan penghabis
sisa hidup di mayapada. Tergilas gergaji enjin jahanam. Tiada permintaan
terakhir. Semua sudah hilang.
Arjuda,
hanya menghisap detik terakhir hidup. Pisau itu dekat. Begitu dekat. Angin
cakera telah menembusi epidermis Arjuda. Dia menggeletar. Aku tidak khali.
Kulayangkan ruang-waktu, sekali lagi. Arjuda dapat diselamatkan. Dia melanggar
10 minit malaikat. Malaikat geram! Dua malaikat lain turun menggelegar membelah
dari langit ke tujuh. Tiga batang tongkat berlusinan jeruji meruncing. Tak syak
lagi, Arjuda merintih, dalam tarikan nafas. Tiada berekspresi suara secuil debu
pun. Aku dapat merasa, dia mengingati semua kesalahannya. Korupsi, prostitusi
dan atheis. Tapi tiga malaikat liar tak mengenal maaf. Tapi, hanya menunaikan
tugas. Kemampuanku membuang ruang waktu habis.
Sementara,
lantera dalam diri Arjuda telah redup. Tiga malaikat telah berdiri tegas
menghadang. Ardila terisak-isak. Ketiga-tiga malaikat mengangkat senjata.
Bersedia menikam. Seketika, deburan ombak menunjuk Andeka. Harapan Andeka
bereformasi. Menghambat malaikat, melawan takdir! Sebuah suara seraya
mengintip. Pak Burhan, pekerja, bersepakat dengan anak nenek. Menyerahkan 60
ribuan hangat. Dan, membawa gergaji enjin. Aku putar pandangan sekitar bumiku.
Tidak! Tidak ada pokok selain diriku! Lalu siapakah sasarannya? Aku? Kuterpejam
dalam siksa menanti melodi Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan