Merungkai Minda Socrates
SMAHADZIR
BILLBOARD
bertulis – ‘Dr. Ad Hoogendijk (Mempratikkan
Firasat), sila berjumpa waktu pejabat, sudah lama terpasang di jalan
Brugakker, Zest, Netherland.’ Dan kalau anda berjalan di sekitar Jerman Barat
banyak juga terpandang papan tanda yang serupa.
Raja
yang menemuI jalan firasat atau falsafah ini hidup dalam kurun ke 16. Sealiran
fahaman dengan ahli fikir Aristotle, guru Ploto. Ploto meninggal tahun 2,300
lampau, seorang perisau yang cemerlang dan murung, juga seorang ahli falsafah.
Mengkaji permasalahan tingkah-laku, kegiatan politik dan menganalisa logik
akal. “Cara terbaik menuju keagongan adalah bergaul dengan orang-orang besar,”
nasihatnya. Sejarah biodata Socrates tidak banyak tersingkap. Tetapi fahamannya
banyak ditarik dan digunakan oleh sebahagian doktor moden seperti Dr. Ad
Hoogendijk.
Socrates
Hidup dalam kurun 469 - 396 Sebelum Masehi. Seorang tukang batu di sebuah kota
yang penuh dengan pemborong yang sering menggunakan satah condong merungkit
batu-bata. Terkenal sebagai ahli firasat yang tidak henti-henti mencari
kebenaran yang hakiki. Tugas falsafah bukan hanya menjawab
pertanyaan-pertanyaan yang timbul di dalam kehidupan melainkan mempersoalkan
jawaban-jawaban yang diberikan. Berfilsafat merupakan cara berfikir yang
radikal, menyeluruh dan mendasar terangnya. Sikap Socrates yang suka bertanya
dan mencari jawapan yang memuaskan hatinya menyebabkan beliau dikenali dengan
pepatah: I think, therefore I am yang
bermaksud: ‘Saya berfikir, oleh itu saya wujud.’
Kenapa
firasat ala Socrates yang menyangkut soal cinta, kesepian, pengangguran, rasa
takut, bahkan juga tentang mati dan hakikat manusia masih boleh digunakan?
Dr.
Ad Hoogendijk berkata, “Firasat berbeza dari doktor yang memberi ubat-ubatan.
Kita menjadi seperti pengacara dan mencari resolusi yang canggih. Pelanggan
kita yang terdiri dari pesakit diajak berdiskusi sebagai rakan sedarjat dan
bertukar-tukar fikiran mengenai macam-macam masalah,” terang Dr. Ad Hoogendijk
lagi. Kadang-kadang “Eppur si mouve”
(dia bergerak, sama saja) dengan perawatan biasa terang Dr. Ad Hoogendijk lagi.
“Paling
tidak, ada 20 perbezaan antara firasat dengan doktor psikologi,” katanya. Di
tempat rawatannya, pelanggan diperlakukan sebagai tetamu, bukan pesakit. “Tetamu
saya adalah seorang yang bergelut dengan masalah yang menyita penghidupannya
seperti jatuh muflis, ditipu rakan kongsi, putus cinta, hidup murung dan
sebagainya. Masalah berpolitik, bersosial dan pembunuhan. Ini semua menyangkut masalah
rohani dan jasmani. Debat dengan seorang ahli fisiologi setidak-tidaknya dapat
menjernihkan dunianya secara keseluruhan dan menajamkan minda pemikirannya,” ujar
Dr. Ad Hoogendijk.
“Kita
mencari akal sihat yang menyangkut soal abstrak dan ini menjadikan skop firasat
terlalu luas jangkauannya. Misalnya seorang pesakit datang membicarakan tentang
masalah hidup. Mula-mula kami membincangkan tentang langkah yang mesti diambil
waktu itu hinggalah diskusi kami berkembang tentang permasalah akhlak manusia
dan peranan perkerjaan dalam penghidupan. Untuk menjawab segala permasalahan
itu ilmu pengetahuan (epistemologi) mesti ada dan kamilah orangnya.
Kesimpulannya (inferens) semua
permasalahan dibincangkan dan diperhalusi.”
“Di
Barat sekarang terlalu ramai yang goyah imannya,” kata Dr. Ad Hoogendijk lagi
seperti lagak Socrates mengusap-usap janggut jarangnya. “Jadi kami tidak risau
langsung tentang pelanggan. Setiap hari bermacam ragam pesakit mengetUk cermin
pejabat kami,” tokok beliau lagi.
Manakala
di Eropah nampaknya perniagaan ala firasat kian berkembang. Consultant ini walau mirip firasat
tetapi tidak melulu berupa nasihat dan teori atau hanya menggariskan beberapa
panduan. Banyak bentuk lain dipratikkan. Firasat telah berkembang, ilmu ini
bukan tinggal di menara gading lagi, kata Dr. Ad Hoogendijk sambil menggerakkan
kacamatanya yang setebal bontok botol coco-cola
itu.
Pada
zaman Yunani, Socrates pada kebiasaan berdialong dengan orang ramai di
pasar-pasar atau di majlis-majlis keramaian. Beliau juga banyak menghabiskan
masanya berdialog dan berdebat di dewan perhimpunan. Kadang-kadang dialognya
tidak mengira tempat sama ada di spa permandian, di pekan-pekan atau di tempat
memecah batu. Socrates sentiasa mencari resepi baru dalam hakikat hidup.
Memecahkan
masalah yang menjadi persoalan teman-temannya. “Hidup yang tidak diperiksa
adalah hidup yang sia-sia,” nasihatnya. Manusia berfikir jika dia sedang
menghadapi masalah. Masalah pada hakikatnya merupakan sebuah pertanyaan yang
mengundang jawaban. Sebuah pertanyaan mempunyai peluang besar untuk dijawab
dengan tepat. “Gunung itu...” katanya pada seorang teman. “kalau dicangkul
setiap hari akan hilang jua...”
Misalnya
seperti contoh celawak (cerita lawak), suatu ketika seorang penternak ikan air
tawar datang kepadanya mengemukakan pelbagai masalah yang memagarinya. “Ikan
keli aku,” kata penternak itu sambil menggaru kepala botaknya, “mudah betul
mati...” Penternak itu mempunyai dua buah kolam ikan dan menternak pelbagai
jenis ikan termasuk ikan keli Yunani. Tetapi ikan keli sangat sensitif pada
cahaya dan petir kilat. Bila terkena pancarannya, ikan ini akan terperanjat dan
buntang lalu mati. Jumlah ikan ini kian berkurangan keluh perternak itu.
“Buatkan
jaring dari besi dan cuba tutupkan keseluruhan kolam itu,” nasihat Socrates. “Tidak
boleh,” kata perternak itu, “Ikan keli akan melompat, muncung dan kepalanya
akan terkena dawai itu dan akan mati juga akhirnya. Jikalau air surut ikan keli
itu akan kepanasan dan mencucukkan dirinya ke dalam tanah, sukar bagi kita
mencarinya dan kesudahannya ikan itu akan mati, kita rugi lagi...”
Mereka
berdua terus berbincang dan mencari fikiran baru. Pelbagai idea dilontarkan.
Socrates terus mengerakkan mindanya. “Mengapa tidak ditanam pokok rampai bagi
menutup sedikit ikan itu?” ujar Socrates. Penternak itu melangu. “Betul juga...”
Socrates
tidak puas hati dengan idea barunya. Besok pagi sebelum burung murai bertutur
di kota Athens, Socrates bergegas ke tempat kolam ternakan ikan. Tujuannya
ialah mengenali lebih dekat lagi permasalahan sahabatnya itu. Pendapat tanpa
kaji selidik tidak lunas jawabannya, fikir Socrates. Tanpa mengira tempat
Socrates terus berfikir dan cuba menyelesaikan masalah itu hingga ke akar umbi.
Firasat dan falsafah terus berkembang.
Beliau
dihukum bunuh dengan dipaksa meminum racun berpunca daripada dakwaan mempersoalkan
kewujudan dewa-dewi yang menjadi asas kepercayaan masyarakat Athens ketika itu.
* Istiah
falsafah menurut Dewan Bahasa Pustaka (DBP): Suatu cara berfikir yang radikal
dan menyeluruh, suatu cara berfikir yang mengupas sesuatu sedalam-dalamnya.
Tugas falsafah yang sebenarnya bukanlah menjawab pertanyaan kita tetapi
mempersoalkan jawaban yang diberikan.