SMAHADZIR
PERADABAN Islam di era
kekhalifahan telah melahirkan sederet pakar geografi terkenal. Pada abad ke 10
Masehi, dunia Islam memiliki seorang pakar geografi ulung bernama bernama
Mohammed Abul-Kassem ibnu Hawqal. Sejarah peradaban Islam biasanya menyebutnya
sebagai Ibnu Hawqal. Popularitinya sebagai seorang pakar geografi semakin
melambung setelah berjaya melancarkan surat al-ardh atau ‘peta bumi’.
Karya besar Ibnu Hawqal itu
ditulis pada tahun tahun 977 Masehi. Buku berisi peta bumi yang ditulisnya
seringkali disebut sebagai Al-Masalik wa Al-Mamalik. Selain dikenali
sebagai pakar geografi fenomenal, Ensiklopedia Ukraine menyebut Ibnu
Hawqal sebagai saudagar dan penjelajah kenamaan dari dunia Arab. ‘Dalam buku
perjalanannya, dia mengisahkan tiga jenis orang Rus dan menjelaskan tentang
Kyiv,’ ungkap Ensiklopedia Ukraina.
Ilmuan Islam ini dilahirkan di
Nisibis, sebuah kota di Wilayah Mardin, sebelah tenggara Turki pada tanggal 15
Mei 943 Masehi. Ibnu Hawqal juga tercatat sebagai seorang sasterawan Arab
terkemuka. Namun, sebahagian besar hidupnya didedikasikan untuk mengembangkan
ilmu geografi. Hampir 30 tahun sisa hidupnya digunakan untuk melakukan
perjalanan dan pengembaraan mengelilingi sebahagian besar dunia. Atas
permintaan pakar geografi Islam yang bernama Al-Istakhri (951 Masehi), Ibnu
Hawqal telah melakukan penjelajahan hingga ke Sepanyol. Perjalanan itu
dilakukannya untuk memperbaiki peta-peta dan teks penjelasan geografinya. ‘Ibnu
Hawqal kemudian menulis ulang seluruh buku itu, lalu menerbitkannya kembali
dengan judul Al-Masalik wa Al-Mamalik (Jalan dan Kerajaan), ujar
Philip Khuri Hitti dalam karyanya History of the Arabs.
Sayangnya, kisah hidup tokoh
ini tidak banyak terungkap. Bahkan, kisah masa kecilnya hampir tidak pernah
ada. Yang terungkap hanyalah kisah perjalanan yang membuatnya dikenali sebagai
pakar geografi dan penjelajah ulung. Selama 30 tahun berpengembara menyelusuri
negara demi negara, membuatkan Ibnu Hawqal sempat menginjakkan kakinya di
kawasan Asia dan Afrika yang terpencil sekalipun. Dalam salah satu
penjelajahan, Ibnu Hawqal sampai ke daerah yang berlokasi di 20 darjat selatan
dari khatulistiwa sepanjang pantai Afrika Timur. Kemudian Ibnu Hawqal
melukiskannya dalam peta serta menuliskan secara terperinci kelebihan dan
bentuk negara tersebut. Menurutnya, di wilayah itu terdapat orang-orang Yunani
yang bekerja menggunakan logik dibandingkan pengalaman.
Salah satu kehebatan Ibnu
Hawqal adalah mampu menjelaskan sebuah wilayah secara lengkap. Tidak hairanlah,
jika peta yang diciptakannya telah berjaya memandu para wisatawan dan
penjelajah. Surat Alardh yang diciptakannya mampu menjelaskan secara
terperinci wilayah Sepanyol Islam, Itali dan khususnya Sicilia, serta ‘Tanah
Romawi’ istilah yang digunakan oleh dunia Islam untuk menjelaskan tentang
kemaharajaan Byzantium.
Melalui catatan perjalanannya,
Ibnu Hawqal mengisahkan hasil pemerhatiannya yang menyebutkan tidak kurang ada
360 bahasa yang digunakan masyarakat di Kaukes bahasa Azeri dan Parsi menjadi
bahasa pergaulan masyarakat di wilayah itu. Beliau juga memberikan gambaran
mengenai Kiev, dan telah menyebutkan rute dari Volga Bulgars dan
Khazars. Beliau juga memaparkan tentang Sicilia wilayah autonomi di Itali
Selatan. Ibnu Hawqal sangat mengagumi Palermo, ibukota Sicilia. Kota dengan 300
buah masjid, begitulah beliau menjuluki kota yang sempat dikuasai umat Islam
itu. Secara mengagumkan, Ibnu Hawqal mampu menggambarkan suasana Palermo pada
tahun 972 Masehi.
Dalam catatan perjalanannya
dalam buku yang berjudul Al-Masalik wal Mamlik, Ibnu Hawqal mengaku
tidak pernah menemui sebuah kota Islam dengan jumlah masjid sebanyak itu,
sekalipun luasnya dua kali lebih besar dari Palermo. Pada waktu yang sama,
pelancong Islam itu juga telah menyaksikan kehebatan University of Balerm,
sebuah institusi pengajian tinggi Islam terkemuka di kota Palermo, Sicilia.
Hampir selama tiga abad lamanya, umat Islam di era keemasan berjaya mengibarkan
bendera kejayaan dengan peradabannya yang terbilang sangat tinggi di wilayah
autonomi Sicilia.
Ibnu Hawqal juga termasuk dalam
sederet ilmuan terkemuka yang telah mengharumkan nama Islam di Basrah, Iraq.
Kota yang dikenali sebagai penghasil kurma berkualiti tinggi itu didirikan oleh
umat Islam pada 636 Masehi era kepemimpinan Khalifah Umar bin Khattab.
Sejak dahulu kala, Basrah
sangat terkenal dengan saluran atau terusan airnya. Pada abad ke 10 Masehi,
jumlah terusan yang ada di kota itu mencapai 100 ribu. Sebanyak 20 ribu di
antaranya boleh dilalui kapal. Nahr Ma’kil merupakan saluran utama yang
menghubungkan Basrah ke Baghdad, jelas Ibnu Hawqal menggambarkan kota yang
kerap dijuluki Venesia Timur Tengah itu. Ibnu Hawqal adalah seorang pakar
geografi Islam yang unik. Peta yang dihasilkannya memiliki nilai artistik yang
tinggi, dengan skema gambar yang unggul. Pada zaman itu, kompas sangat
diperlukan untuk menentukan letak sesebuah wilayah secara lengkap. Peta yang dibuatnya
begitu jelas. Beliau menunjukkan perjalanannya melalui peta yang berisi
petunjuk jalan dan kota-kota. Sayangnya, Ibnu Hawqal belum mencantumkan jarak
antara satu kota dengan kota lainnya.
Peta yang dibuatnya kerap
disebut sebagai Atlas Islam. Tidak hairanlah, jika peta yang diciptakan oleh
Ibnu Hawqal banyak disadur orang dan dijadikan model lain Arab dan Parsi. Ibnu
Hawqal dalam risalah Al-Masalik wa Al-Mamalik, mengatakan, dalam
perjalanan dari lembah Indus, beliau bertemu dengan Al-lstakhri. Waktu itu
Al-Istakhri memberikannya pelajaran penting. Dia (Istakhri) menunjukkan saya
peta geografi dalam karyanya, dan saya diminta memberi komentar,’ ungkap Ibnu
Hawqal. Kedua-duanya lalu bersepakat, Ibnu Hawqal diminta untuk melengkapi
karya Al-Istakhri itu. Berkat sentuhannya, karya geografi yang dirintis oleh
Al-Istakhri itu menjadi lebih maju dan bagus. Ibnu Hawqal mengatakan, ‘Saya
telah menjelaskan semua mengenai bumi. Saya telah memberikan pandangan tentang
wilayah-wilayah yang ada di wilayah dunia Islam.’ Beliau menyedari satu hal
yang kurang daslam karyanya itu. ‘Saya tidak melakukan pembahagian iklim, untuk
menghindari kebingungan.’
Menurut Ibnu Hawqal, beliau
telah mengilustrasikan setiap wilayah di peta. ‘Saya telah menunjukkan
kedudukan masing-masing, dibandingkan dengan negara-negara lain. Sempadan
tanah, kota-kota, air sungai, tasik dan kolam dengan permukaan yang
berbeza-beza. Saya telah mengumpulkan semua yang pernah dibuat geografi baik
untuk kepentingan raja atau orang,’ jelasnya. Semua itu membuktikan bahawa Ibnu
Hawqal sebagai seorang pakar geografi Islam ulung di zamannya.
Surat Al-Ardh
Surat Al-ardh merupakan wajah
dunia yang digambarkan dalam sebuah peta oleh Ibnu Hawqal. Pada tahun 1086 buku
ini ditemui di Topkapi Sarayi Muzesi Kutup Hanesi, Istanbul. Dalam buku itu
Ibnu Hawqal lebih terbuka tentang dirinya sendiri. Berdasarkan isi buku
tersebut, kemungkinan besar Ibnu Hawqal juga merupakan seorang saudagar.
Hal itu didasarkan pada
karyanya yang penuh dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.
Ibnu Hawqal juga memuji kebijakan agama Dinasti Fatimiyah, dan itu boleh
dikatakan bahawa dia merupakan seorang dai. Bukunya itu juga dikenali sebagai Al-Masalik
wa Al-Mamalik. Karya ini merupakan hasil pembetulan semula dari karya pakar
geografi Islam, Al-Istakhri. Perbezaan utama antara karya Ibnu Hawqal dan
Al-lstakhri ada pada pembahasan Byzantium sebagai sebahagian dari Islam. Dalam
bukunya itu, Ibnu Hawqal meletakkan Sepanyol, Afrika Utara, dan Sicilia sebagai
tiga bahagian yang terpisah. Sedangkan karya Al-lstakhri mengomentari
peta-peta, dan dia menyatakan bahawa rencana kami adalah untuk menjelaskan dan
untuk menggambarkan pada peta, berbagai laut, penyematan nama masing-masing,
sehingga boleh dikenali di peta.
Al-Istakhri juga tertarik
dengan komposisi peta, beliau membandingkan karyanya dengan karya Ibnu Hawqal.
Ibnu Hawqal menyatakan bahawa Al-Istakhri telah menyusun peta Sind, namun dia
telah membuat beberapa kesalahan. Beliau juga mengambil dari Fars, yang dia
telah dilakukan sangat baik. Buku ini terdapat tiga versi, pertama sekitar
tahun 961 Masehi yang didedikasikan kepada Hamdanid Sayf Al-Dawlah (meninggal
dunia 967 Masehi), kedua berisi kritikan dari Hamdanids dari sekitar satu dekad
kemudian, dan versi terakhir yang definitif muncul sekitar 988 Masehi. Ibnu
Hawqal sendiri pada awalnya ingin menerbitkan satu set peta.
Ibnu Hawqal memasukan tambahan
teksnya pada daerah tertentu di petanya, beliau juga memasukkan bahagian yang
menggambarkan peta secara harfiah dan sederhana. Contoh peta Kirman dimulai
dari penjelasan nama-nama dan legenda yang ditemui pada peta Kirman. Karya Ibnu
Hawqal seorang ilmuwan Arab merupakan karya yang khusus, bahkan beliau juga
membuat risalah tentang peta geografinya itu dalam era keemasan Islam. Walaupun
isinya sama saja menjelaskan peta tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan