Khamis, 4 Julai 2013

Ibnu Hawqal (Pakar Geografi Ulung Pembuat Peta Dunia)

SMAHADZIR

PERADABAN Islam di era kekhalifahan telah melahirkan sederet pakar geografi terkenal. Pada abad ke 10 Masehi, dunia Islam memiliki seorang pakar geografi ulung bernama bernama Mohammed Abul-Kassem ibnu Hawqal. Sejarah peradaban Islam biasanya menyebutnya sebagai Ibnu Hawqal. Popularitinya sebagai seorang pakar geografi semakin melambung setelah berjaya melancarkan surat al-ardh atau ‘peta bumi’.

Karya besar Ibnu Hawqal itu ditulis pada tahun tahun 977 Masehi. Buku berisi peta bumi yang ditulisnya seringkali disebut sebagai Al-Masalik wa Al-Mamalik. Selain dikenali sebagai pakar geografi fenomenal, Ensiklopedia Ukraine menyebut Ibnu Hawqal sebagai saudagar dan penjelajah kenamaan dari dunia Arab. ‘Dalam buku perjalanannya, dia mengisahkan tiga jenis orang Rus dan menjelaskan tentang Kyiv,’ ungkap Ensiklopedia Ukraina.

Ilmuan Islam ini dilahirkan di Nisibis, sebuah kota di Wilayah Mardin, sebelah tenggara Turki pada tanggal 15 Mei 943 Masehi. Ibnu Hawqal juga tercatat sebagai seorang sasterawan Arab terkemuka. Namun, sebahagian besar hidupnya didedikasikan untuk mengembangkan ilmu geografi. Hampir 30 tahun sisa hidupnya digunakan untuk melakukan perjalanan dan pengembaraan mengelilingi sebahagian besar dunia. Atas permintaan pakar geografi Islam yang bernama Al-Istakhri (951 Masehi), Ibnu Hawqal telah melakukan penjelajahan hingga ke Sepanyol. Perjalanan itu dilakukannya untuk memperbaiki peta-peta dan teks penjelasan geografinya. ‘Ibnu Hawqal kemudian menulis ulang seluruh buku itu, lalu menerbitkannya kembali dengan judul Al-Masalik wa Al-Mamalik (Jalan dan Kerajaan), ujar Philip Khuri Hitti dalam karyanya History of the Arabs.

Sayangnya, kisah hidup tokoh ini tidak banyak terungkap. Bahkan, kisah masa kecilnya hampir tidak pernah ada. Yang terungkap hanyalah kisah perjalanan yang membuatnya dikenali sebagai pakar geografi dan penjelajah ulung. Selama 30 tahun berpengembara menyelusuri negara demi negara, membuatkan Ibnu Hawqal sempat menginjakkan kakinya di kawasan Asia dan Afrika yang terpencil sekalipun. Dalam salah satu penjelajahan, Ibnu Hawqal sampai ke daerah yang berlokasi di 20 darjat selatan dari khatulistiwa sepanjang pantai Afrika Timur. Kemudian Ibnu Hawqal melukiskannya dalam peta serta menuliskan secara terperinci kelebihan dan bentuk negara tersebut. Menurutnya, di wilayah itu terdapat orang-orang Yunani yang bekerja menggunakan logik dibandingkan pengalaman.

Salah satu kehebatan Ibnu Hawqal adalah mampu menjelaskan sebuah wilayah secara lengkap. Tidak hairanlah, jika peta yang diciptakannya telah berjaya memandu para wisatawan dan penjelajah. Surat Alardh yang diciptakannya mampu menjelaskan secara terperinci wilayah Sepanyol Islam, Itali dan khususnya Sicilia, serta ‘Tanah Romawi’ istilah yang digunakan oleh dunia Islam untuk menjelaskan tentang kemaharajaan Byzantium.

Melalui catatan perjalanannya, Ibnu Hawqal mengisahkan hasil pemerhatiannya yang menyebutkan tidak kurang ada 360 bahasa yang digunakan masyarakat di Kaukes bahasa Azeri dan Parsi menjadi bahasa pergaulan masyarakat di wilayah itu. Beliau juga memberikan gambaran mengenai Kiev, dan telah menyebutkan rute dari Volga Bulgars dan Khazars. Beliau juga memaparkan tentang Sicilia wilayah autonomi di Itali Selatan. Ibnu Hawqal sangat mengagumi Palermo, ibukota Sicilia. Kota dengan 300 buah masjid, begitulah beliau menjuluki kota yang sempat dikuasai umat Islam itu. Secara mengagumkan, Ibnu Hawqal mampu menggambarkan suasana Palermo pada tahun 972 Masehi.

Dalam catatan perjalanannya dalam buku yang berjudul Al-Masalik wal Mamlik, Ibnu Hawqal mengaku tidak pernah menemui sebuah kota Islam dengan jumlah masjid sebanyak itu, sekalipun luasnya dua kali lebih besar dari Palermo. Pada waktu yang sama, pelancong Islam itu juga telah menyaksikan kehebatan University of Balerm, sebuah institusi pengajian tinggi Islam terkemuka di kota Palermo, Sicilia. Hampir selama tiga abad lamanya, umat Islam di era keemasan berjaya mengibarkan bendera kejayaan dengan peradabannya yang terbilang sangat tinggi di wilayah autonomi Sicilia.

Ibnu Hawqal juga termasuk dalam sederet ilmuan terkemuka yang telah mengharumkan nama Islam di Basrah, Iraq. Kota yang dikenali sebagai penghasil kurma berkualiti tinggi itu didirikan oleh umat Islam pada 636 Masehi era kepemimpinan Khalifah Umar bin Khattab.

Sejak dahulu kala, Basrah sangat terkenal dengan saluran atau terusan airnya. Pada abad ke 10 Masehi, jumlah terusan yang ada di kota itu mencapai 100 ribu. Sebanyak 20 ribu di antaranya boleh dilalui kapal. Nahr Ma’kil merupakan saluran utama yang menghubungkan Basrah ke Baghdad, jelas Ibnu Hawqal menggambarkan kota yang kerap dijuluki Venesia Timur Tengah itu. Ibnu Hawqal adalah seorang pakar geografi Islam yang unik. Peta yang dihasilkannya memiliki nilai artistik yang tinggi, dengan skema gambar yang unggul. Pada zaman itu, kompas sangat diperlukan untuk menentukan letak sesebuah wilayah secara lengkap. Peta yang dibuatnya begitu jelas. Beliau menunjukkan perjalanannya melalui peta yang berisi petunjuk jalan dan kota-kota. Sayangnya, Ibnu Hawqal belum mencantumkan jarak antara satu kota dengan kota lainnya.

Peta yang dibuatnya kerap disebut sebagai Atlas Islam. Tidak hairanlah, jika peta yang diciptakan oleh Ibnu Hawqal banyak disadur orang dan dijadikan model lain Arab dan Parsi. Ibnu Hawqal dalam risalah Al-Masalik wa Al-Mamalik, mengatakan, dalam perjalanan dari lembah Indus, beliau bertemu dengan Al-lstakhri. Waktu itu Al-Istakhri memberikannya pelajaran penting. Dia (Istakhri) menunjukkan saya peta geografi dalam karyanya, dan saya diminta memberi komentar,’ ungkap Ibnu Hawqal. Kedua-duanya lalu bersepakat, Ibnu Hawqal diminta untuk melengkapi karya Al-Istakhri itu. Berkat sentuhannya, karya geografi yang dirintis oleh Al-Istakhri itu menjadi lebih maju dan bagus. Ibnu Hawqal mengatakan, ‘Saya telah menjelaskan semua mengenai bumi. Saya telah memberikan pandangan tentang wilayah-wilayah yang ada di wilayah dunia Islam.’ Beliau menyedari satu hal yang kurang daslam karyanya itu. ‘Saya tidak melakukan pembahagian iklim, untuk menghindari kebingungan.’

Menurut Ibnu Hawqal, beliau telah mengilustrasikan setiap wilayah di peta. ‘Saya telah menunjukkan kedudukan masing-masing, dibandingkan dengan negara-negara lain. Sempadan tanah, kota-kota, air sungai, tasik dan kolam dengan permukaan yang berbeza-beza. Saya telah mengumpulkan semua yang pernah dibuat geografi baik untuk kepentingan raja atau orang,’ jelasnya. Semua itu membuktikan bahawa Ibnu Hawqal sebagai seorang pakar geografi Islam ulung di zamannya.

Surat Al-Ardh

Surat Al-ardh merupakan wajah dunia yang digambarkan dalam sebuah peta oleh Ibnu Hawqal. Pada tahun 1086 buku ini ditemui di Topkapi Sarayi Muzesi Kutup Hanesi, Istanbul. Dalam buku itu Ibnu Hawqal lebih terbuka tentang dirinya sendiri. Berdasarkan isi buku tersebut, kemungkinan besar Ibnu Hawqal juga merupakan seorang saudagar.

Hal itu didasarkan pada karyanya yang penuh dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi. Ibnu Hawqal juga memuji kebijakan agama Dinasti Fatimiyah, dan itu boleh dikatakan bahawa dia merupakan seorang dai. Bukunya itu juga dikenali sebagai Al-Masalik wa Al-Mamalik. Karya ini merupakan hasil pembetulan semula dari karya pakar geografi Islam, Al-Istakhri. Perbezaan utama antara karya Ibnu Hawqal dan Al-lstakhri ada pada pembahasan Byzantium sebagai sebahagian dari Islam. Dalam bukunya itu, Ibnu Hawqal meletakkan Sepanyol, Afrika Utara, dan Sicilia sebagai tiga bahagian yang terpisah. Sedangkan karya Al-lstakhri mengomentari peta-peta, dan dia menyatakan bahawa rencana kami adalah untuk menjelaskan dan untuk menggambarkan pada peta, berbagai laut, penyematan nama masing-masing, sehingga boleh dikenali di peta.

Al-Istakhri juga tertarik dengan komposisi peta, beliau membandingkan karyanya dengan karya Ibnu Hawqal. Ibnu Hawqal menyatakan bahawa Al-Istakhri telah menyusun peta Sind, namun dia telah membuat beberapa kesalahan. Beliau juga mengambil dari Fars, yang dia telah dilakukan sangat baik. Buku ini terdapat tiga versi, pertama sekitar tahun 961 Masehi yang didedikasikan kepada Hamdanid Sayf Al-Dawlah (meninggal dunia 967 Masehi), kedua berisi kritikan dari Hamdanids dari sekitar satu dekad kemudian, dan versi terakhir yang definitif muncul sekitar 988 Masehi. Ibnu Hawqal sendiri pada awalnya ingin menerbitkan satu set peta.


Ibnu Hawqal memasukan tambahan teksnya pada daerah tertentu di petanya, beliau juga memasukkan bahagian yang menggambarkan peta secara harfiah dan sederhana. Contoh peta Kirman dimulai dari penjelasan nama-nama dan legenda yang ditemui pada peta Kirman. Karya Ibnu Hawqal seorang ilmuwan Arab merupakan karya yang khusus, bahkan beliau juga membuat risalah tentang peta geografinya itu dalam era keemasan Islam. Walaupun isinya sama saja menjelaskan peta tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan