SMAHADZIR
PERADABAN Barat kerap mendakwa
Nicolaus Copernicus (1473 – 1543 Masehi) sebagai tokoh pencetus teori
heliosentrisme Tata Suria. Sejarawan pakar astronomi menemui fakta, idea
matematik antara buku Copernicus yang berjudul De Revolutionibus
memiliki kesamaan dengan sebuah buku yang pernah ditulis seratus tahun sebelumnya
oleh ilmuan Islam Arab, Ibnu Al-Shatir (1304-1375 Masehi).
Buku yang menjadi rujukan
Copernicus itu berjudul Nihayat Al-Sul Fi Tashih Al-Usul. Itu bermakna,
pemikiran Al-Shatir telah mempengaruhi Copernicus. Siapakah Al-Shatir
sebenarnya? Ilmuan Islam itu namanya ialah Ala Al-Din Abu’l-Hasan Ali ibnu
Ibrahim ibnu Al-Shatir. Beliau merupakan seorang pakar astronomi Islam Arab,
pakar matematik, pakar enjin teknik dan pengkaji yang hebat.
Ibnu Al-Shatir merombak secara
menyeluruh Teori Geosentris yang dicetuskan oleh Claudius Ptolemaeus atau
Ptolemy (90 SM– 168 SM). Secara matematik, Al-Shatir memperkenalkan adanya epicycle
yang rumit (sistem lingkaran dalam lingkaran). Al-Shatir cuba menjelaskan
bagaimana gerakan merkurius jika bumi menjadi pusat alam semesta dan merkurius
bergerak mengitari bumi.
Model bentuk merkurius Ibnu
Al-Shatir menunjukkan penggandaan dari epicycle menggunakan Tusi-couple,
sehingga menghilangkan eksentrik dan equant teori Ptolemaic. Menurut
George Saliba dalam karyanya A History of Arabic Astronomiy: Planetary
Theories During the Golden Age of Islam, buku Nihayat Al-Sul fi Tashih
Al-Usul, merupakan risalah astronomi Ibnu Al-Shatir yang paling penting.
‘Dalam buku itu, secara drastik
beliau mereformasi model matahari, bulan, dan planet Ptolemic. Dengan
memperkenalkan sendiri model bukan Ptolemic yang menghapuskan epicycle
pada model matahari, yang menghapuskan eksentrik dan equant. Dengan
memperkenalkan epicycle ekstra pada model planet melalui model
Tusi-couple, dan yang menghilangkan semua eksentrik atau eccentric, epicycle
dan equant di model bulan,’ jelas Saliba.
Sebelumnya, aliran Maragha
hanya berpatokan pada model yang sama dengan model Ptolemaic. Model geometris
Ibnu Al-Shatir merupakan karya pertama yang benar-benar unggul daripada model
Ptolemaic kerana modelnya ini lebih baik sesuai dengan pemerhatian empiris.
Ibnu Al-Shatir juga berjaya melakukan pemisahan falsafah alam dari pakar
astronomi dan menolak model empiris Ptolemic dibandingkan falsafah asas. Tidak
seperti pakar astronomi sebelumnya, Ibnu Al-Shatir tidak peduli dengan
mempertahankan teori prinsip kosmologi atau falsafah alam (atau fizik
Aristoteles), melainkan untuk menghasilkan sebuah model yang lebih konsisten
dengan pemerhatian empiris.
Modelnya menjadi lebih baik
sesuai dengan pemerhatian empiris daripada model-model sebelumnya yang
dihasilkan sebelum dia. Saliba menambahkan karyanya tersebut menjadi karya
penting dalam pakar astronomi, yang dapat dianggap sebagai sebuah ‘Revolusi
ilmiah sebelum Renaissance’.
Dalam membuat model baru
tersebut, Ibnu Al-Shatir melakukan pengujian dengan melakukan pemerhatian
empiris. Tidak seperti pakar astronomi sebelumnya, Ibnu Al-Shatir umumnya tidak
keberatan terhadap falsafah pakar astronomi Ptolemaic, tetapi beliau ingin
menguji seberapa jauh teori Ptolemy sesuai dengan pemerhatian empirisnya.
Dia menguji model Ptolemaic,
dan jika ada yang tidak sesuai dengan pemerhatiannya, maka beliau akan
merumuskan sendiri model bukan Ptolemaic pada bahagian yang tidak sesuai dengan
pemerhatiannya. Pemerhatiannya yang lengkap membuatnya yakin untuk menghapus epicycle
dalam model matahari Ptolemaic.
Ibnu Al-Shatir juga merupakan
ahli astromi pertama yang memperkenalkan percubaan dalam teori planet untuk
menguji model asas empiris Ptolemaic. Sewaktu menguji model matahari Ptolemaic,
Ibnu Al-Shatir memaparkan ‘pengujian nilai Ptolemaic untuk bentuk dan ukuran
matahari dengan menggunakan pemerhatian gerhana bulan.’
‘Karyanya tentang percubaan dan
pemerhatiannya memang telah musnah, namun buku The Final Quest Concerning
the Rectification of Principles adalah milik Al-Shatir,’ ujar Saliba.
Pengaruh Karya
Ibnu Al-Shatir
‘Meskipun sistemnya merupakan
geosentri yang kuat, dia telah menghapuskan equant dan accentric
Ptolemaic dan perincian sistem matematiknya hampir serupa dengan karya Copernicus’
De revolutionibus,’ jelas V Roberts and E. S. Kennedy dalam buku mereka The
Planetary Theory of Ibn Al-Shatir. Menurut Saliba, model bulan Copernicus
juga tidak berbeza dengan model Ibnu Al-Shatir. Dengan demikian boleh percayai
bahawa model Ibnu Al-Shatir telah diadaptasi oleh Copernicus dalam model heliocentric.
‘Walaupun masih belum jelas
bagaimana ini boleh terjadi, diketahui bahawa manuskrip Byzantine Yunani yang
berisi Tusi-couple tempat Ibnu Al-Shatir bekerja telah sampai ke Itali pada
abad ke 15 Masehi,’ ujar AI-Sabra dalam karyanya Configuring the Universe:
Aporetic, Problem Solving, and Kinematic Modeling as Themes of Arabic
Astronomiy. Saliba menambah, ‘Diagram model heliocentric yang dikembangkan
Copernicus, termasuk tanda-tanda dari poin, hampir sama dengan diagram dan
tanda-tanda yang digunakan Ibnu Al-Shatir pada model geosentrisnya. Sehingga
sangat mungkin bahawa Copernicus terpengaruh karya Ibnu Al-Shatir,’ ujarnya.
Faruqi dalam karyanya Contributions
Of Islamic Scholars To The Scientific Enterprise, mengungkapkan, ‘Teori
pergerakan bulan Ibnu Al-Shatir sangat mirip dengan yang dicetuskan Copernicus
sekitar 150 tahun kemudian’. Begitulah Ilmuan Islam Al-Shatir mampu memberi
pengaruh bagi dunia Barat.
Sumbangan
Al-Shatir Dalam Bidang Teknik
Jam Astrolab
David A King dalam bukunya yang
berjudul The Astronomiy of the Mamluks menjelaskan bahawa Ibnu Al-Shatir
menemui jam astrolab pertama di awal abad ke 14 Masehi.
Jam Matahari
Menurut catatan sejarah,
sundial atau jam matahari merupakan jam tertua dalam peradaban manusia. Jam ini
telah dikenali sejak tahun 3500 SM. Pembuatan jam matahari di dunia Islam
dilakukan oleh Ibnu Al-Shatir, seorang astronomi Islam (1304-1375 Masehi).
‘Ibnu Al-Shatir mencipta jam matahari yang bagus sekali untuk menara Masjid
Umayyah di Damaskus,’ ujar David A King dalam karyanya yang berjudul The
Astronomiy of the Mamluks.
Berkat penemuannya itu, beliau
kemudiannya dikenali sebagai muwaqqit (pengatur waktu ibadah) pada
Masjid Umayyah di Damaskus, Suriah. Jam yang dibuat Ibnu Al-Shatir itu masih
tergolong dalam jam matahari kuno yang diasaskan pada garis jam lurus. Ibnu
Al-Shatir membahagi waktu dalam sehari dengan 12 jam, pada musim dingin waktu
pendek, sedangkan pada musim panas waktu lebih panjang. Jam mataharinya itu
merupakan polar-axis sundial paling tua yang masih tetap digunakan hingga kini.
‘Jam mataharinya merupakan jam
tertua polar-axis sundial yang masih ada. Konsep jam matahari ini kemudiannya
muncul di barat pada tahun 1446,’ ungkap Jones, Lawrence dalam karyanya The
Sundial And Geometry.
Kompas
David A. King mengatakan Ibnu
Al-Shatir juga menemui kompas, sebuah perangkat pengatur waktu yang
menggabungkan jam matahari dan kompas magnetis pada awal abad ke 14 Masehi.
Instrumen
Universal
Ibnu Al-Shatir menjelaskan
instrumen pakar astronomi lainnya yang beliau disebut sebagai ‘instrumen
universal’. Penemuan Al-Shatir ini kemudiannya dikembangkan seorang pakar
astronomi dan pencipta tersohor di era kekhalifahan Turki Usmaniyah iaitu Taqi
Al-Din. Instrumen itu digunakan di observatorium Al-Din Istanbul sekitar tahun
1577-1580 Masehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan