Seloka Anak Dagang Di Rantauan
SMAHADZIR
Alunan takbir bergema di pagi
raya,
Menggamit rasa sayu tidak
terkira,
Mengalir jernih si air mata,
Terkenang ayah ibu sanak saudara,
Yang jauh di kampung sana.
Dari jauh rindu diutuskan di
angin lalu,
Buat pengubat hati yang pilu,
Untuk rakan taulan, ayah dan ibu,
Semoga Aidilfitri diulit gembira
selalu,
Walaupun aku tiada di sisimu.
Rindu dan pilu di hati tidak
terkata,
Ibarat pungguk di langit saujana,
Serasa meriahnya ketibaan raya
yang mulia,
Zakat fitrah janganlah dilupa,
Salam Syawal di angin lalu buat
semua.
Ketupat dan rendang syahdu
beraroma,
Di kejauhan sana sayup-sayup
takbir bergema,
Bagaikan merestui Syawal
menjelma,
Kumohan ampun dan maaf kepada
semua,
Kalau ada salah dan silap
terkasar bahasa.
Salah silap terpalit noda dan dosa,
Tentulah ada kerana kita insan
biasa,
Bermaaf-maafanlah seikhlas hati
sesama kita,
Tali ukhuwah terjalin erat untuk
selamanya,
Bersyukurlah kita ke hadrat
Azzawajalla,
Melimpahkan inayah rezeki dan
rahmat-Nya.
SELOKA:
Warisan
Kraf Citra Negara
SMAHADZIR
Kompleks
Kraf nama diberi,
Tempat hasil
tangan dipamer di sini,
Budaya
bangsa yang indah tiada terperi,
Unik tidak
ternilai hebat sekali,
Sejak lama
membentuk jatidiri,
Pengukir citra negara bertatah
pekerti.
Warisan kraf adalah jatidiri bangsa,
Imejan arca minda bersalut wibawa,
Menjulang kreativiti bangsa di puncak
persada,
Haruman mewangi penghias kata-kata,
Madah indah wacana pendeta,
Pusaka berharga leluhur warga,
Tonggak maruah impian nusa.
Warisan kraf adalah santun pemangkin
budaya,
Penjana anggun pemanis bicara,
Penghias rumpun pengikat jalur
sastera,
Penegak pohon tunjang tamadun manusia.
Seni hiasan wajah busana,
Semarak api pembakar semangat waja,
Penyeri mandala subur warisan pusaka.
SELOKA:
Seloka
Raja Sehari
SMAHADZIR
Bila
kata sepakat sudah dimeterai,
Tersarung
pula cincin berlian di jari,
Hati
terikat kejap janji erat terpateri,
Lunaslah
segala ikrar nak sehidup semati.
Kini
tibalah hari yang dinanti-nanti,
Impian
sekian lama jadi raja sehari,
Pengantin
perempuan berdebar di hati,
Menggeletar
lagi lutut pengantin lelaki.
Tangan
tok kadhi digenggam rapi,
Syarat
mahu bergelar suami,
Lafaz
akad harus hati-hati,
Mohon Allah tenangkan
hati.
Bila
perkahwinan sudah diredha,
Hilang
segala resah dalam jiwa,
Dingin dirasa walau hari panas menggila,
Dahi
dikucup suami isteri tercinta.
Di
dalam hati kembang berbunga,
Sudah
berteman dalam rumahtangga,
Bahtera
boleh dilayar bersama-sama,
Menuju
ke pantai di pulau bahagia.
SELOKA:
Seloka Aidilfitri
SMAHADZIR
Genap Ramadhan sebulan berpuasa,
Menjelma kini Syawal yang mulia,
Marilah kita bersyukur ke hadrat
Azzawajalla,
Atas kurniaan inayah dan
rahmat-Nya.
Bergema takbir di pagi raya,
Hati yang sayu menjadi gembira
Tangan diangkat doa dipinta,
Semoga Aidilfitri berjalan tanpa
sengketa.
Maaf bermaafan akui kesilapan,
Halalkan segala minum dan makan,
Ziarah menziarahi rakan dan
taulan,
Ketupat dan lemang jangan
dilupakan.
Aidilfitri hari yang mulia,
Tasbih, tahmid dan selawat
bergema,
Semua Muslimin sambut dengan doa,
Tibanya menghapuskan segala dosa,
Rakan taulan dan sanak saudara,
Semua berkumpul dalam riang ria,
Jauh dan dekat semuanya ada,
Menyantap hidangan penuh selera.
Ada yang beraya dalam duka
nestapa,
Ada yang beraya dalam riang
gembira,
Ada yang beraya sepi tanpa
sesiapa,
Ada yang beraya berjauhan pula,
Yang kaya meriah dengan rumah
terbuka,
Berduyun-duyung datang pelbagai
bangsa,
Yang miskin hanya makan apa yang
ada,
Namun ikatan kekeluargaan tetap
mesra.
Tidak dilupa zakat dan fitrah,
Tidak dilupa kepada yang miskin
dan susah,
Semuanya ingin menyambut
Aidilfitri dengan meriah,
Tanpa sebarang rasa sedih dan
gundah,
Dengan rezeki kurniaan-Nya yang
meruah,
Insaflah kemakmuran hidup di bumi
bertuah,
Kegembiran melampau dengan
hiburan riuh rendah,
Boleh membawa dosa dan mengundang
padah.
Aidilfitri bukan hanya untuk
bergembira saja,
Insaflah diri kepada yang tiada
berharta,
Yang hidup susah dan selalu
menderita,
Bantulah mereka dengan keikhlasan
yang nyata,
Bukan memberi untuk mendapat
nama,
Semoga kegembiraan kita sesama
manusia,
Dapat dinikmati bersama di hari
raya,
Diberkati Allah Azzawajalla Yang
Maha Berkuasa.
Anak rantau yang jauh beribu
batu,
Jangan lupakan ayah dan ibu,
Kampung halaman sedang menunggu,
Sanak saudara amat merindu.
Dalam kita gembira berhariraya,
Jangan dilupakan kepada yang
tiada,
Ringankan tangan hulurkan
seikhlasnya,
Semoga rezeki yang melimpah
diredhai-Nya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah dan silap harap dimaafi,
Jangan disimpan di dalam hati,
Tahun depan Insya-Allah kita
jumpa lagi.
SELOKA:
Seloka
Pagi Raya
SMAHADZIR
Mercun
berdentum jadi iringan,
Tanda
meriahnya hari lebaran,
Insan
gembira bersenda gurauan,
Riuh
rendah rakan dan taulan,
Berbaju
Melayu cantik dan tampan,
Teruna
dara bertukar senyuman,
Pelbagai
juadah jadi hidangan,
Kunjung
mengunjung erat persaudaraan.
Ketupat
dan rendang pelbagai sajian,
Kuih
dan muih pelmacam hidangan,
Ruang
tamu beraneka hiasan,
Meriahnya
pagi raya tiada tandingan,
Maaf
bermaafan penuh keikhlasan,
Huluran
sedekah insan budiman,
Yang
miskin dan kaya tiada sempadan,
Semoga
hidup diberkati Tuhan.
Hari
raya hari yang mulia,
Umat
Islam bersuka ria,
Yang
jauh dan dekat bertemu semula,
Salah
dan silap maaf dipinta,
Rakan
dan taulan tersenyum suka,
Sahabat
dan handai ceria bersama,
Yang
terpisah lama bersua juga,
Tali ukhuwah
akrab tercipta.
SELOKA:
Seloka
Pengantin Baru
SMAHADZIR
Sungguh
meriah hari persandingan,
Riuh
rendah suara jemputan,
Kompang
dipalu menjadi iringan,
Pengantin
diarak ke pelamin persandingan,
Singgahsana
yang indah lagi mahal tiada tandingan,
Tetamu
yang hadir menjeling makanan,
Semuanya
gembira meraikan pasangan,
Pengantin
baru yang sudah lama berkenalan,
Baru
diijabkabulkan di masjid semalam,
Kini
tiada lagi halangan nak bergurauan.
Di atas
singgahsana duduk bersanding,
Mata
dua sejoli melirik jeling-menjeling,
Pengantin
perempuan duduk mengiring,
Setia
menemani jejaka pilihan tersenyum sumbing,
Sesekali
terjungkit misai melenting.
Berkilat
sungguh keris raja sehari,
Dibaur
lembut busana sang permaisuri,
Tersenyum
manis sejak pagi tak henti-henti,
Tercapai
sudah segala impian di hati,
Kini
semuanya sudah menjadi realiti.
Bila melihat pengantin bersanding,
Tersenyum simpul mata menjeling,
Tetamu yang hadir turut mengerling,
Yang duda yang janda mata menjuling,
Menunggu jodoh nak naik pelamin,
Memang sudah lama rasa teringin.
Bila mata bertentang mata,
Kasih berpadu cinta terjalin mulut bungkam tanpa suara,
Bila sudah seiya sekata,
Lalu bersanding di atas pelamin mata berkaca hati gembira,
Kasih berpadu cinta terjalin mulut bungkam tanpa suara,
Bila sudah seiya sekata,
Lalu bersanding di atas pelamin mata berkaca hati gembira,
Lembu kambing jadi korban tidak terkira,
Ayam itik jadi mangsa tanda bersuka,
Peluh menitik letih pening sanak saudara,
Emak bapa dapat menantu tersengih saja,
Dapat cucu pula memang dicita,
Bertambah banyaklah ahli keluarga.
Naik pelamin memang hasrat tersirat,
Bermula dengan usik mengusit dan orat-mengorat,
Bila jodoh dan pertemuan sudah tersurat,
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.
Semoga berbahagia diredhai Allah dunia akhirat.
SELOKA:
Budaya
1Malaysia
SMAHADZIR
Memang
kreatif seniman negara kita,
Pelbagai
kraf dicipta,
Dengan
perahan minda,
Siang malam
mencanai idea,
Tergarap
indah dipamer menjadi wadah budaya,
Milik bangsa
berwibawa dan beretika,
Pusaka
jatidiri warga penjulang maruah nusa,
Tersohor
melangit ke seantero dunia.
Di Kompleks
Kraf semuanya ada,
Cantik
berseni indah di pandangan mata,
Parang golok
keris senjata semua bangsa,
Batik
songket khat pua kumbu dipamer sama,
Ukiran kayu
ukiran batu buluh nibung tinggi nilainya,
Dicanai
diadun direka penuh estetika,
Boleh dibeli
boleh ditempah tak kira masa,
Itulah
majmuknya budaya 1Malaysia.
Kalau
berhajat barangan kraf bermutu tinggi,
Datanglah ke
Kompleks Kraf jangan bertangguh lagi,
Kalau
terlambat anda juga yang rugi,
Barang yang
diimpi orang lain dah beli,
Anda hanya
melopong menggigit jari.
SELOKA:
Seloka Pungguk Di Langit Saujana
SMAHADZIR
Riang gembira Syawal menjelma,
Ramadhan berlalu tidak terasa,
Rasa ceria tidak terhingga,
Dapat beraya di kampung tercinta,
Akulah anak rantau yang bakal
pulang ke desa,
Yang sudah bekerja penuh
dompetnya,
Rezeki Tuhan akan dikongsi
bersama,
Nak cari peluang untuk berderma.
Sudah dirancang di dalam hati,
Kepada anak-anak buah yang
disayangi,
Kerana aku dimurahkan rezeki,
Pada hari raya tahun ini,
Duit raya akan diberi,
Semuanya akan terkejut nanti,
Apabila poket masing-masing penuh
berisi.
Cadang nak pulun ketupat dan
lemang,
Nak cicah dengan kari dan
rendang,
Nak minta maaf kepada semua
rakan,
Salah dan silap yang pernah
dilakukan.
Namun tiket bas balik kampung
belum tempah lagi,
Sedang Aidilfitri hanya tinggal
sehari,
Ibu ayah sanak-saudara tentu
sedang menanti,
Alamak... macam mana nak buat ni?
Kalau tak dapat balik
menggigitlah jari,
Terpaksalah pulang pada Hari Raya
Haji,
Melopong aku sambil menggigit
jari,
Sanak saudara di kampung tentu
sudah menanti,
Malang sungguh Aidilfitri tahun
ini,
Terpaksalah aku beraya seorang
diri,
Tak ada lemang, tak ada ketupat
dan kari,
Yang ada hanya mi segera jenama
Maggi.
Alunan takbir bergema di pagi
raya,
Menggamit rasa sayu tidak
terkira,
Mengalir jernih si air mata,
Terkenang ayah ibu sanak saudara,
Yang jauh di kampung sana.
Dari jauh rindu diutuskan di
angin lalu,
Buat pengubat hati yang pilu,
Untuk rakan taulan, ayah dan ibu,
Semoga Aidilfitri diulit gembira
selalu,
Walaupun aku tiada di sisimu.
Rindu dan pilu di hati tidak
terkata,
Ibarat pungguk di langit saujana,
Serasa meriahnya ketibaan raya
yang mulia,
Zakat fitrah janganlah dilupa,
Salam Syawal di angin lalu buat
semua.
Ketupat dan rendang syahdu
beraroma,
Di kejauhan sana sayup-sayup
takbir bergema,
Bagaikan merestui Syawal
menjelma,
Kumohan ampun dan maaf kepada
semua,
Kalau ada salah dan silap
terkasar bahasa.
Salah silap terpalit noda dan
dosa,
Tentulah ada kerana kita insan
biasa,
Bermaaf-maafanlah seikhlas hati
sesama kita,
Tali ukhuwah terjalin erat untuk
selamanya,
Bersyukurlah kita ke hadrat
Azzawajalla,
Melimpahkan inayah rezeki dan
rahmat-Nya.
SELOKA:
Seloka Nasihat Raya
SMAHADZIR
Ramadhan berlalu Syawal menjelma,
Aidilfitri menjelang tiba,
Ayam dan itik menjadi hiba,
Lembu dan kambing mengalir
airmata,
Jadi korban di hari raya,
Untuk santapan sanak saudara.
Sungguh
meriah hari lebaran,
Ramai
berkunjung rakan dan taulan,
Mercun
dibakar menjadi iringan,
Tapi
ada yang terbakar tangan.
Sambut raya janganlah berlebihan,
Hutang sini hutang sana nak
tunjuk kekayaan,
Semua itu bukannya satu tuntutan.
Yang jauh pulang beraya,
Sesak dan sedat di jalan raya,
Sepanjang jalan berwajah ceria,
Dapat bertemu ayah dan bonda,
Andai ada terkasar bahasa,
Setulus hati maaf dipinta.
Syawal menjelma setahun sekali,
Bandar raya Kuala Lumpur lengang
dan sepi,
Yang berkeliaran cuma pendatang
yang bekerja di sini,
Di stesen teksi, bas dan kereta
api,
Sesaknya menggetarkan hati,
Semuanya nak pulang menyambut
Aidilfitri.
Ada yang sudah berangan-angan,
Nak jumpa sanak saudara rakan dan
taulan,
Nak minta ampun maaf semua
kesalahan,
Nak balun wajik, rendang dan
segala makanan,
Nak makan dodol, kuih muih,
ketupat dan lemang,
Nak sedekah duit pada semua yang
bertandang.
Bila hari raya sudah menjelma,
Saling berkunjunglah kita sesama,
Yang sudah berumah tangga,
Jenguklah emak mertua dan saudara
mara,
Jangan hanya ke rumah saudara
sebelah kita sahaja,
Bagi yang belum berumah tangga,
Janganlah merayau ke sana ke mari
berdua-dua,
Kerana ada orang ketiga iaitu
iblis turut serta,
Di bulan Syawal janganlah pula
membuat dosa.
Sambutlah Aidilfitri secara
sederhana tidak terlalu,
Berbelanja sakan sampai duit di
bank tinggal buku,
Main mercun putus tangan sampai
ke siku,
Kerusi meja tirai langsir
semuanya bertukar baru,
Sepatutnya hari raya seronok tapi
jadi haru-biru,
Lepas raya emak tergaru-garu,
bapa menggigit kuku.
Aidilfitri
ini satu kesempatan,
Untuk kita saling melupakan,
Semua perselisihan dan
persengketaan,
Untuk kita saling memaafkan,
Segala kesilapan dan kesalahan,
Agar tali ukhuwah kita erat
berkekalan.
Di Aidilfitri ini semoga tidak
ada lagi,
Bergaduh, bertengkar dan
berkelahi,
Rasa dendam kesumat dan hasad
dengki,
Bermasam muka dan berkecil hati,
Bercakaran dan bermusuhan sesama
sendiri,
Semoga hari-hari yang bakal
dilalui,
Disirami kemesraan yang mewangi,
Disinari ukhuwah sejati,
Dilimpahi rahmat Ilahi,
Kekal dan abadi.
SELOKA:
Seloka
Raja Sehari
SMAHADZIR
Muafakat
kata sudah disepakati,
Tersarunglah
cincin intan di jari,
Kasih
terikat cinta terpateri,
Tunailah
janji sehidup semati.
Kini
tiba hari yang dinanti,
Tersenyum
lebar jadi raja sehari,
Pengantin
perempuan gemuruh di hati,
Tersengih
suka pengantin lelaki.
Digenggam
erat tangan tok kadhi,
Lafaz
akad nikah harus hati-hati,
Jangan
disebut berkali-kali,
Mohon Allah tenangkan
hati.
Bila
nikah sudah berlalu,
Hilang
segala resah dan malu,
Pengantin perempuan tersipu-sipu
Dahi
dikucup suami bertalu-talu.
Dalam
hati kembang berbunga,
Sudah
berteman dalam rumahtangga,
Bahtera
boleh dilayar bersama,
Menuju
pantai pulau bahagia.
Sungguh
meriah hari persandingan,
Riuh
rendah suara jemputan,
Kompang
dipalu menjadi iringan,
Pengantin
diarak ke pelamin persandingan.
Singgahsana
indah tiada tandingan,
Tetamu
yang hadir menjeling makanan,
Semuanya
gembira meraikan pasangan,
Pengantin
baru jadi perhatian.
Di atas
singgahsana duduk bersanding,
Mata
melirik jeling-menjeling,
Pengantin
perempuan duduk mengiring,
Suami
di sisi tersenyum sumbing.
Keris
di pinggang raja sehari,
Labuci
kemerlap pakaian permaisuri,
Tersenyum
manis tak henti-henti,
Tercapai
sudah impian di hati,
Perkahwinan
itu suatu amanah,
Kerana
mengikut sunah Rasulullah,
Jagalah
jangan sampai berpisah,
Kekal sehingga
ajal menjengah.
SELOKA 1:
Seloka
Beristeri Baru
SMAHADZIR
Waktu
bercinta semuanya indah,
Lautan
api sanggup diredah,
Semuanya
manis melepa di lidah,
Janji
berpadu jangan berpisah.
Bila
dah jadi pengantin baru,
Banyak
bersabar jangan terburu,
Ikut
minda jangan ikut nafsu,
Bila
tak tahu carilah ilmu.
Suami isteri
perlu sejiwa,
Susah senang
harus bersama,
Cubit paha
kiri kanan sakit jua,
Sama
berpakat agar bahagia.
Jika berpisah
suami isteri,
Semua itu
ketentuan Ilahi,
Namun
kadang-kadang kehendak diri,
Yang
pentingkan seronok sendiri.
Sebelum
berpisah harus teliti,
Agar tidak
menyesal nanti,
Jangan
dibuat perkara yang rugi,
Anak merana
ke sana sini.
Bukan mudah
beristeri baru,
Mesti adil
jadi penentu,
Jangan
diikut kehendak nafsu,
Hidup yang
aman jadi celaru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan