SMAHADZIR
NAMA beliau yang sebenarnya ialah Abu Ali Mohd. Al-Hassan Bin Al-Hassan. Beliau lebih dikenali
dengan gelaran Al-Basri. Namun begitu gelaran yang paling tersohor ialah Ibnu
Haitham atau Al-Hazen. Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq dan meninggal dunia di
Kaherah, Mesir. Beliau telah mengkaji kitab-kitab, rencana-rencana dan
risalah-risalah ulama terdahulu dibidang astronomi, matematik dan fizik
sehingga beliau mampu melahirkan pendapat dan pemikiran yang tersendiri.
Kehidupan yang susah
menyebabkan beliau terpaksa bekerja di universiti Al-Azhar pada zaman
Fatimiyyah, bekerja sebagai penjilid kitab-kitab Aqlidas, Batlimous dan lainnya
bagi menampung sara hidupnya. Diriwayatkan bahawa beliau seorang yang berjiwa
besar dan tidak menerima sebarang tawaran terhadap harga kitab yang telah
ditentukan harganya. Namun begitu di samping kerja-kerja yang dilakukan bagi
menampung kehidupanya, beliau tetap mengkaji buku-buku di bidang yang tersebut
di atas.
Method Ilmiah
Ianya boleh kita
fahami bersumber dari ucapan beliau pada suatu ketika di hadapan Universiti
Al-Azhar: ‘Untuk mengambil kira pada ilmu berpunca dari dua tugas; yang pertama
cara bagi menguji hakikat ilmiah dan hukum umum, dan keduanya, cara bagi
merealisasikan natijah qias yang terhasil dengan dalil-dalil dari hukum
tersebut, sama ada ianya bertepatan dengan realiti ataupun tidak bertepatan,
maka hendaklah ia ditinggalkan selepas dari penganalisaan terhadap muqaddimah
qias yang dikaji berdasarkan penyaksian dan pengiraan.’
Bidang Ilmu Fizik
Beliau merupakan
ulama Arab terbesar dan paling menyinar di bidang ini. Beliau telah berjaya
mengilatkan kanta bagi membuat mikrosskop dan mengambil kesimpulan bahawa
pembesaran kanta berkait rapat dengan kadar kecembungannya. Beliau telah
menyelesaikan pantulan cahaya dengan bersamaan peringkat ke empat dan
mensifatkan pantulan dan serakan cahaya berlaku ketika sampai ke biji mata.
Kemudian beliau telah
mengkaji lapisan mata dan mensifatkan bahagianya dengan menamakan
anggota-anggotanya. Seterusnya beliau mengkaji kanta cengkung dan menyimpulkan
bahawa kanta tersebut mengumpulkan cahaya matahari pada satu titik atau yang
menyerupai dan menyebabkan berlaku kepanasan yang bersangatan.
Ianya merupakan asas
di dalam ciptaan oven suria yang digunakan pada hari ini. Beliau juga telah
menentukan prinsip ilmiah di dalam penggunaan ‘kotak gelap berlubang’ yang
masih digunakan sebagai kamera sehingga ke hari ini. Lain-lain karya beliau di
bidang ini ialah Risalatu al Syifaq, Fi al Marayai Muharriqah fi al Dawair dan
Fi al Dauii Qaus Qazah yang mana di dalamnya menyebut sebab lahirnya
pelangi hasil dari pecahan cahaya dengan gelombang yang berbagai-bagai
disebabkan oleh titisan-titisan air di udara.
Bidang Matematik
Di antara penghasilan
beliau ialah Kitabu al Jami’ fi Usuli al Hisab, Kitab fi Hisabi al Mu’amalat
dan Kitab fi Marakizi al Asqal.
Bidang Astronomi
Beliau menguatkan
pendapat Batlimous yang mengatakan bahawa lapisan udara bumi terbatas
keluasanya dan tidak lebih dari 20 km tetapi menolak pendapat Batlimous yang
mengatakan ‘kesatuan’ di dalam ciptaan. Beliau juga menghasilkan jadual yang
cukup teliti di dalam ketentuan pecahan cakerawala sebanyak 24 risalah yang
mana kebanyakannya berada di perpustakaan Eropah kecuali tiga buah iaitu Maai’yatu
al Asar Allazi a’la Qamar, Irtifa’il al Qutb dan Fi Haia’tu al Alam
yang mana ketiga-tiganya berada di Muzium Kaherah.
Jika buku yang ketiga
itu adalah buku Haulu Syakli al Alam maka ia telah diterjemahkan ke
bahasa Yahudi dan Latin pada kurun ke 13M dan memberikan kesan yang cukup besar
kepada pakar-pakar pembangunan Eropah baru. Di antara karya-karya beliau yang
termashyur ialah di bidang astronomi ialah Usulu al Kawakib dan
Harkatu al Qamar.
Ibnu Usaibi’ah telah
menghitung karya-karya Ibnu Haitham sebanyak 200 buah dan yang dapat dikesan
cuma 50 buah sahaja, tiga darinya berada di Kaherah dan selebihnya telah
diseludup ke Eropah pada zaman penjajahan Perancis dan pada zaman Peperangan
Salib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan