SMAHADZIR
BANU MUSA BERSAUDARA atau Sons
of Musa muncul pada abad ke 9 Masehi. Mereka merupakan sarjana Islam Parsi,
Baghdad, yang mengabdikan diri di Bait Al-Hikmah. Mereka adalah Abu Ja’far
Muhammad Ibnu Musa ibnu Shakir (sebelum 803-873) yang menekuni bidang
astronomi, teknik, geometri, dan fizik. Kemudian, Ahmad ibnu Musa ibnu Shakir
(803-873), pakar mekanik dan teknik. Dan, Al-Hasan ibnu Musa ibnu Shakir
(810-873), pakar dalam bidang teknik dan geometri.
Banu Musa merupakan anak-anak
kepada Musa ibnu Shakir seorang penyamun dan kemudian sebagai pakar astrologi
pada masa Khalifah Al-Mamun. Ketika meninggal dunia, dia meninggalkan
anak-anaknya yang masih muda itu kepada penjaga khalifah yang dipercayainya,
yakni Ishaq bin Ibrahim Al-Mus’abi, seorang mantan gabenor Baghdad.
Banu Musa bersaudara mencipta
sejumlah automata atau enjin automatik dan peralatan mekanik. Mereka
menjelaskan sekitar 100 alat dalam buku mereka yang berjudul Ingenious
Devices. Beberapa penemuan mereka antara lain, katup dan klip steker, klip
pengapung, kawalan balik, flute automatik, enjin yang dapat diprogram, trik
perangkat mekanik, lampu angin taufan, pemangkasan lampu tunggal, lampu paip
air tunggal, masker, kerab, dan keran kulit kerang.
Taqi Al-Din
Taqi Al-Din Muhammad ibnu
Ma’ruf Al-Shami Al-Asadi (1526 - 1585) adalah seorang ilmuan, astronomi, pakar
astrologi, pakar teknik, penemu, pembuat jam dinding dan jam tangan, serta
pakar fizik dan matematik. Ilmuan yang satu ini juga merupakan seorang pakar
botani, pakar haiwan, pakar ubat-ubatan, hakim Islam, imam masjid, ahli
falsafah Islam, ahli teologi, dan guru madrasah.
Dia juga pernah mengarang lebih
dari 90 buah buku dengan berbagai subjek yang mencakup bidang astronomi,
astrologi, jam, teknik, matematik, mekanik, dan optik folosofi. Namun, hanya 24
buku dari karyanya yang masih bertahan. Dia dihormati pada era Kekhalifahan
Turki Usmaniah. Khalifah kerajaan Islam yang paling disegani pada eranya itu
menobatkannya sebagai ilmuan terbaik dalam peradaban.
Salah sebuah bukunya, Al-Turuq
Al-samiyya fi Al-alat Al-ruhaniyya atau The Sublime Methods of Spiritual
Machines yang ditulis tahun 1551 Masehi, menjelaskan bahawa kerja enjin wap
air bersifat elementer dan turbin wap air, mendahului penemuan terkenal lainnya
tentang enjin wap air karya Giovanni Branca pada tahun 1629.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan