Khamis, 4 Julai 2013

Banu Musa Dan Taqi Al-Din (Ilmuan Teknik Enjin)


SMAHADZIR

BANU MUSA BERSAUDARA atau Sons of Musa muncul pada abad ke 9 Masehi. Mereka merupakan sarjana Islam Parsi, Baghdad, yang mengabdikan diri di Bait Al-Hikmah. Mereka adalah Abu Ja’far Muhammad Ibnu Musa ibnu Shakir (sebelum 803-873) yang menekuni bidang astronomi, teknik, geometri, dan fizik. Kemudian, Ahmad ibnu Musa ibnu Shakir (803-873), pakar mekanik dan teknik. Dan, Al-Hasan ibnu Musa ibnu Shakir (810-873), pakar dalam bidang teknik dan geometri.

Banu Musa merupakan anak-anak kepada Musa ibnu Shakir seorang penyamun dan kemudian sebagai pakar astrologi pada masa Khalifah Al-Mamun. Ketika meninggal dunia, dia meninggalkan anak-anaknya yang masih muda itu kepada penjaga khalifah yang dipercayainya, yakni Ishaq bin Ibrahim Al-Mus’abi, seorang mantan gabenor Baghdad.

Banu Musa bersaudara mencipta sejumlah automata atau enjin automatik dan peralatan mekanik. Mereka menjelaskan sekitar 100 alat dalam buku mereka yang berjudul Ingenious Devices. Beberapa penemuan mereka antara lain, katup dan klip steker, klip pengapung, kawalan balik, flute automatik, enjin yang dapat diprogram, trik perangkat mekanik, lampu angin taufan, pemangkasan lampu tunggal, lampu paip air tunggal, masker, kerab, dan keran kulit kerang.

Taqi Al-Din

Taqi Al-Din Muhammad ibnu Ma’ruf Al-Shami Al-Asadi (1526 - 1585) adalah seorang ilmuan, astronomi, pakar astrologi, pakar teknik, penemu, pembuat jam dinding dan jam tangan, serta pakar fizik dan matematik. Ilmuan yang satu ini juga merupakan seorang pakar botani, pakar haiwan, pakar ubat-ubatan, hakim Islam, imam masjid, ahli falsafah Islam, ahli teologi, dan guru madrasah.

Dia juga pernah mengarang lebih dari 90 buah buku dengan berbagai subjek yang mencakup bidang astronomi, astrologi, jam, teknik, matematik, mekanik, dan optik folosofi. Namun, hanya 24 buku dari karyanya yang masih bertahan. Dia dihormati pada era Kekhalifahan Turki Usmaniah. Khalifah kerajaan Islam yang paling disegani pada eranya itu menobatkannya sebagai ilmuan terbaik dalam peradaban.


Salah sebuah bukunya, Al-Turuq Al-samiyya fi Al-alat Al-ruhaniyya atau The Sublime Methods of Spiritual Machines yang ditulis tahun 1551 Masehi, menjelaskan bahawa kerja enjin wap air bersifat elementer dan turbin wap air, mendahului penemuan terkenal lainnya tentang enjin wap air karya Giovanni Branca pada tahun 1629.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan