Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wa barakaatuhu. Salam yang diucapkan ini sering sekali
diertikan sebagai sekadar salam. Padahal kalau kita mahu mengkaji makna salam
tersebut, maka terdapat beberapa unsur yang ketika ini orang mengatakan Service
Exclence. Jauh sebelum kata Service Excelence dikeluarkan oleh
orang-orang Barat, Rasulullah s.a.w sudah menegaskan hal tersebut. Kata-kata
salam mengandungi tiga kalimat asas iaitu:
1. Salam
1. Salam
Kata ‘salam’ yang kita ucapkan bererti ketika kita mengucapkan salam itu kita telah sedia berhadapan dengan orang-orang yang kita temui. Contoh: Ketika kita katakan ‘salam’ maka diri kita haruslah memiliki penampilan yang baik dan menyenangkan orang yang kita temui. Dalam sudut penampilan maka kata salam itu memuatkan tiga unsur iaitu:
1. Bersih. Diri kita sudah bersih dalam sudut
pakaian, tidak kotor, pakaian yang kita pakai pun harus sesuai warna dan
ukurannya, tidak aneh, dan enak dipandang.
2. Rapi. Diri kita sudah rapi dan tidak comot
atau selekeh.
3. Wangi. Diri kita sudah wangi dan tidak
membuatkan orang merasa tidak nyaman dengan kehadiran kita.
Sedangkan dalam perspektif batin:
1. Bersih - Diri kita sudah bersih dari semua
hal yang tidak senangi Allah s.w.t, melangkah dan bertemu dengan orang adalah
dalam rangka berkasih sayang dalam kebersamaan dan rela berkorban untuk
masyarakat. Bersih juga boleh bererti sudah ikhlas, selesai dengan orang yang
kita temui tidak ada kesal, dendam, sesuatu yang tersirat, niat mengambil
keuntungan dari orang-orang yang kita temui.
2. Rapi - Diri kita rapi, mata kita untuk tidak
liar, telinga kita untuk sedia mendengarkan orang lain dan kritikannya pada
kita, mulut sedia untuk berkata-kata yang baik dan tidak menyakiti hati orang
yang kita temui.
3. Wangi - Setiap perilaku kita menyenangkan
orang lain, tidak ada pandangan sinis, mulut yang mencibir dan beriak meluat,
setiap kata-kata kita haruslah menghidupkan jiwa orang yang kita temui untuk
dekat pada Allah s.w.t, kewujudan kita merupakan problem solver bagi
kawan-kawan dan orang yang kita temui.
2. Rahmat
Rahmat bererti ada sesuatu yang kita kerjakan ketika
bertemu dengan orang itu, hal-hal yang membuatkan orang lain bahagia. Contoh:
memberikan jalan keluar bagi yang kesusahan, memberikan makan kepada yang
lapar, memperhatikan keluarganya dan lain-lain. Ringkasnya, dengan kehadiran
kita maka kita telah memberikan sesuatu yang bererti, seperti yang terkandung
dalam surah Ar-Rahman. Intinya memberi apa yang kita boleh untuk kebahagiaan
orang lain.
3. Berkat
Hal-hal yang kita lakukan haruslah berupa terapan yang
ketika kita melakukan, dan ditiru orang lain, orang itu akan mendapatkan
pelajaran berharga dari kita. Contoh: Kita membersihkan rumah lalu orang lain
mencontohina maka rumahnya menjadi bersih, lalu ada yang melihat orang yang
kedua itu maka orang yang ketiga itu pun mencontohinya lagi, dan terus seperti
itu. Bukan bererti setiap hal yang kita lakukan harus di depan orang dan
berharap untuk ditiru. Intinya adalah menjadi contoh yang baik, uswatun
hasanah.
Itulah paradigma salam yang patut kita ketahui
sehingga dari salam saja kita dapat ketahui bahawa kata service excelence
merupakan wacana yang sudah lapuk dari orang Barat, kerana Rasulullah s.a.w
sudah mencontohkan kepada kita lebih dahulu.
Adapun paradigma salam ini sangat berbeza
sekali dengan teori service excelence, kerana teori service excelence
adalah dalam kaitan untuk meningkatkan citra diri dan perniagaan agar disukai
oleh para pelanggan dan mitranya, sehingga boleh saja hal yang dilakukannya itu
merupakan sebuah kepura-puraan yang semu untuk mendapatkan keuntungan dari
orang lain yang berlaku sebagai pelanggan atau mitranya. Hal ini bererti ada
motif lain dalam melakukan perkara tersebut, jikalau tidak ada untungnya maka
dia tidak lakukan.
Sebaliknya paradigma salam menurut Al-Quran
dan As-Sunnah adalah berdasarkan hubungan hati yang tulus tanpa menginginkan
balasan apa pun juga dan semata-mata kerana Allah s.w.t memerintahkan kepada
kita untuk mawaddah fil qurba (kasih sayang dalam pengorbanan) dan mawaddah
wa rahmah (kasih sayang dalam kesatuan cinta kerana Allah s.w.t).
Lantaran itu tidak ada teori yang dapat diamalkan dengan penuh
manusiawi kecuali hanya teori Al-Quran yang mampu diterapkan dalam kehidupan
sehari-hari. Pelajari dan kajilah Al-Quran maka tidak lagi kita perlu sekolah
individual, ataupun sekolah etika yang lain, kerana dengan berpedoman pada
Al-Quran maka akan lebih indah dibandingkan dengan apa pun juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan