Selasa, 13 November 2012

Rahsia Salam Yang Membatalkan Teory Service Excelence


Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Assalamu’alaikum warahmatullaahi wa barakaatuhu. Salam yang diucapkan ini sering sekali diertikan sebagai sekadar salam. Padahal kalau kita mahu mengkaji makna salam tersebut, maka terdapat beberapa unsur yang ketika ini orang mengatakan Service Exclence. Jauh sebelum kata Service Excelence dikeluarkan oleh orang-orang Barat, Rasulullah s.a.w sudah menegaskan hal tersebut. Kata-kata salam mengandungi tiga kalimat asas iaitu:

1.     Salam

Kata ‘salam’ yang kita ucapkan bererti ketika kita mengucapkan salam itu kita telah sedia berhadapan dengan orang-orang yang kita temui. Contoh: Ketika kita katakan ‘salam’ maka diri kita haruslah memiliki penampilan yang baik dan menyenangkan orang yang kita temui. Dalam sudut penampilan maka kata salam itu memuatkan tiga unsur iaitu:

1.      Bersih. Diri kita sudah bersih dalam sudut pakaian, tidak kotor, pakaian yang kita pakai pun harus sesuai warna dan ukurannya, tidak aneh, dan enak dipandang.
2.      Rapi. Diri kita sudah rapi dan tidak comot atau selekeh.
3.      Wangi. Diri kita sudah wangi dan tidak membuatkan orang merasa tidak nyaman dengan kehadiran kita.

Sedangkan dalam perspektif batin:

1.      Bersih - Diri kita sudah bersih dari semua hal yang tidak senangi Allah s.w.t, melangkah dan bertemu dengan orang adalah dalam rangka berkasih sayang dalam kebersamaan dan rela berkorban untuk masyarakat. Bersih juga boleh bererti sudah ikhlas, selesai dengan orang yang kita temui tidak ada kesal, dendam, sesuatu yang tersirat, niat mengambil keuntungan dari orang-orang yang kita temui.
2.      Rapi - Diri kita rapi, mata kita untuk tidak liar, telinga kita untuk sedia mendengarkan orang lain dan kritikannya pada kita, mulut sedia untuk berkata-kata yang baik dan tidak menyakiti hati orang yang kita temui.
3.      Wangi - Setiap perilaku kita menyenangkan orang lain, tidak ada pandangan sinis, mulut yang mencibir dan beriak meluat, setiap kata-kata kita haruslah menghidupkan jiwa orang yang kita temui untuk dekat pada Allah s.w.t, kewujudan kita merupakan problem solver bagi kawan-kawan dan orang yang kita temui.
                                                                               
2. Rahmat

Rahmat bererti ada sesuatu yang kita kerjakan ketika bertemu dengan orang itu, hal-hal yang membuatkan orang lain bahagia. Contoh: memberikan jalan keluar bagi yang kesusahan, memberikan makan kepada yang lapar, memperhatikan keluarganya dan lain-lain. Ringkasnya, dengan kehadiran kita maka kita telah memberikan sesuatu yang bererti, seperti yang terkandung dalam surah Ar-Rahman. Intinya memberi apa yang kita boleh untuk kebahagiaan orang lain.

3. Berkat

Hal-hal yang kita lakukan haruslah berupa terapan yang ketika kita melakukan, dan ditiru orang lain, orang itu akan mendapatkan pelajaran berharga dari kita. Contoh: Kita membersihkan rumah lalu orang lain mencontohina maka rumahnya menjadi bersih, lalu ada yang melihat orang yang kedua itu maka orang yang ketiga itu pun mencontohinya lagi, dan terus seperti itu. Bukan bererti setiap hal yang kita lakukan harus di depan orang dan berharap untuk ditiru. Intinya adalah menjadi contoh yang baik, uswatun hasanah.

Itulah paradigma salam yang patut kita ketahui sehingga dari salam saja kita dapat ketahui bahawa kata service excelence merupakan wacana yang sudah lapuk dari orang Barat, kerana Rasulullah s.a.w sudah mencontohkan kepada kita lebih dahulu.
Adapun paradigma salam ini sangat berbeza sekali dengan teori service excelence, kerana teori service excelence adalah dalam kaitan untuk meningkatkan citra diri dan perniagaan agar disukai oleh para pelanggan dan mitranya, sehingga boleh saja hal yang dilakukannya itu merupakan sebuah kepura-puraan yang semu untuk mendapatkan keuntungan dari orang lain yang berlaku sebagai pelanggan atau mitranya. Hal ini bererti ada motif lain dalam melakukan perkara tersebut, jikalau tidak ada untungnya maka dia tidak lakukan.
Sebaliknya paradigma salam menurut Al-Quran dan As-Sunnah adalah berdasarkan hubungan hati yang tulus tanpa menginginkan balasan apa pun juga dan semata-mata kerana Allah s.w.t memerintahkan kepada kita untuk mawaddah fil qurba (kasih sayang dalam pengorbanan) dan mawaddah wa rahmah (kasih sayang dalam kesatuan cinta kerana Allah s.w.t).
Lantaran itu tidak ada teori yang dapat diamalkan dengan penuh manusiawi kecuali hanya teori Al-Quran yang mampu diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Pelajari dan kajilah Al-Quran maka tidak lagi kita perlu sekolah individual, ataupun sekolah etika yang lain, kerana dengan berpedoman pada Al-Quran maka akan lebih indah dibandingkan dengan apa pun juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan