Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Kerosakan akhlak yang diakibatkan oleh berbagai program
tayangan TV bukan isapan jempol. Ghazwul fikri adalah sebuah projek
besar musuh-musuh Islam yang dilancarkan berbagai media TV. Berikut ini
penjelasannya. Realiti suguhan acara televisyen dewasa ini hampir semuanya
melanggar syari’ah Islam. Begitu pendapat Abdurrahman Al-Mukaffi dalam bukunya
yang berjudul Kategori Acara TV Dan Media Cetak Haram Di Indonesia.
malangnya, masyarakat seolah-olah tidak berdaya menghadapi sergapan ghazwul
fikri (perang pemikiran) yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam melalui
‘kotak ajaib’ tersebut.
Abdurrahman Al-Mukaffi membuat 10 kategori
acara televisyen dan media cetak yang merupakan sebahagian dari strategi ghazwul
fikri, dan kerananya haram ditonton oleh kaum Muslim iaitu:
1. Membius pandangan mata. Banyak disuguhkan
wanita-wanita calon penghuni neraka dari kalangan artis dan pelacur. Mereka
menjadikan ruang redaksi bagaikan rumah hiburan yang mencagunkan zina mata
masyarakat.
2. Pameran aurat. Saluran televisyen
berlumba-lumba menyajikan artis-artis, baik dengan pakaian biasa, ketat,
pakaian renang, sehingga yang telanjang. Penonton diajak untuk tidak punya rasa
malu, hilang iman, mengikuti panggilan nafsu, dan menghidupkan dunia mimpi.
3. Membudayakan ikhtilat. Sekumpulan
laki-laki dan wanita yang bukan muhrim, biasa bergumul jadi satu tanpa batas.
Tayangan semacam ini tidak ubahnya membuka transaksi zina.
4. Membudayakan khalwat. Kisah-kisah percintaan
bertebaran di berbagai acara. Frekuensi suguhan kisah-kisah kekasih dan
berdua-duaan makin melegitimasi budaya khalwat.
5. Membudayakan tabarruj. Banyak pelakon
di layar kaca yang mempertontonkan bahagian tubuhnya yang seharusnya ditutupi,
untuk dinikmati para penonton.
6. Mengalunkan nyanyian dan muzik syaitan.
Televisyen banyak menyiarkan bait syair lagu berupa mantera zina yang diiringi
alunan alat muzik syaitan.
7. Menyemarakkan zina. Sajian dari luar negeri
mahupun tempatan yang banyak menyertakan adegan peluk, cium, dan ranjang
membuktikan bahawa televisyen adalah corong zina. Aksi zina yang menyeluruh, baik
zina mata, telinga, hati, lidah, tangan, kaki, dan kemaluan.
8. Mempromosikan liwat (homoseksual). Para artis
dan selebriti yang mengidap penyakit homoseks dijadikan contoh gaya hidup moden
dan high class. Kaum homo makin bebas berkeliaran dengan berlindung di
bawah payung hak asasi manusia.
9.
Menyebarkan
syirik. Televisyen banyak mengekspos amalan pedukunan, mistik, ramalan, dan
sihir yang boleh menghancurkan akidah umat.
10.
Tenggelam
dalam laghwun. Acara-acara yang tidak ada manfaatnya banyak disuguhkan untuk
penonton, misalnya kepincangan kehidupan individu selebriti dan humor
berlebihan, sehingga lupa mengerjakan hal-hal yang justeru penting seperti
zikir kepada Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan